Jumaat, 24 Ogos 2007

sahabat, teman atau kawan?


da pukul 1 pagi. tak dapat tido. hubby frust n letih sebab trade x brapa baik. dapat untung lepastu rugi lepastu untung balik lepastu floating plak. hai la forex.kenapa la kau diciptakan . kan kitaorang dah terlibat. apala george soros wat sekarang ni. macamnike dulu masa dia nak mula terlibat dalam bisnes forex. Ya Allah, kami dah tak tau nak wat apa. Kami dah berusaha, kami dah kaji, semoga inilah jalan terbaik kami. Kau tidak timpakan ujian pada yang tak mampu menanggungnya. Kak sal selalu pesan kat aku ,Allah uji hamba yang disayangi, kerapkali, nak tengok kuat ke tidak iman tu... Ya Allah, tetapkanlah iman kami.

kadang aku rasa terlalu letih dengan apa yang terpaksa aku tempuh. dari dulu, sampai kini. harap esok tidak lagi menyesakkan dada.btw aku bersyukur sangat pada Allah, sejuta kesulitan tak menjejaskan kasih sayang aku dan hubby.31 ogos ni genaple 9 tahun kami berumahtangga... rasa baru semalam. walau setiap kali anniversary tak dirai macam orang lain (sebab fulus tak memungkinkan kami mewah-mewah cam dulu-dulu--sob-sob) tapi aku rasakan cintanya tetap seperti dulu. walau aku semakin bertambah comel, montel berbanding dulu, dia tak komplain pun.

tq hubby, sebab jadi suami penyabar dalam dunia hidup seorang jauzati habibati ini.aku rasa aku je yang selalu hot temper bila ada benda yang menjengkelkan hatiku. tapi hubby cool aje. aku sayyaaang hubby. tak perlu bunga ros nak tunjuk romantik, kata-katamu yang lembut cukup mem`pampers`kan perasaanku. dan terima kasih kerana kesabaranmu membuat rumah kita sentiasa menjadi syurgaku.

semoga Allah memberkati usaha kita. semoga kita lebih tabah setiap hari dari hari semalam.

hidup kita sentiasa diperlukan dan sentiasa memerlukan. itulah fitrah manusia. aku dedikasikan coretan ini buat sahabat-sahabatku di dunia ini. sahabat itu luas bagiku pengertiannya. meliputi keluarga, orang lain, dan sesiapa saja.pernah tak dengar kata-kata ini...

friendship isn`t about whom u have known the longest,
or who came first, or who cares the best,
its all about who came and never left.

terutama ibuku tersayang... aku tak tahu nak tunjuk betapa aku sayangkannya. tapi aku sayangkannya. emak dulu garang sangat. even aku anak bungsu aku tak rasa aku ni anak manja sebab sama je kena keja kebun getah le, jual sayur le, pungut sawit le macam kakak-kakak dan abang yang lain waktu senggang atau cuti sekolah.. aku tau mak garang sebab presure dan letih. bila dah dewasa ni baru aku memahaminya, tapi ye la.. kesan psikologi tetap ada. sampai aku rasa kekok nak meleser-leser macam orang yang manja ngan mak dia. macam ada gap. tapi hanya Tuhan yang tahu aku memang sayang mak. aku berjanji akan gembirakan emak dengan sedaya upayaku, dengan apa cara sekalipun. Ya Tuhan, berilah aku peluang itu...

adik beradik aku pun begitu supportive orangnya. kalaupun tak mampu dengan kewangan, dengan perbuatan pun aku tau mereka tetap care pada aku. hari raya tahun lepas kakak aku sampai nangis sebab aku kata x dapat balik raya. duit tak cukup. duit sebenarnya ada la sikit. tapi aku kena skip masa tu nak exam sem 5.tau je la art ni barang dia mahal nak gila. canvas jer dah rm30, arcylic lagi, ntah apa-apa lagi... tapi yang paling aku touching ialah bila mak bagi aku duit untuk survive selama aku belajar. dia tahu aku dan hubby tengah susah skarang ni.

aku berazam aku nak bayar balik duit mak walau dia halalkan dan tak suruh bayar pun. murninya hati mak. tapi aku dan hubby memang berazam akan cari jalan untuk atasi masalah ni, semoga kami dapat gembirakan mak. Ya Allah, kasihanilah kami. berilah kami peluang untuk berbakti pada orang tua kami.

keluarga mertua aku pun ya Allah, baiiik sangat. terima kasih ya Allah. mereka tak meninggalkan kami keseorangan. sama je pengorbanan they all macam kluarga aku gak.memang merekalah sahabat dalam kalangan kluarga. paling hubby terharu ialah bila kluarganya tak pernah memperkecilkan usahanya untuk berkerja sendiri walau banyak dugaannya.terima kasih suma.

kawanku yang memang sahabat juga sangat aku hargai. Tuhan jer yang balas jasa diaorang.
ita
aku paling tak kan lupa kau ta, kau tolong aku masa aku kelemasan. besar betul kepercayaan engkau pada aku. kita kawan pun on-off kan sebab jarak dan masa serta kesibukan masing-masing. tapi kaulah sahabat yang termasuk dalam kategori `who came and never left.` bertuahnya aku memiliki teman sepertimu. InsyaAllah ta, aku janji pada diriku sendiri, aku akan balas budi baik kau sedaya aku.doakanlah aku kaye cepat, lagi2 dalam trade ni. karang aku kaya boleh ajar kau trade pulak. percuma je... he he..banyak kenangan antara kita.
emhhm. da pukul 2 pagi. tido dulu la, esok aku sambung ek...

2 comments:

akirimaru berkata...

hukhuk..sedeynyer..nak dpt husband cam miss comel gak la...great!caring,understanding..hi..bile nak kawen ni..isk gatai betol.kwn?sumer owg bley jd kwn kn..tp x sumer kwn tu..kiter sanggup menangis kerana dy,gembire kerana dy..cuma certain2 sj.adus..rindu bangat si sama mereka.dear ex student of civil engineering 3 at pontian technical skewl..maywe can gather again..k.adioz..

RiTs berkata...

my..frenz..Happy Anniversary untuk ko dan hubby.. moga bahagia hingga ke syurga dan kasih sayang berpanjangan..amin...
Aku terharu betul baca post untuk aku itu... alhamdulilah bantuan itu juga tak seberapa dan kehendak Allah juga. Moga bantuan yg tak seberapa itu dapat memberi manfaat.
Thanks frenz..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com