Isnin, 31 Ogos 2009

kenangan zaman sekolah (3)

sejak cuti sepuluh hari ni aku tak pernah tertidur lepas sahur. kadang mengantuk juga, tapi entah kenapa. saikologi mungkin. otak aku ni macam dah program, kalau hari cuti lepas bangun pagi segar dan seronok semacam. port paling aku suka duduk dekat sofa dan memandang semak samun sekangkang kera depan rumah aku. ada la pokok pisang dan bird nest buat penyeri dan tanda aku ni rajin juga menanam pokok-pokok. tapi tu la macam hubby selalu kata bila ada hasrat murni aku nak tanam pokok.."abang bukan tak percaya ayang boleh tanam pokok. masalahnya nak siram tu, tunggu hujan yg siramkan. kesian pokok tu." ehe he..

rumput karpet pun aku tak tanam sebab kee kata "you tak payah beli maa, tunggu saja rumput dari rumah I sampai U punya laman.. dah 4 tahun kami berjiran dan akhirnya rumput karpet free menutupi lamanku yang mega luasnya itu. "bang, apsal rumput kita tak sehijau dan secantik kat rumah kak ani atau rumah kee?" hubby akan senyum sumbing dan kadang jawab"eleh, lagi nak tanya?" la la laa.. saje aje aku buat provokasi. he he..

suasana paling aku suka waktu lepas subuh. duduk bertafakur kat situ sampai kadang-kadang kusyuk sangat hingga sedar-sedar kepala aku rasa nak tercabut. rupanya aku termenung sambil tertidur. hee, sakitnya kalau terlentok masa duduk. korang pernah rasa?

bila hari sekolah, aku rasa mengantukk aje. siap boleh set jam balik untuk tidur sekejap sebelum bersiap ke sekolah. kalau tak nanti pening kepala.ooo ni mesti kerja setan nak suruh aku malas gi kerja. tapi bulan puasa mana ada setan? kan kena rantai? ooo, ni mesti salah nafsu yg degil yg selalu memujuk ke arah kejahatan.jadi esok aku akan cuba perangi setan dan nafsu supaya aku pergi sekolah dengan rajinnya.

yg peliknya bila dah sampai sekolah ok je. yg penting ialah kekuatan jiwa masa nak keluar rumah tu la kan.. tau, tapi susah nak buat. biasalah, kita manusia ni memang suka dan senang nak cakap, tapi bila buat tu ada masalah la sikit. aku kan manusia yg lemah..

teringat waktu sekolah rendah dulu. elektrik dan air memang tak ada la. malam pakai pelita je. kalau ada bapak kat rumah atau bapak rajin sikit nanti bapak pam lampu minyak. aku dan abang ijam akan duduk keliling lampu dari bapak mula pam lampu tu. seronok tengok mentol lampu warna putih macam cendawan ada jaring-jaring halus. nanti mentol tu akan terbakar dan akhirnya menerangi rumah aku yang tak berapa besar tu. kami akan tepuk tangan kuat-kuat teruja sangat. sambil duduk tu aku akan pakai penutup lampu tu atas kepala macam topi mem omputih. his, macam-macam.

waktu puasa ni, lepas sahur tak tidur dah. mak garang , dulu kalau terlajak bangun dekat pukul 7 pun emak akan marah dengan volume yg ala soprano. takut betul aku. bila musim kemarau, lepas sahur ni aku dan kak oha yg masa tu tingkatan 3 akan bergegas ke sungai untuk mandi. sambil tu bawa kereta sorong berisi baldi untuk bawa air sungai penuhkan stok air kat tempayan. air sungai ni la jadi minuman kami. tapi nanti mak bubuh tawas la, supaya keladak sungai tu mendak.

suasana pagi subuh sepe`i tu cantik sungguh. sungai akan nampak kabus di permukaan, tapi sebenarnya agak suam juga airnya. kami pun mandi puas-puas lepastu berkejar pulak nak ke sekolah. kalau cerita kat anak buah aku , haram diaorang nak percaya sebab macam cerita dulu-dulu. siap boleh minta pengesahan dari aku"betul ke maksu, dulu ceritanya macamtu?' "apa tak betul pulak?' tapi lepas tu muka they all pun tetap tak puas hati macamla aku ni komplot dengan mak dia tipu kisah benar.

masa musim kemarau orang kampung selalu mandi kat sungai. masa tahun 80`an tu, airnya tak la jernih pun tapi bersih la tak macam sekarang.ikan pun tak lalu nak hidup kat sungai ni sekarang dengan sisa sawitnya dan apa ke jadah bendanya lagi dalam sungai tu.

dulu usahkan ikan, udang galah pun gemuk-gemuk.tahap obesiti tu aku cakap kat korang. kalau musim udang mabuk tu, kadang orang dapat berguni-guni. dulu depan mata aku sendiri, mak suzana jiran aku dapat sebaldi penuh masa udang mabuk .kesian agaknya tengok aku terkebil-kebil, makcik tu bagi la 2-3 ekor kat aku. gumbiranya, aku berlari-lari balik. ketamakan mula menguasai diri. sebab tak ada orang masatu (pergi mana entah suma orang) aku hidupkan api dengan kayu api. susah betul,asap ajee yg berkepul-kepul. dah hidup ala-ala kadar, aku bakar aje. dapat merah sikit-sikit jadi la, sebahagian besar badan udang tu masih biru lagi. aku makan je cepat-cepat. ahh, nikmatnya udang galah. nasib baik tak muntah.

keluarga aku selalu ketinggalan bila udang mabuk.walau rumah kami tepi sungai, tapi kami sibuk kerja kat kebun getah. dalam pukul 10-11 pagi, baru balik dan terdengar orang kecoh-kecoh udang mabuk. bila pergi sungai sepanjang sungai dah macam pesta air. ramai betul orang. kak imah bawa bakul rotan besar gila. tapi dapat la sekor besar jari hantu. malu katanya nak cari sebab kat depan tu ramai orang bujang. aku eksaited la cari siap bawa tangguk plastik,. klu nak dapat udang ni kalau nampak sesunggut dia berenang hampir terapung terus tangguk, aku nampak abe buat cam tu la.(abe ialah anak dara cina depan rumah aku). aku buat la macam abe buat tapi hampeh!
keluarga aku selalu tak dapat udang galah. lambat dan tak ada skill. tapi udang geragau dapat sampai 2 dulang penuh. punya bersih sungai masa tu, tengah mandi ni kita boleh tangkap udang geragau kat tepi-tepi sungai tu. warnanya jernih, lut sinar. aku pernah makan mentah-mentah. he he. `geragas` betul. orang kampung aku panggil udang papai. ala, udang yg selalu orang buat belacan tu laaa..

alamak, aku belum semayang subuh. nanti sambung balik ek.

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com