Isnin, 31 Ogos 2009

merdeka!

salam merdeka.

alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas nikmat ini. janganlah Kau timpakan kami dengan ujian yang tak mampu kami memikulnya., atas kesalahan dan dosa kami yang disengaja atau tidak. Kami banyak dosa Ya Allah, tapi kasihanilah kami dengan limpahan rahmatMu..

genap 11 tahun aku berumahtangga hari ni. Alhamdulillah, walau tak ada apa nak beri to each other, aku gembira sangat sebab 11 tahun usia perkahwinan ini banyak beri aku kebahagiaan. terima kasih abang kerana jadi hubby yg penyayang, sabar, cool, bersopan santun dengan keluarga ayang, terima ayang seadanya, setia dan sentiasa ada ketika ayang perlukan.
atas segala kebaikan yang abang buat, kenapa ayang nak merungut dengan choobaan hidup yang sekejap ini? ayang yakin abang akan berjaya dalam kerjaya yg abang pilih ni kerana ayang nampak obsesi abang dalam melakukannya.

biarlah orang mencemuh atau tertanya-tanya, satu hari nanti kita akan buktikan yang kata-kata atau tanggapan orang yg tak suka tu sebenarnya salah. nanti abang dah kaya ayang nak resign tau. tapi nak gaji sebulan seploh ribu, tak kira.bank in. nak shopping, nak bagi mak seribu.bapak seribu, semua seribu setiap bulan. "Ya Allah, bengkok la abang macam tu?" "ala apa kedekut sangat .kalau masa tu income abang sebulan dekat 100k amacam. " "ooo, macam tu tak pe laaa"

dialog di atas adalah imaginasi ketika kaya nanti. mustahil ke? tiada yg mustahil kalau Allah izinkan. aku tak mahu menjadi `pencinta dunia`, tetapi terpaksa menyelesaikan tuntutan dunia kerana dah terperangkap didalamnya. apapun , aku wajib kaya untuk melangsaikan hutang piutang aku yg banyak itu. oh, mana la orang hidup ni tak ada hutang ye. tabik spring dengan anda yang tak de hutang atau terjebak dengannya. kekalkan, kerana sekali anda terperangkap di dalamnya, susah nak keluar.

macam yang nabi pernah bagitahu, sesungguhnya orang yang kaya adalah orang yang tiada hutang..

semoga Tuhan beri kami waktu untuk menyelesaikan urusan dunia sebelum dijemput. Bantulah kami Ya Allah. Hanya Kau yang maha kaya.
semoga kita dapat ambil iktibar dari kemerdekaan ini.apa yang patut kita merdekakan. macam aku, terlalu banyak.

3 comments:

RiTs berkata...

Hepi Anniverseri my friend..semoga kekal bahagia, sejahtera hingga ke syurga!!!

Comels berkata...

timakaseyyyy!rajin betul ko dtg umah aku ta. best la.

RiTs berkata...

ni time cuti-cuti boleh la menempel kat lappy je..kalau ari kerja tak nyempat2 he..he.. kdg2 takkan nak wat kerja je kan..kena jugak ronda-ronda blog org..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com