Terdapat ralat dalam alat ini

Rabu, 30 September 2009

memori raya 2008


seronok terkenangkan raya tahun lalu, anak anak didik aku datang rumah. antara yang selalu jenguk blog ni, nora, azimah, mira, aqilah, dan semua-semua yang ada. tq. sekarang korang dah masuk ipt pulak kan... semoga kenangan lalu segar di ingatan. tak nak datang lagi ke rumah cikgu, jemputlah. ahad ni 4.10.2009 datang la rumah. cikgu masak nasi lauk ikan masin. bessttt.

mi rebus best,rendang, kuah kacang dan jelly


bebudak 6 A2/3?aku terlupa.. sorry.


anim and gang.

najib and gang


babaii.

aku dalam 2 versi

harini aku menjadi-jadi dalam 2 versi berbeza. sangat ceria di 5T1 dan 5P1 tapi mengamuk di kelas 3H. kita cerita yang menyeronokkan dulu.hari ini aku bagi hadiah kepada nazreen, shima jamal kerana dapat anugerah pelajar paling popular yang kawan-kawannya vote sendiri. tersengih-sengih nazren malu-malu nak ke depan. yang shimah pulak macam tak sangka dapat markah BM paling tinggi, 66%. oklah tu, ikut kemampuan mereka.

boyak,fahmi,farah atika,jiha,ijat,bahtiar,adham m.kurus pulak boyak dalam gambar ni. aku tanya dia, esok kalau awak dah besar dan hensem tak kan nak panggil boyak lagi? apa ntah dia jawab aku pun lupa.bahtiar ni aku risau sikit kerana tak serius belajar. trial hari tu pun tak ambil. jangan buat masa SPM nanti, menyesal tak sudah kamu tau.



nazreen-anugerah kawan yg disenangi.aku tak suka nazren jadi penyanyi walau suaranya merdu. kau teruskan ajelah cita-citamu yang lagi satu tu nazren, penyanyi ni senang terjerumus ke kancah yang tak elok. bukan aku tak hargai kelebihan dia, tapi aku sayang dia,sebab tu aku tak mahu dia jadi artis. no!no!no!



shimah jamal, markah bm tertinggi.pendiam budak ni, tak sangga pulak dapat makah baik. teruskan, semoga berjaya!



aku dan oden, selalu aku suruh oden baca `a`uzubillah sebab asal bm je tertidur. asal tertidur aje BM. rupanya subjek lain pun dia tidur juga. dia tak tidur masa rehat dan kalau tak belajar aje. ajaib kan budak ni.periksa pun tertidur. aku cakap ko ni badan je besar, lawan la setan yg kecik-kecik tu.mesti setan tengah stapler kelopak mata dia.lepas bangun kejap dia akan tidur balik. heran betul..dia cakap, kalau ada anugerah pelajar bm paling rendah mesti dia dapat.. he he.semoga jadi pemilik bengkel yg berjaya,oden. boleh cikgu hantar kereta free. cikgu doakan..  


adham mustapha. loyar buruk, ada aje jawabnya kalau kena marah. korang tengok je la rambutnya tu. tulisan cantik, tapi kena dikukuhkan dengan fakta yg baik bila menulis karangan. cita-cita dia nak kerja kerajaan sebab senang katanya. ada juga perancangan masa depan budak ni. teruskanlah mana-mana yang baik. 


zulfahmy. suka panggil aku emak. kenapa entah. jambul aje tinggi. kadang rajin kadang malas. tengok mood dia la.kemain lagi dah ada aweks aku dengar. belajar dulu, dah berjaya baru fikir nak anak dara orang fami! 


loqman. adik kumpulan sepah yang sapa ntah nama abang dia tu. ala yang pandai buat suara ramli sarip tu la. pandai, tapi banyak sangat kerja nak dibuat dalam satu masa sampai result pun jadi teruk la juga.. ada juga kadang aku nampak kematangan dalam pemikiran. kadang je la. nakal gila ni masa form 4 tapi dah baik la aku tengok masuk form 5 ni.

odah, adham j, ijat dan oden. odah ni nama sebenar dia rodiah. aku susah nak ingat, aku panggil odah gelang. dah sampai sekarang kawan-kawan dia pun panggil odah juga.odah ni kuat betul melatah. aku selalu marah dia, aku bagitau nanti kalau mati tak mengucap, melatah aje, macamana?dia cakap dah berusaha, tapi susuah nak hilang. odah-odah..

budak-budak ni terlampau teruja, semalam lagi dah desak aku nak tahu sapa pelajar paling disenangi oleh rakan masing-masing,dah buat survey dekat sebulan yang lepas. aku suprisekan saja, tunggu sampai tahu result trial ni baru aku bagitahu. boyak dah tak sabar-sabar, semalam dia cakap, `hah cikgu, haritu sebelum raya cikgu ada janji ingat tak?` aku nak tergelak mengenang perangai bebudak ni. umur dah 17 tahun, tapi perangai manja macam budak kecik. satu lagi perangai mereka ialah bila nampak aje aku nak gerak ke kelas, aku dengar dah diaorang bising cakap..`ha, cepat, cepat, cikgu dah nak sampai..`korang tau apa diaorang buat? menyorok balik tiang atau kelas kosong suruh aku carik. tak de kerja aku nak cari kadang aku jeritkan aje, `odin, tak payah la kamu nak menyorok balik tiang tu, perut awak tu nak simpan kat mana? kalau kecik macam jiman tu memang aku tak nampak la..nanti minta aku jemput satu-satu. aku cubit aje, malas nak cerita banyak. tapi masa aku buat survey pelajar paling popular tu, aku buat la sekali survey guru paling disayangi dan guru yang kurang digemari beserta sebabnya.

nak tahu apa keputusannya? jeng-jeng-jeng.. guru paling disayangi ialah... ah, malu nak cakap. korang agak-agak je la ye.kalau aku cakap nanti korang kata aku bangga diri pulak... hehe.

tak de lah. sebenarnya aku sambil buat survey tentang tingkah laku manusia. kesimpulan yang aku dapat ialah, kalau kita nak diperlakukan seperti yang kita inginkan, perlakukanlah orang lain dengan perkara yang sama. apa kita beri, itulah kita dapat balik. bila aku bercerita begini, tak bermakna seluruh murid sayangkan aku, mustahil lah kan. aku pun manusia biasa, ada sisi kelam yang kadangkala emo dan tidak adil dalam tindakan. perlakuan aku yang begini pasti menimbulkan konflik. ah, nanti kita cerita yang itu. kita cerita bab yang menyeronokkan dulu.

lepas ni aku tak akan jumpa lagi bebudak ni melainkan mereka sambung tingkatan 6 kat sini. tapi aku cakap dah dengan mereka, tak penting sangat berapa bagus result kamu, yang penting bagaimana kehidupan kamu seterusnya diurus. kadang ada yang spm score A semua, penghabisnya bila dewasa tak kemana juga. yang tak memberangsangkan dalam spm pulak yang jadi jutawan dan berjaya dulu. itulah pengurusan EQ, yang kadangkala mengalahkan IQ. aku tak pernah prejudis dengan murid yang lemah akademik, asalkan jadi manusia yang baik, mahkluk Allah yang baik cukuplah. tapi itulah masalahnya sistem pendidikan kita, mengukur kejayaan pelajar melalui result peperiksaan. alangkah tak adilnya sistem ini.

aku akrab dengan pelajar 5PI. bebudak ni dah habis daya aku nak marah, dah tak kuasa. lebih-lebih pun aku suruh mengucap banyak-banyak. korang tengoklah sendiri rambut masing-masing. dah tak terlarat cikgu salehun menggunting. pandai budak-budak ni. masa perhimpunan rambutnya elok aje belah tepi, naik ke kelas dah tercacak macam mohican. alang-alang masuk kelas ni sekali sekala mesti persepsi pertama kata bebudak ni kurang ajar. tapi sebenarnya tak, aku dah dapat terima yang bebudak ni mewakili generasi sekarang yang terlajak sikit bahasanya. kalau nak main kecik hati aje, memang setahun tak masuk kelas ni.

aku pernah merajuk seminggu tak masuk kelas ni masa mereka form 4. melampau -lampau pemalasnya. lepas dah macam insaf sikit, pujuk aku masuk kelas baru la baik sikit perangainya. tapi itulah, nama pun budak. kalau nak fikir sangat makan hati memang dibuatnya.

ni le meja aku. tu rotan aku guna bila dah tahap maksima aje. garang juga aku kan. heh heh.harini makan 5 tangan budak 3H. sayangkan anak tangan-tangankan. tak gitu...


rak buku sebelah meja aku. bantal tu budak-budak 5T! bagi masa hari guru tempohari. aku guna waktu kritikal je..


selonggokan kerja perkeranian yg tak muat meja. sampai bawah meja aku letak. ni suma kerja kerani ni patutnya. cikguuuu jugak kena buat. nasib-nasib..


masuk cerita yang sadis pulak. harini aku tak boleh tahan lagi. iman n gang monteng dah tahap maksima kurang asamnya. ada ke patut depan -depan aku blah macamtu aje. mentang-mentang aku tak kuasa nak marah selalu tu. terperanjat bebudak ni harini aku angkut beg diaorang, rotan 2 kali kat tangan baru aku kasi beg balik. kurang asam punya iman, dia terlepas. ntah masa bila dia ambik balik beg dia belum sempat aku rotan. kekadang melampau budak-budak ni tahap menyakitkan hati. hai, tinggal seminggu nak pmr pun tak sedar lagi. farizan, alif, epul,syukri,aikim, semua kena rotan. tak kecik punya rotan, tahap-tahap kat penjara gitu! tak apa la. niat aku nak mendidik. semoga jadi orang berguna satu hari nanti.

Selasa, 29 September 2009

MERIAHNYA RAYA...


korang semua nak tengok tak meriahnya raya di kampung aku. anak saudara ku yang cute, pemandangan yang permai, riuh rendah... layan le..

bondaku tersayang


bapak dengan hubby, zeha dan odin


ika,intan,ati,zeha


meriahnya lauk


sebahagian kecil keluargaku


kak long yg best


mimi,setahun lagi cikgu pendidikan khas


ira, nurse lagi 3 tahun


ica merajuk baju mahal dia kena paku dan koyak..


amri dapat buku idaman aku kat stor asrama sekolahnya,
tak dapat baca la pulak sebab lagi sebulan dah nak  spm


zeha meragam abah dia x dapat balik johor


keluarga sepupu datang beraya (kak leha)


dah nak balik dah...

tu la sebahagian gambar yg aku sempat share. nanti ada masa aku share lagi ye.

cerita raya 1(2009)



aku rasa sangat seronok tahun ni. semua adik beradik berkumpul, 7 orang semuanya. anak buah aku je dah 20 orang lebih, riuh rendah jadinya. mesti mak ayah aku rasa gembira, anak-anak dia semua terkumpul. kak long dah jadi tuan rumah le sebab dia paling sulung. aku malas nak masak-masak dah sekarang ni. anak sedara aku pun dah besar-besar mak orang. tak kuasa aku nak ke dapur lagi.dulu masa mereka kecik-kecik, kak long pulak duduk jauh tak balik raya, aku le operator pengeluaran kat dapur bertahun-tahun. mak pulak kalau orang datang mesti dipaksa makan nasi. aku le yang masak. kalau dari subuh tu tak mandi alamat sampai dekat asar le baru sempat.  tapi ok juga aku kat ceruk dapur aje sebab aku ni pemalu sikit. tak biasa aku nak bercakap-cakap sangat dengan orang.

kenduri-kendara pun lepak juga. macam nak mati aku rasa kena panggang dek api kayu. hisss.. malas la aku. tapi itulah keunikan budaya jawa yang mak aku bawa. dia terapkan pada anak-anak tetamu mesti layan baik. siap makan sekali. sampai semua adik beradik aku terbawa-bawa budaya ni. kalau beraya belah sedara mak memang pecah la perut asyik suruh makan aje. bokde juminah mesti buat macam tu. tapi sekarang cikmon dah tak buat lagi. setiap kali raya aku rasa lega kerana terpaksa makan kuih aje kat rumah cikmon.

kalau tidur malam raya tu dah bersepah-sepah aku tengok. kat kg aku tak pe la aku pun berpesta pora tido kat ruang tamu tu. kalau kat belah mak mertua, hubby akan pasangkan khemah untuk aku yang manja ni kat tengah rumah. ala apa nak heran, abang man, abang abu semua buat macam tu. ye la, tak kan aku nak tidur pakai tudung pulak. pengsan juga karang. dalam khemah tu siap ada kipas lagi. sebab tu bonet kereta aku penuh bila balik kampung. kipas angin, khemah, baju, laptop, buku... penuh!

cuma tak berkesempatan jumpa kawan lama satu sekolah. jijah, ita, sally, ani, shila...eton, mona.. hai. sapa-sapa lagi la. seronoknya kalau dapat jumpa kan. aku frust betul tiap kali raya aje aku mesti kena tanda kertas periksa. dah masuk 3 tahun macam tyu le polanya. nak buat macamana, dah jadual macam tu kan...
sebab tu aku tak boleh lepak lama-lama kat kampung. koma nanti naik cuti orang nak markah. bebudak ni pun demand bukan main lagi. semalam aku tengok ramai juga geng yang tak siap tanda. sharon, onah.. kelam kabut pagi tu. aku relex aje sebab dah pulun 17 jam non stop. berhenti mandi, makan dan sembahyang aje. emm. datang tamu pun boleh tahan ramai. layan... tetamu bawa rezki kan.

malam yang aku nak siapkan kerja tu kak noli n kak ani jiran aku yang baik ni datang segerombolan. tengahari tu lagi kelakar. ada 2 budak merak datang, haus betul. aku rasa nak masuk 5 cawan sorang mereka minum. dah tu makan kuih beria-ia betul. kesian, mesti lapar tapi aku pun tak masak apa sangat sebab sibuk. aku tanya keluar rumah pukul berapa? dia kata 12 tghari. sampai rumah aku 2.30 dan aku adalah tuan rumah pertama yang mereka jumpa.

patut pun haus sangat.. kesian bebudak ni. okey lah. jumpa di lain entri. babai..

kebijaksanaan

`Hampir semua manusia cuba mengusahakan apa yang difikirkan sehingga satu tahap yang mereka anggap perkara tersebut mustahil dilakukan dan kemudian mereka berputus asa. Sebenarnya itu bukanlah masanya untuk berputus asa.`

Nearly every man who develops an idea works at it up to the point where it looks impossible, and then gets discouraged. That's not the place to become discouraged.
  :Thomas Edison



kalaulah edison tak cipta mentol 10,000 kali hingga berjaya, bergelap agaknya kita!

ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah tengahari tadi hubby beritahu aku kata-kata thomas edison itu. membangkitkan semangat dan keghairahanku untuk percaya pada asas perjalanan yang aku pilih ini. awalnya pagi tadi kepala aku dah berserabut memikirkan masalah ,hutang, kerja dan macam-macam lagi urusan yang banyak.. rasa tak sanggup bertahan lagi untuk meneruskan perjalanan dengan keadaan macamni. rasa tak tahan nak beritahu hubby supaya berhenti saja dari apa yang kami buat ni. macam tak nampak hasil dah hampir tiga tahun berjalan.

tiba-tiba Allah beri kami idea nak buat buku motivasi berdasarkan kata-kata motivasi orang-orang berjaya dunia.aku terkesan sekali dengan kata-kata ini. betapa berertinya sebaris kata-kata kepada yang mahu mengerti.aku terfikir semula, segala apa yang kami buat dulu walau nampak tak berjaya tapi akan digunakan satu hari nanti. hubby dah bina sebuah web motivasi. tapi tak berapa berjaya juga.dah cuba jual kat e-bay produk macam tu. sama juga.aku pula dah dekat RM seribu juga la kalau dikumpulkan hasil kraftangan aku berunsur motivasi juga.
tiba-tiba teringat eton. ada pernah eton suruh aku tulis buku nanti dia tolong publish.

aku bersemangat semula. aku nak siapkan projek ni dengan hubby. biar dia cari maklumat, aku edit bagi nampak cantik. dah siap nanti aku minta eton edit dan cari mana-mana publisher. boleh ton? mesti boleh. aku percaya dengan konsep penyebaran ilmu, aku boleh kaya dan mengkayakan minda orang lain.

Just because something doesn't do what you planned it to do doesn't mean it's useless.
Thomas Edison
betapa benarnya kata-kata itu. beri aku masa, aku akan buktikan aku boleh buat. aku bercakap ini dengan diriku sendiri. tapi anda semua, pelayar blogku yang setia, menjadi saksi bahawa aku berazam untuk wujudkannya satu hari nanti. InsyaAllah.
kadang aku terfikir, kenapa nasib seseorang berbeza? dulu ada yang susah melarat tapi sekarang dah jutawan. dulu ada yang kaya raya tapi sekarang jatuh miskin pula.  sebenarnya, selain takdir sebenarnya kita patut sangat berusaha untuk mengubah nasib itu. aku menulis bukan mengikut skrip tapi realiti yang aku alami sendiri.ada hikmah yang sangat besar kenapa kami belum capai impian sekarang ni. Allah tangguhkan  untuk kabulkan doa seseorang ada banyak sebabnya. pertama, Allah suka dengar rayuan kita. sebab tu Allah tangguh dulu permintaan kita sebab Allah tahu, lepas saja doa terkabul haram le nak merintih lagi denganNya kan...

kedua, Allah nak uji sabar ke tidak dengan ujian. banyak orang lepas dengan ujian kesusahan tapi tak ramai yang terlepas bila diuji dengan kesenangan.bila Allah beri ujian kesusahan lama-lama sikit, harapnya jadi orang yang baik dan tahu bersyukur kepada nikmat yang sedikit tu.dah kaya nanti tak ada la lupa diri pulak kan.

ketiga, Allah tak kabulkan di dunia tapi dapat ganjaran berdouble-double kat syurga nanti.
tapi aku rasa kita semua mesti nak dapat cepat di dunia sebab kita nak selesaikan hutang piutang, masalah dan macam-macam lagi kan.  kadang tu sampai macam nak paksa Allah pulak suruh kabulkan doa kita cepat-cepat. banyak cantik muka kita kan.emmm... dah sembahyang ke belum jana? tulis blog aje sampai lupa dah masuk waktu asar. ewaahh.. minta kaya nak cepat aje. cantik betul muka kau ye...

ye laaa.. aku insafff...

Isnin, 28 September 2009

berkelah di hotel


betul-betul gila. .hari rabu raya ke empat aku dah balik kulai semula.letih amat padahal aku tak buat kerja apa sangat pun.aku dah tension sebab kertas trial exam spm belum habis tanda. macamana ni? lepas tu hubby buat cadangan yang agak gila-gila, tidur hotel supaya aku boleh tanda kertas dan tak serba salah asyik tutup pintu konon orang tak de kat rumah.

aku cari hotel paling budget sekali. dapatla satu, suria city namanya. letaknya sebelah grand blue wave, aku rasa hotel ni renovation semula. abang kata dulu namanya merlin hotel. ah gasak la apa namanya pun , janji aku dapat menanda dengan tenteramnya. satu malam baru RM108, aku tempah 2 malam.

`cerdik tak isteri abang ni?` bila aku suggest bawa periuk nasi supaya boleh masak untuk 2 hari. save budget. hubby kelakar ,dia kata tak pernah dibuat orang, tapi ikut suka hati aku laa.. pagi khamis tu aku masak ikan pari asam pedas, sambal udang, ayam goreng kunyit dan sayur peria .aku rasa cukup untuk makan 3 kali. save budget dekat 50 juga aku rasa.

tengahari tu kami chek in dan makan bekal yang aku bawa.sebelum tu tengok wayang cerita g-force  ala cerita hamster dan tikus comel jadi agen tu. seronoknya. release tension aku. aku cakap dengan hubby lepas ni panggil aku juarez(ala tikus pompuan yang kiut tu).
malam tu la yang kelakar, nak masak nasi tapi aku lupa nak bawa kabel periuk. hubby dah gelak-gelakkan aku, dia cakap`em, cerdiknya isteri abang ni, bawa periuk, lauk, beras semua cukup.. tapi sayang, pelupa betul...
aku sedih tak dapat masak. tapi sebenarnya aku tak panik pun aku percaya hubby pasti dapat buat sesuatu.
dengan gaya Mc Gyvernya hubby pun sambung wayar plug ke periuk.hidup pulak tu. kami ketawa tak habis-habis. apa la nak jadi dengan aku ni. hubby cakap tu le, makan semut banyak sangat.. he he..

                                            hubby tengah tunjuk kreativitinya

peralatan `mc gyver` hubby untuk nyalakan periuk


beras untuk dimasak. save budget, boleh tengok wayang momok the movie pulak!


dapatla aku masak nasi panas malam tu


ni la sebahagian kecil kertas exam yang membuatkan aku bagai nak gila


ni la ikan pari masak asam pedas aku...


dapat la kami makan nasi panas malam tu...seronoknya dapat suami kreatif macam hubby, sentiasa jadi rescue 911 untuk hidup aku. kat sini aku kongsikan gambar untuk korang merasai pengalaman aku berkelah kat hotel tu ye. dapat la buat sikit kerja menanda tu.yang banyaknya aku nak membuta aje.ye la nama pun hotel, membuta la yang paling baik. selebihnya aku pulun menanda hari ahad dari lepas subuh sampai dekat pukul 1 pagi tadi baru siap. macam nak termuntah menanda. kerja  2 minggu buat sehari. padan muka aku. abih, dah raya kan, tak kan orang datang umah aku nak menanda juga. agak-agak le kan..
ni kepala aku masih pening lagi sebab tak cukup tido.lepas ni nak tido la.

Sabtu, 19 September 2009

sehari sebelum raya

jam dah menunjukkan 4.18 am. tak tido lagi aku ni. bukak RTM1 dengar sembahyang terawih dari mekah sampai tadarus al Quran. sebenarnya aku masak untuk raya. semua aku siapkan malam ni. aku cakap ngan hubby malam besok malam raya aku nak releks. penat la masak ni. saban tahun malam raya mesti penat masak. aku ni kategori kurang rajin sikit. sebenarnya aku suka masak tapi aku tak sanggup nak kemas kecah tu. lomah den. untung juga sebab hubby toleransi dengan aku, tiba rajin dia semua dia kemas. aku pun tak suruh sebab dia pun tak pernah paksa aku buat kerja rumah ni semua. kalau rajin buat, kalau rasa selesa duduk dalam tongkang pecah duduk la diam-diam sampai sakit mata kena kemas la juga.

kali ni aku masak sup tulang rangka, daging masak hijau, sambal kacang dan rendang hati lembu. tak lupa juga ayam tua aku buat rendang, itupun kalau boleh dipanggil rendang. aku tak kisah sangat nak memikirkan apa nama masakan aku yang penting sedap dah la. masak ketupat mini boleh la hubby terus sahur nanti. rasanya aku ni tak tidur sampai pagi karang sebab aku kalau dah lebih pukul 3 pagi habislah, memang insomnia. semalam hubby tidur 6.30 pagi sebab siapkan laman web paling leceh aku rasa sebab customer yang fussy. aku kata kat hubby esok malam paling lewat tido pukul 12 malam. nanti balik kampung tak ngantuk. bahaya bawa kereta kalau ngantuk ni. tadi baru dengar kemalangan ngeri kat selangor dan sp. ngantuk la tu.

dah jadi tradisi aku 3-4 tahun belakangan ni aku sambut malam raya kat rumah aku sendiri. pagi raya subuh sepi`i baru balik kampung. gilir-gilir la. tahun ni turn aku punya kampung. jadi perjalanan pagi tu pun lancar. aku tak kisah la nak tolong mak masak sebab kakak aku ramai.kalau belah abang menantu mak yang lain ada. heh heh. bagus betul kan aku. patut sehari sebelum raya tu yang tolong mak masak. memang bertuah betul aku ni.

kemas rumah belum siap lagi. esok hubby janji nak buat. kereta belum basuh. hantar kedai je la. tak larat aku.aku tak tau bila nak siap tanda skrip percubaan bebudak ni. beratus-ratus. naik cuti terus je nak markah. nak tanda bukan boleh suka-suka, tunggu emosi stabil baru aku berani tanda. kalau tak kesian bebudak ni. mesti markah sikit. hai, matilah macamni... bebudak pulak tak nyabo-nyabo nak datang umah.. harap-harap sempat la.

esok rasanya nak ngunjung ke jiran-jiran la. tu pun kalau belum balik kampung. kee pun aku nak bagi kalau ada. dia selalu bagi limau kalau raya cina.selamat hari raya kepada korang semua. semoga mensyukuri nikmat Allah kurniakan.

Jumaat, 18 September 2009

raya tahun berapa paling bermakna dalam hidup aku?

raya tahun 1994 adalah raya paling berwarna-warni dalam hidup aku. nak tahu kenapa? sebab aku jatuh cinta pandang pertama dengan hubby! masa tu umur aku baru masuk 20 tahun, lepas STPM. aku bukan kenal sangat dengan hubby, ni kes bebudak la yang pedajal bina watak tipah dan jeff. aku tak tahu menahu pun . tapi dah jodoh agaknya, aku akhirnya jumpa juga dengan `jeff`.
aku berdebar betul. bukan berani aku jumpa lelaki. mak garang. tak berani aku buat tak tentu pasal. tapi masa tu aku pergi ramai-ramai. dengan shila, sally , ita dan ani. naik bas coastal ke batu pahat. raya ke tiga masa tu. aku waktu tu kerja kilang aje kat spg renggam. hubby pulak kerja kilang pisau kat yong peng.

aku berdebar betul. masa tengah tunggu geng yong peng jemput kat stesen bas lama batu pahat tu, tiba-tiba aku terpandang dua orang jejaka pakai cermin mata hitam. kurus, keciknya.. tapi handsome. shila cakap`hui jana, handsome la mamat tu. best la kau`. aku bengang aje. tapi ha ah la. memang handsome. cuma kurus sangat berbanding aku yang bertubuh gagah perkasa masa tu.

aku rasa hati aku berbunga-bunga. aku rasa hubby pun sama. sampai rumah hubby, mak dia (mak mentua aku sekarang) buat air milo ais. kita orang main bunga api. boleh pulak aku buang air kat rumah dia. kawan-kawan aku kata, sah la memang `kerasan`. ada jodoh kut.

sejak tu aku rasa best aje.esoknya aku pun jalan- jalan kat rumah kawan baik aku, imah. aku beraya kat rumah aris, kawan sekampung.tengah kami beraya tu ternampak segerombolan jejaka bermotor pergi konvoi ke mana ntah. siap aku bagitau imah`tu mesti nak beraya rumah aweks la tu`. tak lama aku nampak gerombolan tu patah balik. `sekejapnya, mesti tak de aweks dia kat rumah kan..`

aku balik umah dah petang sangat. sampai rumah bapak kata,`na, tadi ada kawan-kawan engkau dari parit ghani...`hah? parit ghani? aku mana ada kawan kat parit ghani. parit yaani ada la. aku dah panik . debaran kencang. aku ajak imah pergi publik phone yang jauh gila. maklumlah, karen tak ada, talipon pun takde.  aku talipon umah hubby, nenek yang sambut kata abang tak ada. ah, sudah, aku agak mesti abang yang datang.

aku balik umah. terperanjat beruk aku. beruk pun tak terperanjat macam tu sekali agaknya. dah tersadai 5-5 motor depan rumah aku. rupanya geng hubby yang aku kutuk-kutuk tadi. aku ingat lagi hubby pakai t-shirt putih. matanya tak lepas memandang aku yang ayu ini. heh heh. aku berdebar betul. lepas bercakap lebih kurang, aku ke dapur. terperanjat aku tengok mak masak mi siam. aku tanya, kenapa mak masak? `habis kawan kau tu nak bagi makan apa? hah, bagi la biskut yg ko buat tu..` ah, mati hidup balik pun aku tak keluarkan biskut tu..
ada ke patut buat biskut cornflakes tapi kembang besar macam pinggan. dah la tu rasanya pahit, masin, payau. anak sedara aku yang bayi pun tak tergamak nak makan. lagi aku nak bagi budak-budak bujang nan hensem tu? oh, tidak. dah tentu jatuh imej aku.

aku rasa macam jodoh kuat aje dengan hubby. mak tak pernah-pernah masak untuk kawan-kawan aku. lagi la kawan lelaki tak pernah aku jemput datang rumah. ni mak boleh masak dengan ikhlasnya. mesti dia suspek salah sorang yang paling hensem akan jadi menantu dia satu hari nanti. he he.

masa nak balik tu aku tengok hubby asyik pandang aku aje. masa turun tangga pun tertoleh-toleh kat aku.  aku suspek hubby dah jatuh cinta dengan aku. la la la.
aku tanya apasal tak bagitahu nak datang? dia kata bukan dia nak datang tapi tak boleh tahan hati dah rindu. kelakar la.

sejak tu aku bercinta dengan hubby. macam-macam kami lalui. banyak kisah suka duka. aku cerita di entry yang lain. maknanya dah 15 tahun usia perkenalan kami. tapi kasih sayang aku padanya masih macam dulu. aku tau hubby pun sama. susah senang bersama. aku yakin dengan cinta ini kami boleh berubah. hidupku kini sudah sangat baik, tapi kami akan pastikan ia jadi lebih baik setiap masa. hubby, berusahalah demi cita-cita kita.

terima kasih mak, bapak dan keluarga kerana merestui hubungan kami. kalau tak ntah ke aku dah kawin dengan orang lain. tapi aku tetap tunggu hubby. masa tu hubby belayar ikut misc. aku rindu sangat. aku kat ipsi masa tu. dapat surat hubby 2-3 bulan sekali. ntah hidup ntah mati.kadang kat australia, kadang kat belanda... masa tu aku ada buat hubby merajuk. tapi bila hubby tinggal aku jauh-jauh barulah aku tahu yang aku melepaskan intan untuk memiliki kaca. bila aku dapat peluang keemasan telepon hubby, aku dengan ganasnya cakap`bang, kita tunang nak. nanti susah kalau orang lain datang minang. orang dah mimpi ular datang nak gigit aje ni... aku cakap kat hubby tak payah susah buat apa-apa hantaran. yang penting tanda dah tunang.

jadi bila aku dah tunang, naik saja semester aku selalu buat pembentangan sambil tunjuk cincin tunang aku kat depan. padan muka kaca tu, ingat aku tak laku. aku punya intan lagi hensem, baik dan paling penting menerima aku seadanya.

bestnya raya tu!

Khamis, 17 September 2009

ni la ikan mayong asam pedas kari

ni la bendanya yang aku nak tunjuk tadi. mayong asam pedas tapi jadi kari. mmm. alhamdulillah, ni la lauk berbuka dan bersahur nanti. tu yang bulat-bulat tu la telur ikan mayong. walla.. aku suuuka sangat. tapi kalau terlebih masak jadi liat la pulak. selamat menjamu mata. ada ulam pucuk pakis, kacang botor, rebung, sambal kacang pecal dan makanan kegemaran bangsaku, tahu dan tempe. aku suka makan tempe banyak-banyak. mana tahu jadi macam khir toyo boleh transfom jadi putih dan mancung tanpa botox. hanya tempe.. ha ha ha...

 
  
  
sedap tak? mesti terliur kalau korang tengok entry ni waktu tengah lapar. babai, aku baru nak makan ni. tadi makan ulam je. nak makan nasi pulak la.  bismillahirrahmanirrahimm...
erkkk.

nostalgia raya masa kecil

ingat lagi masa aku kecik dulu. waktu raya macam best aje. tapi mak tak beria sangat kalau ada pengumuman raya. dah la masa tu pakai pelita aje. tv tak de. dengar radio aje la. dulu berdebar lain macam kalau nak tunggu pengumuman, tak macam sekarang. dah tau raya bila, pengumuman buat syarat aje. kalau dulu belum pasti bila nak sambut raya. nanti mak releks aje atas katil melepaskan lelah sebab penat bekerja.aku je la yang ye ye o.kuih pun mak tak buat. ketupat pun mak tak buat. sejak kakak-kakak aku kawin dan ada yang merantau bekerja tak de sapa nak buat kuih. harap aku mana tau. aku ni tester aje. kuih yg hangus aku rasa dulu. tu pun sedap gila rasanya. tapi kadang mak buat bahulu kecik-kecik tu. aku la tukang pukul telur sampai putih. nak menangis rasanya. tapi sedap kuih bahulu tradisional ni kan. kadang abang ijam yang pukul telur. tengok nasib la sapa ada kat situ.

mak masak pagi-pagi. masak nasik dengan ayam masak kicap. pukul 8 aku dah siap mandi. pakai baju lawa. mak buat baju raya setahun sekali. pakai kasut sekolah aje. ah belasah la. yang penting aku beraya. rumah pertama aku pergi ialah rumah imah. aku ajak dia beraya. dia ni leceh sikit. nak bersiap terhegeh-hegeh. geram aku. lepas tu aku pergi rumah inong sikin, inong huda, aris, jana dan sapa-sapa entah. kami beraya kat rumah semua orang sampai area simpang 4. dapat kutip duit raya satu rumah seposen dah cukup bagus. petang baru balik. sehari tu dapat la dua hengget kut. tapi tak pe. seronok jugak. dalam perjalanan balik tu jumpa biji getah main pecah-pecahkan. seronok kutip biji getah, tambah yang baru jatuh. berkilat macam kena varnis. budak sekarang ntah kenal ntah tidak dengan biji getah ni. pokok getah pun tak pernah tengok agaknya.

ada satu rumah tu nama wak Tauman. kaya. aku beraya dengan kawan-kawan waktu raya pertama, kak intan anak dia bagi 50sen masa beraya. aku cerita dengan abang ijam.besok pagi-pagi abang ijam ajak aku beraya lagi sekali kat rumah wak Tauman. dapat lagi aku 50sen. ha ha. ha. jadi 2 kali pergi rumah tu dapat la aku seringgit. besar nilainya masa tu.

sebab kak long dah kawin dia pindah ke kedah ikut abang long. 2 atau 3 tahun sekali mereka balik kampung. seronok kak long balik, aku rasa macam dimanja. dulu pernah masa aku makan kak long tunggu sampai siap. masa petang nak main dengan kawan-kawan kak long tangkap dan kepit kaki aku sebab nak cari kutu yang bermastautin, taraf penduduk tetap ic merah pun ada kat kepala aku. sampai tertido-tido aku dibuatnya. kak long best. sekarang kak long dah duduk sini semula sebab dah jadi ibu tunggal. kak long sakit kanser. jadi treatment kat sini je la. nasib baik ada kitaorang kat sini. kesian kak long.

aku punya cerita raya saban tahun begitu aje la. bila dah naik tingkatan 2-3 dah malu nak beraya. duduk rumah aje. sekarang aku tunggu pulak budak beraya kat rumah aku. duit raya mana boleh seposen. kena gelak guling-guling nanti.tapi ntah la tahun ni. tak de bonus la darling, so, korang datang makan kuih aje la ye. ada rezki lebih nanti auntie kasi la duit raya.tak baik tau datang nak kutip duit raya aje. yg penting korang ziarah. tamu bawa berkat kan, so aku alu-alukan sapa nak datang ke teratak baru ku. tapi telepon dulu la, takut tak de kat umah kesian korang. sekurang-kurangnya boleh aku masak sirap ke, apa ke.. ye tak.

asam pedas kari ikan mayong

teruja betul hari ni dah last sekolah sebab esok mula cuti khas aidilfitri. lepas keluar dari 3B aku tak naik bilik guru dah, terus aje berlari-lari mendapatkan punch kad dan yeeehaa.. balik... 12.45 dah keluar hari ni.

pergi TJ Mart nak cari daging buat raya.Alhamdulillah, ada daging baru. siap ada kepala lembu tersengih manja warna hitam lagi. aku beli tulang selangka sekilo, hati setengah kilo dan daging setengah kilo. suma sekali 37 hengget. tak tau la nak masak apa. aku bukan pro sangat bab masak ni. ikut gerak hati aku aje.

haritu dah ungkep 3 ekor ayam tua. dah masuk freezer, tinggal tambah ingredients nak jadikan dia apa jenis.nak pulangkan kak lela punya tupperware dah setahun, he he.. tapi tak tau nak isi apa. esok la kut nak ngunjung dia. em, buat lebih sikit untuk bagi kak ani, kak noli dan kawan-kawan abang.

masa kat TJ mart tadi merayau cari ikan, Ya Allah, seronoknya nampak telur ikan mayong. dah lama aku teringin nak makan tapi tak jumpa. aku nak beli telur aje, encik jual ikan tu kata, `tak bley la kak... kena beli daging sekali.` alah, malas banyak cerita aku beli je la. balik  nanti berangan nak masak asam pedas daun kesum...wallaaa.

aku sampai rumah terus masak. kasi kunyit hidup, halia tomato, kesum dan sebagainya. tapi punya malas nak kisar lada aku pakai cili giling je. masak punya masak aku pelik tengok asam pedas aku macam tak pedas aje. dah tu warna tak merah langsung jadi macam kari pulak. peliknya.

waktu buka hubby ketawa, `eh, peliknya tadi kata nak masak asam pedas, apsal jadi kari pulak`? aku rasa mesti sebab telur ikan ni ada yang pecah tu yang pekat semacam kuah dia. rasa daun kesum hilang terus. memang sebiji rasa kari letak santan cuma tak rasa daun kari je. aku tadi masa tengah pelik tu letak juga kayu manis, ketumbar jintan n buah pelaga konon nak masak macam orang melaka la.

alah, bedal je la. yang penting sedap, ye tak. di samping tu, aku masak celur pucuk paku, tempe dan tahu goreng cicah sambal kacang pecal. tapi tetap tak sama macam mak buat. tapi sedap juga la.. buat banyak-banyak. letak kat freezer. raya nanti keluarkan. kan senang kerja. aku bukan rajin sangat kat dapur ni. penat. tapi pandai la juga masak. tak la mati pulak aku dua orang tak makan. macamana malas pun orang perempuan aku rasa tak de la tak tau masak langsung kan. kurang-kurang goreng telur pun masak juga.

aku tak tau nak cerita apa lagi tapi tengok aje la gambo asam pedas kari aku ni dengan pecal . best tak? sebenarnya aku nak cari jantung pisang tapi tak jumpa.satu TJ Mart aku tawaf boleh tak de. apa daa. sedapnya kalau celur jantung pisang. kalau kat kampung bersepah-sepah tak nak pulak makan. memang selera kita ni mengada-ngada kan..

(alamak, nak amik gambo tapi bateri abis la. aku cas dulu la bateri ni, karang baru post gambo. sabo je la ye kawan-kawan..)

Sabtu, 5 September 2009

iklan ni pun sedih jugak

Jumaat, 4 September 2009

letihnya hari ni...

rasa letih betul. harini pergi sek men. bandar putra, ada bengkel penyelarasan menanda kertas bm percubaan SPM. nasib sekolah ni sepelaung saja dari rumah aku, mula bengkel pukul 8 pagi. lepas subuh tadi aku lelapkan mata kejap, tiba-tiba terjaga dah 7.55 pagi. kelam kabut aku dibuatnya. sampai-sampai orang dah ramai. jumpa geng lama dari senai. turi, kak su, kak zu dan ramai lagi. aku, tanty dan kak sakdi duduk di bahagian belakang, tak ada meja. sakit belakang aku. aku cakap kat kak sakdiah, macamni lain kali buat kat sekolah kita la kak, buruk-buruk pun semua ada meja nak menulis.

aku hilang fokus, mana nak tanda kertas lagi, nak tengok skima lagi, nak dengar orang cakap lagi.,, semuanya guna tangan aku yg kecil ni. aduyai, penat sungguh dari pukul 8 sampai pukul 12.20 macamtu je.

maklumlah, badan aku ni comel, tak larat aku. turi pandang-pandang belakang , aku cakap apsal, nak tukar tempat ke? dia kata "alah kak, saya yang duduk siap meja ni pun rasa penat gile.."

lain kali kalau ada penganjuran majlis apa-apa yang memerlukan peserta menulis, sediakan meja.  supaya objektif tercapai. nasib baik ada satu skrip tu buat kami pecah perut. ada ke buat tajuk ceramah, elok je format awal tu siap bagi salam dan sebut tuan-tuan lagi. bila sampai perenggan kedua dah macam apa, macam dia berbual dan berleterkan adik dia. nanti kalau ada masa aku upload untuk korang baca. cerita pun tak guna kan.

rasa nak tengok Batman pulak la. penat tadi tak habis lagi. ok lah. nanti kalau aku rajin aku tulis lagi ek. Adios..

sayu giler iklan ni..

iklan best (3)

banyak iklan yang best. kalau aku sempat, aku akan upload untuk share dengan korang yg tak sempat cari.kadang iklan yang berkesan ni tak payah cakap banyak sangat kan... enjoy..

iklan raya best (2)

iklan raya best

neraka dan matahari

 
Matahari dari dekat (5,000 KM)
Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope
  
 
Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?

Jibril : sebesar kurma...

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith) 



Oleh :Amin Fadzlan

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com