Selasa, 29 September 2009

kebijaksanaan

`Hampir semua manusia cuba mengusahakan apa yang difikirkan sehingga satu tahap yang mereka anggap perkara tersebut mustahil dilakukan dan kemudian mereka berputus asa. Sebenarnya itu bukanlah masanya untuk berputus asa.`

Nearly every man who develops an idea works at it up to the point where it looks impossible, and then gets discouraged. That's not the place to become discouraged.
  :Thomas Edison



kalaulah edison tak cipta mentol 10,000 kali hingga berjaya, bergelap agaknya kita!

ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah tengahari tadi hubby beritahu aku kata-kata thomas edison itu. membangkitkan semangat dan keghairahanku untuk percaya pada asas perjalanan yang aku pilih ini. awalnya pagi tadi kepala aku dah berserabut memikirkan masalah ,hutang, kerja dan macam-macam lagi urusan yang banyak.. rasa tak sanggup bertahan lagi untuk meneruskan perjalanan dengan keadaan macamni. rasa tak tahan nak beritahu hubby supaya berhenti saja dari apa yang kami buat ni. macam tak nampak hasil dah hampir tiga tahun berjalan.

tiba-tiba Allah beri kami idea nak buat buku motivasi berdasarkan kata-kata motivasi orang-orang berjaya dunia.aku terkesan sekali dengan kata-kata ini. betapa berertinya sebaris kata-kata kepada yang mahu mengerti.aku terfikir semula, segala apa yang kami buat dulu walau nampak tak berjaya tapi akan digunakan satu hari nanti. hubby dah bina sebuah web motivasi. tapi tak berapa berjaya juga.dah cuba jual kat e-bay produk macam tu. sama juga.aku pula dah dekat RM seribu juga la kalau dikumpulkan hasil kraftangan aku berunsur motivasi juga.
tiba-tiba teringat eton. ada pernah eton suruh aku tulis buku nanti dia tolong publish.

aku bersemangat semula. aku nak siapkan projek ni dengan hubby. biar dia cari maklumat, aku edit bagi nampak cantik. dah siap nanti aku minta eton edit dan cari mana-mana publisher. boleh ton? mesti boleh. aku percaya dengan konsep penyebaran ilmu, aku boleh kaya dan mengkayakan minda orang lain.

Just because something doesn't do what you planned it to do doesn't mean it's useless.
Thomas Edison
betapa benarnya kata-kata itu. beri aku masa, aku akan buktikan aku boleh buat. aku bercakap ini dengan diriku sendiri. tapi anda semua, pelayar blogku yang setia, menjadi saksi bahawa aku berazam untuk wujudkannya satu hari nanti. InsyaAllah.
kadang aku terfikir, kenapa nasib seseorang berbeza? dulu ada yang susah melarat tapi sekarang dah jutawan. dulu ada yang kaya raya tapi sekarang jatuh miskin pula.  sebenarnya, selain takdir sebenarnya kita patut sangat berusaha untuk mengubah nasib itu. aku menulis bukan mengikut skrip tapi realiti yang aku alami sendiri.ada hikmah yang sangat besar kenapa kami belum capai impian sekarang ni. Allah tangguhkan  untuk kabulkan doa seseorang ada banyak sebabnya. pertama, Allah suka dengar rayuan kita. sebab tu Allah tangguh dulu permintaan kita sebab Allah tahu, lepas saja doa terkabul haram le nak merintih lagi denganNya kan...

kedua, Allah nak uji sabar ke tidak dengan ujian. banyak orang lepas dengan ujian kesusahan tapi tak ramai yang terlepas bila diuji dengan kesenangan.bila Allah beri ujian kesusahan lama-lama sikit, harapnya jadi orang yang baik dan tahu bersyukur kepada nikmat yang sedikit tu.dah kaya nanti tak ada la lupa diri pulak kan.

ketiga, Allah tak kabulkan di dunia tapi dapat ganjaran berdouble-double kat syurga nanti.
tapi aku rasa kita semua mesti nak dapat cepat di dunia sebab kita nak selesaikan hutang piutang, masalah dan macam-macam lagi kan.  kadang tu sampai macam nak paksa Allah pulak suruh kabulkan doa kita cepat-cepat. banyak cantik muka kita kan.emmm... dah sembahyang ke belum jana? tulis blog aje sampai lupa dah masuk waktu asar. ewaahh.. minta kaya nak cepat aje. cantik betul muka kau ye...

ye laaa.. aku insafff...

2 comments:

RiTs berkata...

aku setuju ngan pendapat ko na...kdg2 aku pikir apasal la aku lmbt nak berjaya..org lain dah jauh kedepan..aku baru terkial2 nak melangkah ..tapi aku selalu motivatekan diri aku sendiri..at least aku berusaha utk berubah walaupun lmbt sikit daripada aku hanya melihat sahaja..

Comels berkata...

sapa cakap ko lambat. ko dah jadi separuh jutawan ta, aku ni masih lagi bersusah payah naik tangga. tapi itulah, kita selalu melihat kehidupan orang lebih baik dari kehidupan kita kan. ko kata aku dah masuk u, aku kata ko dah kaya walau baru masuk u.. macam-macam. aku pk jalan kita mungkin berbeza, tapi sampainya mungkin sama. ko kaya dulu baru masuk u. aku maasuk u dulu baru kaya. ala sama je ta. tapi mesti best dah kaya dulu kan...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com