Jumaat, 30 Oktober 2009

apa erti persahabatan sebenar.

Iris pernah bagi aku kata-kata hikmat yang lebih kurangnya begini:`sahabat itu tidak dikira dengan siapa yang datang dulu atau sampai kemudian, tetapi yang paling setia tak pernah meninggalkan kita walau apa keadaannya.`..
betul kata Iris. aku dah berusia 35. ramai orang dah kutemui. ada kawan ada sahabat. tapi aku bersyukur pada Allah mengurniakan aku ramai sahabat. walau kadang perhubungan itu terputus akibat jarak dan masa, tapi segala kenangan berbekas di hati. aku rasa sahabat yang betul-betul hanya mahukan ikhlasnya persahabatan adalah orang yang berkawan dengan kita sejak kecil dan teman di bangku sekolah. kenapa aku katakan begitu?

sebab persahabatan ketika itu dibina ketika masing-masing tak punya apa dan tak tahu apa potensi atau kerjaya kita akan datang. masing-masing dengan uniform yang putih, seputih hati dalam persahabatan.duit sama-sama pokai, muka sama-sama comot, otak sama-sama pening... tapi keserasian mengakrabkan hubungan.

mungkin aku bukan orang yang rajin hubungi sahabat-sahabat aku. tapi kalaulah mereka tahu hatiku selalu ingat mereka, ingat saat-sat indah dan memilukan bersama. kongsi suka duka. sangat mengujakan ingat segala kisah lalu. maafkan aku sahabat andai aku malas menghantar sebaris sms pun. tapi nama kalian tetap tertanam diruang hatiku.

aku melalui hidup yang pelbagai fasanya. suka duka sering berganti. banyak sahabat yang setia hingga kini menemani aku meniti kedewasaan.
nanti ada masa aku cerita tentang mereka.

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com