Jumaat, 19 Februari 2010

cinta tanpa syarat

aku suka guna ungkapan `cinta tanpa syarat` selepas aku membaca blog saifulislam.banyak jenis cinta di dunia ini tapi cinta ayah ibu dan keluarga selalunya tak bersyarat.
terlalu lama kami tak pulang ke kampung halaman. kampung aku sejak 25 disember 2009 dan kampung hubby lebih dua bulan agaknya. bila kerinduan menggamit rasa, balik lah kami. cuti raya cina haritu selepas pergi jemputan di rumah abang mie, anak maklong sebelah mak mertua, kami  balik bersama emak. semacam ada satu kepuasan di wajah hubby bila dapat menggembirakan ibunya. aku tumpang gembira sama sebab memang itulah tanggungjawabnya sebagai anak lelaki.


beruntunglah emak kerana punya anak lelaki yang baik-baik. tapi dalam kemeriahan itu aku jadi pilu sendiri. apa tidaknya, semuanya ada anak kecil yang comel tapi aku tetap begini. aku gembira dengan keadaan ini tapi kala pertemuan seperti ini, aku rasa macam kosong sangat. sambil memasak aku menahan air mata yang nak tertumpah. banyak juga la aku masak hari tu, ikan duri asam pedas, sup ayam dan ayam goreng. aku tak berdaya melayan ceria sapaan emak, takut air mataku tumpah. aku tak pandang muka hubby, takut aku teresak-esak. alahai hati, cepat benar tersentuh.

hubby datang bertanya dan pujuk aku. macam biasa aku tak nak pandang muka hubby. aku sedih sangat. yang ajaibnya aku jadi bisu dan tak tersenyum langsung. maafkanlah hubbyku sayang. aku tak bermaksud melukai hatimu yang pengasih itu. aku tinggalkan hubby sendirian tertanya-tanya apa salahnya. tak kan tak beli ikan untuk bawa balik benut pun nak merajuk kut:? aku layan perasaan di luar. biarkan saja kerenah firdaus, haziq, zakira dan kakaknya berebut game komputer. aku memandang dengan tiada perasaan.

reda perasaanku, tengok hubby dalam bilik dah tertidur. aku sembahyang zuhur dulu. gelihati juga tengok hubby pulak yang merajuk, sorok muka bawah katil. mujur hubby lebih senang dipujuk berbanding aku yang agak emosi hari ini.kami makan dengan selera yang biasa-biasa saja. maklum, lepas merajuk. hehe.

maafkan aku hubby, bukan niatku.

gembira dapat balik benut pula. meriah sungguh semuaorang ada kecuali famili kak imah. dah macam hari raya pula.
hubby pulak tak tahu buat apa. akhirnya tidur dulu dalam kereta kerana tak tahu mana nak cari tempat tidur sesuai. kak long dah macam emak dah. baik layan kami semua. kak long sampulkan cadar dan bantal untuk kami tidur. ektra sungguh layanan kak long. tapi kak long memang penyayang dari dulu.

banyak yang kami bualkan malam tu. meriah macam raya. mak tak dapat turut serta dalam perbualan sebab mak tak berapa sihat.

aku sayang mak tapi entahlah, tak dapat ku zahirkan kasih sayang ini melalui perlakuan. kenapa agaknya. mungkin masa aku membesar tak ada komunikasi yang baik antara mak dan aku. mak juga terlalu garang aku rasa masa membesarkan kami. aku tidak ada persekitaran yang sihat waktu membesar. sihat yang maksud aku penuh keceriaan dan gurau senda. boleh dikira dengan jari.

tapi sekarang aku tahu semua pengalaman pahit itu berguna untuk aku. aku jadi tabah pada banyak dugaan hidup. kadang duit tak ada langsung aku dan hubby boleh gembira lagi.aku dan hubby juga dapat satu pengajaran yang penting bahawa kebahagiaan itu penting dan tidak mustahil untuk digapai. sejak dari berumah tangga, kami tidak pernah menggunakan cara pertengkaran, meninggi suara atau perdebatan untuk memenangi keadaan. mengkritik pasangan?oh, tidak. itu sangat melukakan.

sekurang -kurangnya aku gembira kerana membentuk keluargaku dengan cinta dan kasih sayang. kemarahan bukan idea yang baik untuk beritahu orang tambahan pula anak-anak bahawa kita orang yang berkuasa.

sekurang-kurangnya aku boleh jadi contoh kepada anak-anak saudaraku betapa harmoninya kehidupan atas nama cinta.kalau tidak, tak kan ika boleh kata `romantiknya pak usu dengan mak usu niiii....

1 comments:

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Memang best berecuti di kampung. Kami berkumpul adik-beradik atas nama kasih sayang wlupun emak & bapak dah tak ada... sempat buat tahlil untuk dia orang.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com