Sabtu, 17 April 2010

mengatur kasut,mengatur manusia


kenapa perlu ada arahan sebegini.yang paling teruknya bila arahan ini ada di pintu surau, masjid, perpustakaan dan sebagainya.entri kali ini adalah untuk aku sendiri,dan kita semua yang sama tabiat seperti aku.tak ambil endah tentang susun atur kasut ketika nak masuk rumah atau mana-mana premis.
kalau tak salah aku, ikut feng shui, tak elok letak kasut depan rumah.kenapa,aku kurang pasti.bagi aku lebih tak elok jika berkasut dalam rumah, macam orang putih.rumah memang nampak bersih tapi suci belum tentu.
maha suci Allah yang mengajar umat manusia melalui nabi dan rasulNya betapa kebersihan adalah cermin iman. maka orang melayu terbiasa dengan amalan bersih ini. adalah janggal kalau kita berkasut dalam rumah.dah lah ketika berjalan itu kita tak tahu apa yang kita pijak.

sebenarnya beberapa hari lepas sembang-sembang dengan ustazah noraini di kantin. tercakap pula aini yang pensyarah dia pernah beritahu, `orang yang tak mampu mengatur kasut seliparnya tentu tak dapat mengatur manusia`.agak simple kata-kata tersebut tapi memberi kesan yang mendalam dalam jiwa aku.terimakasih aini, berkongsi ilmu,terlebih lagi terima kasih Allah, memberi aku hikmah kemanisan ilmu.


kadang kita tak tahu apakah kata-kata yang kita lafazkan itu memberi kesan atau tidak.kadang kita bercakap tanpa maksud atau fikir, tetapi yang mendengar boleh salah tafsir.SEBAB ITULAH KATA NABI, LIDAH ORANG JAHIL ITU MENDAHULUI AKALNYA.maksudnya jangan salah cakap atau cakap banyak sangat, kalau tak bermanfaat sesia aje masuk neraka nanti.sebab tu sekarang aku rasa aku perlu lebih banyak diam dari bercakap yang tak perlu. dalam kes kasut ini, aku rasa begitu terkesan,aku dapat ilmu. mendalam sekali.orang lain tak tahulah. bila dilanjutkan pemikiran kita, betul juga ye.hal-hal kaki ini nampak kecil di bawah sana, kita pandang remeh sekali. tapi dari remeh itulah kita kena belajar mengurusnya dengan sempurna baru berfikir untuk mengurus perkara besar.

patut pun kadang aku rasa tak berjaya mengurus manusia.kerana aku alpa tentang mengurus kasut. nak masuk rumah, tak pernah pun terfikir nak susun di tepi elok-elok.sementelah pula aku berdua saja dengan hubby di syurga kami, jadi tak ada lah nampak bersepah sangat. walau bagaimanapun, ia tetap dalam kategori tak terurus! kadang bila dah nampak teruk atau tunggang langgang baru aku kemaskan. inilah kelemahan aku, dan mungkin kita semua.
ada logiknya teori itu, sebab bila aku mula mendisiplinkan diri mengurus kasut, terjadi beberapa perkara yang bergerak seiring yang menunjukkan kebolehan aku megurus manusia semakin meningkat!
bukti yang nyata ketika aku berada dalam kelas 4P5 tempoh hari, aku berjaya kawal kesabaran aku di tahap ekstra maksima dengan karenah pelbagai yang boleh  membuat aku pitam di tengah hari. kata-kataku didengar juga oleh murid tegar yang bersubang berantai macam along gila. dibuka juga aksesori tu walau muka nampak marah dan ego tercabar.aku berjaya menghalang mereka yang bagai cacing kepanasan dari keluar kelas sebelum waktu.

alhamdulillah.segalanya bukti bahawa kalau kita bekerja dengan sistematik, segala urusan pasti akan bertukar menjadi lebih sistematik.walaupun kata-kata itu sangat ringkas, menjadi ingatan untuk aku dan hubby.balik kerja haritu, aku terus bagitau hubby tak mau lagi kasut bersepah di muka pintu...hehe. dan sudah seminggu aku dan dia mendisiplinkan diri untuk terus menyusun kasut.
nabi pernah berpesan, perbuatan baik tu walaupun sedikit eloklah diamalkan daripada tahu banyak ilmu tapi tak praktikkan langsung.

untuk itu, aku menyeru diriku, keluargaku dan sahabat penjenguk blog semua, mulailah menyusun kasut kita pada hari ini. sampai satu tahap tidak perlu lagi pemberitahuan SILA SUSUN KASUT ANDA.!

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com