Ahad, 2 Mei 2010

Filem IP MAN 2 :tak perlu seks sebagai pelaris

catatan ditulis pada 11.54 malam, 1hb mei 2010 (sabtu malam ahad)

sebenarnya aku baru balik dari tengok wayang. cerita yang sangat baik dari banyak segi, bagi aku dari segi martial arts dan moral valuenya.cerita cina. IP MAN 2.sinambungan dari cerita IP MAN.heronya Donnie Yen.
bukan sebab heronya.tapi, sebab kekuatan pengisian filem itu.nampak cantik dari segi lakon layar, pengarahan, angle kamera, tema,jalan cerita dan nilai murni.semuanya lah.sungguh aku beri 5 bintang filem ini.sementelah sekarang ini bersaing dengan Iron Man 2. cerita Hollywood.tapi ini jauh meninggalkan cerita hollywood. terserlah jati diri masyarakat timur didalamnya.budaya menyayangi segala yang dimiliki bangsa sendiri.menegakkan hak dan maruah bangsa dan budaya menjadi kekuatannya.

 `abang nak cari filem ni, nak tengok banyak kali.`.
`yelah, best sangat cerita ni`...aku mengapi-apikan hubby

aku akan suruh anak-anak murid aku terutamanya pelajar bangsa cina tengok cerita ni.menyedarkan mereka betapa pentingnya menghormati orang tua, sekalipun berlainan bangsa dan agama. selain aku tak bimbang tentang adegan yang bukan-bukan, aku nak mereka dapat didikan moral yang sangat baik dari filem ini.lebih nakal budak itu, lebih kuat aku nak dia pergi. kadangkala cakap atau teguran tak berkesan. mungkin cerita dari filem boleh menyedarkan. walaupun mungkin tak banyak, tapi aku harap ada.
kisah sebenar seorang guru seni mempertahankan diri wing chun bernama Yip Mun yang banyak berjasa memberi ilmu kepada ramai penuntutnya di merata dunia.yang paling menarik, dialah guru seni bela diri kepada bintang ternama Bruce Lee!

gambar sebenar seorang lelaki sebenar. Yip Mun.
bukan yang muda, tapi yang kurus dan tua itu!

Ini menyedarkan aku, dan  juga anda semua pembaca blog aku yang setia, sehebat manapun seseorang, hebat lagi gurunya.,yang mengajarnya secara sedar atau tidak bagaimana berperilaku yang perlu sebagai manusia.

nak cerita banyak pun aku tak pandai sangat nak menulis. tapi moral yang aku dapat dari cerita ini ialah, tak perlu tunjuk kekuatan walau kita sebenarnya kuat.hormati orang lain walau berbeza agama, bangsa dan budaya. tiada sesiapa di dunia ini boleh mengaku dia hebat.ada yg lebih hebat dari kita. setiap masa.

paling menarik, pada babak terakhir ketika dia menumpaskan juara tinju kelas dunia, dia mengucapkan sesuatu yang sangat indah.patut menjadi pegangan kita sebagai manusia
`manusia banyak berbeza dari segi pangkat dan darjat,tapi semuanya punyai maruah yang sama yang patut dihormati.kemenangan kungfu mengalahkan tinju bukan menunjukkan siapa yang lebih kuat dan hebat, tapi  menyedarkan bahawa semua orang punya maruah untuk mendapat hormat...`
begitulah lebih kurangnya.
filem melangkau batas agama, budaya, bahasa dan bangsa.
yang pentingnya,mata aku tak sakit kalau-kalau ada adegan seks yang memualkan. macam sesetengah cerita melayu. menyampah aku.cerita hollywood dah memang tentu.tapi kadang cerita melayu lebih melampau.lebih orang putih dari orang putih.

bila keluar panggung tadi, aku baru semacam tersedar yang aku dan hubby mungkin satu-satunya pasangan melayu yang tonton Ip Man tadi.haha. tak apa. bukan dosa pun tengok cerita bangsa lain.

apa?aku berlagak tak mau tengok cerita melayu?  oh, bukan berlagak. janganlah menghukum aku.cuma aku belum rasa berbaloi menghabiskan duit aku menonton filem yang entah apa-apa pengisiannya. produser filem tempatan patut buat filem yg baik sebagai contoh.kalau memang bermutu, tak perlu adegan bodoh tu, berlumba-lumba orang menonton filem anda.
buktinya?
aku dan hubby adalah pasangan bertuah terakhir yg dapat tempat duduk di panggung tadi.semua sold out!itupun tempat depan sekali. mana-mana bilik pun sama. 8.15 malam, 9.30 malam, 11.30 malam..semua habis. itupun terpaksa tengok di panggung apa ke nama dia, kat U Mall, taman U.(pertama kali sejak sekian lama baru aku tahu kewujudan U Mall ini..hehe..)nak online tiket semua tempat, huh, jangan harap. semua habis.

nanti korang kata pada aku..`kalau dah bagus sangat, buat la filem sendiri. nak kutuk aje filem melayu. macamana filem tempatan nak maju?`
maka aku akan jawab, penggiat filem melayu tak boleh marah, aku sebagai penonton berhak meminta dengan tingginya mutu filem yang nak disajikan kepada minda kita.kita membayar untuk menonton dengan harapan di samping berhibur,kita jadi bijak. bukan jadi lagi bodoh dan lembab. aku rasa terhina bila menonton filem yang buat lawak bodoh, memaksa aku untuk ketawa. contohnya sifu dan tongga. aku rasa nak marah bila orang ketawa terpaksa.bukankah itu satu pembodohan intelektual?

satu lagi filem yang dapat kutipan lebih 7 juta baru ni. Adnan Sempit. aku tak tengok wayang. aku suruh hubby download untuk aku. nak tengok juga apa yang orang kata lain dari yang lain.
pergh. aku menyumpah dalam hati. tapi terkeluar juga depan hubby. apa perlu adegan perempuan separuh bogel dikelilingi oleh lelaki jalang?nak tunjuk itu kehidupan mat rempit?
entahlah. yang pentingnya aku tambah menyampah nak tengok filem melayu.
aku fikir, pengarah filem kita perlu banyak belajar dari filem-filem iran, atau yang paling baru, IP Man. tak perlu seks sebagai pelaris.
bukan semuanya, tapi kebanyakannya.
buat yang terbaik, maka hasilnya anda akan dapat pulangan terbaik.

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com