Ahad, 6 Februari 2011

Murahnya Nyawa Rakyat Johor.

 entri semasa emosi tak menentu , sempena kebangkitan rakyat tunisia dan mesir.sebagai peringatan kepada penguasa dan pembaca blog ku yang mahu berfikir.
aku menulis tentang `rakyat negeri Johor` kerana aku orang johor.
aku rasa sangat teruk dengan harga apa saja yang naik mencanak-canak sekarang ini. tambah lagi harga rumah. rasa terkejut sangat aku. rumah teres setingkat rata-rata dah RM140k ke atas. tu pun 20` x 70`.tahun 2004 aku beli rumah teres setingkat ini yang ukurannya 20`x 70` baru RM84k.maknanya peningkatan harga sekarang setinggi RM90k!


maka kebanyakan rakyat marhaen yang kerja biasa-biasa atau pendapatan kecil jangan harap dapat beli rumah teres. menyewalah sampai mati. dah lah sewa Rm400 dan ke atas sebulan.
yang ada kemampuan sedikit akan beli rumah flat/pangsa.
masalahnya, rumah pangsa ni dah lah sempit, kadang pemaju pun buat sebarangan saja. duduk 10 tahun dah nak roboh.


aku tak tahu berapa harga nyawa mereka di mata sang penguasa.
adakah hati luhur rakyat yang sangat berterima kasih dengan janji manis saja boleh dijadikan sandaran yang kuasa mereka tak tercabarkan sehingga kiamat.
sungguh menyedihkan dan membuat aku rasa nak berteriak.
lihatlah dengan mata hati.mentang-mentang marhaen itu miskin, jangan kamu abaikan nasib mereka.
wahai pemimpin, takutlah doa orang teraniaya, sesungguhnya doa insan terzalim olehmu itu tiada hijab!

............................

bacalah kisah salah satu daripada berpuluh yang lainnya.
murahnya nyawa rakyat johor.terima kasih penguasa. harapkah kekuasaanmu sampai kiamat!
................................................................................
Kotor..jijik..busuk dan membahayakan...itulah keadaan Rumah Pangsa Kos Rendah di Taman Jaya, Skudai, Johor Bahru.
Kami terpaksa meredah hujan lebat semalam untuk sampai ke tempat itu dan tinjauan kami mendapati hanya 3 buah keluarga sahaja yang mendiami Blok 4 Rumah Pangsa Taman Jaya. Selebihnya, 61 buah keluarga telah mengosongkan rumah mereka kerana bimbang akan keselamatan mereka.



Lebih memeranjatkan kami, terdapat individu-individu yang tidak diketahui kewarganegaraan mereka mengambil kesempatan menggunakan rumah-rumah yang tidak didiami itu untuk menternak ayam dan memanggang daging babi.
Apabila ditanya mengenai keadaan rumah pangsa itu, ahli jawatankuasa penghuni rumah pangsa tersebut, En Rozy Ahmad, 53, memberitahu bahawa hanya mereka yang tidak mampu menyewa rumah di kawasan itu masih tinggal di rumah pangsa tersebut memandangkan sewa rumah di kawasan itu adalah dalam sekitar RM600 sebulan.

Seorang lagi penghuni rumah pangsa itu, Pn Tabiah Ahmad Jalil, 51, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama 4 orang anaknya yang masih bersekolah, meluahkan keperitan yang dialaminya disebabkan oleh masalah pembentungan air najis yang tidak betul dan keselamatan anak-anaknya.


Salah seorang seorang pemilik rumah pangsa, En Baskhara Rao Ramasamy menjelaskan bahawa masalah keretakan yang serius mula dialami sejak tahun 2005. Menyedari keadaan ini, penghuni-penghuni mula berusaha untuk mendapatkan penjelasan daripada pemaju perumahan dan kerajaan negeri. Tetapi segala usaha mereka sia-sia kerana keretakan dialami menjadi amat serius sehinggakan struktur tetulang sementara perlu didirikan di salah sebuah rumah bertujuan untuk mengelakkan rumah pangsa itu runtuh dan ranap. Justeru itu, kebanyakkan penghuni mengosongkan rumah pangsa mereka dan terpaksa menyewa rumah di sekitar kawasan itu.

Rata-rata, kesemua penghuni dan pemilik rumah pangsa Taman Jaya, Skudai inginkan kerajaan negeri memberikan kata putus secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah mereka. Selagi itu, masyarakat di sini akan terus hidup dalam keadaan kotor, jijik, busuk dan membahayakan. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian segera, kita mungkin akan menyaksikan satu lagi insiden "Highland Tower" berulang di negara ini.
Video dan laporan : Saminathan Munisamy Citizen Journalist Malaysia

 mana wakil rakyat?
nak tunggu semua orang mati baru bertindak.lepastu dia salahkan dia,dia salahkan dia.last-last rakyat juga yg salah. kenapa beli rumah tu.habis, banyak sangat ke duit nak beli istana macam encik mb dan wakil rakyat duduk?hhhaaaaa?

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com