Khamis, 28 Julai 2011

biometrik tak boleh matikan hantu, tak boleh!

Biometrik: Kenyataan Muhyiddin Tidak Berasas
Posted on Wednesday, July 27 @ 15:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Artikel Oleh: pemudatua2011

"hackKenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipetik dari Malaysiakini hari ini bahawa PAS terlalu ORTODOK kerana menolak Biometrik adalah suatu kenyataan yang cukup cetek, sempit dan tiada asasnya seolah-olah PAS menolak segala bentuk kemajuan yang berasaskan Teknologi Maklumat.

Kenyataan Pengerusi Multimedia Development Corporation (MDEC), Tan Sri Abdul Halim Ali baru-baru ini bahawa portal rasmi Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh PAS menduduki tangga ke-6 daripada 1,145 laman web yang dinilai diperingkat kebangsaan jelas membuktikan bahawa PAS menjuarai penggunaan Teknologi Maklumat di dalam segala bentuk urusan khususnya yang berkaitan dengan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Keputusan PAS menolak Biometrik adalah daripada kajian yang teliti. PAS tidak menolak kemajuan. PAS tidak pernah menolak Teknologi Maklumat lebih-lebih lagi jika ia menyumbang kepada kesejahteraan hidup rakyat khususnya kepada sektor ekonomi. PAS menolak Biometrik kerana jelas, masalah pengundi hantu dan pengundi berganda tidak akan dapat diselesaikan melalui Biometrik serta dilihat sebagai satu lagi helah’ projek baru’ yang cuba ‘dihalalkan’ oleh sebuah pemerintah yang diketahui rakyat menjuarai ketirisan di dalam menguruskan kewangan Negara.

Cukuplah dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene yang meragukan, kerugian Sime Darby sebanyak RM1.5 Billion, penyelewengan PKFZ dan sebagainya, rakyat sudah cukup muak dengan parti pemerintah yang sentiasa cuba menangguk di air yang keruh.

Satu lagi projek Barisan Nasional (BN) yang akan memenuhkan perut kroni-kroni mereka tanpa ada sekelumit pun hasilnya kepada rakyat.

Malah, cadangan itu dilihat cuba membunuh 2 ekor burung dengan seketul batu, satu permainan kotor SPR untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dengan berselindung disebalik ketelusan dan integriti.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu bahawa Sistem Biometrik yang dicadangkan SPR adalah untuk memperbaiki pendaftaran dan pengesahan pengundi serta mengatasi masalah pengundi hantu dan pengundi berganda jelas membuktikan bahawa kenyataan PAS sebelum ini bahawa masalah pengundi hantu dan pegundi berganda sememangnya wujud. Malah kenyataan itu juga membuktikan bahawa Timbalan Perdana Menteri itu tidak tahu dimanakah punca masalah pengundi berganda dan pengundi hantu itu serta solusi yang tepat dan relevan untuk diketengahkan. Hakikat satu kenyataan yang tidak bebas dan berbaur politik.

Biometrik hanyalah kaedah pengesahan kali ke-2 selepas MYKAD. Dengan menggunakan kaedah cap jari yang unik, MYKAD juga mempunyai No.Kad Pengenalan yang unik di mana tidak mungkin lebih daripada seorang akan mempunyai Cap Jari dan No.Kad Pengenalan yang sama. Selepas pengesahan MYKAD, pengesahan kali ke-2 akan digunakan dengan menggunakan Cap Jari untuk memadankan Cap Jari itu dengan No.Kad Pengenalan di mana kedua-duanya perlulah dimasukkan terlebih dahulu oleh SPR atau oleh JPN ke dalam PENGKALAN DATA masing-masing.

Malah Cap Jari itu juga boleh dimasukkan oleh JPN ke dalam PENGKALAN DATA mereka dan kemudiannya disalinkan ke PENGKALAN DATA SPR. Begitu juga sebaliknya.

Kaedah yang dicadangkan untuk digunapakai oleh SPR milik kaedah yang sedia ada seperti di JPN dan di KWSP di mana No.Kad Pengenalan telah dipadankan dengan Cap Jari pemegang MYKAD dan pencarum KWSP di dalam PENGKALAN DATA mereka.

Rakyat harus tahu, sebelum mana-mana pengesahan dilakukan, No.Kad Pengenalan dan Cap Jari haruslah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam PENGKALAN DATA.

Terbukti, paparan daftar pengundi SPR yang berganda, dengan No.Kad Pengenalan yang sama di beberapa tempat mengundi yang berbeza serta memiliki lebih dari satu No.Kad Pengenalan Baru walaupun merujuk kepada No.Kad Pengenalan Lama yang sama jelas membuktikan bahawa maklumat berganda yang dimasukkan terlebih dahulu oleh SPR dan JPN ke dalam PENGKALAN DATA adalah puncanya. Mungkin secara tidak sengaja dan mungkin juga dengan sengaja. Yang mana satukah harus rakyat percaya dengan tahap krisis keyakinan yang sedia ada?

Krisis keyakinan itulah yang harus diselesaikan terlebih dahulu oleh parti yang memerintah dan bukannya SISTEM BIOMETRIK. Cadangan SPR dan Kerajaan Barisan Nasional(BN) terlalu jauh dihadapan sehingga lupa kepada perkara pokok yang harus ditangani terlebih dahulu. Adakah kegopohan itu kerana mereka tertekan? Adakah kerana KUASA dilihat sebagai HARTA persendirian, sehingga matlamat menghalalkan cara? Tan Sri Muhyiddin sudah lupa dengan KRISIS KEYAKINAN itu sehingga beliau sendiri berfikiran ORTODOK.

SISTEM BIOMETRIK hanyalah aplikasi capaian yang digunakan sebagai pengesahan peringkat Ke-2 selepas pengesahan MYKAD. Manipulasi kepada PENGKALAN DATA khususnya kepada No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang dimasukkan terdedah luas untuk dikhianati lebih-lebih lagi oleh mereka-mereka yang dilihat tidak bebas dan tidak bersih di dalam mengendalikannya.

Selagi perkara pokok tidak diatasi, selagi itu penggunaan dakwat kekal serta 7 cadangan BERSIH 2.0 RELEVAN buat masa ini.

(Penulis mempunyai kelulusan dan berpengalaman luas di dalam pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi khususnya pembangunan aplikasi di dalam pelbagai sektor industri khususnya Perkilangan, Perladangan, Minyak dan Gas.)"

diospyros blancoi di tepi kelas.



 inilah buah mentega yang ditakdirkan menjadi rezki aku harini. dalam nama orang putihnya Velvet apple.dalam bahasa indonesia bisbul. kalau nama saintifiknya diospyros blancoi.

kawan, kau pernah makan buah ni?. sudah puluhan tahun aku tak merasanya. tapi bila aku pindah ke sekolah baru, pokok ni elok aje ditanam di sebelah kelas.jadi peneduh yang menarik dan sepi. kerana aku teringin sangat nak makan, minggu lepas aku minta tolong seorang anak murid  yang kacak dan tinggi macam salman khan petikkan buah ni. oleh kerana disertakan puji-pujian yang memberi galakan kepadanya, dia dan kawannya pun berlari-lari ambil kerusi dan petik 2 yang besar dan 1 yang kecil untuk aku.

inilah buah yang `Salman Khan ` tolong ambikkan tu. kata as ini belum masak sangat.












 pokok buah mentega diambil dari kelas 5Sains 2 pagi tadi, masa budak-budak sedang ulangkaji untuk ujian pukul 11 nanti..aku macam tak ada kerja pula.

Diospyros blancoi merupakan salah satu jenis buah yang tergolong dalam buah-buahan nadir atau buah yang jarang atau sukar untuk dijumpai hari ini. asalnya dari tumbuhan meliar di hutan-hutan Filipina tetapi kemudian ke tanah jawa dan melalui hampir macam-macam perkara akhirnya tangan sapa entah yang tanam kat sekolah aku ni.
inilah hasilnya setelah aku berhempas pulas menghabiskannya menggunakan kaedah kaup guna sudu sebab sangat rajin nak mengupas kulitnya.Kulit buah mempunyai bulu halus seperti baldu. Ada sesetengah orang yang kata Buah mentega rasanya manis dan sedikit berlemak dan baunya harum ketika dimasukkan kedalam mulut. Ada juga yang menyatakan ia boleh juga dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.

kalau kau tanya aku, aku baru makan tadi .  baunya harum paduan antara bau keju dan susu atau durian. entahlah, tapi agak mencucuk hidung juga.dan rasanya sangat lemak, manis, berkrim macam dutch lady .
Alhamdulillah. dan nikmat Tuhan yang manakah aku boleh dustakan.

tentang khasiatnya,Setiap 100 gram buah bisbul mengandung 2,8 gram protein, 0,2 gram lemak, 11,8 gram karbohidrat, 1,8 gram serat, 46 mg kalsium, 18 mg fosfor, 0,6 mg zat besi, vitamin A, vitamin C, tiamin, roblavin, dan energi. Dengan kandungan seratnya yang tinggi, maka bisbul bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh, memperbaiki saluran pencernaan, menghaluskan kulit, menjaga kesehatan mata, dan mencegah sembelit.

Tanty tanya aku cara nak makan buah ni. aku kata ikut suka hati dia, nak buang kulit boleh, nak makan dengan kulit boleh dan nak makan kulit saja isinya dibuang pun boleh. Tanty gelak besar. jawapan yang paling logik ialah yang pertama lah kan. kalau kau makan dengan kulit nanti kau kena pergi klinik sebab kulitnya yang berbulu bak baldu ni agak miang juga rasanya bila kena tangan. bayangkanlah kalau kat tekak kita kan. kesian kau tan, baru hari ini kau dapat ilmu tentang buah ni. itupun lepas cikgu Kamal bagitau tadi kan.

tanty, ini rahsia tau. aku nak suruh budak petik buah ni petang nanti. kat sekolah kita ada solat hajat kan. aku datang la awal sikit. esok kan ada pot luck kat atas. kau joint tak. nak meraikan kak midah juga. aku nak buat suprise, bawa buah mentega untuk kita rasa dalam pot luck besok, Insya Allah.naiklah atas, boleh kau rasa kalau ada rezki.
 
ini pula tempat pertapaan aku .buah mentega,aku dan kerja temanya.

Rabu, 27 Julai 2011

Sudah Takdirnya Begitu

7.43 pagi.Rabu.27.julai 2011

`hello, Jana kat mana?`
`sorry la Kak Wa, aku cuti crk. semalam aku accident`.
`ooo, tak apa la, akak cari sapa relief kau`.
mesti kak wa kelam kabut cari sapa relief aku sebab tak jangka pun aku nak cuti hari ini.

ya, hari ini pagi-pagi lagi aku call Pn. Pengetua. minta cuti tanpa rekod.  sebabnya semalam aku sudah ditakdirkan untuk eksiden. Tapi Alhamdulillah, aku dan hubby tak apa-apa. cuma kereta saja nak masuk workshop. dan urusan-urusan report kat balai, ambil insuran dan geran dan beberapa perkara remeh lagi buatkan aku minta cuti hari ini.

semalam, masa nak carikan anak murid aku printer kat Jusco Taman U, dekat bawah jejantas u-turn depan Jusco tu hubby bawa kereta biasa-biasa je. tiba-tiba..     gedegang!..2 kali aku dengar bunyi yang sangat kuat dekat belakang kereta aku..aku pun menjerit macam klise cerita melayu..`abangggg!`

aku sangat suspen. berdasarkan bunyi hentakan tadi aku rasa habislah bumper atau bonet  kereta aku. aku terperanjat sebenarnya. hubby keluar. rupanya satu  proton waja sudah langgar kereta aku. dan satu iswara hitam sudah langgar kereta waja tu.
aku tanya hubby teruk tak kereta  ? dia masih boleh senyum dan kata tak ada apa-apa. aku tak percaya dan aku keluar tengok sendiri. Ya, Alhamdulillah memang tak la teruk sangat. kemek sikit.

yang boringnya aku tak bawa kamera. hubby pun tak bawa telefon yang ada kamera. kalau tak boleh aku share dengan kawan semua betapa meriahnya keadaan waktu tu.

tapi yang paling ajaib tak sampai 3 minit berlumba-lumba orang tonto datang. dari mana ntah dapat info ada eksiden, cepat je sampainya. lepas tu hubby pening sebab nmasing-masing melobi hubby untuk hantar ke syarikat mereka.

insuran claim dari owner waja tu. owner waja tu pula claim dari owner iswara yang langgar dia.  puncanya brother iswara tu cakap kereta dia brek tak berapa makan. itulah pasal dia langgar kereta depan tak ribut tak apa. kesian juga kat waja tu, depan belakang kemek. tapi  yang paling teruk iswara lah.

moralnya, kalau tahu kereta kau dalam kondisi berbahaya, jangan bawa jalan. dah la Taman U tu punya sibuk sampai sekarang aku takut nak drive sorang-sorang.

tapi semalam yang terlibat semuanya cool aje. tak de yang marah-marah pun. tak de sesiapa menyalahkan orang. sapa nak eksiden, ye tak. sampai nak maghrib juga la semalam buat report.kat balai polis TuTa.

kalau kita bawa kereta dah lama pun, belum tentu kita tak kemalangan kan. kalau tak melanggar, kita dilanggar.

hubby kata jangan sedih sangat. dah takdir. sebenarnya mungkin Allah takdirkan kami terlibat dalam keadaan yang lebih teruk, tapi alhamdulillah, cuma kereta aje kena repair. mungkin berkat doa yang sering diamalkan sebelum memulakan perjalanan.entahnya takdir yang asal ialah kami cedera parah ke, sapa tahu.

takdir boleh diubah dengan doa, kalau Tuhan nak ia berubah.

Ahad, 24 Julai 2011

New Zealand ada.Kau ada?

 Aku ingin kongsikan catatan dr. ubaidullah tentang pengalaman beliau dengan  pengembaraannya di bumi new zealand.alangkah berbahagia andai kerajaan malaysia melaksanakan  seperti apa kerajaan New Zealand lakukan untuk rakyat mereka..ah,biarpun  cuma mimpi, aku ingin kongsi mimpi itu dengan kau kawan.

(er, kalau aku kata aku nak hijrah dan jadi rakyat New Zealand kau tuduh aku tak patriotik kan?hahaha )
--------------------------------------------------------------------------------------------


Negara kebajikan ala New Zealand
Dr. Ubaidullah Mustaffa

Saya amat terkejut apabila mendapati email saya dipenuhi dengan mesej dari pembaca artikel bertajuk New Zealand sebagai model Negara Kebajikan. Tidak mungkin saya dapat membalas semua mesej tersebut tetapi saya akan cuba membalas dalam penulisan saya seterusnya. Apa yang menarik ialah mesej diterima dari pelbagai bangsa Malaysia termasuk dari Sabah, Sarawak dan juga dari rakyat Malaysia yang sedang merantau di seluruh dunia tanpa mengira sempadan fahaman politik.

Setelah meneliti semua mesej pembaca saya membuat kesimpulan bahawa rakyat mahukan Malaysia mengamalkan konsep negara kebajikan secara ikhlas serta disuntik dengan sifat kasih sayang di antara kerajaan dengan rakyat.

(Waktu malam di bandaraya Christchurch, New Zealand)

Gempa bumi di Christchurch masih belum reda. Setiap hari bumi Christchurch bergegar di antara 2 -3 kali. Saya dapat mengecam gempa bumi akan berlaku apabila terdengar bunyi yang menakutkan memenuhi atmosfera bumi. Bunyi seperti benda berat lagi besar bergerak di perut bumi dan benda itu rasanya amat dekat dengan tapak kaki saya. Beberapa saat selepas bunyi itu kedengaran maka bergegar dan bergoyang semua yang ada di sekeliling saya.
Kejadian gempa bumi selalunya tidak lama. Ada yang tidak sampai 5 saat dan yang paling lama saya rasai ialah lebih kurang 15 saat.

Selepas gempa bumi kuat, air bawah tanah akan melimpah keluar bersama-sama lumpur. Kadang-kadang mengakibatkan banjir lumpur. Bekalan letrik dan bekalan air akan terputus. Namun begitu pihak kerajaan New Zealand pantas bertindak. Bekalan letrik dan air dapat disambungkan semula dalam tempoh beberapa jam sahaja kecuali dalam kes-kes teruk terpaksa mengambil masa melebihi 24 jam untuk dipulihkan.

Gempa bumi tapi air percuma

Walau pun dilanda gempa bumi bekalan air bersih di New Zealand adalah percuma. Salah seorang petugas gempa bumi memberitahu saya bahawa air adalah keperluan asas rakyat dan segala kehidupan di muka bumi ini.

Berasaskan fakta itu, kerajaan dan rakyat New Zealand bersetuju bahawa air perlu diberi percuma kepada rakyat. Pihak kerajaan menggunakan dana negara yang dikutip melalui sistem pencukaian negara untuk menyediakan bekalan air percuma. Satu penyelesaian yang amat mudah difahami kerana dilakukan atas dasar kasih sayang antara kerajaan dan rakyat. Semua rakyat termasuk anggota kerajaan sendiri akan mendapat manfaat dari niat baik yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan.

Terkenang saya di negara sendiri tentang isu air. Hujan di negara kita jauh lebih lebat dan lebih banyak dari New Zealand kerana negara kita adalah negara di zon tropika. Tambahan lagi negara kita tidak ada masalah gempa bumi seperti New Zealand. Tapi malangnya air di negara kita terpaksa dibayar. Lebih ironi lagi harga air boleh diumumkan naik oleh pihak tertentu jika perlu mengikut kontrak perjanjian tertentu.

Terdapat usaha kebajikan beberapa kerajaan negeri untuk memberi air percuma kepada rakyat tapi dihalang oleh Kerajaan Persekutuan dengan pelbagai cara. Jika Kerajaan Persekutuan tidak mahu mengamalkan konsep negara kebajikan jangan pula menghalang Kerajaan Negeri untuk berbuat kebajikan. Kerajaan Pusat tidak bersetuju memberi air percuma pada rakyat kononnya bimbang negara akan bankrupt. Apa yang dapat kita perhatikan bahawa negara New Zealand tidak menjadi bankrupt kerana memberi air percuma kepada rakyatnya. Jelas sekali isu negara kebajikan berkaitan air telah dipolitikkan dan diniagakan sehingga menyebabkan rakyat dinafikan hak kebajikan mereka.

Di New Zealand tidak ada pengerusi bekalan air yang dibayar gaji ratusan ribu sebulan atau jutaan ringgit setahun. Malah tidak ada negara di dunia ini yang membayar gaji pengerusi bekalan air beratus-ratus ribu sebulan dan apabila dicampur untuk setahun akan menjadi jutaan ringgit. Rakyat bukan membayar kos rawatan air tetapi membayar gaji pengerusi bekalan air. Rakyat perlu ingat bahawa negara kebajikan adalah hak rakyat yang perlu ditunaikan tanggungjawab tersebut oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Jikalau makanan ruji rakyat New Zealand ialah beras, saya yakin kerajaan New Zealand akan memberi beras percuma kepada rakyatnya atau harga beras yang paling rendah supaya tidak menjadi beban pada rakyatnya. Sangkaan saya tidak meleset kerana pada hari ini tanggal 22/7/2011 kerajaan New Zealand telah mengumumkan harga susu segar dan cheese diturunkan di antara NZD$0.50 sehingga NZD$1.00 mengikut gred tertentu. Sudah tentu rakyat New Zealand sayang pada kerajaan mereka kerana menjaga kebajikan mereka.

Mari kita bandingkan dengan negara kita. Harga barangan di negara kita selalu naik dan tidak pernah turun.

(Masjid An-Nur yang terletak di Deans Avenue, Christchurch, New Zealand)

Kerajaan kita sibuk bermain politik, sibuk berada di mercu kuasa, sibuk menapis video lucah, sibuk mencari saksi dan bukti kes peguam, sibuk dengan publisiti memuji diri sendiri sehingga lupa kebajikan rakyat yang telah mereka janjikan dalam manifesto mereka dulu. Sudah tentu timbul perasaan benci rakyat terhadap kerajaan. Perasaan benci tersebut bukan kerana dihasut fahaman politik dan bukan benci bersifat peribadi, Perasaan benci rakyat terhadap kerajaan ialah kerana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

Apabila kerajaan sibuk berada di mercu kuasa maka kelemahan diri tidak dapat dilihat lagi. Segala cermin yang ada di hadapan mereka tidak menunjukkan cacat cela. Segala teguran rakyat terhadap mereka dianggap permusuhan. Mereka lupa bahawa cermin sebenar mereka ialah rakyat kerana mereka juga adalah rakyat. Jangan dikasari cermin itu kerana bimbang cermin itu akan pecah di mana kaca cermin itu akan melukakan diri sendiri. Salah seorang rakan saya telah meninggal dunia kerana menumbuk cermin dan urat darah dipergelangan tangan putus semasa ia menarik tumbukan keluar dari serpihan kaca yang pecah.

Aku Tuan Kamu Hamba

Semua rakyat menolak pelaksanaan negara kebajikan yang berasaskan semangat tuan dengan hamba di mana kerajaan mahu dihormati sebagai tuan serba pandai dan rakyat dilayan sebagai hamba serba bodoh dan jahil. Rakyat dilayan kerajaan seperti hamba di mana mereka dinafikan hak-hak yang dibenarkan Perlembagaan serta menganggap diri mereka mengetahui segala-galanya. Hanya mereka tidak mengaku diri mereka sebagai tuhan sahaja.

Tindak tanduk serta percakapan mereka menunjukkan hati dan jiwa mereka tidak ada sifat kasih sayang terhadap rakyat. Tidak mungkin seorang tuan akan memberi kasih sayang kepada seorang hamba.

Mereka hanya mengaku bahawa mereka adalah hamba rakyat semasa kempen pilihanraya sahaja. Apabila telah menang pilihanraya dan diberi kuasa oleh rakyat maka pada waktu itu mereka akan memperhambakan rakyat demi kepentingan peribadi dan politik mereka. Apabila kerajaan berjanji akan melaksanakan negara kebajikan atau telah melaksanakan negara kebajikan maka ingatlah bahawa lidah tidak bertulang. Negara kebajikan tidak akan wujud tanpa diiringi oleh perasaan kasih sayang di antara kerajaan dengan rakyat.

Publisiti: Kerajaan jadi macam artis

Apa yang menarik hati saya ialah kerajaan New Zealand tidak pernah membuat publisiti pada dunia tentang pelaksanaan dasar sebuah negara kebajikan. Mereka tidak bercakap banyak tapi bekerja memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat sebagai sebuah kerajaan yang dipilih rakyat. Mereka bekerja memenuhi janji-janji dalam manifesto mereka. Masa bercakap telah tamat. Tiba pula masa bekerja.

Terbalik dengan negara kita di mana banyak bercakap kurang bekerja. Masa bercakap tidak ada titik tamat. Sangat rajin membuat publisiti seperti artis mempromosi album untuk meningkatkan jualan dan menang anugerah. Dunia tidak sedar pun bahawa kerajaan New Zealand sangat menjaga kebajikan rakyatnya serta sesiapa sahaja yang diterima sebagai pemastatutin di New Zealand. Kerajaan New Zealand tidak membuat publisiti kerana mereka sedar melaksanakan dasar negara kebajikan adalah tanggungjawab kerajaan.

Semasa pilihanraya kerajaan membentangkan manifesto sebagai janji untuk memenuhi tanggungjawab. Setelah dipilih menjadi kerajaan, maka menjadi tanggungjawab untuk melaksanakan manifesto tersebut. Sebagai contoh, tidak ada ibu-bapa yang membuat publisiti apabila melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.

Tidak ada anak-anak yang membuat publisiti apabila melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu-bapa. Begitu juga dengan suami yang melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri atau sebaliknya. Publisiti tidak sesuai dalam urusan tanggungjawab. Malangnya, terdapat kerajaan yang tidak memahami konsep tanggungjawab.terhadap rakyat termasuk di negara kita sendiri.

Tanggungjawab mesti ditunaikan sama ada suka atau tidak. Tidak ada pilihan dalam menunaikan tanggungjawab. Tidak perlu buat publisiti dan tidak perlu minta dipuji. Kalau tidak mahu melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat maka tidak perlu menjadi kerajaan. Mesej ini amat difahami oleh ahli-ahli politik di New Zealand tetapi mungkin tidak begitu dihayati oleh ahli-ahli politik di tanahair.

Kerajaan bukan maharaja

Kerajaan juga adalah golongan rakyat yang dipilih rakyat dalam sistem pilihanraya. Maka rakyat yang telah dipilih menjadi kerajaan jangan lupa diri tentang status rakyat mereka dan tanggungjawab yang telah dijanjikan semasa berkempen. Rakyat memberi mereka undi kerana percaya mereka akan melaksanakan tanggungjawab bukan kerana suka-suka. Jangan pula lupa diri dan menganggap diri mereka sebagai maharaja paling berkuasa, membuat tafsiran hukum undang-undang demi kepentingan politik sendiri, menyalah guna instrument kuasa yang diberi rakyat kepada mereka atau menyakiti rakyat yang lain dengan apa jua cara sekali pun.

Kini negara kita telah dipalit noda dosa antara kerajaan dengan rakyat. Mereka lupa asal-usul bahawa mereka juga adalah rakyat dan bukannya maharaja berkuasa atau raja Bersiong. Cerita Raja Bersiong pun sebenarnya adalah sindiran rakyat kepada pemimpin yang lupa diri, menindas rakyat, mencederakan dan membunuh rakyat sendiri, Kalau kerajaan sudah menjadi seperti Raja Bersiong maka rakyat akan berada dalam kepayahan dan darurat.


Wujudnya Keturunan Raja Bersiong

Mengikut cerita hikayat, Raja Bersiong lupa diri dan lupa tanggungjawab terhadap rakyat sampai ke akhir hayatnya. Beliau tidak mahu mendengar nasihat rakyat kerana beliau menganggap rakyat adalah hamba yang bodoh lagi jahil. Raja Bersiong menangkap rakyatnya beramai-ramai untuk diambil darah sebagai hidangan istimewa. Ada yang cedera, ada yang separuh mati dan ada juga yang mati. Raja Bersiong melanggar hak asasi manusia tetapi pada zaman itu tidak ada undang-undang memelihara hak asasi manusia.

Pada zaman moden ini pun terdapat kerajaan yang mempunyai perangai sama seperti Raja Bersiong. Mereka melanggar hak asasi manusia di atas nama undang-undang. Kerajaan mencedera rakyat dan membunuh rakyat di atas nama perlembagaan dan perundangan. Mereka menghalalkan pertumpahan darah, bertindak kejam pada rakyat sendiri dan mengistihar perang ke atas rakyat sendiri.

Barangkali keturunan Raja Bersiong masih ada di negara kita kerana Raja Bersiong adalah cerita dari negara kita sendiri. Mungkin Raja Bersiong pun akan guna senapang, gas pemedih mata atau water cannon sekiranya teknologi tersebut ada pada waktu itu untuk memberhentikan kebangkitan dan kemarahan rakyat terhadapnya. Kalau Raja Bersiong ada mahkamah pada waktu itu mungkin dia akan menggunakan instrument perundangan untuk mengajar rakyat supaya takut untuk melawannya. Mungkin mahkamah Raja Bersiong akan dipenuhi kes-kes politik yang bertangguh kerana mencari bukti yang direkacipta olehnya sendiri.

Tidak mungkin kerajaan seperti Raja Bersiong akan berjaya melaksanakan negara kebajikan kerana dalam jiwanya tiada perasaan kasih sayang terhadap rakyat tetapi menganggap dirinya tuan yang serba pandai dan rakyat sebagai hamba bodoh lagi jahil. Akhirnya rakyat menghalau Raja Bersiong yang sempat melarikan diri entah ke mana. Jikalau negara kita terdapat kerajaan keturunan Raja Bersiong maka menjadi tanggungjawab kita semua untuk menghalau keturunan Raja Bersiong tersebut. Raja Bersiong dan keturunannya tidak layak menjadi kerajaan untuk negara kita yang tercinta.


Kebajikan Misi Nombor wahid kerajaan

Melaksanakan negara kebajikan adalah tanggungjawab kerajaan yang dipilih rakyat. Rakyat memilih kerajaan bukan untuk menembak gas pemedih mata ke arah mereka atau water cannon atau dibelasah dengan belantan atau disepak terajang atau di tampar tumbuk tetapi untuk menjaga kebajikan rakyat.

Pada kerajaan New Zealand kebajikan rakyat adalah misi nombor wahid mereka. Mereka menganggap kebajikan bukan sekadar memberi bantuan material tetapi merangkumi perlindungan, memberi promosi dan peningkatan taraf ekonomi serta kebahagiaan sosial setiap warga negara termasuk juga pelarian yang telah diberi status mastatutin atau sesiapa sahaja yang telah dianugerah status mastautin.

Kerajaan New Zealand percaya bahawa negara kebajikan mesti berasaskan prinsip peluang yang sama rata (equality of opportunity), agihan kekayaan negara secara sama rata (equitable distribution of wealth) dan tanggungjawab awam terhadap ahli masyarakat yang kurang bernasib baik. Proses kebajikan mungkin melibatkan sumber kewangan secara langsung dari tabung kewangan negara atau melalui perkhidmatan yang diberikan seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan atau kedua-dua sekali.

(Hagley Park adalah taman rekreasi yang luas di tengah bandaraya Christchurch, New Zealand. Masjid An-Nur terletak di hadapan Hagley Park)

Kebajikan di New Zealand melibatkan pemberian bantuan kewangan kepada individu yang memerlukan melalui sistem agihan cukai.

Menurut undang-undang sosial New Zealand, ibu-bapa mesti meluangkan masa untuk membawa anak-anak beriadah pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Jika tidak membawa anak-anak beriadah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Pihak kerajaan tidak terus menguatkuasa undang-undang tersebut. Mereka memperkenalkan skim basikal percuma kepada setiap keluarga yang mempunyai anak-anak.


New Zealand beri basikal percuma

Pada mulanya agensi kebajikan kerajaan menghantar dua buah basikal percuma lengkap dengan helmet ke rumah saya untuk dua orang anak lelaki saya yang berusia 12 tahun dan 13 tahun. Basikal dan helmet untuk lelaki berbeza dengan basikal dan helmet untuk perempuan. Menjadi kesalahan jika lelaki mengguna basikal perempuan dan begitu juga sebaliknya. Dua hari kemudian mereka menghantar dua buah basikal lagi ke rumah saya. Rupa-rupanya mereka memberi basikal itu satu untuk saya sendiri dan satu lagi untuk isteri saya supaya dapat beriadah bersama-sama dengan anak-anak. Saya rasa terharu sangat menerima semua basikal percuma tersebut.

Setiap hari waktu subuh saya akan menaiki basikal tersebut ke masjid untuk berjemaah subuh. Saya tidak lagi menaiki kereta ke pusat bandar kerana lebih gemar menaiki basikal kesayangan saya itu. Setiap hari Sabtu dan Ahad seluruh ahli famili saya pasti ke Hagley Park untuk beriadah. Jikalau kerajaan New Zealand tidak memberi saya dan isteri basikal tentu kami tidak dapat mengejar kelajuan basikal tunggangan anak-anak.

Jangan kedekut dengan rakyat

Pemikiran kerajaan New Zealand tentang negara kebajikan melampau batas pemikiran kita kerana pemikiran mereka berasaskan kasih sayang dan bukannya publisiti politik semata-mata. Terkenang saya pada negara sendiri. Semenjak zaman YM Tunku Abdul Rahman sehingga zaman YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, saya tidak pernah menerima sebuah basikal percuma pun dari kerajaan. Famili saya pun tidak pernah menerima basikal percuma dari mereka. Mungkin zaman YM Tunku Abdul Rahman adalah zaman kemiskinan. Kerajaan tidak mampu untuk menghadiah basikal kerana basikal pun mungkin tidak banyak pada waktu itu.

Zaman kebangkitan industri dan kekayaan ekonomi semasa era pemerintahan Dr. Mahathir pun saya tidak menerima basikal untuk tujuan kebajikan dan memupuk kasih sayang keluarga secara beriadah bersama-sama. Tidak ada sebuah basikal pun yang saya terima di zaman pemerintahan Tun Hussein Onn dan Pak Lah.

Barangkali idea memberi basikal kepada rakyat tidak pernah timbul dalam benak pemikiran mereka sebagai salah satu langkah kebajikan yang dapat memupuk perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga sebagai unit penting dalam sebuah Negara yang mahu maju di masa hadapan. Saya pernah menderma basikal sebanyak 20 buah sempena Hari Keluarga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dahulu apabila diminta berbuat demikian oleh kakitangan DBKL. Mungkin kakitangan DBKL tersebut tersalah tempat meminta derma basikal untuk ahli keluarga kakitangannya kerana saya bukan badan kebajikan kerajaan dan saya bukan wakil rakyat kerajaan.

Barangkali Visi 2020 kerajaan dipenuhi publisiti minta dipuji dan angan-angan yang tidak realistik sehingga perkara yang realistik pun tidak mampu dilaksanakan demi kebajikan rakyat, Jika negara mampu membina kilang kereta sudah tentu negara mampu membina kilang basikal untuk rakyat. Isu basikal adalah isu kecil tetapi isu memupuk perasaan kasih sayang dalam keluarga adalah isu besar. Perasaan kasih sayang keluarga tidak cukup sekadar mendengar ceramah di RTM1 atau RTM2. Lagi pun siaran-siaran yang dipaparkan di RTM1 dan RTM2 tidak diminati rakyat kerana dipenuhi propaganda dan publisiti. Propaganda dan publisiti membuatkan rakyat muak untuk menonton rancangan di RTM1 dan RTM2. Lagi pun kualiti penerbitan rancangan di RTM perlu diperbaiki jika mahu berperanan secara berkesan dalam merealisasikan sebuah negara kebajikan.

Lebih memeranjatkan saya lagi ialah setiap tiga bulan agensi kebajikan New Zealand akan menghantar beberapa orang mekanik basikal untuk memperbaiki basikal rosak secara percuma. Alat ganti basikal yang rosak ditukar secara percuma. Kita boleh menukar basikal lain jika kita mahu. Agensi kebajikan akan memilih satu pusat komuniti untuk tujuan servis basikal. Maka pada hari tersebut ibu-bapa akan menjadi sibuk membawa basikal masing-masing untuk diperbaiki atau ditukar. Satu pesta yang sangat unik di Christchurch walau pun dilanda gempa bumi setiap hari.


Ternakan pastoral di Amberly

Musim sejuk New Zealand datang lagi. Pada waktu malam suhu boleh jatuh sehingga paras negatif tetapi yang anehnya tidak ada salji yang turun.

(Salji di Mt. Hutt dalam daerah Canterbury, New Zealand merupakan tempat tumpuan pelancong dari luar dan dalam negara)

Bumbung dan cermin kereta yang diletakkan dibahu jalan terdapat ais membeku tetapi bukan salji yang biasa saya lihat di benua Eropah. Barangkali musim sejuk di hemisfera selatan agak berbeza dari benua Eropah di hemisfera utara.

Saya memang suka melihat salji turun kerana ia membuat jiwa saya tenang memikirkan kebesaran Allah swt yang menurunkannya dari langit luas tiada bertiang tiada sempadan. Kerinduan saya terhadap salji terubat jua apabila kelihatan salji putih melitupi puncak-puncak gunung semasa saya dalam perjalanan ke Amberly di utara daerah Caterbury di New Zealand.

Saya ke Amberly untuk meninjau sistem ternakan ruminen iaitu haiwan ternakan makan rumput seperti kambing, lembu dan rusa. Ladang Amberly terbentang luas, indah dan kemas ditanam rumput berkualiti tinggi sebagai padang ragut ternakan ruminen. Penternak ruminen memberitahu saya bahawa rumput adalah makanan murah untuk ternakan ruminen. Menanam rumput sebagai sumber makanan ruminen hanya tinggi pada peringkat awalan tetapi akan menjadi semakin ekonomik pada jangka masa panjang. Menanam rumput berkualiti tinggi (pastoral) sebenarnya adalah input pertanian yang ekonomik untuk ternakan ruminen jangka panjang berbanding dengan sistem feedlot.

Kesannya ialah kos output pertanian akan menjadi rendah. Maka petani dapat menjual hasil pertanian di pasaran dengan harga yang rendah juga. Mekanisme inilah yang membuatkan bahan mentah makanan di New Zealand lebih murah dari Malaysia serta lebih segar dan berkualiti tinggi bertaraf dunia.

Apa yang menghairankan saya ialah negara kita mahu berjaya dalam industri ternakan dengan cara sistem feedlot. Lembu diberi makan dedak sawit dan daun sawit. Oleh kerana tidak ada pilihan maka lembu terpaksa makan dedak sawit atau daun sawit yang dihancurkan. Kaedah feedlot tidak sesuai dengan sifat lembu yang suka ragut rumput segar. Dalam konteks ini semua jenis ruminen gemar meragut rumput segar bukan makan dedak sawit, atau daun sawit yang dikisar atau rumput yang dipotong. Rumput yang dipotong cepat layu dan hilang kandungan airnya.

Jangan jadi hamba lembu kambing

Lagi pun haiwan ternakan kuat makan rumput. Setakat mana manusia mampu untuk melayan haiwan ternakan dengan memotong rumput setiap hari untuk dihidangkan pada ternakan di feedlot. Lebih baik membiarkan haiwan meragut sendiri rumput dari dihidang oleh penternak. Jangan jadi hamba lembu dan jangan jadi hamba kambing. Feedlot digunakan semasa peringkat akhir penternakan iaitu sebelum disembelih atau sebelum dijual.

Kesimpulan

Sebelum kerajaan memberi basikal percuma kepada rakyat untuk beriadah adalah lebih baik jika kerajaan membasmi masalah anjing liar dahulu. Rakyat New Zealand yang pernah melancong ke Malaysia kehairanan melihat begitu banyak anjing liar di Malaysia. Rakyat New Zealand memang suka anjing tetapi mereka tidak suka anjing liar. Mereka kehairanan mengapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menternak begitu banyak anjing liar. Salah seorang pelancong yang baru kembali dari Kuala Lumpur ingin kepastian dari saya adakah ternakan anjing liar di Malaysia termasuk dalam Wawasan 2020.

Dalam nada seloka saya memberitahu bahawa anjing-anjing tersebut akan digunakan oleh Kementerian Pertanian Malaysia untuk menjaga kambing, lembu dan rusa yang akan penuh di ladang-ladang Malaysia dalam masa terdekat. Barangkali rakan saya itu percaya kerana anjing memang digunakan di New Zealand untuk membantu petani mengawal haiwan ternakan.

Khamis, 14 Julai 2011

aku menulis untuk kau tahu, bukan untuk apa kau mahu

sehari dua ini aku agak vokal dalam bersikap. aku menulis, aku kopi pes, aku baca, aku mengulas, aku beri komen, semuanya didorong oleh satu perasaan. aku benci kezaliman.


kawan,
kita hidup dalam era langit terbuka, tiada sempadan,globalisasi dan macam-macam istilah yang diguna untuk merujuk kepada `mencari maklumat tanpa had dengan sangat mudah`.
justeru kenapa kau membutakan mata hatimu untuk mengimbangi segala berita dan cerita yang masuk ke otakmu.

kalau kau sudah ada akses yang banyak untuk membaca maklumat dari pihak kerajaan iaitu melalui tv1,2,3,NTV 7,8, astro awani, B.Harian, Kosmo, Metro,Utusan dan lain-lainnya, mengapa kau tak mahu menghargai akalmu dengan mencari sumber yang satu lagicontohnya media alternatif yang propembangkang seperti harakah, Malaysiakini, warta keadilan dan macam-macam laman sesawang lain.. kenapa kau tak mahu membaca pandangan dari pihak oposisi yang sangat penting dalam mengimbangi sesebuah kerajaan demokrasi.kau perlu terima hakikat kerajaan yang baik dalam sistem demokrasi perlu pembangkang yang kuat untuk `chek and balance`.pandangan asal apa kerajaan buat pembangkang kata salah, apa pembangkang cakap semua kerajaan kata tak betul tu perlu kau imbang dengan pengetahuan luas dari kedua-dua sisi,baru kau cerdik.

aku membenci beberapa dasar amerika yang zalim dan mahu menang sendiri, yang perasan dialah  yang terbaik memerintah dunia. tapi dari satu sudut, aku sangat ingin melihat Malaysia mengamalkan keadilan yang sama dalam sistem pemilihan pemimpin macam mereka. kawan, kau pernah tengok tak macamana kempen pilihanraya di amerika.

mereka membenarkan SEMUA parti bertanding untuk menyampaikan gagasan atau propaganda masing-masing untuk memenangi hati rakyat. mereka BENARKAN SEMUA parti mengiklankan, berkempen, melobi dan memenangi sokongan dengan RUANGAN SAMA di televisyen, radio, akhbar dan sebagainya. mereka memberi peluang CALON PRESIDEN BERDEBAT satu lawan satu, dan rakyat buat pilihan gagasan mana yang terbaik untuk mereka, secara LIVE!begitu juga di negara jiran kita, Indonesia, pilihanraya sangat meriah dan mengasyikkan. semuanya punya hak yang sama untuk bercakap. temberang atau apa, yang penting mereka berhak bersuara.adil kan begitu.

padang permainan yang rata,peluang yang saksama diberi kepada SEMUA tidak kira kumpulan republikan atau demokrat.

satu soalan aku yang perlu kau jawab dalam hati dengan jujur, pernahkah kau melihat senario itu berlaku di Malaysia?pernahkah? jangan bagitahu aku. kau beritahu nuranimu sendiri.apabila media melaporkan secara tidak seimbang, satu pihak saja betul dan pihak yang menentangnya sentiasa salah,kenapa kau hairan kalau semakin lama semakin ramai orang meluat untuk tonton berita?

kawan, ini kerana fitrah hati..tidak suka kepada ketidak adilan.peluang tidak pernah wujud untuk si tertuduh membela diri, kalau otak kita waras, tak bolehkah kita terfikir betapa tak betulnya keadaan itu?pihak yang punya kuasa memegang media canang-canagkan kebaikan sendiri sehingga setinggi langit ke tujuh, manakala musuh politik diberi imej terburuk  kumpulan manusia abad ini..

aku menulis ini bukan kerana aku bencikan BN atau aku penyokong PR. nama parti itu tak penting, kau namakanlah apa saja. parti BOLA kah, parti GULI kah, aku tak peduli semua itu. tak ada masalah pun bagi aku apa nama parti itu, BN , PR, UMNO, PAS, DAP dan lainnya. yang mahu kita tentang itu kezaliman yang diamalkannya.
'takdirnya esok lusa PR memerintah dan melakukan kezaliman, kau fikir aku akan menyokongnya kah? kau sungguh kejam padaku kalau kau fikir aku sedungu itu.

kawan, aku tak pandai berdebat.lagi lagi hal politik sebab ia sangat menakutkan aku. aku masih rasa taboo untuk bicara tentang politik secara berdebat kerana selalu aku lihat kesudahannya persahabatan menjadi renggang hanya kerana ideologi tak sama.tapi aku ingin mengongsikan pendapat aku, dan apa aku rasa betul dalam blog aku ini kerana inilah ruang paling sesuai untuk aku mengajak kau berfikir bersamaku.

kawan, apa aku tulis dan fikir tak semestinya betul, dan kalau kau tak sependapat dengan aku tak semestinya engkau salah.tapi itulah gunanya kita menambah ilmu dan berfikir.kalau aku salah kau betulkan. kalau kau salah mari kita sama-sama cari apa yang benar.

kawan.

aku tak mahu jadi ahli politik. tapi tak bermakna aku memisahkan diri aku dari politik. itu tak mungkin, kerana Allah suruh kita amalkan agamanya dalam semua aspek hatta berpolitik.aku belajar agama tak tinggi, tak sampai darjah khas pun tapi aku fikir inti pelajaran kita selama bersekolah agama itu cukup mudah difahami. kesimpulannya agama ini meliputi semua kehidupan.

kalau kau kata kau malas nak peningkan kepala dengan politik dan tak mahu memilih mana-mana parti untuk menjadi kerajaan kau, aku rasa kau silap dan sungguh tak bertanggungjawab. aku tak kata demokrasi ini satu sistem terbaik, tapi kerana negara kita terlibat dalam demokrasi dan masih terpaksa melaluinya, sangat bodoh rasanya kalau kita tak terlibat langsung. 

kau pernah dengar kisah burung pipit yang bawa air dengan paruhnya yang kecil demi bantu padamkan api yang membakar nabi Ibrahim? memang tak logik burung sekecil itu nak tolong padamkan api yang besar. tapi ada Tuhan tanya besar atau kecilnya usaha burung tu? yang Allah lihat adalah usahanya,adakah dia buat sesuatu atau tidak. bukan besar atau kecil usahanya.kau faham tak apa aku nak sampaikan? 

dalam negara demokrasi, undi sangat penting. jangan kau malas  mengundi kerana undi kau penentu siapa atau kumpulan mana yang kau nak pilih menjadi ketua kau dalam melayari hidup ini.kalau kau memilih pemimpin yang terang-terang penzina, perasuah, penipu,merompak duit negara dan macam-macam kejahatan lagi,sah-sah kau akan turut berdosa. kalau kau memilih orang yang baik, yang takut kepada Tuhannya, yang amanah, sah-sah lah kau dapat kebaikannya.matematik ini sangat mudah.


kawan,
menang atau kalah bukan persoalan. tapi adakah kau dah tunaikan tanggungjawab kau kepada agama untuk hidup dalam lingkaran `habluminannas`. dan tanggungjawab itu terpatri dalam usaha memilih pimpinan. 

kawan,kau adalah pembayar cukai. makan KFC, belanja di mana-mana pusat beli belah, kedai runcit malahan isi minyak kereta motor kau, semua kau bayar untuk kerajaan yang namanya `gov. tax`.tengok resit bayaran kalau kau tak percaya.

" Sumbangan sebenar rakyat yang sah disisi perlembagaan sebagai rakyat malaysia adalah memenuhi kehendak dan tuntutan perlembagaan termasuklah membayar cukai dan cukai yang dikumpulkan itu pula diguna untuk melaksanakan dasar-dasar untuk rakyat " - rujukan

Apakah rakyat tidak ada hak untuk minta dibetulkan apa-apa dasar dan penjelasan tentang apa, berapa dan untuk apa dibelanjakan kesemua hasil negara itu ? Sepatutnya kalau pemerintah boleh tanya rakyat, apa jasa rakyat untuk negara, rakyat juga berhak untuk tanya pemerintah, apa yg pemerintah buat untuk rakyat..kita bukan hidup dalam zaman feudal.



Belanja untuk bikin Fesbuk Kementerian RM1.8 juta. Kejadah apa tu ? anak kau darjah 5 pun boleh buka fesbuk macam buka tv.  Bil air rumah PM di Putrajaya sampai RM32 ribu sebulan, orang ker mandi, rumah yang mandi ?mana penyata kewangan petronas, itu rakyat punya rakyat patut tahu, tapi yang tahu cuma PM seorang, tak pernah nak bagi detail apa dan ke mana duit petronas pergi.bila rakyat tanya, kena jawablah. jangan biarkan hidup ni diselubungi misteri..



Kepadamu kawan , maaf kalau tulisan aku  agak mengganggu..tapi ini suara hati aku yang jugak rakyat malaysia yg sah seperti yg termaktub dalam bahagian 3 perkara 14 perlembagaan persekutuan.

Isnin, 11 Julai 2011

maryamah karpov dah beranak

hari ni, 11.7.2011 (isnin), aku balik dari kerja, maryamah dan mengiau-ngiau menyambut aku. semalam, aku ketuk kepala maryamah (mary) sebab masuk gerobok dapur gas aku nak buat tempat beranak. manalah aku tak meradang, aku dah sediakan hotel untuk dia kat depan rumah aku.habis baju lama hubby aku kerjakan buat tilam mary.aku dah agak mary nak beranak sangat dah tu.mary terjun dari grill pintu dapur sebab takut kena ketuk lagi. aku berleter kat dia, aku bagitahu pergi la chek-in kat hotel dia.

mary sangat happy kerana sudah beranak. aku dah ternampak tubuh kecil mungil merayap-rayap dalam kotak sebelah motor melalui jendela kereta.aku tengok sekejap, anak mary ada 4 ekor. comel, rasa nak gigit.

kemudian aku bagi makan mary. sangat lapar, habis satu mangkuk. kemudian makan lagi. dan lagi dan lagi. maklum ,tenaga habis.
kemudian aku mengadap komputer sampai tegang urat leher.mary asyik panggil aku suruh tengok anak dia. penat aku dengar, aku layankan juga.
sikin kata jangan pegang baby kucing, nanti mak dia tak mahu kat dia sebab bau manusia. mati kucing tu mak dia tak bagi susu. tapi mary macam paksa aku pegang anak-anak dia. dia bunyi-bunyi sambil buat muka.lepas tu aku angkat anak mary. aku cium 2 ekor. comel. baru mary diam. dia sudah oke kerana aku sayangkan anak dia juga.

esok pagi nak bagi mary makan di luar. hubby tak tahu pun mary dah beranak. akupun malas bagi tahu, nanti hubby bising.
mary, nanti kalau kawan uncle sudah pulangkan kamera, auntie ambil gambar mary dan baby oke.kata orang jangan ambil gambar anak kucing. nanti mati. karut. habistu kalau kita tak pernah ambil gambar dia, tak mati-mati la kucing tu sampai kiamat. dah la. jangan percaya benda syirik.hehe.

A Day To Remember

aku rasa pengarah transformer patut ambil mamat yang buat video ni jadi crew dia. kellas. sapa kata filem tak boleh jadi medium mencerdikkan minda?

Perempuan Gila

aku perempuan
tapi aku belum gila
dan aku tak mahu gila

gila dunia
gila harta
gila kuasa
kerana kau gila
lelaki di sekelilingmu juga gila
kerana kau gila
maka senanglah masuk neraka
sedangkan mudah sangat nak masuk syurga

kerana kau gila
satu negara huru hara
satu dunia gelakkan kita
suami kau jadi dayus tak terkata

sungguh hebatnya
bila seorang perempuan menjadi gila.

this is our land

mengalir air mataku melihat kemanusiaan dilempar,diasak, dihiris-hiris dan dicampak.. Tuhan, saksikanlah. pada hari yang mulut tak bisa bicara, segala anggota selainnya mengaku belaka,apa yang dibuat oleh mereka.
Tuhan,aku keliru memilih yang benar.aku tak sabar. Tunjukkanlah oh Tuhan, segerakanlah. Marhaen ini cuma ada daya dan harga diri. sedang mereka punya kuasa yang jadi legasi.


Tuhan
walaupun dengan sekecil iman
saksikanlah,
aku tak mahu bersekutu
pada yang bernama kezaliman

Ahad, 10 Julai 2011

MALAYSIA PALING RAMAI MANUSIA TERTUA DI DUNIA....ahaks...

Satu Lagi Rekod dunia yang Malaysia cipta tapi tidak di iktiraf oleh Guinness World Records.  Menggemparkan!!! Malaysia Miliki Rekod Dunia Paling Ramai Penduduk Tertua Di Dunia, Tapi Kenapa Kita Tak Pernah Tahu Pun???

 Tahukah anda Malaysia juga mempunyai ramai manusia yang masih
hidup dan usianya melebihi 100 tahun?

Di Perak sahaja terdapat 1538 orang pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dan yang menakjubkan kesemua mereka masih hidup dan boleh mengundi..

Manusia tertua yang masih hidup dan boleh mengundi di Perak itu ialah seorang yang berbangsa Cina iaitu Wong Seng yang telah dilahirkan pada tahun 1879 dan kini berusia 132 tahun jauh lebih tua dari manusia tertua yang  disenaraikan oleh Wikipedia.

Begitu juga dengan lapan lagi manusia yang panjang usianya juga mengatasi iaitu Nazmi Binti Harun 131 tahun, Ng Khoa 126 tahun, Kong Kew Kee 126 tahun, Ng Ah Kow 125 tahun, Wong Yee 124 tahun, Itam Latihah Bin Mohd Ali
123 tahun, Mohammad bin Haji Mohd Noor 123 tahun, Wong Pin 123 tahun dan Murugai A/P Ramamoorthai berusia 122 tahun iaitu sama dengan usia manusia
paling tua di dunia yang pernah direkodkan..

Korang tengoklah sendiri senarai 50 dari 1538 orang dibawah ni yang diambil dari Daftar Pemilih..

No_KP_Baru/ No KP Lama/ Nama/ Bangsa/ Tahun_Lahir/ Umur

790610740022 1448642 WONG SENG CINA 1879 132

800501030028 A0993271 NAZMI BINTI HARUN MELAYU 1880 131


850710740048 3498040 NG KHOA CINA 1885 126

850608740017 1453245 KONG KEW KEE CINA 1885 126

450826085273 0592818 NG AH KOW CINA 1886 125

870608740058 1392190 WONG YEE CINA 1887 124

881101080023 0336299 ITAM LATIH 1888 123

881112610069 2106517 MOHAMAD MELAYU 1888 123

881003740059 0439199 WONG PIN CINA 1888 123

890624713118 2110938 MURUGAI A/P RAMAMOORTHAI INDIA 1889 122

901102740113 0363429 HOW TOH YOON CINA 1890 121

910103740048 0387294 MOK SOON HOONG CINA 1891 120

910812740032 0914383 AH SEE CINA 1891 120

921012750017 2112135 DOORASAMY S/O PARASAMY INDIA 1892 119

921108740075 0439792 LIANG KWAY CINA 1892 119

931218740147 0596852 LEE KOOI CHIEW CINA 1893 118

931108080037 0357301 HAJI ABDUL MUTALIB MELAYU 1893 118

931116080010 2587063 HAJI HALIJAH BINTI ENDUT MELAYU 1893 118

930920740089 3841080 WONG AH SIEW CINA 1893 118

930104750019 2779357 SUPPIAH S/O SUPPIAH INDIA 1893 118

941124740073 0617600 POON SUM CHOON CINA 1894 117

940601740064 1413720 CHONG CHUI CINA 1894 117

940503740167 1042990 LEONG YAK CINA 1894 117

941231080015 4063070 YOK GUNONG ORANG ASLI 1894 117

951129740055 0608134 LEE AH NGEE CINA 1895 116

950720710019 7599200 ASA SINGH INDIA 1895 116

960913740088 1850228 SADRI B ALAM MELAYU 1896 115




961024740074 2077418 LOH YAN TAN CINA 1896 115

961122740078 0588769 LOH TAI HOI CINA 1896 115

960408740255 7603072 YONG CHAN CINA 1896 115

971123740159 0392250 LAI CHOONG YOOK CINA 1897 114

970811080049 3514775 GOVINDASAMY INDIA 1897 114

971231743699 1066220 HEE PENG FOOI CINA 1897 114

980605740076 1413246 WONG SAM NOOI CINA 1898 113

981121080256 0585983 LEE YOKE KWAI CINA 1898 113

>980503740147 1042943 YON LOON CINA 1898 113

980531750019 1382853 A K RETHNAM CHETTEER INDIA 1898 113

980607750059 1449825 SINNATHAMBY S/O AVADAI INDIA 1898 113

981125740100 0623105 CHAN SOON CINA 1898 113

980410750573 7638932 K.SHAIK DAWOOD INDIA 1898 113

981017740031 0366169 NG AH TEE CINA 1898 113

991107740157 0326715 WONG SEN CHEANG CINA 1899 112

991203740069 2583162 TEOH KOK TONG CINA 1899 112

991202710052 0591839 LAU TEE CINA 1899 112

991231741990 8156595 NGAN SUAR @ NGAN OH SUAR CINA 1899 112

991120740020 0619180 THAM LEAN TAI CINA 1899 112

991126710148 0410514 LEE KWAI FONG CINA 1899 112

990615740079 1406250 YIP PENG CINA 1899 112

990509740083 1078174 CHANG KWONG CINA 1899 112



Yang peliknya tiada seorangpun dari mereka tersenarai dalam 100 manusia paling Tua di dunia.. kenapa agaknya.. mungkin SPR boleh jelaskan..

Sumber
Posted by KedahLaNie

Jumaat, 1 Julai 2011

MARYAMAH KARPOV alias MARY

namanya Maryamah Karpov. asalnya nama ipus saja. kemudian atas semangat ingin menghidupkan kecintaan pada Nabi, aku namainya sebagai Mueeza, menyamai nama kucing kesayangan nabi.

tapi oleh kerana akhir-akhir ini aku menjadi penggila novel Andrea Hirata, aku namakan dia maryamah karpov. entahlah. ikut suka hati aku aje nak panggil dia. semua nama dia menyahut aje kalau aku panggil. terutama kalau lapar. kalau tengah kenyang atau mengantuk, jangan harap. sombong tak ingat.

bila emosi aku stabil, aku panggil nama penuh, Maryamah Karpov. bila kurang stabil aku malas nak panggil panjang-panjang, aku panggil dia Mary aje. rasa macam orang putih pulak.

mary tak minta banyak dari aku.hanya  kasih sayang, biskut kucing dan susu segar. cuma aku tak boleh tahan kalau aku balik sekolah nanti 2 -3 kali aku kena turun alihkan dia. nanti penyek pulak kena gelek dengan tayar kereta aku ni. manja sangat. dah tahu aku nak parking kereta, lagi dia berguling-guling kat simen tu. tak tahu jaga keBERSIHan langsung...tapi pada masa yang sama aku terharu kerana dia sangat menyayangi aku. begitu dia mendengar keretaku sampai ke perkarangan rumah, dari manapun dia akan berlari-lari termengah-mengah mendapatkan aku. menyambutku dengan muka lapar sangat,seolah-olah sepanjang hari tu seekor cicak pun tak ditemuinya untuk jadi santapan.  bila ku buka pintu, mary tak akan masuk selagi aku tak melangkah masuk.  begitu juga ku perhatikan,kalau dengar hubby balik dia akan berlari ke muka pintu sambut hubby. tapi selalunya hubby tak perasan pun maryamah sambut dia. yang hubby perasan aku je. hehe. kesian mary.

tempoh hari bual-bual dengan hajar, aku kata bulu mary  tanggal-tanggal. kulit macam berkudis dan berkurap. hajar kata, kalau kucing kena simptom macamtu maknanya kena cacing. aku tanya hajar, apa patut buat? bagi ubat cacing ke?hajar kata dia pernah bagi kucing dia ubat cacing .memang lah baik. bukan sahaja cacing, dengan kucingnya sekali mati.moralnya, ubat cacing untuk manusia khusus untuk manusia. kalau kucing sila beri ubat untuk kucing. jangan kau siksa kucing kau dengan eksperimen yang bukan-bukan.

hajar suruh aku bancuh susu dengan madu.nanti kucing sihat. cacing mati. jadi sekarang aku berkongsi susu segar dengan mary. mary tak pandai minum madu tambah air. tambah susu boleh pulak. demand mengalahkan artis.tak apalah mary, aku ikhlaskan aje. semoga Allah luaskan rezeki aku dengan membantu kamu. tapi aku rasa betul juga lah. mary makin sihat, bulu semakin cantik dan kudis beransur sembuh.sekarang ni kalau aku malas nak bagi susu dia membebel macam mak lampir. sakit kepala aku dengar. aku tak suka bising-bising ni. aku kan seniman. mana kelas bising-bising.

jadi ada hikmahnya mary suka minum susu. aku akan minum juga . sekarang aku rasa tulang aku sudah berbunyi-bunyi kuat bila aku membongkok nak ambil barang. apakah itu tanda-tanda ostoperosis. oh, tidak,aku mesti minum susu anlene pula. maaf mary, anlene tu untuk aku, kau tak payah. minum susu good day dah la. tulang kau kuat lagi kan mary.

sebenarnya aku tak jemput mary datang. Allah yang ilhamkan dia ke sini. terima kasih Tuhan kerana memberi aku terapi yang menyenangkan.dulu aku ada olat, sekarang aku ada mary. 3-4 bulan lepas, mary beranak. aku tak tahu dia beranak di mana,sebab aku dah pesan kalau beranak jangan kat rumah aku sebab aku tak mampu nak jaga kucing yang kecil-kecil. lain kalau aku buat rumah kat kampung, 30 ekor pun aku sanggup bela.aku beritahu mary tentang betapa pentingnya aku jaga hati jiran-jiran. aku tak mahu nanti dia dan anak-anaknya berak bersepah-sepah. lagi haru kalau berak di rumah jiran-jiran. jadi aku pesan agar dia beranak di mana-mana, asal jangan kat rumah aku. mary pejam-pejam mata sambil dengar taklimat aku.mungkin perasaannya sama dengan budak sekolah sedang tahan mengantuk mendengar cikgu mengajar. aku rasa lah. melihat kepada `body language`mary,tak jauh macam reraksi murid-murid yang bosan mendengar pengajaran guru.

aku fikir dia faham. satu hari ketika aku balik sekolah perutnya dah kempis. dia datang dan minta makan. kemudia pergi jaga anak-anak.tak tahu aku dia beranak di mana. sehinggalah satu hari aku terdengar bunyi kucing yang riuh di belakang rumah. masa tu hujan lebat. aku buka pintu, mary dan seekor anaknya sedang basah. kesejukan. mengiau-ngiau depan pintu. kemanusiaan yang tinggi mendorong aku letakkan mary dan anaknya di dalam rumah. mary tersenyum dan ucap terima kasih. (agaknya). dia sangat bangga menunjuk-nunjuk gebunya anaknya tu. tapi aku tak berani pegang anak mary tanpa lapik. sebab syikin beritahu aku kalau kita pegang baby kucing, nanti maknya tak mahu dekat dia sebab sudah bau manusia. kalau nak pegang pun aku lapik kain.

kemudia waktu hujan reda aku buatkan sarang mary. letakkan teduhan dekat tingkat pinggan mangkuk, berbumbungkan peti pusaka mak aku dan plastik sampah yang aku buat dinding supaya terlepas dia dari panas dan hujan. agak selesa jugalah kondo itu kukira. kemudia mary keluar. aku malas nak tunggu. tapi waktu maghrib tu aku tengok sekali lagi. rupanya anak mary ada 3 ekor. dia bawa semua sekali. malangnya 2 ekor lagi mati kesejukan.

kali ini aku dah tak menangis. aku dah kebal sebab terlalu banyak mengalami kematian kucing. aku balut anak mary elok-elok dan letak dalam tong sampah dengan tertib. itu saja yang mampu aku lakukan kerana nak timbus dalam tanah, dah habis tanah tu buat tanam kucing-kucing terdahulu. tapi mary tak sedih sangat kerana dia ada seekor anak lagi.

beberapa hari kemudian, mary kecoh betul. waktu aku balik sekolah, mary bising sangat,seolah-olah mengajak aku keluar tengok anaknya. aku penat, malas nak melayan. tapi mary tak putus asa, mengiau-ngiau sampai aku naik bosan. akhirnya aku turutkan juga. bila aku buka sarang mary, aku terperanjat. patutlah mary bising. patutlah mary resah. patutlah mary tak bagi aku duduk. rupanya anak mary yang tinggal satu tu pun mati. mati yang mengerikan. di lehernya ada kesan darah dan banyak pula tu. aku rasa anak mary sudah kena bunuh dengan kucing lain yang banyak berkeliaran kat belakang tu. aku pujuk mary supaya jangan sedih. tapi aku pun sedih juga. mary rasa kehilangan, sehari dua tu mengiau saja cari anaknya.

tapi sehari dua tu aje la. lepastu menjantan semula. lupa dah anak-anak yang mati tu. selamba aje dia jumpa jantan brengsek mana entah, seolah-olah tak ada apa yang berlaku dalam hidupnya. bila aku tanya mary, seolah-olah dia berkata  `yang pergi biar pergi la auntie. life must go on`. cis,sungguh miang kau mary.

hasilnya mary bunting lagi. dengan jantan mana entah, malas aku nak siasat.sekarang tunggu hari saja. terboyot-boyot.tapi aku pesan dengan mary macam dulu, jangan beranak kat rumah aku.


beberapa minggu lepas aku buat dosa besar kepada mary. salah aku juga. masa tu abang man tidur rumah kami. lupa aku nak pesan kat hubby bagitahu abang man kalau nak keluar tolong tengok semua port bawah meja atau mana-mana tempat berlindung takut mary terkunci dalam rumah. waktu balik, aku rasa tak sedap hati sebab tak ada mary berlari-lari sambut aku. suspen sudah ni..bila aku buka pintu, tersembul mary dari dalam rumah. aku suspek mesti mary sudah buang air besar. tapi tak ada bau mencurigakan. aku tengok semua tempat. clear. aku tak puas hati sebab dah terkurung 5-6 jam takkan tak berak. bila aku tengok betul-betul, selimut tempat abang man tidur sudah bergumpal-gumpal. aku tengok bawahnya. basah. tapi tak hancing. masih panas. mesti projek terbaru mary. rupanya dalam selimut yang bergumpal tu penuh najis mary.

dah lah balik penat dengan karenah pelajar yang bukan-bukan, mary pulak berak sesuka hati. pergi la toilet ke, boleh aku jirus aje. mary macam tak berdosa menggesel-gesel dekat aku. apa lagi. kelepak!!!aku sepak muka mary. dia kesakitan. ketakutan. mengiau dan terus lari.kalau dia boleh lari guna 2 kaki aku fikir dia akan buat begitu sambil kaki depan dua-dua pegang pipi yang sakit sebab kena sepak. sehari dua tu hati aku panas, mary pun tak berani dekat. sayu aje bunyinya. aku membebel dengan hubby kenapa tak keluarkan mary masa nak kerja. hubby kata tentu abang man tak tahu mary sembunyi kat port biasa sampai terkunci dari dalam. hubby ceramahkan aku pulak..`ha, kan abang dah cakap jangan bela kucing...bla--bla...bla...`malas aku nak dengar hubby membebel. aku buat muka poyo.

lepas hati aku sejuk, aku rasa berdosa pula dengan mary. dia mana ada akal. lagipun dia terkurung, bukan sesaja nak berak merata rumah. bila mary datang lagi, aku peluk mary, aku cium dia, aku shake hand..aku minta ampun dengan mary, sebab sepak muka dia haritu. aku macam dengar mary cakap`huh, nasib baik i tak mati tau..kalau tak, i sue u tau kat depan Allah nanti. ...tapi, i maafkanlah. tak sepatutnya i buang kat bilik. toilet ada kan..``

selepas hari itu aku baik semula dengan mary. sekarang mary tunggu hari nak beranak. ingat  tau mary, jangan beranak kat rumah auntie...kalau susah sangat kau pergi melaka, kat sana ada sekolah harapan, ha kau boleh beranak kat situ..kalau lapar aje datang ye. bawa anak-anak sekali.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com