Jumaat, 27 Januari 2012

kaya di barzakh



aku terpanggil untuk menulis untuk berkongsi pendapat dan ilmu yang sedikit ini, agar kita sama-sama selamat di SANA.


terlebih dulu,aku ingin bersyukur kepada Allah kerana tidak mengurniai aku anak-anak secara biologi tetapi mengurniakan anak-anak didik yang sayang padaku sampai usia dewasa pun mereka masih merujuk,  dan minta pendapat aku tentang sesuatu isu.terima kasih anak-anak yang kukasihi, kamu tahu cikgu maksudkan KAMU,kerana dengan ketinggian akal budimu,dan kepercayaan serta kasih sayangmu pada cikgu kamu tetap cari cikgu untuk berkongsi apa kamu buat. cikgu sangat terharu...


.kerana aku bukan hanya pengajar, tapi aku ini pendidik,maka aku tidak rela membiarkan mereka jatuh di jurang neraka.


aku harap supaya hidup mereka dilimpahi rahmat dan rezeki yang membawa mereka ke syurga. aku bukan cikgu perdagangan atau akaun,atau matematik atau agama atau tasawur.aku cuma cikgu bahasa,yang mengajar manusia berbahasa dan berbudi bahasa.aku rasa gagal jika diluar sana ada lagi anak didikku yang tidak pandai berbahasa, bercakap yang sia-sia, maki hamun jadi mainannya.yang tak malu melontarkan bahasa-bahasa jijik malahan gurauan-gurauan lucah suami isteri di muka buku!


aku tak kisah apa pun yang mereka jadi,sama ada jurutera, doktor atau pegawai tinggi. atau sekadar suri rumah,pekerja kilang atau bekerja sendiri. asalkan mereka teguh jalan dan pendiriannya. hidup tanpa pegangan, sehebat manapun tak bermakna jadinya.

tapi aku jadi kisah bila mereka terperangkap dengan jerat ekonomi yang tak nampak keburukan di hujungnya. ramai anak muda tertewas dengan janji-janji manis orang MLM untuk mereka `keluar dari kesusahan`,  `jihad melawan miskin`,  biarkan orang selesa dengan kesusahan,tapi bukan anda...dan macam-macam lagi.


mereka masih muda,tak upaya memikirkan sepak terajang dalam perniagaan dajal ini.mereka tak tahu kenapa MLM ini menjadi parasit dan merosak ekonomi.mereka tak mahu kaji, mereka tak ada masa untuk membaca.kalau MLM ni berjalan di China,dah lama pengamalnya kena hukum tembak. sebagai contoh, di negara eropah, Amway dan banyak kali kena saman dan didakwa atas alasan sistem MLMnya buat orang jadi miskin!kenapa?sebab sistem itu hanya mengkayakan pengasas dan ahli-ahli teratas. pecacai kat bawah?mengharap bagai tak sudah tunggu bulan jatuh ke riba

.aku pelik,kenapa kerajaan Malaysia masih tega ,masih sampai hati membiarkan MLM berjalan di negara ini sedangkan mereka bukan tak tahu semuanya akan berakhir dengan `kerosakan` yang dahsyat di hujungnya.  siap boleh joint venture,menteri boleh rasmikan lagi.ya Allah, teruk sungguh dunia ni ya Allah.

aku nak cerita panjang-panjang pun tak pandai sangat nak menerangnya. tapi kalau nak tambah ilmu, sila baca blog ini untuk pencerahan. dan ada satu  artikel khusus tentang satu program yang mensasarkan budak-budak lepas sekolah, budak -budak universiti dan sesapa yang nampak bijak.klik sini. bahasanya agak kasar,dan aku tak suka tentang gaya bahasanya. tapi cuba fokus analisisnya,fikir-fikirkan.

anak-anak didikku,
cikgu tak minta apa-apa dari kamu.cukuplah kamu mencari jalan yang diredhai Allah untuk hidup kamu di dunia ini. kalau kamu jadi orang baik, semoga ada saham cikgu di sana. kalau kamu silap langkah, masa masih ada untuk kembali. kalau kamu tetap rasa kamu berhak tentukan nasib sendiri tak kira halal haram,cikgu mengharapkan Allah buka pintu hati kamu untuk berfikir.

kenapa cikgu buat semua ni?
kerana cikgu bukan sekadar mengajar, tapi cikgu mendidik.tak apalah kamu tak sayangkan cikgu, tapi cikgu tetap sayangkan kamu...

wallahua`lam.

2 comments:

Muzakkir berkata...

Saya kena berjaga-jaga lah nampaknya.. Terharu saya tengok cikgu begitu sayangkan anak-anak didik cikgu. Mungkin semua cikgu sayang akan murid-muridnya.. Rindu pula pada cikgu-cikgu saya..

Comels berkata...

muzakkir,semoga tulisan cikgu tu ada manfaatnya untuk kamu yg rajin membaca ni.baguslah,banyakkan membaca kerana orang berilmu tidak akan mudah diperbodohkan.semua cikgu sayang anak muridnya,cuma takrif sayang tu mungkin agak berbeza.kalau rindu kat cikgu-cikgu sedekahlah selawat untuk ruh mereka sama ada masih hidup atau dah tiada,semoga kamu jadi anak soleh.tak sia-sia cikgu-cikgu kamu mendidik kamu.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com