Jumaat, 27 Januari 2012

takut mati

 

kenapa bila kita berbual tentang mati kita jadi takut.sedangkan mati itu pasti datang.siapapun kita,perdana menteri kah,sultankah, artiskah,cikgu kah,wartawankah,orang baik,orang jahat,semua mati.
tapi kita cukup takut mati.

kalau sebut tentang mati,semua jadi taboo.`ish,amit-amit`,`cerita lain la`,`apa kau  merepek ni`,  buang tebiat ke`....dan macam-macam lagi kata-kata yang menggambarkan begitu menakutkan ungkapan mati itu.kenapa?

kerana kita tak bersedia menghadapinya. kita masih tak cukup dengan dunia ini. kita masih belum puas mengecap hidup.kita tahu,kita rasa,tapi kita cepat-cepat matikan rasa `mati itu benar` bila sesekali melintas nurani kita.kerana topik mati boleh menyentap perasaan. menghilangkan keseronokan bergosip.membuat kita seolah-olah orang alim bila mengingatkan tentang mati.

nabi pernah pesan,orang yang paling cerdik ialah orang yang selalu mengingati mati.
sebab mati itu permulaan kita ke alam lain. alam barzakh. yang merupakan lubang neraka atau taman syurga.dalam proses masuk barzakh, roh kita akan dicabut. entah, tak tahu bagaimana sakitnya. tapi dari riwayat,hadis dan sumber bacaanku  yang tak seberapa,pernah diriwayatkan  rasa sakit nyawa keluar dari badan tu macam kambing yang disiat-siat kulitnya hidup-hidup.macam duri yang ditusuk ke daging dan direntap secara songsang. macam burung yang terbang hidup-hidup digoreng dalam minyak panas.

hanya Allah yang tahu.
kemudian kita dipamerkan kepada semua perbuatan masa hidup. masa derhaka kat orang tua,masa kurang ajar dengan suami, masa menipu orang, masa ambil hak orang lain,masa habiskan waktu dengan sia-sia, masa dedah aurat, masa lawan cikgu...dan semua perbuatan kita yang memalukan.

masa tu barulah nak insaf,kita merayu-rayu nak balik,nak minta ampun. tapi Allah kata,pintu pengampunan selama ni lebar terbuka tapi tak nak masuk. sekarang nyawa dah sampai halkum,dah tertutup pintu taubat.

seram rasanya mengingati mati.
tapi itulah caranya untuk melembutkan hati kita yang keras ni. supaya kita beringat,berwaspada,sampai satu saat kita pasti dijemput pulang.

aku berpesan kepada diriku dan semua kamu yang rajin baca blog ni,ingat-ingatlah mati bila kita dah nak terlebih-lebih dalam perbuatan.

pernah ada seorang sahabat aku yang sekarang ni jadi orang penting di Malaysia kerana tulisannya,dan jawatannya mampu mempengaruhi fikiran orang banyak. dan mungkin kau sahabatku yang ku maksudkan,sedang membaca tulisanku ini. kau tanya aku `sudah jadi muslimat kah kau sekarang,bicara syurga dan neraka?`

sahabat,
kita tak perlu jadi ahli politik untuk menyatakan kebenaran. semua orang patut beri peringatan kepada sahabatnya,terlebih lagi diri sendiri tentang hidup beragama.memang betul kan,hidup ni semuanya cuma ada dua pilihan. SYURGA atau NERAKA. tidak boleh memilih `atau`.

2 comments:

ckLah @xiiinam berkata...

Alhamdulillah, klik ke sini terus dapat peringatan yang amat berguna...

Comels berkata...

alhamdulillah,Allah jua pemberi ilmu.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com