Ahad, 18 Mac 2012

Allah Lebih Tahu,Kita ni Siapa?

jadi manusia ni memang banyak cabarannya berbanding mahkluk Allah yang lain.jadi kucing senang,tak payah kerja pun dapat makan ikan,dapat makan frieskis atau biskut perasa ikan lain.tak payah beli rumah,tak payah beli kereta,tak payah pakai baju.agak lapar je,buat mata kuyu-kuyu sikit,guling-guling depan pintu,suara serak-serak basah...dapatlah makan,kenyang sampai sendawa lepas tu tidur terkangkang atas alas kaki bau harum sebab dicuci dengan downy.

manusia,banyak benar songelnya.tambah kalau perempuan.kalau bujang sibuk ditanya bila nak kahwin,dah kahwin sibuk tanya bila nak beranak,dah beranak sibuk tanya kenapa sikit sangat,kalau ramai sangat pulak sibuk cakap tak merancang ke..hish,sibuk betullah manusia ni.jaga hal sendiri boleh tak?

aku membayangkan kasihannya pada wanita-wanita yang lambat jodohnya.rimas dia asyik ditanya bila nak kawin,bila nak kawin.hei,please la ,biarlah dia jalani hidup dengan tenteram.pertanyaan begitu bak sembilu menikam dadanya,tahu.kau tak sedarkah hakikat,jodoh semua tu Allah yang tetapkan.kalau dia tak berjodoh atau tak sempat jumpa jodohnya di dunia,kat akhirat nanti pasti ada.Allah tu maha adil,maha kaya,maha pemurah.kau sapa nak sibuk-sibuk mengata orang tak laku,andartu,kena sihir..apa-apalah.

kalau dah kahwin,kau sibuk pula tanya kenapa tak beranak.kau kutuk dia dengan kata-kata gurauan lucah yang menyakitkan,tak pandai buat lah,tak bagus lah,what ever lah....kau siapa?Tuhan?
kau jangan bangga sangat sebab anak kau berderet-deret kau sangka kau yang pandai buat dia.salah kawan,dah lah kau menyakitkan hati orang,kau sombong pulak tu.

yang buat anak kau tu,Allah.Dia yang takdirkan anak tu menjadi anak kau,amanah untuk kau pandu bersama ke syurga.kalau kau sibukkan diri mengenangkan betapa sukarnya nasib kau di mahsyar nanti kerana beratnya tanggungjawab menjadi ibu bapa,kau tak ada masa nak jaga tepi kain orang tentang malangnya nasib anak dara tua tak laku-laku atau orang yang tak pandai buat anak.

kalau Tuhan berkehendak,bila-bila saja dia boleh bagi jodoh pada anak dara tua yang kau kutuk-kutuk tu.kalau Tuhan berkehendak,boleh saja dia ambil balik anak-anak kau bila masa Dia suka kerana hakikatnya semua tu pinjaman belaka.jangan ringan sangat mulut kau mengata orang,ingat,anak-anak kau mungkin mengalami karma yang sama atas balasan dosa kau menyakiti hati orang lain.

cuba kau fikir betapa beruntungnya anak dara yang lambat kawin tu.dari beberapa sudut,dia bertuah kerana dia adalah tuan kepada diri sendiri,dia tak ada tanggungjawab yang membebankan,dia selalu boleh buat apa saja untuk kebahagiaan sendiri.

berhentilah menyibuk tentang hidup orang.selagi dia tak menzalimi keamanan hidupmu,mengambil hartamu atau menyusahkan rakyat malaysia,biarkanlah dia bahagia dengan caranya. kita sibukkanlah diri jaga diri sendiri dan ahli keluarga kita dari terjerumus ke dalam neraka.kalau kau suami orang,tengoklah balik isteri dan anakmu,sempurnakah dia menutup auratnya,kehormatannya.kalau kau seorang isteri dan ibu,sempurnakanlah tugasmu.jangan kau biarkan anakmu berpakaian tapi telanjang,berilah mereka nasihat yang baik,jangan harapkan cikgu saja membentuk anakmu sedang kau lepas tangan dan leka tengok telenovela atau drama korea!

2 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

aku setuju.

Unknown berkata...

Memang sangat setuju dengan apa yang dituliskan oleh penulis di atas..masyarakat kita terlalu suka menjaga tepi kain orang dan suka mengutuk dan mencari-cari kekurangan orang lain..bila ditegur mudah melatah, mengeji dan menyakitkan hati orang..setiap orang diberikan ujian berbeza dan apa hak kita untuk mempertikainya?..kan lebih baik berfikiran positif dan hope for the best..Insya-Allah mudah-mudahan ujian dipermudahkan dan rezeki diberikan..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com