Ahad, 18 Mac 2012

Diam lebih Selamat

betul kata nabi,kalau diam itu lebih bermanfaat dari bercakap yang sia-sia.  kadang bila kita bercakap,makin banyak silap yang kita akan buat,sengaja atau tak. kerana aku ini orangnya sensitif,aku memilih lebih banyak diam kerana kadang-kadang aku ni lebih over pula bila perasaan dah bernyala-nyala. tuan punya badan rileks aje,aku yang terlebih-lebih.

beberapa siri kesilapan sering terjadi bila aku buka mulut.kadang terasa nak tonyoh-tonyoh mulut sendiri dengan cili jalapeno,celupar sangat.tak apalah kadang jadi macam kera sumbang sikit,asal tak terlanjur cakap.

bila aku dah mula diam ni,aku sering  banyak masa melihat gelagat orang yang tak memilih diam dalam hidupnya.ternyata masalah akan banyak menimpa kalau kita bercakap benda sia-sia.

KAK AMAH

hubby cerita dengan aku,masa dia kerja di flextronik,ada seorang wanita yang dia sungguh respect.namanya kak amah.dan kak amah ni orang kampung aku.ibu tunggal.kakak haris,kawan sebaya aku.kenapa?hubby cakap,seramai-ramai wanita yang bekerja di situ,setiap kali hubby aku setting line atau kerja nak diselesaikan,tak pernah tidak,perempuan-perempuan yang merupakan isteri atau ibu atau bahkan nenek seseorang di rumah ini, bergurau lucah dan agak memalukan nak didengar.semua,,kecuali kak amah.lebih-lebih pun dia senyum .nak terlibat,jauh sekali.

ketika itu aku turut memberi penghormatan yang sama kepadanya.bukan mudah membawa diri dalam kalangan orang yang suka menjadikan bahan gurauan perkara berkaitan seksual.bagi sesetengah orang,gurauan berbau seks dan lucah adalah biasa.tapi tidak bagi aku.dan hubby.bukankah memalukan bercerita hal-hal begitu di tempat umum.nampak buruk sungguh jadinya bila kita bergurau hal-hal seperti itu.sekacak manapun,atau secantik manapun wajah,hilang serinya jika mulut kita menghamburkan kata-kata jelek begitu.

sebab itu,maaflah kalau aku tidak berminat memberi respon kepada sesiapa hatta kawan lama bila dia berkecenderungan begitu apabila berbicara.manusia ini dibekali adab.gurauan lucah bagiku bukan lucu,tapi menjengkelkan.tambah jengkel kalau yang begitu umurnya dah melepasi remaja.dah berkahwin,anak dah berderet,malah dah bercucu.

berdasarkan pengalaman,aku banyak mengalami masalah bila bercakap ikut sedap mulut.macam-macam masalah,ada yang begitu membebankan perasaan, ada yang begitu memalukan,dah dekat 20 tahun pun masih tak hilang malunya .hm,kalaulah dapat kuundurkan masa...

tapi,untuk sedapkan hati,aku fikir kalau semua kesilapan tu aku tak buat,aku tak dapat pelajaran apa-apa dalam hidup ni.mungkin aku akan terus cakap sesedap rasa,tak pakai otak dan berterusanlah aku jadi orang yang tak selamat sebab tak boleh diam.

sekarang aku lebih berhati-hati.cuma dalam isu yang melibatkan hidup manusia dan kepentingan bersama,aku tak boleh diam.kalau tak dapat ku luahkan dengan kata-kata,aku tuliskan.agar kau dan aku sedar,ada sesuatu yang boleh kita buat untuk hidup yang lebih baik.

tentang kak amah tu, Tuhan kurnia kebaikan yang banyak padanya.sebab beliau menjaga maruahnya dengan menjaga lisannya,dengarnya anak-anak kak amah begitu cemerlang,walaupun dia sendirian membesarkannya.betul kan ris?

hubby tak tahu,sejak hari itu,aku belajar menjadi seperti kak amah yang menjaga lisannya supaya aku dapat penghormatan itu

2 comments:

Muzakkir berkata...

Kadangkala susah nak kita tak bergaul sekali dengan kawan yang bergurau lucah atau mengutuk orang.. Tapi walau apa pun kita mesti elakkan. Saya suka bergurau dengan kawan tentang mati,mayat dan ajal dah dekat. Cuma bergurau pada kawan yang dekat saja. Beri keinsafan kepada saya dan mereka..

Comels berkata...

memanglah muzakir,zaman akhir ini nak buat kebaikan memang susah.sebab kita dah dibiasakan dengan situasi yang buruk itu baik,yang baik itu buruk.kekuatan mental sangat diperlukan.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com