Khamis, 21 Jun 2012

Aku Budak Lubuk Sipat (part 5)

21/6/12. khamis.

suzen,taj ashikin,haris,papak,lanang sejagat dan sesiapa lah budak kampung lubuk sipat yang membaca enrti aku kali ni. korang ingat tak buah apa ni?  ha? tak pernah nampak?   sungguh lupa daratan engkau orang ni semua. oi kawan,kita ni budak KAMPUNG LUBUK SIPAT tau!

sapa yang tak pernah nampak buah ni memang budget bagus aje. korang semua kan rajin masuk hutan belukar dan kebun nak mandi sungai kat PtYusop tu,kita lalu kebun cina ayam,mesti lalu pokok ni...   aku tak tau namanya sebenar apa, tapi aku,kak roha,ijam dan adik beradik aku namakannya pokok berunai.

bila pokok ni buahnya masih muda,macamnilah rupanya. bila dah masak, merah kehitaman atau biru. aku masih ingat mencicipi buah ni.rasanya masam-masam manis. setiap kali nak tolong mak aku kat kebun ,bila lalu pokok ni aku akan berhenti sekejap,kut-kut ada yang masak. kena musimnya,semua meranum,warna biru tua atau merah pekat..pergh..sedap betul rasa buah ni. nanti mulut dan gigi kau jadi warna meroon.

ah,peduli apa aku. masa tu kecik lagi..tak kisah penampilan.masa pergi kebun,ambil dua tiga gugus makan sambil berjalan. masa balik dari kebun,lagi lama aku singgah kat pokok ni,bawa balik banyak-banyak. seingat aku kalau kak roha ada,dia pun suka makan buah hutan ni. tak takut pulak kita beracun ke,mati ke,ye tak. sesungguhnya kita kan kanak-kanak lagi masa tu. mesti malaikat tolong kita kan kalau buah ni beracun,tak mati pun...cuba sekarang,makan pelik sikit dah sakit perut la,kencing manis la..banyak sangat dosa ke apa ntah.

aku menghadapi kesukaran mencari gambar buah ni di internet. macam-macam keyword aku guna,semua dah tak dapat. lama dah aku berhasrat nak buat entri tentang buah ni, akhirnya sebab kegagalan itu aku lupakan saja. beberapa hari ni masa aku cari ide nak melukis,aku google gambar berries.cari punya cari yang berkenan,aku terpandang gambar ni.korang tahu,link yang aku tengok tentang buah ni ialah encik punya blog tu orang putih,mengembara sampai MOZAMBIQUE, terjumpa buah ni kat kampung penduduk asli di sana. dia pun tak tahu namanya apa.dinamakan wild berries aje. sesungguhnya namanya masih jadi misteri untuk aku. nak cari maklumat kat wiki pun aku tak tahu nak search apa namanya..

hebatnya kuasa Allah kan. aku perasan selama ni pokok ni milik aku dan kau orang budak lubuk sipat aje. tu pun generasi 70-an  -80-an macam kita.rupanya nun kat benua afrika sana,Allah tumbuhkan pokok ni,kat mozambique. aku yakin mesti ada khasiat buah ni,sebab tu  dulu masa kecik mana ada penyakit. salah satu asbabnya ialah mungkin `kegeragasan` aku makan buah ni yang agaknya mengandungi antioksida yang tinggi sehinggakan aku sihat dan kuat. hahaha.

kalau korang tak mengaku pernah makan buah ni,tak apa lah. agaknya aku makan ambik dari kampung bunian kut.tapi serius tau ni,inilah pokok berunai!!!

2 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

aku pernah makan buah ni.aku makan je tak tau pun nama dia.. heheheh..tp aku panggil buah hutan je

Comels berkata...

aku ingat buah ni wujud kat kampung aku aje jah...malu nak kabo kat orang.=)

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com