Selasa, 18 September 2012

kalau tak boleh senyum,jangan buka kedai!


 

catatan ini sebahagiannya untuk anis amanda,yang kini dah pulang ke tanah air sendiri. betapa saya rindu akan kamu anis.

mungkin kamu tak terfikir betapa dalamnya perasaan saya tentang ini kerana tempat pertemuan kita terhad, hanya di kantin.dan sekejapan cuma.

tapi pelbagai peristiwa yang saya lalui semakin mengukuhkan ingatan pada sikap kamu yang lemah lembut, ceria,tak pernah mengeluh di depan kami,dan yang penting kamu sentiasa TERSENYUM senang walau apapun karenah kami.  terima kasih anis. sesungguhnya santunmu itu harus kau bawa ke mana-mana agar kamu disenangi sama seperti kamu di sini. tak sedikit yang berat hati melepaskan kau pulang. kami kalangan guru juga anak-anak pelajar itu. penggantimu,jauh dari sepertimu anis.

aku mengingati anis sampai bila-bila. betapa sikapnya yang penyabar itu begitu mengesankan,menjadikan kantin satu tempat yang disenangi untuk kukunjungi.

aku sungguh tak suka orang yang berniaga tapi tak boleh mempamerkan senyuman. kalau kita menjadi pekerja, kita patut ingat gaji kita dibayar oleh majikan.majikan dapat duit dari pelanggan. kalau berniaga makanan,pelanggan yang beli makanan tu lah raja. bukan nak dilayan macam raja pun. sudah cukup jika tutur kata yang sopan dan senyuman ikhlas diberikan.

kalau nak berniaga, tolonglah bawa imej yang baik. khas untuk majikan yang perlu kepada juru wang,atau pelayan,atau kaunter pertanyaan serta penyambut tetamu, pastikan ciri-ciri ini ada untuk staf anda!

a) wajah yang tersenyum ikhlas dan manis.
 keikhlasan itu terpamer di muka. berseri-seri. ingat,tanpa pelanggan perniagaan anda boleh melingkup. anda akan jadi miskin papa kedana, tahu. apalah salahnya letak manusia yang mesra alam sikit untuk kaunter. patutnya,anda yang rasa memerlukan.anda perlu wang pelanggan untuk jadikan anda kaya,betul?jadi,tariklah wang pelanggan dengan magnet senyuman ikhlas anda. kalau rasa muka tu bengis sangat dan senyuman tu mahal sangat, tukarlah pekerja anda dari cashier kepada bonzer!

b) tutur yang lemah-lembut
siapa pun yang datang hatta dia sekecil 10 tahun, layani dia dengan baik. Tuhan jadikan mulut untuk cakap elok-elok, bukan ikut sedap mulut.aku sangat tak berkenan kalau orang cakap kasar-kasar terutama kalau melayan pelanggan.contohnya kedai makan,hilang selera makan orang tengok muka kamu yang palsu dan bahasa kamu yang kasar tu.mentang-mentang monopoli, jangan ingat orang tak boleh memilih yang lain.

c) jangan merungut tentang pelanggan di depan pelanggan lain!
ini memang sungguh bodoh. sungguhpun apa yang kamu rungutkan itu tentang orang lain, mereka masih dalam kelas yang sama iaitu raja yang menentukan  naik turun perniagaan anda. sungguhpun anda begitu geram dengan  kerenah mereka, adalah sangat bodoh kalau anda mengadukan keburukan pelanggan kepada pelanggan yang satu lagi. mereka ada perasaan dan secara tiba-tiba perasaan `sentap` akan meresap ke jiwa si pendengar. kalau ia sampaikan kepada orang pertama tadi? anda kehilangan pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM10 sehari. kalau sebulan?setahun.?

d)marah-marah ketika berniaga?jauhkanlah!

kalau emosi anda tak stabil, atau rumah tangga anda bergolak, atau anak anda buat kerenah yang menyakitkan hati, tolonglah tutup kedai sehari. tenangkan fikiran. daripada anda meyebarkan aura kemarahan serata alam. tambahan kalau perniagaan anda berteraskan masakan. habis maki hamun anak sambil masak, masakan tu pun buruk auranya. dahlah hati orang tak tenang dengar leteran anda (walau tak kena mengena dengan mereka),bagi pula makanan yang auranya tak bagus. hei, berniaga macam apa ini?

banyak sebenarnya tips untuk berniaga ni. aku dah jemu dengan peniaga macamni. sekali jumpa perangai macamtu memang taubatlah nak masuk lagi kedai dia.


............anis, ingat tak bila saya tak sempat ke kantin,saya akan pesan anak murid saya belikan soya. kau yang mesra dah biasa,tanpa soal jawab akan terus buatkan air itu dan bagi pada budak tu. kadang-kadang belum sempat dia buka mulut kau sudah senyum cakap kat dia `ni cikgu Janah pesan air kan`. dia senyum senang kan nis. sekarang budak itu sudah jadi pramugari. maknanya dah 4 tahun berlalu. Anis, susahnya cari manusia yang melayan manusia seperti kamu. kalau kamu buka kedai, saya doakan kamu jadi anis yang sama macam di Malaysia, Insya Allah kamu bakal kaya raya Anis.....

2 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

ni musti kes yg sama di kantin sekolah kan?

Comels berkata...

ha ah jah. dia kehilangan pelanggan tetap dan tak cerewet,mulai hari ini!aku dah bosan,aku dah bosan aku dah bosaaannn

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com