Jumaat, 9 November 2012

Damia Maisarah:Catatan hidup sepanjang 65 hari...(part 1)

salam semua pembaca blog mami Mia yang dikasihi. sebab mami dah lama tak update blog,mia nak update.tumpang blog mami. mia kecik lagi. mia belum pandai sangat IT. nanti mia dah besar sikit, mia minta bapak ajarkan mia. masa tu, mia ada blog sendiri. mia akan cerita kisah hidup mia.

Alhamdulillah, dengan cintaNya, Mia lahir ke dunia pada 5/09/2012. hari ni, umur mia dah 65 hari. mia syukur sangat kerana Allah begitu kasihkan mia. lahir saja mia ke dunia, semua orang di sekeliling mia terus menyintai dan mengasihi mia. terima kasih ya Allah, atas kasih sayangMu yang Kau limpahkan kepada mahklukMu lantas tercurah kepada Mia. mia sangat gembira meniti hari-hari mendatang kerana dikasihi semua orang. apa lagi  yang diperlukan oleh manusia dalam hidup ini selain kasih dan cinta?

mia ,mami kata tak banyak kerenah. cuma menangis bila nak susu, nak manja, punggung mia basah atau kembung perut. selain tu mia cuma tidur agar badan mia kuat dan cepat besar. masa lepas mandi, selain minyak yuyi dan vikcs, mami akan oleskan kasturi syifa` di ubun-ubun dan belakang telinga mia. mami bilang sebagai ikhtiar pergantungan kita kepada Allah supaya terlindung dari kejahatan jin,manusia serta fitnah dunia.

masa mia mula-mula hadir dalam hidup mami dan bapak, mami dan bapak kelam kabut, tak cukup tidur sampai mami mc dua hari!mami bilang mata mami macam panda,ada gelung hitam. tapi lama-lama mami dengan bapak dah biasa, mia pun semakin selesa hidup di dunia yang penuh fitnah ini. moga-moga Allah lindungkan mia dari kejahatan dunia ni,sampai mia dewasa,sampai mia dijemput kembali oleh Allah.

mia suka sangat. kawan-kawan mami semua baik, semua gembira dengan kehadiran mia dalam hidup mami. kawan-kawan mami datang rumah,peluk cium mia sampai mia penat. terima kasih mami syikin,mami onah,mami mila,mami yati dan mami wawa. kesudian mami semua datang,sempurnakan mencukur rambut mia sampai botak,sayangi mia seadanya begitu mengharukan. mami sampai nangis sebab terharu sangat.walaupun mami mia tak banyak sangat duduk sembang-sembang masa kerja,tapi mami -mami semua baik hati sangat.yang tak sempat datang pun semua ucap tahniah dan tumpang seronok atas kehadiran mia.






kegembiraan dalam menyambut khabar kehadiran mia ke dunia ni buat mia rasa begitu berharga.

masa datang rumah mia tu, mami syikin kata baik buang pokok birdnest depan rumah mami tu,orang tua kata tempat` cik pon` mandi. mami dengar terus rasa seram, petang tu juga mami buang pokok tu. sekarang ni depan rumah mami tinggal pokok pisang aje.tak bahaya kan mami syikin!

sejak mia lahir, rumah mami ramai sangat orang datang. mami sangat gembira sebab mami kata, kalau orang datang rumah kita bagus,nabi kata tetamu datang bawa rahmat, pulang mereka penghapusan dosa. mami sangat terharu...haritu ibu ani sebelah rumah pun datang dengan kak nurin, kak huda dan kak aina, pak toyib dan sapantah pakcik tu..siap bagi bantal n hadiah baju lagi. haha,mia suka sangat. masa tu juga terus pakai bantal tu.terima kasih ibu ani dan kakak-kakak yang baik, nanti mia dah besar sikit kita main-main sama-sama ye..
                                          inilah baju ibu ani belikan,kak nurin yang pilih katanya

                                         ini kasutnya,sekali dengan baju.lawa kan mia........



kawan-kawan mami yang lain pun ramai belikan mia baju. terima kasih mami liza dan mami tanty. cik an pun ada belikan baju mia. mak ngah, nek anjang...nenek,  mama.....haiii ramai laa. mia penat nak sebut semua. cuma ucapan terima kasih yang mia mampu ucapkan. baju cik an dan mami liza belum sempat mia nak posing. yang ada, kat bawah ni baju mami tanty belikan.macam biasa, mia rasa sangat ohsome...alhamdulillah,terima kasih ya Allah mengurniakan kecomelan kepada mia.(haha)



baju cekelat tu masa mami syikin belum potong rambut mia. baju tu pun mami tanty beli kecik sikit.baju pink yang dengan bapak tu mami tanty beli besar,tapi mia dah muat pakai...yeye,mia cepat besar.

sebenarnya, banyak legi cerita mia. ni belum separuh pun kisah hidup mia sepanjang 65 hari ni. tapi mia penat dah. nak minum susu.nak mandi dan tidur. mami kata kalau tak mandi nanti busuk. mia suka mandi. nanti mami akan bubuh air suam dalam besen mandi warna hijau muda. mia akan berenang-berenang dalam pegangan kukuh tangan mami,bersabunkan krim mandi yogurt berbau mangga..mmm,best tau....nanti mia tulis part 2 pulak ye...dah....

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com