Sabtu, 13 Julai 2013

Memoir Aku seorang Cikgu (part 12)-keinsafan di malam sunyi.



dedikasi untuk anak-anak kesayanganku, 5 sains 1.
sebenarnya mata baru nak terlelap.dah pukul 1.30 pagi,masa nak tutup komputer ni,terpandang satu private massages dari salah seorang kamu,siapa?biarlah rahsia.

mesej yang membuat cikgu nangis lagi,kerana sangat sedih dengan kekhilafan saya sendiri. maafkanlah saya, tak terjangkau keupayaan saya mempamerkan kasih sayang dari hati, kepada seluruh kamu yang berjumlah 42 orang itu,

terima kasih kepada `kamu` yang sudi pm cikgu malam-malam,mengungkap satu rahsia terpendam selama ini,yang sungguh saya tak sedari dan tidak pernah saya maksudkan pun,tapi,kerana cikgu ini orang biasa,tak lepas dari kesilapan maka itu berlaku juga. Oh Tuhan,ampunkanlah kelemahanku ini andai ada yang terasa aku kurang memerhatikannya,sesungguhnya tak pernah terlintas di hatiku untuk membuat mereka rasa dipencilkan.

saya pernah bersumpah kepada diri sendiri,tidak akan sekali-kali membezakan kasih sayang kepada semua murid saya jika saya jadi guru selagi mereka  semua bersikap mahu disayangi dan sudi menerima kasih sayang. sumpah itu saya tanam dalam-dalam,sejak tahun 1990,masa itu saya di tingkatan 4-5.kenapa?kerana saya pernah rasa sakit hati melihat diksriminasi seorang guru kepada pelajar. yang cantik,yang dia suka,selalu ditegur,panggil nama manja.habis,yang tak berapa cantik dan tak berapa disukai?macamana?  sakit hati dengan itu semua, saya tak berapa suka dengan cikgu tu,tapi taklah sampai membeencinya.

dan selepas berbelas tahun jadi guru ini,mustahil saya akan ulang kesilapan serupa.
kamu semua tahu tak,betapa sayangnya saya pada kamu semua.macam sayang ibu pada anak-anaknya. tak kisahlah kamu berbangsa apa,berkulit apa,beragama apa. kerana bagi saya,kamulah anak-anak saya,tak ramai yang Allah bagi peluang untuk merasai nikmat dicintai oleh ramai orang. sebenarnya karakter saya agak pendiam,kurang rajin bergaul dengan masyarakat sekeliling,bukan sombong tapi rasa letih sangat sampai suka menyendiri saja bila dah balik kerja. maka interaksi saya dengan masyarakat sekeliling agak kurang,mujur saya jadi guru,maka saya berpeluang melebarkan kasih sayang dengan ramai orang,antaranya kamu semua lah.

terpulanglah apa kamu nak kata,tapi sayang saya tidak dibuat-buat,saya juga benci kepada sikap rasis,saya tak berpilih untuk tegur kamu bila salah,puji kamu bila bagus,ingatkan kamu bila lupa.kamu semua terpeta di hati saya.melalui bentuk tulisan saja saya dah tahu itu milik sapa kecuali yang mirip-mirip sangat  payah sikit nak teka. kamu boleh uji saya teka tulisan siapa ,inshaAllah,daripada 10,yakin 8 daripadanya adalah betul. begitu sekali saya mengenali kamu.cuma,ya, ada lagi kekeliruan membezakan Goh Jia En dengan Wong Wei Qi.

hampir 2 tahun bersama,sedikit sebanyak karakter kamu semua juga sudah saya fahami.nakalnya Macha,pendiamnya wan sim,koreanya ding jia hong,cuainya ann yee (Kabus di PERPUSTAKAAN!),tekunnya syazwanie,ramainya peminat Ngo Yi Ting (dia pun tak tahu betapa saya tahu lebih 5 orang selalu tanya saya tentang dia!) dan cerdiknya Song ,cengengnya (kuat nangis) sin, degilnya nazeera, kuatnya mengusik si huzaifah...dan banyak lagi karekter kamu semua terpeta dalam hati. kadang saya senyum-senyum sendiri kalau ada peristiwa dalam kelas,tapi tak tercatat dek saya kerana kelas kita terlalu ramai,42 orang!

saya tahu kamu semua dah sedar dan datang minta maaf,tadi ramai-ramai masuk bilik guru,walau sekilas yang saya perasan song,sin,tak ada. terharu saya tengok khoo jing yan juga turun,dulu ego dia sangat tinggi,maklumlah,dia sangat kaya.tapi kesediaan dia minta maaf buat saya sedar  saya dah berjaya memandu kamu jadi orang baik-baik,setakat ini.maafkan saya tak balas balik senyuman manis pei zhen, liew,lau dan kamu-kamu yang senyum. bukan tak sudi,emosi sungguh tak stabil,takut nangis,nanti.

Yana, maafkan saya,masa kamu dan beberapa orang turun nak jumpa tu,cikgu masih sungguh marah,lepas tu boleh pula kamu tanya `cikgu marah kat kami ke?`. memang lah marah sebab kamu tak masuk kelas!
iman, maafkan cikgu kerana buat hati kamu tak tenteram,sampai datang rumah cikgu maghrib-maghrib semata-mata nak minta maaf,lepas tu kena marah lagi masa hantar kedatangan..oh iman, kesiannya kamu,cikgu tak bermaksud begitu....ikutlah kehendak ibu kamu, kunci syurga tu terletak di dalam keredhaannya. andai takdir dah tentukan,yang terjadi tetap kan terjadi. iman,kamu ni baik sangat,kekallah jadi anak soleh. berkenannya saya nak jadikan kamu menantu,tapi mia kecik sangat lagi..(hehehe)


ela,tak payahlah menghukum diri sendiri,saya silap,kamu silap, semua pun silap. bagusnya peristiwa ni,mesti kekal dalam memori sampai bila-bila,kan.adalah sebabnya tuhan takdirkan ini terjadi,kalau tak, tak tahulah yang kamu semua ni dah insaf kan.

nazeera, pilihan di tangan kamu,jangan salah pilih sebab hujan sehari itu bakal menyapu kemarau setahun.sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada guna. bertemu ibu kamu,lihat di matanya,ada harapan paling tinggi disandar kepada kamu,selaku anak sulung. kamu dikurniai otak yang bijak,jangan siakannya.

song,sin,janganlah kecil hati kalau cikgu tak tersebut nama kamu,kalau cikgu tak banyak tegur,maknanya kamu boleh berdikari,bukan cikgu tak peduli! macha, cikgu selalu pukul kamu sebab kamu ni nakal sangat, jangan sampai kemalasan bawa padah macha,peluang tak selalu datang,sambil lewa akan buat kamu menyesal bila sesuatu berlaku dan tak boleh undur lagi.  thiyagu,hari tu,bapa kamu yang sangat handsome macam pelakon bollywood itu datang dan wajahnya terpamer kekecewaan yang amat sangat dengan apa yang berlaku. jangan hampakan hatinya, kasihanlah dia bekerja keras untuk kamu semua,dan sebagai anak sulung,kamulah harapannya.

mulai hari ni, janganlah buat lagi benda-benda bodoh yang tak ada manfaatnya.jangan sia-siakan masa dengan perkara tak berfaedah,jangan buat guru kecil hati sebab guru tu umpama ayah ibu kamu di sekolah. selalu cikgu ulang cerita, hormati guru (er, saya hormat tau dengan cikgu yang saya kata pilih kasih tu, cuma jauh hati saja,tapi tak adalah sakitkan hatinya),jangan buat guru marah atas alasan yang tak munasabah (saya dah minta ampun kat guru saya yang saya salah,lega bila dia terima) dan kalau mantan guru-guru saya terbaca blog ni,saya minta ampun ,minta halal ilmu dari hujung rambut ke hujung kaki...

saya tak pernah ambil tuisyen masa saya sekolah. selain tak berduit, tuisyen ketika itu sangat asing di daerah kelahiran saya yang jauh dari bandar. tapi setelah menempuh pelbagai dugaan,saya berjaya juga. saya percaya, ini berkat guru-guru saya yang mengajar dengan sepenuh hati,dan saya menerima dengan sepenuh hati.saya sangat fokus semasa belajar walau saya agak nakal juga dan tak berapa rajin,serta tak berapa pandai. saya bukan aliran sains macam kamu,saya aliran sastera,bidang kita jauh bezanya,dan saya tak pernah tinggal di asrama,melambangkan betapa sederhananya pencapaian saya masa sekolah dulu.percaya tak, masa saya tingkatan 6 tahun 1992-93,saya sangat suka belajar sejarah walaupun susah.sekarang ini, tanpa rujuk apa-apa sumber pun ,saya boleh ulang balik kata-kata Jose Rizal-tokoh pembebasan filipina,katanya `KATAAS-TAASAN,KAGALANG-GALANGAN,KATIPUNAN,EMGA ANAK EN BAYAN`. maksudnya saya dah lupa, tapi saya giat menghafalnya bersama kawan-kawan studi grup.berkesannya ilmu bila kamu BERSUNGGUH-SUNGGUH, tahu!

hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih. kalau saya, anak kampung yang miskin,yang tak pernah tuisyen,yang sederhana saja pencapaiannya,yang tak pernah layak masuk asrama penuh ini boleh jadi guru kamu hari ini, mengapa kamu  yang kaya raya, yang pandai (terpandai barangkali,sebab masuk kelas sains 1),yang tuisyen hari-hari pagi petang siang malam,yang bawa duit sehari lebih RM 50 (Khoo Jing Yan lah tu...) tak boleh lebih baik dari saya. saya cabar kamu semua,5-6 tahun akan datang,kalau kita berjumpa kembali, buktikan kepada saya kamu jadi orang hebat-hebat,yang berjaya,bekerjaya dan yang paling penting berakhlak mulia.jadilah apa yang kamu nak jadi,dengan syarat pegang kata-kata saya tu.

untuk yang tak tersebut namanya dan karenahnya di sini,bukan maknanya kamu cikgu tak ingat,tapi cikgu dah letih nak menaip-dah pukul 2.40 pagi. (terbayang muka anussa, fazdli,udzir,khalisa,tai,yen fang, syura,radiha, rehan,fatin dan lain-lain merajuk...hahaha)

inshaAllah,ada masa saya menulis lagi. selak-selaklah memoir ini andai kamu semua rindu bila kita dah tidak lagi bertemu.

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com