Rabu, 28 Ogos 2013

BELASUNGKAWA BUAT TEMANKU, CIKGU SITI HAJAR RAHIM.

terkejut dengan berita yang baru ku terima. 5 sekeluarga maut,3 parah. takziah buat hajar yang kehilangan keluarga termasuk arwah ibunya. dan setakat cerita ini di tulis, hajar belum sedarkan diri di hospital muar.  Ya Allah, Kau permudahkan dan selamatkan mereka, yang sudah Kau takdirkan bertemuMu, jadikanlah mereka dalam kalangan hambaMu yang terpilih.  Buat Hajar, semoga dipanjangkan umur dan terus dipermudahkan,diringankan penderitaan dan kesakitan.

baru 2 hari lepas terngiang-ngiang gelak tawa hajar bersembang dengan syikin dan yang lain. aku pula malas nak menyampuk, letih sangat 2-3 hari ni. sekadar duduk dan pasang telinga, senyum sorang-sorang bila ada cerita mereka yang mencuit hati.

hajar cikgu yang sangat dedikasi, memang rajin sungguh mengajar tak dapat aku pertikaikan,selalu kami usik dia nak suruh Pn Zaharah pindahkan ke sesi pagi,boleh ajar budak kelas periksa . hajar takut benar nak ke pagi, dan banyak juga hajar kongsi cerita dengan aku apa-apa saja yang berlaku dalam kehidupan. berkongsi itu boleh mengurangkan stress!
 
apa yang berlaku menjadi iktibar padaku dan pada kita semua, sesungguhnya maut itu datang tidak syarat tua atau sakit, bila Allah berkehendak, hanya Kun Fayakun sahaja, maka jadilah.  maka marilah sama-sama kita menginsafi diri dan berhati-hati ketika memandu,ajal tidak kenal siapa kita. sedekahkanlah fatihah,atau selawat atau apa saja zikrullah buat sahabat seperjuangan kita ini, dan keluarganya yang dipanggil Ilahi,agar ketenangan,ringannya kesakitan dan derita serta pahala yang besar menanti mereka.

sesungguhnya, lambat atau cepat,kita juga akan dijemput Allah. entah esok,entah lusa,giliran kita pula, dengan cara yang kita juga masih tidak akan tahu. aku juga ingin mengambil kesempatan meminta ampun dan maaf kepada kalian semua andai ada yang terguris dengan kata-kata,tingkahlaku atau apa saja gerak geriku yang disengaja atau tidak,sesungguhnya kejadian ini begitu menginsafkan.

alfatihah...

2 comments:

Unknown berkata...

Tak sangka mangsa yang msih xsedarkan diri tu kwn cikgu rupanya. Semoga kwn cikgu cpt sedar dan sembuh. Al-Fatihah utk mangsa yang nahas.

siti azizah Sang Pencinta berkata...

aduiihaii.. tragis jana.. kawan-kawan kita juga ramai yg sakit..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com