sambung lagi. tadi aku kata nak kemas rumah kan. sebenarnya tinggal impian saja. aku mandi dan pakai minyak aura buberry n drakkarnoir. tanya abang, "cuba abang teka bau aura apa, tenang ke kaya?"..emmm bau aura tenang. "salah, sebenarnya bau kombinasi. ayang pakai dua-dua supaya tenang dan kaya.
aku memang minat bidang metafizik dan mistik ni. aku da beli 3 set aura minyak dari rozi. genius untuk abang sebab dia kata nak pandai belajar, kaya kekadang aku pakai tapi kalau tak campur dengan buberry aku rasa nak marah selalu. abang kata memang la dah tentu fungsinya untuk `desire`. jadi aku akan pakai desire dan buberry. dah aku kata aku suka dunia metafizik. masa jual tu rozi demo pakai tasbih. boleh guna minda untuk kawal pergerakan tasbih tu. bila aku buat hah kau berbuai laju tasbih tu ikut arahan aku kedepan, tepi , belakang dan berhenti. rozi cakap "powerr akak punya aura.." tau tak pe. hah, bagi akak 2. tapi betul juga. bila aku dapat support aura dengan minda yang betul, aku dapat kawal kelas yg macam sarkas! tak caya? cuba laaa...
apa la aku cerita ni. tadi kata nak sambung. oklah. aku sambung ...
shila
aku panggil shild. kawan mula form 1. tapi rapat sejak form 6 kat SMB. duduk 3 orang aku, eton dan shila.paling aku tak boleh lupa masa dia datang lambat sambil bawa beg plastik kreseknya. masatu time sejarah ,aruah hj basir. shila masuk macam samseng jer.lepas tu aku saspen cikgu basir tengok je.cikgu tu cakap"nasib baik bukan anak aku, kalau tak aku dah lempang budak ni.." aku tengok muka shila. tak de reaksi. tapi tiba-tiba shila hulur nota kecik kat aku. dengan sayu aku membacanya..."jana, aku sedih cikgu tak lempang aku. maknanya aku tak dianggap sebagai anak dia". aku kesian kat shila tapi aku tulis apa ke entah kat dia.
dia menyedarkan aku betapa pentingnya pendidikan walau apa pun keadaan kita. masa aku tak mohon memana lepas form 6 dia tulis surat kat aku . katanya'apa la kau ni, kau cuba je la apply. mana tau rezeki.tak kan nak macamni sampai bila-bila. lepas tu aku dapat kesedaran sivik. tak lama aku minta borang masuk maktab dengan ita.
aku dapat masuk, ita tak dapat. tapi ita da jadi bisneswomen kaya sekarang. berita terkini, aku dapat tahu shila dah amik phd. dasat, respek sama kau.
aku terbakar sama nak amik phd, camno?: master pun tak lepas. Tapi kalau aku nak amik phd pun dalam bidang yang aku suka. metafizik. dan bukan kerana gaji. masa tu aku belajar kerana minat.
tapi maksudnya aku kena kaya raya dulu. boleh gitu? insyaallah.eh ti, kau ingat tak kita kan ada tandatangan report kad 3 puaka.jahanam report kad tu. aku memang jarang hubungi korang tapi tau tak jauh disudut hati ni aku sentiasa in gat kat korang.em lagi satu, ingat tak lagu feminin`angin bayu, membawa diriku...`
eton.
aku kagum betul dengan dia. pandai cari duit, cekal dan nakal. masa sekolah dulu aku rasa zuraida laobe ada bagitau aku kalau cuti-cuti ada masanya dia akan kopek pinang untuk buat duit kocek. wa, skandal kuat eton ni. tapi biarlah rahsia. he he..ala zaman 6 jahanam dulu. dia pandai masak. paling best kalau dia bawa bekal lauk sotong kering sambal.belum sempat dia makan kitaorang dah rampas nak menikmati kesedapan masakan eton. masa sekolah pernah dapat hadiah dari bh kalau tak salah dia hantar artikel apa ke entah. pergi putri pan lagi kat jb.
eton dah berjaya buktikan dia berbakat menulis. apa tak nya, sekarang dah jadi editor sinar harian tu...tahniah eton.duduk sebelah aku. seronoknya zaman sekolah kerana jumpa kawan-kawan jer. belajar malas giler. tapi dapat gak kita 5 principal kan. heh.
mona
kadang kita panggil dia munah. terkenal semenjak kisah mona fendy kami usik dia kejam. tahun kami form 6 tu la peristiwa mona fendy potong 18 adun batu talam, Dato` Mazlan tu. kecoh. rasanya masa tu la mulanya jenayah-jenayah kejam di Malaysia terbongkar,atau berkembang..sekarang ni setakat kerat 18 tu kira ranking terkebawah aje. em, tahun 2008 aku ada projek sekolah angkat kat pahang, jumpa anak aruah Dato` Mazlan tu. comel dan kecil je.
mona baik dan teliti orangnya. kawan baik dia saparina. mona selalu buat mural kat dewan smb. cikgu roslan begitu menaruh kepercayaan padanya.belajar pun rajin. aku selalu juga lepak kat umah sewa mona tepi jalan benut tu. bapa dia bawa teksi tapi begitu prihatin pendidikan anak-anak yg semuanya pompuan!. mona , kalau kami datang dia akan masak dan makan sama-sama. baiknya dia.
memang patut pun dia dapat apa yang dia dapat sekarang kerana kerajinannya.sekarang dia kerja sebagai timbalan pendaftar kat USIM kalau tak salah... malu la nak jumpa mona. sapalah aku ni.
sally
dah lama lost contact dengan sally. sebenarnya dia kawan yang teramat rapat dengan aku masa sekolah rendah. suka kat `along`. he he. satu hari tu along kasi kami 2 biji batu hijau macam loket. kami duduk kat tepi kolam masjid depan sksb. aku tipu sally, sal, ni kan gula-gula, tak caya cuba ko makan. sally lurus bendul dengan muka konfiden dia gigit benda tu. aku ketawa gila-gila. kan batu ni, apsal ko nak makan?. sally pukul aku. heh.
kalau balik sekolah pagi kadang-kadang aku ikut sally balik rumah dia kat pt. ariff. makan nasik sama-sama mak dia ada dua orang. aku sangat suka nasi lembik yg mak dia masak. kak oha ada skandal dengan abang apy abangnya sally. tapi tak kawin juga sebab dia kata abang angkat je. ala, leceh betul. kalau tak boleh aku kawan lagi rapat dewngan sally.
aku pernah nak ikut sally kerja kat jb. masa tu dia jual komputer. pandai bawa van lagi. gaji 800. tapi tak cukup berani nak merantau. last aku kerja kilang kat kampung je. gaji sebulan 180. cukup la sebab naik beskal je. hari-hari mak masakkan aku nasi goreng specialnya. sedapnya...
ally kahwin juga dengan isa, kawan abang. elok lah tu samakecik. dah berapa anak sally sekarang. aku je yg masih honeymoon dua orang dengan abang. da 11 tahun tu..
sally, cuba ko tengok semula gambar masa kita sekolah tadika dengan cikgu arfah tu.kelakar tak?
hajar tamin
aku mula rapat dengan adjang sejak form 4. baik betul aja. dia pandai buat beg. segiempat je dalam letak span. lepas tu aku tiru cara pembuatannya, jadi juga. tak pernah beli beg sekolah lepastu. semua aku buat sendiri. nak nampak jenama sikit aku tampal jenama baju t kat kolar baju yang ada jenama. selalunya baju kakak dan abang aku la jadi mangsa. heh,heh.
idea tu aku bawa sampai UiTM. masa subjek cik rainal (batik) aku buat beg dengan teknik batik ikat celup. tajuk, Tarantula. cik Rai bagi A-. okey la. standard tu.
aja ada hadiahkan aku baju kain satin lepas kita orang habis form 5. lepastu aku jumpa dia dah kawan(sekarang kawin) dengan azwa, satu sekolah. bercinta bagai nak rak dengan `areza`. aku tak tau pun, tapi dah tak jodoh dia. dengar `areza` dah meninggal. hajar banyak mengajar aku bahawa`tak semestinya kita tau cakap omputeh baru boleh dengar lagu omputeh`. dia juga yang mula panggil aku `jane`. oh. rasa omputehnya aku.aku minat inggeris tapi tak pandai-pandai juga. tapi sekarang dah banyak kemajuan la. hehe.
lagu paling aku suka nyanyi dengan aja ialah `fading like a flower` dari roxette.bila kita nak jumpa ek?
lepas spm aja pergi kl. aku ntah kemana- mana.sekarangni dengar aja hantar anak dia sekolah kat `hidayah`. baguslah jar. aset hari tua kita.
4 comments:
aku selalu rindukan kawan2 masa sekolah dulu..tak kisahlah SMPB ke SMB..
walaupun sekarang ah ada ramai kawan2 lain..tak sama dengan kawan2 sekolah kita yang dulu...seumur hidup ini hanya sekali kita lalui..
tapi diaorang ingat kita lagi tak?..ha..ha..ha
mustilah ingat. tapi musti da takut nak tegur takut salah orang. contohnya aku dah banyak kali terserempak dengan hawa bank islam tapi tak tegur pun. tempoh hari aku pergi maidin kat angsana tu aku rasa macam nampak hanafi bakron ke basiron ke.. ala budak sekelas ani masa form 5. dah besar macam aku gak. tak tegur juga takut malu salah orang. kat jusco aku terjumpa mahathir (yg putih-putih tu,.. budak tingkatan 6 kelas jijah) bawa 2 anak tak salah. nak tegur aku malu gak kang salah orang naya je.. ada tak de aku berani tegur korang je la. he he..
Jane..... seronoknya baca kisah kawan-kawan dan sekolah kita dulu. rindu betul kat kawan-kawan semua. tapi cerita Mona yang baik aje.. tulis masa nakal-nakal zaman sekolah tu lagi best.
sekarang ni dah tau dah siapa yang ajar jene buat bag tu.. saya nak belajar jugak lah dengan Jijah.....
Bila nak datang Nilai? Untuk Jane dan kawan-kawan semua, saya sentiasa ingat kat kauorang dan group Queen Cobra.. siapalah boleh lupa.... teringat last hari sekolah kita berator ramai-ramai salam maaf kat cikgu-cikgu semua. Kata cikgu masa tu saya rasa lepas ni tak de spesis kita lagi dah... ingat jugak kalau kawan-kawan bergambar mesti saya nak menyelit kat situ.. seronoknya kan masa kita form 6 tu.. kekadang nak ingat pantun-pantun yang banyak kat buku sejarah melayu tu, kita jadikan ayat-ayat biasa masa bercakap kat kelas. orang ni bagi satu, yang satu lagi jawab dan terus sambung-sambung sbb nak ingat pantun dalam tu banyak. tu teknik kita gunalah masa tu...INDAHNYA SMB DULU...okay Jane dan kekawan yang lain, selamat berpuasa dan selamat menyambut hari Raya Aidilfitri tak lama lagi... datang rumah ye.. TQ
mona, yg buat beg tu hajar tamin, budak smpb, bukan jijah la. ko mesti salah baca. macamana aku nak cari nakal kau, dah kau memang baik. haa.. aku rasa aku ada ingat. tunggu post aku ye.
ingat lagi tak `KATAAS TASAN KAGALANG-GALANGAN NEMGA ANAK NG BAYAN- ala , jose rizal tu..
Catat Ulasan