hari ini aku bangun pagi pukul 9.30 pagi. lepas solat subuh aku ter tidur. he. nasib baik kat rumah sendiri. kalau kat rumah emak dulu-dulu tentu dah kena tengking .
terasa pulak nak jadi mek saleh. nak masak nasi malas, jadi aku masak spageti bolognese aje la.mula-mula tadi nak ambil gambar masa spageti ni cantik lagi belum berusik tapi bateri kamera macam malu-malu pulak. dah tu ingat dah tak boleh la ambil gambar. aku cuba sekali lagi, eh jadi pulak. tapi tu le... spageti dah nak habis. nampak macam me goreng biasa pulak. ala, percaya laa.. spageti...aku tak tipu...
ni la gambar kuah spageti kalau tak percaya aku masak. sedapnya...
keluarga it betul. tengah makan pun godek komputer.
inilah syurgaku di pagi hari. tak le berkecah sangat kan sebab semalam petang dah kemas.seronoknya cuti. ala, tinggal sehari je lagi..
dari angle yang lain sikit dari tadi. mengabadikan kenangan sebelum ubah elok bila ada duit nanti. la la. panjangnya angan-angan...
4 comments:
hey~ Cikgu... Itu memang x macam mee italy.. hahak! Tapi rasanya sangat sedap.. " rasanya " la.. haha! Bila boleh pergi ke rumah Cikgu? Cikgu masak la kepada saya , Eric, Keng An dan Wei Meng... empat " mee italy" aje.. haha! Tetapi saya sangat mengecewakan bahawa situasi Cikgu pada masa itu ( mengecewakan?? Betul x perkataan tu? ) okey la! Tu je~ Semoga Berjaya Puan ~
waa kevin.sudi juga datang blog saya. hari raya nanti datang lah. cikgu masak untuk kamu semua. jangan guna cara penulisan ini dalam karangan ye. nanti kamu gagal spm. ha ha...
eiyer.. jaganlah cakap SPM dalam sini..haha! Cara penulisan ? macam mana? cth : aje? tu je? ataupin mengecewakan? Saya tidak pasti tentang cara guna perkataan itu~ =(
Catat Ulasan