akhir-akhir ini, aku antara yang terawal sampai ke sekolah. pemenang utama mestilah kak Thuwaibah.tapi pernah sekali aku kalahkan dia, masa aku sampai jam baru pukul 6.42 pagi. Encik zainuri pun belum sampai nak buka pejabat.haha.aku menang.
gila-gila sungguh jem dekat BP ni. sebenarnya ikut waktu biasa, tak sampai 10 minit untuk sampai ke tempat kerja. dek kerana makmurnya BP ni, sungguh ramai orang berlumba-lumba keluar cari rezki.selalunya aku keluar seawal 6.30 pagi.dengan jem dan itu-ini, lagi 5 minit nak pukul 7 aku akan sampai. kalau ada rezki 6.45 dah sampai. sekarang aku tak berani keluar lambat.6.45 pun aku dah tension, sebab mesti sampai sekolah dah nak 7.15. dengan jem,dengan eksiden,dengan manusia yang tak tahu sabar...macam-macam boleh jadi.kadang aku sampai tersengguk-sengguk pegang stereng.saat begini terkenang suzen jane ,sedang enak-enak tarik selimut kat rumah.huh.
sungguh seronok perjalanan diiringi tazkirah dari radio ikim.fm. ustaz Zahazan mohamad. MashaAllah, ilmunya sangat tinggi dan penyampaiannya sangat menarik membuatkan hatiku redup dan lembut pagi-pagi begitu. tapi aku tak berapa minat dj ikim. tak tahu kenapa. aku suka dengar segmen ustaz zahazan dan zikir pagi. lepas tu kalau masih tak sampai lagi ke destinasi buka radio sinar pula,dengar saleh yaakob dan kak engku.hm,eloklah tu, lepas dengar ngaji, dengar nyanyi....entah bila la aku ni nak berubah.
sampai sekolah,aku akan pakai` topi` yang lain. akulah cikgu yang ceria,yang tak pernah ada masaalah. nezeera pernah cakap, `suka la cikgu ni, tak pernah tengok cikgu tak senyum atau ketawa`. dah tu aku cakap kat Nazeera, `habis awak nak ke saya masam mencuka?` ...`tak laaa...` dia ketawa.
aku perlu memaniskan muka sebab itulah sedekah aku. nak bagi duit kat budak-budak ni aku pun bukanlah kaya benar. semalam aku tengok khoo Jing Yan keluarkan duit RM50 dan RM10 dari dompetnya,masa aku denda dia 10sen sebab cakap cina masa bahasa melayu.he,,murid aku bawa lebih banyak duit dari aku.
kadang budak-budak ni datang sekolah dengan perasaan bercampur-campur. ada yang datang dari keluarga yang berantakan, mak ayah selalu bergaduh,ada yang tak cukup tidur sebab malam terpaksa kerja, ada yang perut kosong sebab mak tak mampu kasi duit belanja.hai,macam-macam perkara negatif. senang hatinya kalau aku ,atau tengok cikgu-cikgunya senyum manis pagi-pagi buta. dulu, aku suka kalau ada cikgu yang berwajah manis padaku. kenapa tidak aku buat begitu pada anak-anak muda ni setelah aku jadi cikgu pula?
lagipun, aku nak amalkan sunah nabi, berwajah manis pada orang lain.walau kadang-kadang hati menangis.
hm,banyak cerita hari ni. tapi nanti la, masa kurang mengizinkan...
Khamis, 9 Februari 2012
Bandar Putra, aku dan kewajipan
Posted by Comels at 6:28 PTG
Labels: bandar putra, beban kerja
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
Suka, suka, suka.. senyumlah hari-hari krn dunia akan muram tanpa senyuman.
Kena senyum lah lepas ni. :)
Catat Ulasan