setelah 25 tahun berlalu, yang duduk di tengah itu aku, bukan lagi cikgu Hatta! |
setelah macam-macam perkara yang kita tempuhi kawan, akhirnya inilah perjalanan kita. kita tak tahu apa kita akan jadi masa tu,25 tahun dari hari kita di tingkatan 1 itu. maka kita berkawan dengan ikhlasnya tanpa mengira stratafikasi sosial. siapapun kita, penuh ketulusan pershabatan itu kerana tiada niat tersembunyi dan tiada kepentingan apa-apa.bukan kita tahu satu hari nanti shila jadi Dr, Norazlina duduk oversea,apek tokey insurans, rita big boss bisnes sendiri..yang duduk kampung pun siap ada kebun berekar-ekar, bisnes ternak lembu kambing,tokey van kilang....ah, macam-macam.
kita sekolah dengan muka berminyak-minyak, yang suka melawa sikit aku perasan akan guna bedak cina gambar opera mana tah. atau pakai krim siam buat muka jadi putih. memang le putih,tapi kalaulah kita tahu masa tu yang memutih tu adalah raksa serta hidroquinone (entah,betulkah ejaan aku ni?nak google malas) mesti kita takut nak gunakannya. aku tak pernah gunakannya, yang aku guna cuma bedak wangi yang sama aku guna untuk badan. tak apa, bedak simple macam tu pun manis juga kan...
kawan, aku sangat insaf kini betapa kelas yang hebat bukan penentu kehebatan kita masa dewasa. bukan IQ saja penting, tapi bergantung kepada EQ yang tinggi juga. jangan menghukum sesiapa saja yang kelas hujung kerana sekarang ini jika diukur kejayaan dunianya mungkin lebih hebat daripada yang di kelas awal. jadi aku sangat silap bila rasa bangga ketika dapt kelas perdagangan (jauhari).
Allah jadikan semua manusia berbeza kepandaian,justeru kecenderungannya juga berbeza. aku rasa suka ketika belajar di kelas Jauhari, tapi rupanya kebahagiaan dan keserasian aku berada di kelas Jaksa.kelas untuk orang tak pandai dalam perdagangan. selepas SRP, aku dipindahkan ke kelas sastera-ikut ranking sastera 2. terasa juga yang aku ni tak sebijak kalian di kelas perdagangan, kalau tak masakan aku punya ledjer dikoyak 2 oleh cikgu Basar!
berdebar betul kalau cikgu Basar masuk, takut kena marah,dah sebab aku agak lembab bab matematik. bila aku buka ledger tu, terkoyak dua aku punya kertas, lepastu cikgu kata `nasib baik saya tanda kat rumah, tak depan awak!` oh, bengap betul rasanya aku.
aku tak sabar-sabar nak habiskan tingkatan 3, rasa siksa sungguh bab matematik atau yang melibatkan angka. cikgu wahab puji aku dalam satu bab saja-matriks. `pandai juga awak ni jana!` dan itulah satu-ssatunya pujian yang pernah aku dapat dalam matematik.1haha. nak buat macamana, otak kiri aku kurang berfungsi, otak kanan aku sangat obsesi..
aku jatuh cinta dengan sastera.aku cukup suka membaca. aku tunggu-tunggu waktu cikgu Rahim masuk. dia hanya bawa sebuah buku,tak adalah bawa sebembat macam cikgu-cikgu sekarang. aku sungguh kagum dengan puisi, aku hanyut dalam hikayat, aku suka cerpen,novel dan sebagainya. aku juga suka MELUKIS!
cikgu Talib, memberi kesan yang dalam kepada memori aku. rambut belah tepi, kasut berkilat-kilat, baju kemas bergosok, tajamnya garisan tepi baju dia aku ingat kalau cicak jatuh boleh terbelah dua cicak tu.paling aku suka tulisannya.sungguh kemas dan cantik.macam ada pembaris di kiri kanannya. ah, kalaulah masa tu ada kamera kompak macam sekarang.
aku juga suka cikgu Jamiran, dia ajar kita semua melukis.mencelikkan mata aku betapa seni itu indah.aku sangat suka sejarah mula dari cikgu talib sehinggalah cikgu Khalid. entah kenapa, aku suka belajar tentang orang-orang mati. ingat lagi masa tengah belajar di tingkatan 5, masa tu belajar sejarah, cikgu khalid yang ajar. tengah sunyi-sunyi macamtu, ada seekor ayam (ayamnya Razali Dali kut, terlepas) selamba aje berjalan-jalan sambil kakinya tersangkut plastik kresek. bunyinya kelakar sungguh, tapi nak ketawa takut cikgu marah. kami semua cuma tahan-tahan sambil tekap mulut.cikgu khalid kata,`ha, nak tengok ayam tu, tengoklah. tak apa, sambil tu ingatkan fakta yang kamu belajar ni`. hahaha. meledak juga ketawa yang tertahan tadi.
kawan, zaman kita sekolah tu, aku rasa susah nak jumpa masa sekarang ni. memang kita nakal, memang degil, tapi masa cikgu ngajar senyap sunyi,jarum jatuh pun dengar. tak ada rasanya yang bercakap-cakap sedang cikgu mengajar. kalau cikgu tak datang pun, elok aje kita dalam kelas kan, tak payah cikgu nak marah-marah. seingat aku lah, tak ada cikgu yang marah sebab kita tak kurang ajar.cikgu sampai keliru, kita ni faham ke tak faham sebab diam aje. tapi istilah kurang ajar itu tak ada rasanya.memang kita tak pandai sangat tapi hormat kita yg cukup tinggi menyebabkan kita dirahmati,mungkin.
kawan, inilah juga punca kenapa kadang-kadang aku patah jiwa, kalau kau melihat apa yang berlaku di sekolah sekarang, kau akan bandingkn dengan masa kita dulu. dan perbandingan tu agak menjengkelkan generasi muda .nanti dia kata `lagi-lagi nak kata zaman dulu baik...` tapi hakikatnya kawan, memang begitu.
hari ini aku merajuk kawan, aku dah tak tahan sangat mengajar di satu kelas tu. kau bayangkan, aku masuk tak seorang pun peduli, semua buat aku macam tak wujud, aku mengajar mereka berbual.berbual bukan dengan kadar berbisik, melaung-laung macam kawannya ada 10km darinya. tak ada hormat langsung kawan, tak ada hormat!keluar masuk ikut suka hati..dulu, kalau kita kena denda, berdirilah kita macam patung kalau cikgu suruh berdiri. tapi, budak sekarang...tadi aku denda 2 budak yang masuk lambat. pergi tandas dari aku belum masuk sampai aku dah nak keluar baru dia balik. bukan rasa bersalah, lagi nak minta maaf jauh sekali,tersengih-sengih macam kerang busuk. aku tak benarkan mereka masuk, suruh berdiri di pintu, dengar dan belajar dari luar saja. kalau kita dulu, sampai cikgu kata masuk baru berani gerak kan.
tapi bukan dengan mereka. boleh dia berlari-lari ke kelas lain, kacau kawan-kawannya dari tingkap. aku dahlah letih, yang dalam tu suruh keluar buku 10 minit pun tak keluar lagi, belum yang memekaknya, yang tidurnya,yang tak pedulinya..aku rasa dah hilang sabar, aku jeritkan namanya. baru semua terdiam, tapi air mata aku dah nak mengalir,aku sedih,sebak dan marah.aku kemas beg aku terus keluar walhal masa ada lagi 10 minit. bukan kata nak minta maaf, kawan-kawannya aku dengar terus cakap,`masuklah, apa lagi!`. hancur hati aku kawan.
jangan kau kata aku tak pernah cuba buat apa-apa. aku pernah rotan,nasihat,psiko, pujuk, denda,marah...baiknya sekejap aje.Ya Tuhan, sakit jiwa aku. maaflah kawan,aku tercurah perasaan aku di sini. tapi aku cuma nak membandingkan betapa lainnya zaman kita dengan mereka.bukan aku nak merungut,tapi inilah antara punca kenapa statistik menunjukkan guru adalah golongan yang menjadi pesakit jiwa paling ramai di Malaysia.
aku ingin berpesan padamu kawan, bantulah guru dengan mendidik anakmu dengan betul di rumah. carilah rezeki yang halal untuk beri anakmu makan supaya tidak menjadi azab guru mengajarnya. paksalah dia solat, belajar mengaji dan agama. kalau mak ayah kita dulu boleh paksa kita sekolah agama walau penat, kenapa tidak kita buat benda yang sama.
kau tahu kawan, kedegilan itu aku tahu puncanya. usahkan baca Quran, tulisan jawi pun tak pandai baca!sembahyang entah buat entah tidak, anak perempuan tak ditegur kalau buka aurat.mereka tak tahu agama kawan, aku sangat dukacita. sebab itu jiwanya liar.mereka kekosongan,tapi usia 16 atau 17 sudah sangat berat untuk mengajar asas. kau bayangkan,bagaimana mereka berkahwin nanti kalau ayah ibu semua buta agama?
nanti aku sambung lagi kawan.
0 comments:
Catat Ulasan