Jumaat, 21 Mac 2014

~BERAPA 'A'?



tangan letih,otak kosong,hati bercelaru.tapi  demi sesuatu,aku gagahkan juga menulis.bukankah manusia yang baik itu yang memberi manfaat untuk orang lain,walau dirinya cair sedikit demi sedikit dalam gelora yang tak siapa melihatnya. huh,tinggi sungguh ayat.susah nak dihadam.

Ella, kebanyakan isi tulisan ini mungkin sesuai untuk kau cerna. KP ku Zizi,ini sudut pandang akak.dan semua yang membaca, mari kita fikir dari sudut berbeza .

bila keputusan peperiksaan diumumkan,kita semua sibuk seram sejuk. dan ayat yang paling mendebarkan, berapa A?penting sangatkah A itu?apa dengan A itu akan menjadi ukuran bahawa calon itu tersenarai dalam gred A,tingkah laku A, iman dan akhlaknya A,serba serbi A?

aku pun sampai terikut-ikut,sibuk nak menghakimi orang berapa A dia dapat.sedangkan hatiku,tak mahukannya. `Berapa A ` merupakan frasa yang menghukum sebelum seseorang itu bersalah, mendera perasaan seseorang yang tersiksa dalam penantian, kadang membuat seseorang naik gila, terkadang buat seseorang bangga tak ingat dunia,terkadang pula buat seseorang bersemangat meneruskan kehidupan yang dulunya tak bercahaya sebab tak pernah dapat A seumur hidupnya. 

wah,ajaib sungguh kuasa si `A` ini  kan.  tapi apa sebenarnya di sebalik A itu?
bagiku, A hanya sebuah huruf.tapi di belakangnya, banyak cerita.  sebuah pengorbanan, ketekunan,sakit,perih,air mata,duka, letih dan lara. A ,dalam peperiksaan merupakan manifestasi semua itu. agak mustahil untuk menggapai ~A~ kalau  usaha sekadar EEEE. agak pelik untuk mendapat A kalau hidup dipenuhi angan-angan,main-main,tak serius,kurang ajar dan yang sama maksud dengannya.

A itu lambang DISIPLIN sebenarnya. seberapa kuat usaha, itulah yang kita dapat. `apa yang disemai,itulah yang dituai`. 

tapi,kesilapan dalam mengagumi `budak banyak A` kadang merosakkan. belum tentu A sampai 8 subjek perangainya A. imannya A. adabnya A.akalnya A. belum tentu. dan belum tentu juga sebaris panjang A dalam result SPM itu menentukan siapa kita akan menjadi pada 10 tahun akan datang. semua itu adalah kuasa Allah. tapi Allah tidak menjadikan manusia ini telanjang tanpa akal. sebab itu kita dibekali IQ dan EQ. IQ itu tertulis atas slip SPM. tapi EQ yang mendorong kamu menjadi siapa 10 tahun akan datang. (ella, kalau tak faham apa itu EQ, google!itu gunanya IQ)

kegagalan dalam EQ yang membuatkan `budak A berderet` dalam slip SPM jadi penagih tegar,perasuah dalam jabatan, pemimpin yang korup,penyokong yang bawa rebah,anak derhaka,budak tak kenang budi...dan semua perkara yang negatif,pada 15 tahun akan datang.

kekuatan dalam memacu EQ yang buat `budak tak lulus BM` dalam SPM jadi usahawan berjaya, pemilik bengkel kereta yang cikgu BM hantar keretanya bila perlu servis, pemilik bisnes sayur yang cikgu BM beli sayurnya untuk bagi anaknya makan, pemilik berpuluh van kilang yang boleh buat rumah macam rumah Amitath Bachan dalam ~Kabi KUsyi Kabi Hum~.....

oleh itu, aku sungguh insaf untuk berani  menghakimi mana-mana pelajarku yang tak dapat A untuk subjek apapun dalam SPMnya.cuma kadang aku terbawa-bawa juga, sibuk bertanya , `berapa A?

mustahil aku tak berbangga untuk menyatakan 36 daripada 41 pelajar kelas kesayanganku dapat A. dan aku tak pula malu untuk  mengaku yang anak-anakku dari kelas satu lagi cuma 3 orang yang LULUS BM daripada 24 orang di dalamnya. memang itu yang tertulis di slip,tapi siapa antara kita berani menjamin siapa mereka akan jadi 15 tahun  lagi?siapa berani kata yang A banyak lebih berjaya dari yang langsung E pun tak ada?

cuma dari pemerhatianku,betullah kata pepatah arab `man jadda wajada`. siapa berusaha dia yang berjaya. asalkan jangan berhenti di sini. A bukan penentu segala. tak dapat A pun bukan bererti dunia nak kiamat esok.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
ini nota untuk ibu bapa.

jangan kecewa sangat kalau anak kita tak dapat A untuk mata pelajarannya. ingatlah ibu,ayah, Tuhan jadikan mahkluknya semua sama rata. tak ada istilah pandai atau bodoh,ubah persepsi itu. yang ada hanyalah ~berbeza kepandaian~. mungkin anak kita tak boleh dapat A dalam BM, Sejarah atau English,tapi dia tak minat jadi lawyer pun,dia minat nak buka bengkel sendiri. mungkin anak kita tak lulus kimia,fizik atau biologi,tak apalah, dia bukan nak jadi doktor pun ,dia nak jadi jurugambar yang ada bisnes sendiri. mungkin anak kita tak lulus matematik,tak apalah,agaknya minatnya nak jadi pelukis macam picasso atau salvador dali.

kesilapan kita ialah dalam memberi tekanan kepada anak untuk menjadi apa yg kita mahu, bukan apa yang mereka minat.saya cadangkan ibu ayah semua tonton sebuah filem Amir Khan ,tajuknya 
3 IDIOTS. kalau boleh ulang banyak kali supaya faham,perlunya anak itu membesar dan menjadi apa yang dia mahu,bukan apa ibu  ayah mahu.

jangan banding-bandingkan anak-anak anda dengan adik beradiknya yang lain. mentang-mentang abangnya pandai, adiknya tak berapa pandai, dibodoh-bodohkan adik depan abang. itu kesilapan ibu ayah paling besar. ingat, mereka tu semua dapat genetik dari anda juga, kalau dibodoh-bodohkan anak yang tak pandai tu, maknanya anda membodohkan genetik sendiri. mereka bukan tak pandai,mereka BERBEZA KEPANDAIAN. betapa kecewanya anak yang dibezakan,dan pengajaran seperti itu merupakan penghinaan kepada zuriat anda sendiri. berilah peluang sama rata kepada SEMUA anak anda dalam menjejaki apa yang disukainya. tapi kalau terang-terang anak anda memilih profesion ke neraka dan anda benarkannya, bukan anak anda yang bodoh,tapi .........
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ini nota untuk pelajar saya

mungkin method saya mengajar agak lain dari cikgu lain. saya tak suka memberi tekanan,saya tak berapa banyak beri latihan,saya tak marah-marah kecuali kalau dah melampau-lampau (Tanya 5 sains 1 2013,apa rasanya bila cikgu marah).tapi,kamu semua patut ambil itu sebagai satu peluang dan jangan ambil kesempatan. sudahlah saya tak menekan dengan banyaknya latihan,latihan yang ada pun kamu cuai-cuaikan. yang penting, saya akan pastikan saya tanda dengan teliti,tapi alangkah ruginya kamu bila cikgu suruh buat pembetulan 5 kali,kamu abaikan amaran tu macam jagung di celah gigi. sudahnya, kamu ulang kesilapan yang sama,berkali-kali, sampai waktu peperiksaan sebenar ,menyesal pun tak berguna lagi...

ingat,ikut sajalah apa yang cikgu suruh selagi perkara itu masuk akal. tak ada cikgu yang nak kamu susah. tapi sesungguhnya `bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian`. kamu selalu tulis dalam karangan, cuba aplikasi dalam kehidupan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

ini nota untuk ella

sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tak berguna. tapi kan ella, jangan dilambung perasaan, apa yang cikgu tuliskan di atas adalah pedoman juga untuk kau. yang penting, bukan dimana kamu mula,tapi di mana kamu berakhir nanti. jadi wanita yang solehah, yang baik, yang memberi manfaat pada kehidupan, yang sudi mendoakan bila cikgu dan orang tuamu dah tak ada, itu lebih bererti dari slip spm kau berderet A  tapi jadi si bunga dedap!

akhirnya, semoga kau mampu menjana EQ kau ke tahap yang terbaik. lev.

4 comments:

TANTYSTARP berkata...

Realiti...

TANTYSTARP berkata...

Realiti...

Unknown berkata...

Terima Kasih cikgu.Menangis bila saya baca, terutamanya bahgian ibu bapa dengan "notis peringatan" untuk saya.In Shaa Allah, saya akan cuba untuk jadi yang terbaik.Apa yang cikgu tulis buat saya makin bersemangat nak teruskan perjuangan saya.Doakan saya okay cikgu.Terima kasih sekali lagi.In Shaa Allah saya takkan lupakan cikgu dan nasihat cikgu.Rindunya waktu cikgu mengajar kelas 5SN1 dulu.Teringat waktu cikgu marah.Satu kelas tak senang duduk.Hihihi.Apa-apa pun kami semua sayang cikgu :) Terima kasih cikgu <3

Comels berkata...

tanty,komen sampai 2 x,tapi sepatah aje. huh. ella,baguslah kalau kau dapat menerimanya,ingat,hidup ini tak penting sangat di mana kita bermula,yang penting,di mana kita berakhir.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com