Sabtu, 22 November 2014

AKU BUDAK LUBUK SIPAT (PART 6)

mujur ada teknologi,aku cantikkan sikit gambar kita ni mah.kau form 5,aku form 4

 ya,itulah kita24 tahun dulu mah.manis. cuma yang berubah aku. makin comel,3 kali saiz dari gambar ni. kau tak comel sebab tak berubah.kau kalah.haha.aku masih tak faham kenapa kita meredah bunga-bunga ni nak ambik gambar. kamera siapa pun aku tak tahu. nasib lah ada. kalau tak tak ada bukti kita dulu geng kan.

satu-satunya kekesalan aku berkaitan teknologi zaman kecil-kecil dulu adalah berkaitan kamera dan telefon bimbit.susah betul nak merakam peristiwa.kamera barang mewah,siapa yang memilikinya akan dikagumi sebagai orang berduit.kemudian,kamera punya limit,filem terhad kepada 34 keping,menunggu filem jadi gambar sungguh mendebarkan.terpaksa hantar ke kedai gambar di benut atau simpang renggam.seminggu,hati tertanya-tanya bagaimana rupa kita dalam gambar tu.tapi itu yang menjadikan  gambar era 60an-90-an sesuatu yang punya nilai sentimental teramat tinggi,bukan macam sekarang.

sejak teknologi semakin kencang berlari,gambar sudah semakin turun nilainya bagiku. menggunakan telefon sahaja kau boleh ambil gambar waktu nak tidur,nak makan nasi,nak pergi mandi,gambar gigi patah,gambar semut makan serpihan kek,gambar ayam tersangkut plastik. dan macam-macam lagi.kalau tak ada yang sudi ambilkan gambar kau,jadilah pula si selfie yang menggayakan pelbagai mimik muka,muncung sana,muncung sini,ambil dari sudut atas,bawah dan tepi seakan terasa dirinya cek ta.melampau-lampau pula sampai kongsi satu dunia kadang ingat orang suka tengok muncungnya sedepa tak tahu rupanya orang mengumpat berjela-jela. haha. sebuah kehidupan. nikmati sajalah.

Imah, entri kali ini aku nak berbicara dengan kau,sebagai meraikan kau yang sudi menyertai kami dalam arena beramah mesra tanpa suara ni. inilah bentuk komunikasi paling moden yang aku ada dan aku senangi,aku tak ada wassup,insta atau telegram. dan buat masa ini aku tak berhajat langsung untuk mewujudkannya sebagai keperluan hidup.aku tak mahu letih dalam mengejar segala info,aku ingin besederhana. aku yang kawal keinginan itu dan aku kekal senang begitu.

imah, rindunya aku pada masa lalu. walau banyak pahitnya, banyak pula manisnya,kan.kemanisan itu buat aku tersenyum-senyum sendirian,kepahitan itu buat aku tabah dan menerima segala takdir Tuhan.

Imah,kau rasa hidup kita masa kecil dulu bahagia tak. kita miskin kan mah, rata-rata kita semua orang susah. aku ni asyik makan ikan kering,pucuk ubi,paku pakis,ubi kayu..lempeng.. kau pun sama saja kan. cuma lauk kau lebih fresh sebab abang-abang kau rajin pancing ikan dan udang. selalu makan ikan dan udang galah. bila udang tu besar,saja-saja kamu ambil cangkerangnya,keringkan dan pamerkan atas televisyen rumah korang. aku ni kalau datang asyik terliur saja. sebab tu kadang-kadang aku tak peduli dah,aku redah saja dapur kau,angkat tudung saji terus makan nasi.mujur-mujur ada lauk udang galah.paling tidak pun ikan sungai.yummy!

Imah,walau kita orang susah,kita jarang merungut kan. engkau,aku,jana (suzen) dan beberapa orang lagi sering saja bercabur dekat parit dan sungai.kalau banjir seronok pula bermain banjir depan rumah ah hong dan kak ipah.kau ingat tak mah, konon kita nak berkelah kat sungai Pt Yusof,kau bawa satu periuk nasi mak kau,yang aku bawa kacang goreng sebungkus saja.macam alien kita makan lepas bercabur,aku rasa aku ada tanya kau, `mak kau tak marah ke mah kau bawa nasi dengan periuk-periuk ni sekali?` aku lupa jawapan kau,tapi kita tak peduli,makan lagi,lagi dan lagi sampai licin nasi tu. masa tu yang pergi ialah aku,engkau,aris,inong,ijam dan siapa entah. suzen aku tak ingat,dia kadang skema sikit,tak ikut sangat aktiviti kita yang bukan-bukan.

setiap pagi,kita tak sabar-sabar nak main dan berkumpul.tak mandi,lepas sarapan terus saja berkumpul dan buat kerja berfaedah sebagai budak-budak.kampung kita damai kan mah,sejuk dan hijau.air parit jernih.kau ingat tak dulu kau sekeluarga buat parit depan rumah tu tempat mandi.aku suka ke situ,ada pangkin kecil buat duduk sambil main air.kadang kita bercabur kat situ,tapi paling seronok terjun  dari titi depan rumah kak ipah.lepas tu abang ajan bapaknya rubi repot kat mak aku `kanakan ni makacil ai,bercabur tarjunan......bla,bla,bla`..mak aku pun jeling tajam aku yang ketakutan kena marah.takut-takut pun esok sambung lagi.

Imah,kau ingat tak betapa seronoknya kalau balik dari sekolah kat Betak tu. masa kita tingkatan satu dan dua, mana aku ada motor lagi,kita naik basikal saja kan. balik tu,mesti singgah kedai kecil orang bugis depan simpang 4 tu.kita beli air sirap cedok 20sen,aku beli keropok rota 20sen. masa tu rota baru saja wujud,sedap betul ajinomotonya mah, nasib baik tak botak setiap hari makan tu. ajaib betul,kita boleh makan sambil kaki kayuh basikal dan tangan pegang hendal. jalan dulu tak sibuk, nak jumpa motor punya susah,nak nampak kereta macam tunggu kapal terbang lalu. jadi tak bahaya lah kan. jalan tanah merah,bila lori tanah lalu muka,baju,kain,kasut semua kena debu,kuning.kalau budak sekarang,aku rasa tak sanggup ke sekolah dah dengan penampilan selekeh macam tu,tapi kita reda demi sebuah ilmu,kan mah. cewah.
 


inilahlkeropok yang sangat menakjubkan,memberi semangat untuk kita mengayuh sejauh 9 kilometer untuk balik dari sekolah!

 imah,banyak lagi yang ingin aku tulis,tapi mia dah bangun dan aku nak buat sarapan. nanti sempat aku sambung bab 7 pula ye.

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com