Khamis, 7 Disember 2017

TERINGIN

 entri kedua untuk hari ini.ah ha. kalah mati lah jawabnya jijah,kak midah dan rita yang ada keinginan menulis tapi tak mampu menzahirkannya. dah provok macamni,kalau tak terasa,entahlah.

teringin. aku selalu teringin makan yang macam lain dari budaya jawa banjar aku ni. haritu, pergi kedai makan nasi ayam mahal termasuk gst yang sedap dengan mia.saja,penat nak masak.masa tu mia teman aku ke sekolah,hari akhir sekolah. teman aku mengecat mural. ada satu menu sup yang aku suka sangat,ada dumpling dalamnya. malangnya dumplingnya cuma 3-4 pcs dan harga sup itu termasuk gst buat aku telan air liur berkali-kali.

lalu bila ada kesempatan,aku buat sendiri dumpling dengan mia.  beli udang,ayam dan carot. masak ala kadar. udang saiz besar,potong 2.rajin anak dara aku menolong. tak kisahlah apa bentuk sekali pun, sebab yang penting,cepat siap.

`nak bungkus macam mana mak?`  ~buat lah macam mana pun nak,janji tak terkeluar. mula mula,buat macam karipap tu..`  lepas tu,mia buat saja tanpa aku suruh. untung mak ada anak rajin. jangan dah anak dara besok malas pulak dik, nanti mak bertukar menjadi singa.



 inilah inti dumpling tu. nampak sedap.memang sedap!
 puas hati,bagi banyak sikit.nak makan sendiri kut.
ni je bahannya. udang,carot,ayam. carot tu sagat halus. udang potong dua. ayam potong kiub. gaul dengan garam n gula sikit,goreng tanpa minyak atas kuali tak melekat ala kadar. bagi ayam separuh masak. kang kena bakteria pulak .



ni antara dumpling ciptaan mia. bolehlah sapa nak cop jadi menantu. heh.

kerana ada lebihan sup,aku `cemplung`kan saja dumpling itu ke dalamnya.tiba waktu `the moment of truth`. aku tanya encik shahrol. `sedap tak bang dumpling tu?`. seperti biasa,kerana encik shahrol telah khatam buku `bagaimana memberi kritikan tanpa menyinggung perasaan`,di dahului dengan puji-pujian,lepas tu dia kata..er...`cuma masin le.`...

aku pun ambil 2 biji dan  rasa...rupanya selain masin ada satu rasa lagi iaitu tepung tu rasa agak MENTAH!
kerana aku bersifat seperti thomas edison yang tidak menganggap kegagalan itu sebagai kegagalan,cuma suatu cara yang rupanya kita tak boleh dapat kalau buat macamtu, aku berfikir keras macamana nak baiki rasanya.

bila aku terfikir untuk goreng dulu,baru masukkan dalam sup (esoknya) aku dan mia begitu gembira menikmati sup dumpling goreng macam beli di kedai steamboat!
(gambar yang digoreng tak ambil.malas). dan kelmarin,aku ke giant kerana barang dapur habis.bukan kaya ok,cuma aku suka pergi giant sebab sentiasa tak ada orang.parking lapang. nak kata mahal,semua kedai ada gst. En. Mat Maslan saja kata gst boleh turunkan harga barang.
tok mat, ajaklah kami ke kedai gst yang ada turunkan harga barang! (eh, melalut sudah)

aku terpandang satu peket kecil kulit gyoza. putih warnanya. dalam hati,teringat nak beli.kalau guna kulit gyoza tu,mungkin tak ada rasa mentah bila buat sup. mungkin lah.sebab teringat warna dumpling dekat kedai nasi ayam mahal termasuk gst tu, dumplingnya warna putih. yg kami buat ni,kekuningan sikit.tapi bila fikir semula,tak payah dulu lah. belum rasa nak buat lagi. esok lusa tak tahu lah.

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com