Selasa, 4 Januari 2011

Hati Yang Berbulu

selasa:4/1/11.    5.45 petang

aku cuma cikgu biasa.
aku cikgu bahasa melayu.untuk pelajar menengah yang WAJIB lulus BM kalau nak sijil SPM.
aku cuma nak anak murid aku berjaya menjadi manusia, dari segi perangai, sahsiah dan kerjaya.
yang penting jadi bahagia di akhirat sana. tak lebih, tak kurang.

tapi bila `yang biasa` mula berkata-kata, `yang berjawatan luar biasa` perlu peka.itu tandanya akar tunjang sudah tak tahan menampung batang, ranting,dahan dan daun-daun yang terlalu banyak. kenapa dalam kebanyakan jabatan , dahan, ranting, batang, buah dan daun ini cuma tahu ada saja semua keperluan. yang tahu kenyang tapi makanan orang yang cari. yang tahu nama tapi bukan datang dari usaha sendiri.kalau dalam sistem pokok...hanya akar yang bertungkus lumus cari sana sini untuk support mereka semua supaya gemuk dan sihat..

kenapa tulis dalam blog?
habis, aku nak tulis di mana? surat khabar? itu biar Yin Wong Khoo Lai uruskan. kepakaran menyusun kata untuk mendapat perhatian di dada akhbar milik dia. tolong ye tan, panjangkan perkara ni pada Yin supaya dia tulis di akhbar, agar ada orang tuli dan bisu dan buta yang masih boleh dirawat perasaan dan pemikirannya. fikirkan kebajikan manusia guru ni, supaya lebih tumpu kepada kor-bisnes utama, mengajar dan pembelajaran dalam kelas. supaya boleh beri sebanyak mungkin ilmu pada budak-budak ni. tak payah sibuk perkara padang bagai sampai hujung tahun, mengarutttt!!!!

kenapa aku kata mengarut..
kerana pengalaman aku dan kamu semua guru biasa ini membuktikannya.
kenapa mak bapak hantar anak-anak ke sekolah?  
pastinya untuk dapatkan ilmu pengetahuan, akademik  dan kemahiran untuk bekalan hidup selanjutnya. betul?
aku sangat pasti.
dan sistem yang ada selama ini sudah cukup bagi aku untuk tujuan itu.maksudnya, sistem kesibukan sukan permainan untuk SEMUA pelajar dipenuhkan waktu bulan Januari dan Februari. Daripada Mac hingga Oktober penuhkan dengan pembelajaran akademik. sukan diteruskan juga TETAPI berFOKUS kepada pelajar yang dah dapat dikesan BAKATNYA awal dalam Januari dan Februari tadi. inilah munculnya Kontinjen sekolah untuk olahraga,bola sepak, bola jaring dan apa saja sukan dan permainan.

yang terlibat sebahagian kecil pelajar yang MEMANG MINAT dan BERBAKAT. guru yang terlibat juga lebih berfokus iaitu guru yang bertauliah sebagai guru PJ dan Sukan. yang memang pengkhususannya diambil untuk tujuan ini. kadangkala ada juga guru yang major fizik, kimia atau perakaunan juga terlibat. tak kisahlah kalau mereka itu minat, tapi satu beban juga kalau mereka terpaksa. tapi, sekurang-kurangnya tidak melibatkan seluruh organisasi guru dan pelajar.

maka yang lainnya memerah tenaga untuk memajukan pengajaran dan pelajaran murid dalam kelas. yang tak berbakat dalam bidang sukan, asah bakat dalam belajar. tak kisahlah boleh atau tidak. belakang parang kalau diasah pun tajam, ini pulak otak manusia. dan yang paling penting, ADA BANYAK MASA MELAKUKANNYA.

aku cukup terganggu dengan saranan KPM yang memaksakan ideologi siapa entah dalam tu supaya idea sukan dan permainan diteruskan sehingga hujung tahun untuk SEMUA MURID dan bermakna SEMUA GURU...

hello,
tak ada seorang pun kah di dalam KPM sana yang pernah menjadi guru?dan mana pergi kajian beban tugas guru oleh TPM? apa hasilnya?bukankah ini bermaksud beban yang ada tak terpikul, batu bata pulak digalas lagi..
(ei..rasa nak mencarut aje, ...sabar...)
betul, sebagai penjawat awam tak boleh merungut kerana dasar `kami yang menurut perintah`.tapi aku rasa kalau berdiam diri aku rasa dibodohkan secara intelek. aku ada otak, aku ada rasa, aku ada pemikiran, aku ada blog. makanya aku BERSUARA.
walaupun siapa nak dengar suara guru marhaen seperti aku.aku tak kisah. dalam 6000 lebih kali orang klik blog aku ni, tak kan lah 10-20 orang tak berupaya berfikir dan menganalisis apa aku cakap.


tetiba aku dengar satu suara misteri...
....
ei janah, kau menghina pembaca blog engkau tau....
bukankah pembaca engkau semua manusia yang suka berfikir?kalau mereka tak suka berfikir, mereka tak baca blog engkau. faham...


er,,,
maafkan aku pembaca blog yang setia. kamu semua memang pemikir. bersetuju atau tidak hak kamu, menulis itu hak aku. jadi, aku nak paksa kamu semua fikir lagi.

dasar `1 pelajar 1 sukan` ini memberi impak yang besar kepada guru, sekolah , pelajar dan ibu bapa.bukan tak ada positifnya, sangat tak adil kalau aku kata begitu. yang positifnya ialah pelajar akan ada 1 sukan yang dia terlibat.

masaalahnya, selama ni memang ada pun benda tu. apa yang barunya.(yang barunya ialah pelaksanaannya sepanjang tahun!!!)
baik, aku beri contoh dari sudut korang sebagai ibu bapa.
pernah tak anda semua marahkan anak dengan ungkapan `kau ni Mat, asyik sukan, sukan, sukan..ingat -ingat sikit, periksa dah dekat ni.`..ha, macam tu lah lebih kurang dialog korang. mesti pernah kan...

bila dasar sukan sampai akhir tahun ni, secara kasarnya, anak-anak korang terpaksa terlibat dengan sukan ini sepanjang tahun. maksudnya tak habis-habis, pagi dia ke sekolah, tengahari kalau rabu akan sambung ko-ko (uniform/kelab) dan petangnya sukan. kalau selama ni bila mereka tergolong kurang kemahiran untuk sukan, mereka tidak terlibat sangat selepas bulan februari dan beri tumpuan penuh kepada pelajaran. tapi nanti, dah dekat periksa, selepas periksa, percubaan PMR atau SPM atau STPM antara waktu tu masih juga sibuk di padang. bila dah penat, malam tentu cepat tidur. tak mananya belajar.memanglah betul badan cergas otak cerdas. tapi selama ni kan ada PJ. cukuplah tu... lepastu belajar ajelah.


kalau korang semua kata aku merungut banyak sangat tentang perkara ini, aku rasa korang belum faham tugas guru sekarang. tugas cikgu bukan sekadar macam cerita P. Ramlee tu, tulis sikit, suruh budak baca ulang-ulang sambil dia tidur.tugas cikgu bukan sekadar datang, ajar,bagi kerja, tanda buku..habis dan balik rumah. kalau macam tu hari-hari aku rasa gemuk-gemuk cikgu malaysia ni.itu hanya 1/20 kerja cikgu.
lazimnya, seorang guru mempunyai 7-8 tanggungjawab berbeza selain mengajar. dialah ibu ayah ketika di sekolah, jaga, tukang kebun, kerani, kaunselor, guru disiplin, guru sukan, polis,pegawai pencegah maksiat,dan lain -lain.aku agak melebih-lebih?tidak.
kami akan jaga anak korang dengan kasih sayang dari 7.00 pagi hingga 2.00 petang. (dalam kes sukan nanti, mungkin sampai 6.30 petang.wow....hebat.)
kami akan awasi sapa-sapa budak yang nak memonteng, kejar dan nasihat walau kadang kami kena maki semula.kalau kes sekolah aku lagi hebat sebab shopping compleks sebelah aje dengan sekolah...hmm.itu kan kerja jaga?
kami akan gotong royong pada hari tertentu untuk indahkan sekolah. kadang cat meja kerusi demi untuk bagi anak-anak selesa. yang mengecewakan hati, kami cat, sesedap rasa budak-budak ni menconteng balik. eiii, rasa nak cubit tangan gatal tu. tak pernah aku dengar doktor atau jururawat cat katil pesakit atau pungut sampah kat hospital kan. er, bukankah cikgu sudah merampas tugas tukang kebun ketika ini?

kerja perkeranian?huh, memang menyakitkan hati kalau difikirkan. tulis data manual, key in data berkomputer, pungut duit, simpan duit, merayu untuk dapatkan duit, pungut denda, buat report...sampai ke hujung tahun tak selesai. kadang pelajar bagi alamat palsu, satu kerja nak semak balik. paling menjengkelkan bila hantar surat ponteng dah macam kerani pilihanraya pulak nak tengok rekod budak ponteng.aku kalau buat kerja ni hubby tak boleh kacau, rasa nak meradang aje...betul-betul jengkel rasanya.

kadang ada mak ayah yang tak terima anak buat jahat atau ponteng, yang syahdu tu kesian la aku, merambu-rambu air mata. yang tak boleh terima tu, siap kami ni kena maki lagi.``ei, anak saya baik tau cikgu. saya tak pernah jentik dia. cikgu sapa nak  pukul anak saya?
abis, cikgu ni hantar surat ponteng suka-suka hati la ye, buat kerja sampai 12 tengah malam...semak rekod 10, 20, 40, 60 hari ponteng...untuk 40 orang budak tu? please la, kami ni pun ada keluarga nak di layan. kalau boleh tak mau hantar surat kat tuan, puan. tapi kalau tak hantar, nanti jadi apa-apa, cikguuu juga kena marah..em. semua salah.aku pernah kena tengking dengan parents depan public. aku terpinga-pinga. apa salah aku? rupanya salah dia sebab tak bayar yuran asrama anak dia.jadi aku tak boleh keluarkan result PMR anak dia. apahal nak tengking-tengking aku. nasib baik lah aku diajar untuk jadi manusia bertamadun (eceh..). jadi aku cool saja. tapi aku hadiahkan jelingan maut kat anak dia. sampai sekarang budak tu malu alah dengan aku. malu sebab bapak dia terjerit-jerit marahkan cikgu yang cool dan jelita ini depan public. huh, rasakan.

er, ni kerja kerani tau patutnya hantar-hantar dan tulis-tulis surat ni...

penat aku nak menaip tugas selain mengajar. lain tahun aku cerita. ni, aku cerita sikit tentang MENGAJAR. anak anda semua dikumpulkan dalam satu kelas. jumlahnya 40 orang. ada kalangan ibu bapa yang bersyukur lega bila sekolah dibuka, tak payah mengadap kerenah anak yang 4-5 orang. tapi mereka harus sedar, 4-5 orang anak mereka itu bergabung dengan 36 orang lagi anak orang lain. kerenah yang pelbagai yang perlu disabarkan. `eleh, dah kerja engkau cikgu, tahan je lah. tak suka, berhenti`..

ei, sedapnya cakap...kita yang ada 4-5 orang anak kat rumah ni pun kadang-kadang terjerit-jerit dan balun anak kita tu sampai puas bila dia nakal. apa rasanya kalau korang kena sound,`eh, dah anak kau, tahan ajelah. kalau tak tahan berenti jadi mak abah..`
apa rasanya?

itulah rasa yang sama.
sambil melayan karenah 160 pelajar berlainan sehari (40 orang x4 kelas), kena sampaikan jugak ilmu tu dengan sungguh-sungguh.macam bm SPM, ada karangan (tak kurang 350 perkataan), tatabahasa, ringkasan, novel, cerpen,pantun, syair, sajak, gurindam, seloka,drama dan cerpen. 1 subjek pelbagai pecahan. kalau mengajar seni, sakit kepala pulak nak tunggu budak buat folio dan projek akhir. bila budak tak hantar (walaupun segala macam teknik cikgu dah guna.)...pelajar akan gagal.bila gagal jabatan akan salahkan cikgu. dan yang azabnya bila kata pemutusnya ialah `jangan salahkan budak, cikgu yang salah!.........`oh, zalimnya dunia ku rasa.

sebab dah maghrib, aku nak tamatkan entri ni di sini. aku cuma tak setuju dengan dasar baru ini. titik.
kalau betul KPM nak sesuatu yang baik dari segi pencapaian pelajar, mereka mesti MENDENGAR keluhan guru biasa, bukan memaksa.
terima kasih kerana membaca sampai habis.

RITa:wah, emo lagi jana
JIJAH:ha  ah la. nasib baik kita bukan cikgu.
Jana:woi, ngumpat ye?

Sabtu, 11 Disember 2010

KARISMA yang membina karisma

aku masuk kelab karisma SMB semasa tingkatan 6.aku tak tahu kenapa aku ikut. tak ada sebab yang pasti kerana aku tak suka outdoor atau rekreasi.tapi yang paling kuat desak aku ialah sheila. masa itu masaalah terbesar aku ialah  `di mana nak buang air besar`. setiap pagi aku mesti buat rutin itu kerana sistem pencernaan aku sangat baik. dah kalau kat atas gunung tu, macamana?bukan ada tandas. lepas tu sheila cabar aku..`e..eleh. itu pun nak jadi masaalah. kecik aje. apalah kau ni jana.``

aku tak suka orang bakar-bakar aku macam tu. anak banjar dan jawa lah katakan. jadi aku eyakan aje lah. masih aku ingat, aku satu kumpulan dengan Daeng Mahathir, Ajak Kecik dan beberapa orang lagi. member gonjeng aku yang lain ialah sheila, liza, awe, ajak besar, hanif dan juga beberapa nama yang agak kabur dari ingatan. em, proses penuaan,haha

tiba hari yang dijanjikan, kami bertolak ke muo. (muar).bising betul dalam bas. macam nak ekspos kat orang. aku terperasan ada sorang brader tu meluat betul tengok perangai kami. hehe. remaja. mengada-ngada je lebih.

cikgu yang bawa ialah cikgu Mastura dan cikgu Aziz.(cikgu Fuad ikut tak ye?) aku tak berapa tahu kaedah bercamping ni. tak pernah nak ke gunung-gunung bagai. dalam serba tak tahu dan tak mahu pulak nak bertanya, aku bawak badan dan barang seadanya. bawa periuk kecil dan cerek kecil. dan perkara paling bodoh, susu cair. (nanti aku bagitau kenapa semua ni memberi pelajaran dalam hidup aku)aku pesan dengan mahadir bawa burasak (makanan orang bugis, macam ketupat tapi bukan)sebab aku malas nak masak. aku bawa sadin juga.megi juga.

cikgu aziz tak benarkan bawa sabun. aku tak faham. tapi tak tanya. kami memilih untuk menggunakan track yang sukar, tak main la track yang ada disediakan. cikgu pesan jangan mendahului penunjuk jalan. aku tak rasa apa- apa. tak takut. tak letih. seronok sangat pun tak. biasa aje. entahlah. mungkin sebab susah dan hutan dah jadi mainan harian aku. setakat hutan tu, aku jumpa setiap minggu bila tolong emak menoreh. masak pakai kayu api hari-hari. entah. apa yang seronoknya. tapi saja cari pengalaman.

petang, kami sampai di satu tempat yang agak datar. dan cantik sebab ada air terjun. kemudian kami dibawa meneroka ke hutan kecil dan ditunjukkan beberapa tumbuhan hutan oleh juru pandu.
di sini aku melakukan kesilapan aku yang pertama. tak memberitahu orang lain tentang pergerakan.masa pakcik tu sibuk beri kuliah dia, aku rasa macam nak terbuang air besar. jadi dengan selambanya aku keluar tinggalkan kumpulan itu dan cari port yang sesuai. tak tahu ke mana yang sesuai sebab mana ada toilet. jadi aku terfikir turun jauh ke air terjun di bawah. lepas puas membuang, aku ala-ala puteri gunung ledang siap baring-baring ni kat pasir dan air terjun tu. bersiram la konon. siap menyanyi lagi.

tiba-tiba aku terdengar sayup-sayup suara orang ramai. bergema..janaaa.....janaaaa....jana.....paling kuat suara awe. aku diamkan aje. ingatkan macam khayalan kut. apahal nak panggil-panggil ni. tak rock betul.

kemudian aku dengar suara awe semakin dekat.` jaaaanaaaa...`..
akupun jawab tanpa rasa bersalah.` hoiiiiiii..`..
awa tanya.`.kau kat manaaaaa?`
lepas tu aku naik tersengih-sengih. aku tak faham itu satu kesalahan serius! awa nampak aku. awa bengang sangat. dia cakap `kau ke mana, semua orang cari kau tau...`
aku pun storylah segalanya. tapi cikgu cool aje. cuma cikgu cakap tak boleh buat begitu. bahaya . ini dalam hutan. oh, naifnya aku.

malam tu aku mengaku salah. sebagai punishment, mereka cadangkan aku menjalani operasi burung pungguk sorang sorang. oh tidakkk...aku tak berani. sebab sebelum pergi tu mona ada cerita seram. ada orang pernah nampak muka sebesar-besar alam. ada orang yang menyamar jadi orang tapi bukan orang. dan macam-macam lagi.

tidak. aku tak mahu.dan diaorang tak dapat paksa aku. hehe.lepas berehat, kitaorang meneruskan perjalanan. dah tengahari, letih, kitaorang berehat. aku dan liza jumpa satu batu yang besar tapi agak curam. aku kata kat liza, ini bagus buat tempat berehat. jadi kami pun dan beberapa wanita anggun yang lain jadikan itu tempat tidur malam nanti.tak banyak yang dapat dibuat tengah hari tu. budak lelaki buat khemah kut. kitaorang tidur aje. tapi aku ada jalan-jalan juga. aku terserempak dengan satu lopak air. kecil saja. menitik sikit-sikit. aku terfikir baik aku tadah dengan botol sepanjang hari. aku ni kuat buang air besar dan kuat minum air. tak ada dapur gas nak masak. jadi dengan gigihnya aku berulang alik tadah air. dapatlah 2 botol 1.5 liter bekas air oren.

petang tu nak terbuang air kecil. jadi aku minta sheila temankan. aku tak tau nak buang kat mana, semua tempat aku rasa diperhatikan. aku tawakal saja, pergi lereng gunung dan buang le. masa tu aku terikat dengan kepercayaan khurafat yang aku rasa tak bersalahan dengan agama. jadi aku pun kata`ampun datuk nenek, anak cucu tumpang kencing`...entah bila pulak makhluk halus kat situ jadi datuk nenek aku ntah.
sekarang dah tau. patutnya baca ayat Al Quran,ayat nabi sulaiman tu. yang menundukkan jin tu. alah, aku lupa. lain kali aku ingat aku tulis eh.

siang punya cerita dah selesai.malamnya,aku rasa dalam 3-4 pagi gitu, panggilan alam semula jadi sudah menyesakkanku. siapa lagi nak ku jadikan mangsa. tentulah shila. dia yang beia mengajak aku kan. aku deal dengan dia sebelum pergi kalau aku nak buang air dialah eskot aku. jadi mau tak mau dia terpaksa pergi. heh. malam buta beb, nak buang air kat mana?last-last dah agak jauh dari tempat tidur kami, aku jadi macam rakun, korek lubang agak dalam. juga la. sambil tu takut juga sesapa tersedar, malu beb nampak aku tengah `ber`. shila kata `cepat la`. aku pun memerut dengan hati tak berapa lapang. asal lega dah lah.
selesai satu hal. aku tidur balik.rupanya tidur tempat sendeng tak selesa. pengajaran kedua tu...teori aku dan liza salah rupanya. sebenarnya batu datar lebih merehatkan dari senget. dalam pukul 6 pagi gitu aku rasa budak lelaki bangun .berkawal ntah apa aku tak tau. gasak le. tiba-tiba hanif suluh aku hanif separuh berteriak `Ya Allah Jana, kenapa engkau ni? kesejukan?`  aku memang kesejukan. tergigil-gigil macam kena demam kura.aku tak dapat kontrol gegaran badan aku. itu refleks semula jadi badan supaya rasa panas bila kita kesejukan rupanya. korang tau kenapa?aku pakai stokin basah!dah tu aje stokin yang ada. mana la aku tau pergi gunung ni sejuk.cerdik sangat. dah la bawa stokin satu tu aje. pakai kasut sekolah pulak tu. yang aku ingat lepastu hanif pinjamkan selimut @kain pelikat dia kut untuk tolong aku. aku tak ingat aku dapat sponsor stokin dia tak..hehe. terima kasih nif. tahniah lah, kau berjaya mencipta karisma dari KARISMA.

lepastu,kami meneruskan pendakian. rasanya buat subuh-subuh sebab nak tengok matahari terbit kat puncak ledang.adalah satu gambar aku kat atas tu. dah jenis orang tak ada perasaan, biasa aje.tapi memang le cantik. tapi tak puas hati sebab aku jumpa najis manusia yang sangat menjijikkan atas tu. menci!siapa lah budus sangat. cuba buat macam aku, korek tanah.

eh, lupa. masa pagi tu aku nak tergelak sorang-sorang. bila aku amat-amati, aku nampak tempat aku buang air besar tu betul-betul setingkat atas dari khemah budak lelaki. haha....nasib baik tak ada sesiapa tersedar.

masa nak balik, kami mandi macam itik serati kat ban. aku, awa dan shila gelak tak sudah-sudah bila budak lelaki pinjam `syampu` awa. lepas tu komen membina mereka ialah, hm, sejuk dan nyaman syampu ini.  hahaha..awa, kau ingat tak?

bila balik, aku buat satu lagi kesalahan yang tak disengajakan. aku sengaja nak menguji daya tahan aku. aku tak berhenti banyak kali sebab nak tengok aku boleh tak buat dengan jayanya. ya. boleh. aku orang ketiga sampai lepas mahadir dan sapa entah. tapi lepastu bila kawan-kawan sampai, shila macam bengang kat aku. dia cakap, `apa lah kau ni, kita orang tunggu engkau tau, nak jalan saing-saing..`
er.....aku tak tau..

moralnya, banyak aku belajar dari kembara ini.paling bererti sebab ia berdasarkan pengalaman.
1.jangan ke mana mana tanpa pengetahuan ahli kumpulan. bahaya.
2.jangan ingkar arahan ketua.
3.jangan bawa sabun sebab kita tak boleh mencemari alam semulajadi dengan cemical.
4.jangan tidur di kawasan curam dengan anggapan ia gaya baru untuk releks. itu bodoh namanya.
5.jangan bawa susu cair/pekat manis masa naik gunung. habis tumpah semuanya.
6.jangan baca ayat halau hantu secara khurafat. baca doa nabi sulaiman, baru betul. dari al Quran.
7.bawa stokin lebih. nanti kesejukan.lagi baik bungkus dulu pakaian menggunakan plastik  supaya tak basah atau sejuk kalau hujan ke apa.
8.pastikan kawan atau kumpulan tahu niat sebenar anda berbuat sesuatu agar tak tercetus konflik.

dan banyak lagi.
tapi, aku rasa bertuah bila dah meniti dewasa ini kerana menyertai KARISMA. mendidik aku tanpa sedar, betapa pentingnya alam sekitar. hubungan dengan manusia, hubungan dengan alam tak boleh dipisahkan. kesukaran menempuh perjalanan itu aku sematkan dalam hati, inilah ukuran kemampuanku. cikgu aziz kata`orang yang boleh survive bila perang nanti ialah orang yang boleh survive dalam pendakian ini`. lebih kurang begitu.
pahala berterusan untuk cikgu aziz (arwah) sebab memberi kami faham betapa wajib cintakan alam. dia tak berceramah berjela-jela. cukup sepatah kata `jangan bawa sabun`.lebih 10 tahun baru aku tahu apa maksudnya. dan kalau ada pahala amalanku menjaga alam ini, aku hadiahkan juga kepada arwah cikgu.aku bangga menyatakan aku jadi ahli WWF untuk sama-sama jaga alam ini.


sumbanganku tak besar, cuma aku harap ia boleh juga mengubah dunia. usaha yang besar bermula dari kecil-kecilan kan..aku juga bangga menyatakan satu disiplin yang aku terapkan dalam keluarga ialah jangan buang sampah dari tingkap kereta ke jalanraya. jangan buang sampah selain di tempat yang sepatutnya. mungkin agak skema, tapi itulah amalan kami. yang bertunjangkan dari kesedaran KARISMA.
kalau seluruh ahli KARISMA buat macam keluarga kecil aku buat iaitu tak buang sampah merata-rata, sekurang-kurangnya 40 keluarga dah bersihkan alam. kalau diamalkan sampai anak cucu dan cicit, kan berkembang biak tabiat tu hingga sejuta orang. tak gitu?tak besar ke impaknya?

untuk kawan-kawan kelab KARISMA, tahniah kerana mendapat karisma darinya. terima kasih untuk cikgu-cikgu yang dekat di hati. cikgu aziz, cikgu mastura dan cikgu fuad. cikgu semua banyak memberi kesan kepada kami. sama ada disedari atau tidak.

tentang lapar

sabtu.9.35 pagi.

berapa ramai yang terfikir betapa setiap hari dia mendapat nikmat dari Allah selama 24jam tanpa henti?
kita terlalu makmur, rasanya tak pernah kita berlapar sampai macam orang lain di bahagian lain dunia.

cuba perhatikan gambar di atas. orang yang ambil gambar ni dapat anugerah tertinggi kerana nilai gambarnya. tetapi kemudiannya membunuh diri akibat tekanan perasaan yang amat dahsyat memikirkan kejadian ini.
seekor burung hering pemakan bangkai sedang tunggu masa saja untuk budak ini habis nyawa. lapar. sangat lapar.nak angkat badan pun dah tak berdaya.cuba bayangkan, pernah tak kita jadi macamni.?

apa perasaan kita tengok gambar ini. budak ini kebuluran, bukan nak minta istana RM24 juta, minta makan saja untuk sambung nyawa.....
anak -anak kita pernah terjumpa situasi ini?agak mustahil rasanya. sebab apa?sebab kita dah terlebih mewah.sangat mewah.
dalam hal makan, aku insaf sangat. aku tak tergamak nak mencela makanan. sedap atau tidak, sebolehnya aku diamkan saja. merungut tentang makanan sama saja yang ada setiap masa.di rumah. di restoran. di kantin.semuanya bagi aku adalah manifestasi betapa hinanya aku sebagai manusia yang tak tahu diuntung. tak bersyukur dengan rezki yang Allah beri. dah bagus ada makanan. kalau tak ada?

masa tengah susah sangat dulu, aku dan hubby pernah menangis sambil makan. sayu sangat rasa hati. tiba-tiba rasa sedih sangat. betapa kami yang kufur nikmat selama inipun tidak dibiarkan kelaparan.`baiknya Allah kan sayang, kita tak ada duit pun kita tak pernah kebuluran. Allah beri kita nasi, lauk,ikan, sayur, ayam goreng, cengkodok, air sirap dan macam-macam lagi...
lepas itu aku macam tak boleh nak mengunyah lagi. nasi di pinggan berbalam dalam hamburan air mata.kami sangat terkesan dengan bait lagu Qatrunnada..
Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
diwaktu sakit Kau sembuhkan
diwaktu lapar Kau beri makan...
dulu aku rasa aku tak bersyukur dengan apa saja yang aku dapat. segalanya tak menepati . ada saja yang kurang. aku jadi terkasima pada suatu ketika (pastinya masa tengah susah dulu). aku komplen pasal makanan. tapi hubby diam saja. aku tanya ngape?tiba-tiba aku terperasan hubby menahan sebak dan airmata sambil mengertap bibir. menangis. aku jadi confuse pulak. kenapa menangis .tak hujan tak ribut.tiba-tiba hubby bagitahu aku dalam sedu-sedannya, betapa Allah itu baik dan maha mengasihani. waktu tak berduit macamtu, ada saja sumber rezki kami. memanglah bukan makanan mewah macam dekat secret resepi atau nando`s atau KFC.tapi  kami ADA makanan untuk di makan. tak perlu merangkak minta makan, kutip makanan berulat dari tong sampah dan tak ada burung hering tunggu di belakang untuk makan kita yang jadi bangkai sebab tak makan.

oh, perasaanku tertampar dan terkena smackdown sekali. sungguh banyak nikmat Allah, tapi aku tak perasankannya.

malu. sayu. insaf. semuanya berbaur menjadi satu.

sejak itu aku dan hubby tak pernah komplen tentang makanan. asalkan halal, bersih dan ada rasa cukup dah bagi kami. suka makan. tak suka diam saja. ye lah, hati kan lain-lain. selera pun macam tu kan.susah aku nak tahu masakan aku sedap atau tak sebab hubby tak pernah kata tak sedap. aku tahu, nak menjaga hati aku jatuh nombor dua tapi biarlah yang pertama itu kerana hubby ingat bahawa pemberi rezki yang memberi rezki untuknya hari itu mahu memberi makanan yang dilihatnya ketika itu didepannya.
aku kadang-kadang sedih bila dengar orang banyak sangat komplen pasal makan. meluat pun ada. kalau nak sedap sangat buat ajelah sendiri dah tahu makanan yang dia beli tu tak berapa sedap.

kena bezakan antara sedap dan servis. ya, aku tak kompromi kalau servis macam labi-labi. lambat betul nak bagi pelanggan makan. sedap atau tidak itu perkara lain.tapi kalau dah hantar makanan pun sampai 12 jam menunggu memang melampau lah kan.

sebenarnya untuk sesuap nasi yang kita makan  itu, malaikat mencarinya seluruh alam selama 24 jam. tiba hari kita nak mati nanti, malaikat akan datang bercakap dengan roh kita, `ya fulan, hari ini aku telah mencari dari timur ke barat, utara dan selatan serta setiap ceruk bumi.malangnya rezkimu dah habis setakat ini. 
korang tahu apa bakal berlaku lepas tu?lepas tu malaikat maut cabut nyawa kita. faham? dah tak ada rezeki lagi kat dunia ni. maknanya dah tak boleh hidup kat alam ni lagi.
pernah tak kamu semua renungkan cengkodok penyek yang kamu makan tu berapa ramai manusia terlibat memprosesnya?
bahannya ialah tepung, bilis, bawang, telur , air, minyak.bahan yang mesti ada untuk peralatan pula ialah sudu, besen, paip, kuali,sudip.tepung dari gandum. gandum ditanam oleh peladang. mungkin dari amerika. kemudian, dia perlukan bajak, baja dan kilang untuk proses gandum tersebut menjadi tepung. tepung tu pulak kena diurus oleh beratus-ratus orang di kilang untuk bungkus dan hantar ke tempat kita. penghantaran pula melibatkan kapal dagang. perlu peranan beratus orang lagi seperti kapten kapal, awak-awak dan pekerja pelabuhan dan syarikat yang bina kapal tu pulak. kalau tak ada macamana nak sampai tepung tu ke malaysia?
sampai ke sini, di hantar ke kedai runcit, giant, tesco, econsave dan mana-mana tempat untuk kita beli. tu baru cerita tepung. bilis?perlu nelayan pulak. yang hidup matinya diperjudi di laut. hujan, panas, ribut, petir. demi nak menyampaikan bilis tu ke kedai untuk korang buat.cengkodok.bawang/ini lagi kes besar tapi kita tak perasan. bawang yang kita beli tu kebanyakan dari india. bayangkanlah, betapa ramai buruh yang bertungkus lumus di sana semata-mata mencari sesuap rezki untuk jual bawang yang alahai berapa sen saja dapatnya.(tak pernah lagi aku dengar bawang harganya sampai RM300 sekilo)air?kalau duduk johor ni SAJ lah orangnya. kalau tak, tentu kena angkut air telaga bila nak masak. minyak sawit?indon pulak kita perlukan untuk uruskan ladang sawit.dan senarai tu berlanjutan berantai sampai kita tak mampu nak fikir. belum kira peralatan yang kita gunakan tu. berapa ramai orang yang terlibat mewujudkannya. dari buruh kecil, operator pengeluaran sampailah tauke kedai 2 hengget tempat kita beli peralatan itu.

jadi aku nak tanya korang semua, masih tergamakkah korang mengutuk sebiji cekodok yang agak terkeras sikit kerana kurang air setelah memikirkan berapa ramainya manusia yang terlibat untuk proses penghasilan sebiji cengkodok, yang dengannya ramai manusia mendapat pekerjaan dan upah, ramai juga yang penat kelelahan, semata-mata produk akhir di dapur itu hanya sebiji cekodok?tergamaknya...


semoga lepas ini aku dan kamu menjadi orang yang lebih bersyukur.amin.
(ita:heh, emo la pulak jana pepagi ni......
jijah:syhh.jangan komplen, makan je..)dan ita pun mengunyah cekodok sambal yang dicipta jijah dengan perlahan-lahan sambil tunduk kerana takut jana marah.

Ahad, 24 Oktober 2010

siapa `The Other Guys` itu?

tadi agak bosan memikirkan rutin  harian dan malas nak tanda kertas.jadi ajak hubby tengok wayang di Jusco Tebrau.
tengok filem The Other Guys. aku suka sangat mesejnya.walau tak suka adegan kemesraan suami isterinya. hm, orang putih. mana-mana filem mesti ada babak macam ni. mati agaknya kalau takde gomol-gomol.

mark wahlberg dan farrell dalam filem ini

yang penting, aku suka mesejnya.ceritanya tentang 2 orang polis yang bekerja di belakang tabir, dibuli dan sentiasa dibodohkan oleh rakan setugas dan bos. tak diberi kepercayaan untuk selesaikan kes besar hanya sebab kesilapan kecil di awal kerjaya mereka. tetapi merekalah yang menyelesaikan semua kertas kerja orang hadapan atau wira yang selalu dicanang sebagai orang yang berguna.

akhirnya mereka berjaya menjalankan siasatan sendiri yang dapat menyelesaikan kes penipuan wang 30 bilion.tapi tetap tak dinobatkan sebagai hero. masih ada orang lain yang datang dan tampil dengan muka tak tahu malu mengaku mereka hero sebenar.

aku terkesan sekali dengan kata-kata akhir dari filem ini. lebih kurangnya bermaksud
`lazim sekali orang yang bekerja keras dan melakukan kerja sepenuh hati adalah mereka yang berada di belakang tabir. kewujudan yang tidak disedari dan sebenarnya merekalah wira tak didendang`.

aku teringat tentang kerja.
tentang beberapa orang hero yang tak didendang ini. aku sangat menghormati mereka. jauh sangat apa yang boleh aku nak bandingkan dengan apa aku buat.
tanty. cerita ini untuk engkau, engkau yang begitu bertungkus lumus nak naikkan gred bm spm budak-budak ni.aku tak dapat bayangkan kesakitan jiwa engkau. keletihan engkau. kesabaran engkau. sebagai ketua panitia, sebagai guru bm,kau menyelaras, kau merancang, kau mengajar pemulihan, kau bagi sepenuh tenaga dan jiwa untuk budak-budak ni. kau sanggup tak makan waktu rehat. minum air kotak laici aje. kau tak makan nasi pun.kau potostat bahan pakai duit kau sendiri. (aku rasa dekat beratus juga ye tan) kau sangat tekun hinggakan kertas bm kelas aku pun kau tersalah ambik. (hee..kalau aku tahu aku tak telefon engkau sampailah kau habis tertanda..kan best..)
memanglah kau kecewa bila budak bertuah tu renyuk dan buang kertas nota kita kan. memang hati kau hancur. kalau mak dia aku rasa dah kata `kurang ajar punya budak, tak tahu di untung...`lepastu mesti mak dia lempang sekali dua bagi feel sikit.
tapi kau tak kata apa-apa. aku nampak kau menahan perasaan. aku dapat rasa perasaan kau.
tak apalah tan. pahala yang besar untuk kau. mungkin nanti Tuhan akan balas masa Harith.sapa tahu kan.
tapi kalau kau tanya aku, aku tak sanggup jadi macam kau. andai kata aku dinaikkan seratus ringgit pun gaji aku untuk menyandang jawatan engkau sekarang ni aku akan tolak. aku kena berani bercakap agar aku tak jadi macam kau. aku tak sebaik kau dan setabah kau. nanti aku punya hbp naik, sapa pun tak boleh tolong kan. dari menyusahkan orang, baiklah aku tak ambil apa-apa tanggungjawab. aku bantu saja.

aku sekadar memberi kata perangsang agar engkau tabah. kaulah the other guys itu.

untuk anda semua yang lain, andai anda rasa andalah orang yang bertungkus lumus buat kerja tapi bos atau jabatan atau orang lain yang dapat manfaat dari kerja keras anda, anda juga the other guys. berbanggalah kerana walaupun tidak diketahui, Yang di Atas amat mengetahui. karma ini menegaskan, baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. cuma tak tahu bila dan dimana.

salute dari aku.......

Khamis, 14 Oktober 2010

KAU TETAP KUHAJATI

14.10.2010.khamis. 5.10 petang.

`andai kita hidup bersama
hari ini dan seterusnya...`
sayu sangat aku rasa lirik lagu STING  tu..heh.memori.

entri kali ini aku dedikasikan kepada kawan-kawan baik aku (sebenarnya banyak sangat kawan baik aku, aku aje yang entah baik entah tidak baik sangat dengan kawan aku).
aku spesifikkan kepada kawan-kawan semasa aku meniti remaja, alam persekolahan yang banyak memorinya.
haritu hajar macam tak percaya yang aku kata aku simpan segala bagai suratnya yang dikirim kepada aku hampir 20 tahun lalu.

ok, nak bagi korang yakin apa aku kata, aku paparkan sedikit.

 ajar, ingat tak lagi kau kirim surat ni kat aku masa kau masih belajar kat key-el.



 shila, surat ni kau bagi aku masa nak raya tahun 94.gila -gila betul bahasa kau tapi kau dulu buat phd dari aku. tahniah la shild.


 ini pulak surat dari ita /toyon. masa ni kau masih kerja kat utm. aku kat maktab. lepas aku tunang kalau tak salah aku.



 atas dan bawah tu surat dari jijah, kipas susah mati blog aku.juga selepas aku bertunang. tahun 95.siap buat kad ucapan kreatif lagi.thanks jah..




bukti lebih jelas surat dan sampul surat dari ita.tarikh kat bawah tu tarikh aku ambil gambar bukti nih.


inilah sebahagian kecil dari surat-surat sahabat sejatiku. yang kukenal sejak remaja sampai nak jadi retua ni.

bukti kalian sentiasa di hatiku. walau aku dah 6 kali pindah rumah sejak surat ini korang bagi aku, dah dekat 20 tahun usianya. dah pernah nak hanyut dek banjir besaran kat senai tahun 1998...aku tetap simpan. macamana aku simpan memori itu, macam tulah kau orang semua ada di hatiku.

cuma kesibukan membataskan perhubungan. kita sibuk dengan urusan dunia dan keluarga. kadangkala emosi kita yang semakin matang ini terganggu dengan urusan kerja sampai tak ada mood untuk beramah mesra.kadang sebab jarak dan masa buat kita semakin alpa, bahawa satu ketika dulu kita saling menyayangi dan mengisi ruang hati yang ada saja ruang untuk diisi. kadang pertemuan kita di sekolah  masa tu  buat aku rasa terhibur dan jadi`escapism` aku dari duka kesusahan dan penderitaan keluarga.

sebab itu aku masih kuat menyatakan antara hubungan paling tulus dalam hidup ini ialah persahabatan masa kita masih hingusan. sebab kita mengasihi tanpa syarat. kita tak tahu pun shila nak jadi Dr Phd, kita tak tahu pun Hajar jadi team arkitek, kita tak tahu pun ita jadi bisneswoman, kita tak tahu pun jijah jadi staf dan pengajar kat institusi pengajian, dan aku sendiri tak tahu aku akan jadi macam ini sekarang.

segalanya masih kabur, tapi kita tetap jalinkan persahabatan itu.
(dan sahabatku Astanty yang kukenal di Starp, janganlah kau berkecil hati. kau juga sahabat yang terbaik, yang sudi mendengar keluhan rakan sekerjayamu ini yang hampir gila. terima kasih kerana memahami dan sudi meminjamkan telingamu. kau memang ada bakat jadi motivator, macam abang kau yang terkenal seantero negara itu...)

kadangkala korang semua tertanya kenapa aku menyepi. tak angkat telefon. tak tulis mesej. tak online facebook. dan macam-macam alasan klise aku.aku manusia biasa. yang memiliki simian line di tangan kiri. yang maknanya sangat mudah larut dengan perasaan. ada kalanya aku perlu masa bersendiri mencari diri, agar aku boleh kembali di sisi kalian semua. tapi aku harap korang semua yakin aku mencintai kalian semua kerana Allah, biar apapun dan biar bagaimanapun perbezaan kita sekarang. mungkin berbeza dari berbagai-bagai sudut, dari ideologi politik hingga prinsip jiwa.tapi persamaannya, kamu dan aku saling cinta.aku sayang persahabatan ini.andai kamu semua masih ragu, kenangkanlah balik , bagaimana aku menyimpan surat ini dari kalian, betapalah pula aku menyimpan korang semua dalam hati aku.

buat kawan-kawanku yang lain, aku juga sangat menyayangi kamu semua. cumanya tak ada bukti nak ditunjukkan macam surat-surat klasik antara aku dan mereka ini yang usianya hampir 20 tahun. kalau anak dara, dah bermenantu, tau tak...
jadi, selepas ini andai aku tiba-tiba hilang dan senyap sunyi, sebenarnya aku ada.ada di sudut hati korang semua. macamana adanya korang di sudut hati aku.sama macam surat-surat itu..

Rabu, 13 Oktober 2010

aku, honda dan kenangan

catatan pada 13.10.2010
 rabu,6.10 petang

ini bukan motor aku, tapi serupa la gayanya..

entri ini didorong oleh ira anak buah aku, kenangan yang terbit dari ceritanya dan imran legiman kerana mengingatkan aku seorang yang unik(pelik/kreatif /sengal) kerana mengecat motor dengan ayat-ayat power.

aku ada sebuah motorsikal. honda cup 70.ketika kami memilikinya , tahun 1988. JR 8504 plat nombornya.dibeli oleh Puan Supurah Tahir, bondaku.

masa tu aku berusia 14 tahun. tingkatan 2. abang ijam tingkatan 5. kami sekolah di smpb, kira-kira 9 km dari rumah. puncanya ada motor tu sebab kami selalu pujuk Pn. Supurah Tahir iaitu emakku yang kuat bekerja+garang+baik hati agar membelikan kami motor. aku tak larat nak mengharung 18 km ulang alik setiap hari naik beskal lagi.zaman tu tahun 1988. tanah merah lagi. bila hujan, `gembel`.jalan sikit kena turun sebab tayar beskal dah penuh tanah lembik. kena buang dengan kayu. kemudian kayuh lagi. turun lagi. hei berapa banyak kali nak turun da...tension betul. bila panas pulak, muka kami budak-budak kampung lubuk sipat nih berselaput tanah  merah berdebu. sampai ke kening, bulu mata semua jadi kuning oren.yang paling tak tahan, tudung, kasut ,stokin ,baju habis kuning.sebabnya ialah lori tanah merah akan lalu sebelah kami dengan tanpa belas, menyebabkan debu kuning berterbangan bagai salju winter sonata menyapu wajah suci kami.

masa tu aku tak peduli pada penampilan. tak de masa nak cinta-cinta. jadi kalau aku `kemproh` pun peduli la tak.tapi aku rasa mak patut belikan kami motor. sebabnya kalau mak nak pergi mana-mana kami boleh bawa mak dan hantar mak.. demikianlah kami memujuk mak dengan kata-kata manis sehinggakan pada satu hari...

mak balik dari rumah ah hong. mak kata mak dah belikan moto dari  kedai atek anak ah hong. yeyyyy...sayyang mak.motor tanpa road tax dan lesen. gasak le. tak de polis. dan buat pergi jalan kampung aje.

tapi yang agak tak menggembirakan aku motor tu dikuasai sepenuhnya oleh abang aku..sebab dia DAH BESAR.terpaksalah aku mengikut jadual dia. kalau pergi sekolah tak ada masalah. masaalah akan timbul masa balik. aku terpaksa berlari-lari tunggu abang ijam balik sebelum dia balik. dia akan balik ikut suka hati dia aje. benci betul aku. kalau dia tak nampak aku kat motor tu, dia boleh blah macam tu aje. ingat lubuk sipat dengan parit betak tu dekat?kalau aku tunggu dia, kadang 3 jam aku macam nak mati kat situ. dia ada latihan drama ke, apa ke bukan reti nak cakap dengan aku.

masalahnya motor tu parking belakang kedai wak jani. sepelaung jauhnya dari sekolah. setahun aku sekolah tu, sabar je la bebanyak.

aku tak boleh lupa satu peristiwa.dia balik cepat. tak bagitau aku. sakit betul hati aku menyumpah-nyumpah dalam hati. dengan hati sebal, aku jalan kaki dari parit betak sampai rumah tengah hari panas bedesing tu. ya tuan-tuan, jangan tak percaya..jalan kaki.! marah punya pasal. dalam hati aku cakap, `ah, aku tak mati la tak naik motor tu.`.lepastu aku set nak ngadu kat emak. sampai permatang sepam, ada kawan abang ijam yang duduk depan rumah ani kamari tu ternampak aku. dia sangat kasihan pada aku. dia cakap `jana, nak aku hantar ke?jauh sangat rumah kau`...aku dengan garangnya cakap `tak payahhh`. dalam hati teringin jugak sebab penat wooo. panas pulak tu.cuma kalau aku naik motor dia, habislah keperkasaan aku yang nak aku pamerkan pada mak nanti..
(aku lupa sapa jiran depan rumah ani tu. tapi aku ingat dia sebaya abang aku dan rambutnya keriting. hensem la jugak.kalau ani baca entri ni, bagitau aku yeh)

jadi aku teruskan berjalan

jalan dengan marah ni hilang penat tau tak. nak jadi cerita, dah tinggal beberapa langkah lagi nak sampai rumah, dengan tepatnya sampai sekolah cina depan rumah aku, abang aku dengan sengih-sengih  pun sampai. `naik la`, dia cakap. huh. mati hidup balik aku tak naik. ego. sakit hati. benci. semua bergabung menjadi kemarahan memuncak. bukan tahu nak pujuk. lagi dia tinggal aku ada lah. cis, cis , cis...

sampai rumah aku hempas beg sekolah. aku ngadu kat emak. masalahnya tak ada bukti sebab sampai saing-saing.yang paling aku marah, mak tak marah pun dia. aku bengang betul....
aku sabarrr aje dalam setahun tu. 
bila tahun 1989, aku form 3. yeeeha. aku yang bawak motor ni sepenuhnya.
aku tak kongsi lagi sebab abang aku dah habis sekolah.aku bawa motor ni ke mana-mana. masa tu minyak tak mahal. isi sebotol singgit je. tahan 2-3 hari .aku jadi transpoter mak masatu. mak cakap le nak ke mana, aku bawak.
paling mak suka ajak aku pergi rumah sedara mak kat pt. arif dan permatang palas. kadang pergi rumah kak idah kat parit seraya. kerap juga mak ajak pergi kebun kat bukit nyamuk. jauh tempat tu.. jalan dalam. aku ingat ada la dekat 30 km kut.aku masih terbayang indahnya kampung pedalaman sepanjang nak ke kebun yang mak nak teroka tu.kadang terdetik di hati `ini kampung bunian ke apa`.tapi tak tercakap kat mak. kena sembur karang. hehe
Masa aku form 3-4 aku bawa motor naik dengan imah kawan baik aku. motor tu motor lama, kondisinya banyak yang tak menyenangkan.
sampai satu tahap, kerjanya asyik tak hidup saja. aku sampai naik pro membuka plug dan ganti sendiri. aku gosok-gosok plug tu kemudian tiup-tiup sikit, hidup la pulak.

ada sekali peristiwa, motor aku rosak. masa tu aku form 5.aku jalan kaki. ada jiran aku naik moto. dia form 4. aku ada juga tumpang dia.satu hari aku nak tumpang dia.. 

tapi aku sangat malu kerana dia cakap...`maaf la kak, mak saya tak kasi tumpangkan sesiapa...``..oh, hinanya rasa bila tak berharta.rasa nak menitik air mata aku.
sebab tu aku jadi kuat sekarang. aku dah lalui rasa betapa hinanya kalau miskin. jadi aku belajar sungguh-sungguh. aku nak mak bangga dengan aku, walau mak buta huruf dan miskin, ada juga anaknya yang mampu masuk universiti.kepada orang yang kerek tu, hm...tak masuk u pun. jangan sombong sangat ye makcik. (ini dendam umur 17 tahun. jahat kan aku)

masa aku form 4, motor tu ekzoznya sungguh memalukan aku. bunyinya jadi sangat kuat kerana hujung ekzoznya dah `kerowok` kata orang Jerman. maksudnya dah berlubang. lubang yang membawa kepada tanggal seluruhnya hujung ekzoz itu. bunyi kuat sangat tak boleh kontrol. 
dulu kat kampung aku jadi idola. sebab kurus dan lawa. huh, nasib baik aku tak kawin dengan yang meminati aku sebab aku kurus dan lawa itu. kalaulah jadi, agaknya aku janda sekarang ni sebab aku dah tak kurus walaupun masih lawa. (terima kasih abang sebab cinta kat ayang walau ayang semakin lawa..=))

imah selalu cerita kat aku, kalau budak-budak muda berkumpul, (Abang imah tu kabo kat dia la, ) selalu akan kata dan tertanya-tanya..`siapa ha budak pompuan yang bawa motor bunyi kuat tu?`

nanti budak yang frust sebab aku tak layan chentanya tu kata `huh, perempuan tu? jangan kau tanya...dia itu perempuan racun,...``  hahaha. anehnya aku tak sedih pun dia kata kat aku macamtu. sebabnya aku memang tak hengen kat dia.

aku selalu termenung mengenangkan bagaimana nak reduce bunyi bising tu. macam -macam cara aku buat. semua tak berkesan. imah pun sama. rupanya aku sedar, ada satu aje cara yang berkesan. DUIT. hantar kedai cina A ti. habis cerita. tapi memang tak berkesan sampai bebila sebab aku dan imah memang tak berDUIT!

ada aku kesah. yang penting, aku boleh sekolah. itu aje.

bila tingkatan 5, aku menjaga motor dengan rajinnya .aku cat motor tu dengan cat basikal. warna hitam. lepas tu ah hong puji motor aku`wa, banyak rajin ha, kasi cantik motor`. aku senyum je. sebenarnya entah perli entah apa. sebabnya macam imran legiman cakap, motor aku penuh tulisan apa-apa entah. aku guna berus cina, aku tulis tajuk lagu. aku gunakan cat motor warna silver. cantik sangat la pada pandangan aku.
mak tak kata apa-apa. nanti aku lari dari rumah bawa motor macamana?ha...

kak ira nak tahu, rugi betul kak ira tak tengok motor tu zaman maksu pegang dia. rasanya kak ira kecik sangat tahun 1989-1991 tu. bukan kau paham erti seni pun..kan.=)

motor tu banyak berjasa. dari ilmu dunia sampai akhirat. banyaklah pahala mak sebab belikan anak-anak motor.kalau kak ira nak tahu, untuk senangkan pergerakan, embah beli satu tong besar minyak motor. kalau nak isi sendiri je. punya baik embah kan. (oh, maksu digamit sayu...tak boleh jadi, jumaat ni lepas kelas nak balik kampung, nak jumpa embah.....)selalunya tahan la seminggu lebih gitu.

bila aku kerja kilang  kat pt betak lepas habis form 6, aku naik beskal coper. tu pun puan sapurah belikan kat benut, naik bas. (aku tiba-tiba tersedar memang aku ni tak ingat mak ayah sebab dengan malasnya balik kampung...maaakkkkkk. nanti orang balik ye. 2 hari je lagi.).. satu ketika, waktu naik beskal balik dari kerja dari kilang Kwang Huei .sampai di bengkel kereta depan permatang palas, aku tak perasan kat belakang aku ada sorang gila sex maniac agaknya kejar aku. naik beskal besar. korang yang hidup remaja sezaman aku tentu tahu tentang `begog`.mamat ni tak siuman, rambut putih semua dan menakutkan buat gadis jelita macam aku,.  dia tinggal di pt wahab. yang menakutkan aku, begog kejar aku sambil bawak parang, naik basikal gerabak/besar yang konfirm lebih laju dari basikal aku. aku tak malu lagi dah, aku jerit sekuat hati...tolong...tolong... sampai serak. huh. sorang hero pun tak de. mujur depan tali air parit arif ada sekumpulan budak bujang berkumpul.aku kenal hasni, orang kampung aku.aku minta hasni iringkan sampai lubuk sipat.

begog tak jadi kejar. dia tak selera dengan jantan. selamat hidup aku masa tu. 

aku cerita dengan mak. mak risau. mak suruh aku naik moto. aku keberatan. bukan apa, moto tu dah semput, lebih laju naik beskal dari naik dia. 
tapi aku tak de pilihan . aku terpaksa jalan `darat` yang jauh 2 x ganda untuk kerja. terpaksalah naik moto yang banyak berjasa tu..walaupun aku rasa macam tak sampai-sampai.sekurang-kurangnya aku tak terserempak  dengan begog lagi.

lepas tu, aku rasa motor tu jadi eksperimen kebanyakan anak sedara aku untuk pandai naik motor. termasuklah ira.banyak lagi sebenarnya cerita tentang motor kapcai ni tapi dah maghrib dan hubby pun nak pakai lappy. jadi sekian terima kasih.

best tak kak ira cerita nih?

Isnin, 11 Oktober 2010

aku, emosi,emon dan buku

catatan pada hari isnin, 11.10.10 pukul 11.13 malam

sebenarnya aku merampas laptop ini dari hubby dengan cara yang sangat halus. tadi hubby tertidur sambil buat website. lepastu aku kata kat hubby supaya rehatkan mata sekejap. kemudian hubby pun berehat. kemudian aku menggunakan laptop ini dengan sewenang-wenangnya hinggalah hubby tersedar. tapi hubby dah terlambat. aku suruh hubby rehat kejap lagi. dan akhirnya tertidur semula.

biarlah hubby tidur. kesian. hari-hari kerja keras, tidur sampai 4 pagi. siang kerja kat tempat kerja pulak. demikianlah kasihnya hubby pada aku .rasanya. kalau boleh hubby nak berjaya sekarang juga dengan bekerja sendiri dan jadi jutawan secepat mungkin supaya aku tak perlu kerja lagi.sebab aku selalu mengadu aku dah macam tak sanggup dengan karier ini.kadang seronok, kadang aku sampai migrain.membius jiwaku. memakanku sedikit demi sedikit dengan kesakitan mendepani manusia yang tak mahu dimanusiakan. walau ada ramai yang menjadi penghibur duka, yang sedikit juga mengisi dada.sesak perasaan, sakit pemikiran,hai lah jana...kenapalah dengan engkau ni..(kejap lagi jijah akan marah kerana aku masih lagi fokus pada yang negatif walau sekeliling banyak yang positif).

sementara masih ada rasa nak menulis, aku coretkan sesuatu. lagipun kipas susah mati aku si jijah sang pencinta dah menagih entri baru. nak tunggu entri dia sama macam menunggu aku turun ke 54 kg iaitu balik 19 tahun dulu..

aku teringat peristiwa pagi tadi.masa masuk kelas 4sn 2.
tiba-tiba saja emon dengan wajah bangga mengeluarkan buku yang aku pernah baca. tajuknya Ya`juj dan Ma`juj. emon sengih-sengih sambil cakap...`cikgu, saya baca buku ni..``
aku kata, `bagus emon, beli sendiri ke pinjam library?`  emon kata ` beli lah cikgu..`



aku suka sangat.tahniahlah emon. semakin sayang cikgu pada kamu. mungkin kecil di mata orang .tapi besar di mata aku.kenapa?
sebab emon boleh saja pilih cikgu mana-mana dia suka untuk tunjuk buku apa yang dibacanya. tapi aku terharu emon pilih aku. sedikit sebanyak aku terfikir, mungkin ideologi yang aku paksakan kepada budak-budak ini sedikit sebanyak menyerap dalam batu jemala emon.ya, aku memang memaksa. aku terpaksa memaksa.kalau mereka nak menjadi terbaik, mereka kena banyak korbankan masa dengan membaca.bukan sekadar buku teks, tapi buku-buku ilmiah yang lain. dan aku sangat suka bila emon pilih satu buku yang perlukan minat dan mental yang kuat untuk bacanya sampai habis.jarang pelajar yang berusia 16 gemar dengan buku ilmiah seperti ini.tahniah kerana menempatkan diri dalam kumpulan `jarang` itu.
ada juga beberapa orang yang rajin membaca. fatin dahlan,zuraika, aimi, mira dan beberapa lagi.

tanpa baca, mustahil mereka boleh menulis dengan baik.sebagai guru, aku dan semua guru bahasa yang lain dapat menelah sejauh mana pembacaan seseorang pelajar melalui huraian karangan saja. meneliti gaya bahasa, sudah nampak kematangan atau ketandusan isi.sudah tahu idea yang diberi itu berdasarkan pengetahuan atau rekaan semata-mata.
dalam bahasa, aspek keintelektualan menghurai dalam karangan adalah satu-satunya perkara yang guru tak boleh tolong.KAMU YANG KENA TOLONG DIRI KAMU SENDIRI!
banyak membaca akan buat kamu cerdik,tulisan kamu nampak pandai dan memandaikan orang lain.

entri kali ini aku limpahkan puji-pujian untuk anak-anak buah aku yang rajin membaca. ya, aku bangga kerana anak buah aku rajin membaca. aku suka aimi juga. karangannya membuat aku rasa dihargai. dengan kebagusan bahasa, kemantapan fakta dan keindahan tatabahasa. acapkali aku sarankan kepada rakan dalam kelasnya agar contohi karangan aimi, tak tahulah mereka ikut atau tidak.

sudah aku katakan, dengan membaca, kita tak bodoh. justeru tidak membodohkan orang lain dan paling penting tidak dibodohkan sesiapa.

hati hati juga, jangan salah pilih bacaan.baca yang baik-baik saja.supaya otak tak rosak.
---------------------------------------------------
nota untuk emon.
---------------------------------------------------
sehingga kini cikgu masih terbayang manisnya senyuman kamu dan gerakan kamu mengeluarkan buku itu dari beg.tunjukkannya kepada cikgu, cikgu rasa sangat tersentuh. aduhai, cikgu menganggap bebelan cikgu selama ini diberi perhatian. terima kasih Allah, kerana bukakan pintu hati anak-anakku untuk membaca. semoga mereka jadi manusia pandai dan memandaikan orang lain..

ayuhlah anak-anak, terutama 4SN2, 4Teknik 3 dan 5P2.saya mencabar kamu semua untuk jadi manusia yang rajin membaca, kalahkan emon dengan segera.catatkan apa kamu baca dalam diari kamu, kalau kamu rasa dah banyak sangat dan layak dapat hadiah, datang jumpa saya. saya akan lihat senarai bacaan itu, saya pilih rawak untuk kamu huraikan sinopsisnya. kalau saya puas hati, cikgu akan beri penghargaan
.nak ke tak nak?

Rabu, 6 Oktober 2010

muhasabah hari ini,kenapalah ye...

catatan dibuat pada 10.00 malam, rabu, 6/10/10

aku menulis catatan ini untuk menambah keinsafan dalam diri.



pagi- 6.45-
 keluar rumah dengan iringan pandangan sayang dari hubby. hm..seronoknya bila aku keluar kerja lebih awal dari hubby, dah terbalik. patut isteri hantar suami di muka pintu, ni suami pulak yang hantar aku sampai pintu pagar. lepastu hubby akan pandang aku sampai aku hilang dari pandangannya. kalau aku rasa keadaan tak bahaya, aku akan menoleh pada hubby bila dah keluar simpang, tapi lazimnya aku tak pandang belakang dah. bahaya, kereta banyak. aku bukan expert sangat...aku suka pagi aku, aku gembira mendapat kasih sayang yang melimpah ruah dari Mu ya Allah, yang melebar pula kasih itu kepada suamiku. walau tak terungkap dengan kata-kata, hatiku merasainya.
hai...
 "fabiayyi ala i rabbikuma tukadziban" (Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?). Kalimat ini diulang berkali-kali dalam surah Ar Rahman.  


pada paginya aku bersyukur, tengahari nanti bagaimana?


7.30 pagi-


masuk kelas aku sendiri. tak sempat nak bincang pembetulan, aku sibuk menerangkan tentang draf sijil berhenti pada budak-budak ni. macam biasa, sentiasa menguji kesabaran. ada telinga tak mahu dengar, ada mata tak mahu tengok... Ya tuhan, sabarkanlah aku dalam menghadapi kerenah anak-anak ini...


8.15 pagi


makan nasi lauk ikan goreng dan soya bean. lepas ni nak ke kelas pemulihan pulak. rasa hati nak mengelat aje, tapi kesian pulak pada cikgu Fadli handle sorang-sorang. akhirnya masuk juga la. tapi harini kelas aman saja. lebih-lebih pun kucing  buat lawak tak kelakar dia. haru biru juga makmal bahasa tu.tapi aku malas nak tegur. fadli ada
aku pakat dengan fadli nak tamatkan pada 9.50 pagi.letih. 


rasa heaven juga. kelas 4Sn 2 dan 4 Tknk 3 dicutikan. kelas tak cukup untuk PMR. dapatlah berehat sekejap.


10.45 pagi


memang Tuhan betul-betul nak uji kesabaran aku. ada kelas seni. 3 kelas ini bergabung di makmal blok A. Fcui dah tunggu aku di koridor. sempat dia mengadu..`cikgu, kelas sangat bising, ramai orang cakap-cakap tak henti-henti...`  
eh, ada cikgu tak tadi?`..`ada, tapi mereka sangat biadap, kurang ajar. kesian cikgu tu pun tak tahu nak buat macamana lagi..`


aku dah suspen. aku dapat bayangkan kalau mereka semua bergabung. memang haru biru.
bila aku sampai, memang betul yang aku jangka. ada kelas yang macam dalam disko, semua langsir ditarik untuk jadi gelap. aku masuk kelas aku, p4 gabung dengan p5.tapi aku tak tahu dah nak bezakan mana satu budaknya, berserabut.
bila keadaan dah tenang, aku bagi kertas, contoh lukisan dan minta semua buat tugasan. yang baik, terus saja buat kerja walau mulut becok. asal buat kerja, aku tak kisahlah. nasib baik makmal ni jauh dari kelas periksa. kalau tak, pitam aku.


yang dah terlena, tak upaya aku nak gerakkan. dah bulan 10, sepuluh bulan aku nak kejutkan setiap kali aku masuk, kerja tak buat juga...akhirnya, aku diamkan lagi...sabar jana, sabar...aku masih berharap.


ada yang bercengkerama pulak tu. duduk belakang sekali, macam siput aku tengok bergesel-gesel. sakit mata aku. 5 kali aku tegur, elok-elok aku panggil tak maunya mengikut.akhirnya dengan suara aku yang ala-ala petir aku menjerit ala-ala memaki, baru nak bergerak untuk  berpisah. itu pun dengan muka muncung-muncung sambil merungut. tak buat juga kerja..ya Tuhan, harapnya kesakitan jiwa ini dapat jadi penebus dosaku.


ada sorang budak, aku rasa 5 kali aku pujuk buat kerja..menjawab pulak tu. tak mahu buat. aku perhatikan saja. akhirnya buat sesuatu yang betul-betul menguji kesabaran aku, dia main telefon bimbit!
bayangkanlah, aku bukan tunggul. aku ada perasaan, aku sangat menghormati orang hatta anak murid yang lebih muda tentunya dari aku. tapi kenapa tak boleh menghormati aku?
aku datang ke tempatnya, aku nak ambil telefonnya. dia berkeras tak mahu bagi, boleh diajaknya aku ini bergaduh..aku dah naik hantu...aku menggigil menahan marah, tangan dah nak melempang aje..tapi tertahan di pertengahan jalan.
akhirnya aku berkata kepadanya..
`kalau saya tampar kamu, belum tentu kamu dapat apa apa. kamu memang tak nak berubah. 10 bulan saya berlembut, kamu tak pernah cuba ambil peluang itu.
kamu marah kalau saya bandingkan dengan abang kamu. tapi , abang kamu tak pernah buat cikgu macamni. dia hormat dengan cikgu...jauh., memang sangat jauh dari kamu.`
biarlah hatinya terluka dengan perbandingan itu. aku lebih terluka kerana dia tak pernah mahu mengambil peluang yang aku beri.
aku tak jadi lempang dia. aku tak jadi bawa hal ini ke atas. dia berjanji nak buat kerja aku. masa berbaki 10 minit sedangkan kawan-kawan dia yang baik-baik itu dah mula hampir sejam tadi. 


sebelum aku pergi dari tempatnya, aku bertanya.`.apa salah saya pada awak`?..dia diam..kemudian menggeleng.dia minta satu peluang. aku beri peluang terakhir. aku katakan padanya,` selepas ini, kalau kamu tak mahu belajar , jangan tunjuk muka di kelas saya...kalau mahu duduk kelas, kamu kena buat kerja yang saya suruh`.


entah. aku tak tahu apa yang ada dihatinya.
yang penting , aku melihat pelajar yang lain trauma dengan kegilaan aku. seumur mereka tak pernah pernah tengok aku mengamuk, marah sampai menggigil dan nak menampar orang.


mujur aku tak lakukan.aku tak mahu apa-apa terjadi padanya. pada aku juga.aku sangat berhati-hati untuk gunakan tangan aku kerana aku memiliki simian line /garis tengah yang lurus di tapak tangan aku.


carilah sendiri apa maknanya simian line.makna tafsiran orang dulu-dulu,bahaya tu. dengan campurtangan syaitan, tak mustahil kelebihan ini menjadi kemudaratan. ye lah, tengah marah.. mesti syaitan suka. mesti aku kena rasuk dan tak ingat. mujur Tuhan menyabarkan aku.


dan apabila malam yang hening begini, aku sangat bersyukur aku tak pukul dan tidak melaporkan apa-apa.bila hatiku tenang, aku boleh berfikir, kemarahan dan kekasaran pasti tak mampu menyelesaikan masalah.
aku maafkan kesalahan anak murid aku tu. agar ia menjadi terapi kepada jiwa aku.agar dia mendapat hidayah. agar dia sedar, peluang sentiasa ada kalau dia nak berubah.


aku tak mahu hidup aku berakhir dengan tragis dan kebencian.sama ada aku bertahan, atau aku bertukar kerjaya.


entahlah.
memang aku rasa mungkin aku patut tukar kerjaya satu masa nanti kerana aku tak sanggup menghadapi hari-hari seperti hari ini pukul 10.45 pagi.sungguh, sekalipun lagi aku tak sanggup.rasanya cukuplah aku depresi selama 13 tahun ini.aku tak mahu menambah bilangan guru yang dapat rawatan psikitari.
dan alasan kedua aku sudah tak tahan bila doktor naikkan dos aku dari 5 mg ke 10 mg semalam..!
di sebalik kesakitan jiwa ini, sebenarnya aku pasti  mendapat nikmat yang banyak.cuma aku yang belum jumpa apakah dia. oh Tuhan, Ampunilah aku. aku memang banyak mendustai nikmatMu..
`.



Ahad, 26 September 2010

SIAPA YANG CIKGU PALING SAYANG?

"cikgu, Kai Lin kata cikgu tak sayang dia, cikgu hanya sayang saya"..aku terkedu."eh, kenapa pulak fcui, saya tak pernah pun bezakan kamu semua. apa yang saya dah buat sampai dia kata begitu?"
"dia kata semalam cikgu pukul dia, tak cakap dengan dia.."

Astaghfirullah.

aku sungguh tak sangka.aku tak pernah terniat nak pukul Kai Lin.Mungkin aku tepuk bahunya sedikit sebab aku suruh dia betulkan kerja seninya.
tapi yang aku paling tak sangka persepsi itu datang dari Kai Lin. Yang tak pernah atau jarang sekali berkomunikasi dengan aku kerana dia tak fasih berbahasa melayu. kalau dia bercakap pun aku tak faham apa sebab pertuturannya tak jelas.tapi, Kai Lin ini aku kategorikan pelajar yang baik kerana tidak pernah menimbulkan masalah atau banyak kerenah. sama seperti kawan-kawannya Pei Hua, Fcui dan ....argh...lupa la pulak siapa nama budak lelaki sorang ni.ini yang malas ni kalau terlupa. perah otak macam nak gila tak ingat juga siapa namanya.


tak apa lah. sememtara tak ingat ni aku beri nama X dulu.
kalau tidak, habis satu post tak siap nanti..

upsssssss..

.aku dah teringat.nama budak ni Ming Woon.

mereka mungkin tak pandai dalam akademik, tapi ada keistimewaan sendiri.

kai lin-pemalu.tak pernah buat cikgu marah.
fcui-baik, selalu menghargai guru dengan beri kad ucapan atau hadiah.
Pei Hua-tulisan sebesar-besar alam. tapi sangat ringan tulang walau kadang banyak sangat cakapnya.
MingWoon-misteri.dengan dunianya sendiri. suka cakap dan ketawa sorang-sorang. mula-mula dulu aku seram juga.tapi lama-lama dah biasa. kalau melukis, dia akan gunakan pembaris untuk besarkan lukisan ikut skala. walau nampak tak begitu sempurna, tapi aku rasa dia macam jurutera atau grafik designer pula.

aku terkejut bila mereka yang aku takrifkan `istimewa` ini ada tafsiran tentang aku.dan juga cikgu-cikgu lain barangkali.

tapi, aku sedar, inilah hakikat kerjaya ini. kita menyentuh nurani mereka. kadang tanpa sedar. maafkan saya Kai Lin, kalau kamu terluka...saya tak pernah bencikan awak..

kadang ada pelajar tertanya, siapa murid paling cikgu sayang.
jawapan aku, rasanya mereka semua patut banyak membaca untuk tahu apa yang mereka mahu tahu.

untuk menambah kecerdikan, cerita di bawah ini bakal memberi jawapan kepada persoalan kamu semua...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

suatu hari seorang guru sufi diajukan persoalan tentang siapakah murid yang paling disayanginya. kebetulannya guru ini terlihat cenderung memberi lebih perhatian kepada seorang pelajar muda. namanya Ahmad. sebab ada dua Ahmad, seorang digelar Ahmad besar kerana badannya dan umurnya yang tua. Ahmad yang disayangi ini dinamakan Ahmad kecil kerana muda,bertubuh sangat kecil dan baru belajarnya.
Para pelajar agak hairan mengapa bukan ahmad besar yang lebih disayangi sedangkan beliau kuat beribadah dan lebih lama pula belajar berbanding ahmad kecil.
untuk merungkai persoalan itu, guru itu membuat satu perjumpaan dan meminta semua orang berkumpul.

sesudah itu, guru tersebut meminta ahmad besar memikul seekor unta yang besar untuk dinaikkan ke atas loteng. Ahmad besar terus berkata,"mana mungkin hai guru.unta ini sangat besar sedangkan loteng itu terlalu tinggi. tentu cedera tulang belakang saya kalau saya berbuat apa yang tuan suruh. adakah tuan berfikiran waras?"

guru tua itu hanya tersenyum.kemudian dipanggilnya Ahmad kecil. disuruhnya ahmad kecil mengangkat unta itu ke atas loteng. tanpa berkata apa-apa, ahmad kecil terus mengangkat unta tersebut dengan sekuat tenaganya.dicubanya berkali-kali tapi unta itu sedikitpun tidak berganjak. perlakuannya sungguh lucu hingga menjadi bahan ketawa murid-murid yang lain.

selepas itu guru itu berkata."saksikanlah kalian semua. inilah bukti mengapa aku amat menyayangi ahmad kecil ini. ketika aku meminta ahmad besar berbuat sesuatu, dia mempersoalkan arahanku dan berdalih untuk mengelakkan tugas itu.tetapi ketika aku meminta ahmad kecil berbuat sesuatu walau kelihatan tidak masuk akal, dia tidak pernah berkeluh kesah apa lagi berkurang ajar kepadaku. ketaatannya itulah yang membuat hatiku sayang kepadanya.
sudahkah kamu semua mengerti?"

mereka semua mengangguk dan meminta maaf kepada guru tersebut. mulai hari itu mereka semua berusaha mencontohi ahmad kecil untuk mengambil hati guru tersebut dan dapat ilmu yang bermanfaat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
saudara saudari ,tuan-tuan dan anak anak semua,
fahamkah anda dengan kisah sufi ini?
semoga jangan lagi kamu bertanya siapa antara kamu paling cikgu sayang. lihatlah apa yang kamu perbuat kepada guru untuk mengukur sejauh mana kamu berhak menerima kasih sayang guru-guru kamu.....
selamat menggunakan akal untuk berfikir..

Jumaat, 24 September 2010

HARI YANG GEMBIRA

CATATAN DIBUAT PUKUL 4.55 PETANG, 24 HB 09.2010.JUMAAT.

aku tak tahu kenapa raya tahun ini aku begitu malas nak meraikannya dengan bersungguh-sungguh. aku rasa aku mengalami depresi atau kemurungan peringkat pertama. gejalanya tak mahu jumpa orang, tak gemar dengan perkumpulan, malas nak beraya dan malas membuka rumah untuk rumah terbuka.oh, kenapa dengan aku?

entahlah, apa sangat yang aku fikirkan. dalam perjalanan mencari diri ada banyak yang tercicir. nak dikutip kembali, apa gunanya. nak dikejar takut tak sampai.

yang pasti hari ini aku cuba gembirakan anak-anak murid aku sebab mereka cuba untuk bergembira.hari ini jamuan hari raya dan akhir tahun, buat di kelas masing-masing. aku malas nak sibuk-sibuk sebab dengan bangganya aku mengisytiharkan anak-anak buah aku bab jamuan ni memang boleh diharap sangat.

selaku mak pengantin aku goyang kaki je.aku harap, mereka dapat mengenang kembali detik indah ini setelah mereka tinggalkan alam persekolahan. kenakalan zaman remaja mereka kadang buat aku terkenang kembali usia 17 tahun aku di zaman 90-an dulu.

 fatin,ecah kecik,aku, fizah dan pika.yg kat tangan aku tu apa ke nama entah, fatin yg buat.
oh, baru aku ingat.coctail namanya.sedap...

 antara kuih raya yang ada.mmm, ntah sapa yang bawa.makan aje la.

 haziq baca doa makan. boleh le...

 kucai dan zul

 mira dan awok.awok ni ketua kelas, tapi ketua yg lain -lain pun dia
juga.nakal betul...

 kek ni nana yg beli.kat tesco kut.


 sayangnya mr. Manimaran vegi harini. makan kuih je la ye..hehe



 palany pun puasa vegi juga. em, makan tembikai je la palany...


 fatin:tak baik makan tangan kiri tau faiz
faiz:ala, aku kan pakai sudu...
pudin:huh, makan bakteria la engkau ni.nugget tu aku yang goreng tau.


 ckgu:panie, jangan jwab BM macam tasawur, format lain, faham tak...
panie:faham, tapi saya ni pelupalah..
cikgu:jgn makan semut banyak sangat....


 bebudak ni rajin betul beli kek.nana yg beli.
yg buat tangan macam huruf v tu lah nana


 aku dan mr.Tamil.terima kasih sudi datang...


 aku dan kak Gangga. indahnya senyuman yang ikhlas dari lubuk hati..

 mira dengan muka berkrim...hm, membazir je budak-budak ni
tapi aku biarkan saja kerana malas nak marah-marah pada hari
yg gembira buat mereka ni.tahun depan dah bawa haluan sendiri..


gurau melampau bebudak ni.jgn gembira sangat,nanti duka..
 esah dan pudin. antara orang kuat majlis. tahniah, dah tunjuk 
potensi untuk kelolakan majlis. nasi tomato esah memang power.
(er....mak esah kut yg buat..hehe)

mi goreng mamak.bapak esah kamarol yg buat. 
sedap bangat, esok nak minta resipi dari esah.

fakhrudin, tzer ying dan rahmat..hepi nampak...

sebahagian kecil anak-anak aku yg nakal. macam-macam perangai
 kuih raya yg tak berusik selama 15 hari raya,
bawa ke sekolah selesai dalam 10 minit. ajaib kan...
manjanya aku ke manjanya bebudak ni...

pertandingan the biggest winner.shadah, esah, ain dan aku..
eh, ain pun masuk ke?
indahnya persahabatan kan...

sebenarnya banyak lagi gambar, tapi malas nak upload. haha. beratus tu..kalau kamu semua nak gambar, nanti cikgu beri aje dari thumbdrive, cuci sendiri la.

aku seronok dengan anak-anak ni. baik pekerti walau agak nakal, tapi aku tahu perasaan sayang dan senyuman yang diberi adalah ikhlas. jadi, aku yang terhutang budi kepada mereka kerana memberi sedikit cebisan kasih untuk aku nikmati.

terima kasih anak-anak semua. semoga di penghujung perjalanan nanti kalian semua beroleh cahaya yang indah dan keselamatan hidup dunia akhirat.pesanan cikgu, tak kira bagaimana kamu bermula, yang penting ialah bagaimana kamu akan berakhir. tak kisahlah kamu nak menjadi apa. tapi pastikan apa yang kamu nak jadi itu beri manfaat untuk kamu dan mahkluk Allah di dunia ini.

semoga amalan baik kamu semua menjadi jariah berpanjangan untuk cikgu di barzakh nanti.
salam sayang, salam aidilfitri, maaf zahir batin.
selamat menempuh SPM dengan usaha sehabis baik.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com