Sabtu, 12 Februari 2011

LARIAN MAHKOTA/STAR PUTRA2011-lebarkan aura kebahagiaan

hari ini seluruh sekolah di negeri Johor melaksanakan larian mahkota. sekolah aku pun dah sibuk-sibuk turut sama. rugi pelajar yang tak masuk larian ni kerana dapat markah penglibatan peringkat negeri sungguhpun dia menamatkan larian itu dengan berjalan lambat-lambat atau merangkak sekali pun!
saja enterframe dalam blog sendiri. dah lama tak menunjuk-nunjuk. aku dan kak marhaini.

teman seperjuangan.yg kecik tu anak kak wa,Zel,kak Sakdi, Kak Wa, aku dan Zuraini.

geram kadang-kadang mengenang perangai sebahagian budak-budak ni. waktu sukan atau koko tak mahu terlibat. bila nak masuk IPT besok baru sibuk tersengih-sengih nak minta pengesahan koko sedang masa sekolah tak pernah peduli pun.baru dia tahu susahnya zaman sekarang.persaingan ke IPT memang sengit.susah kalau tak ada sokongan penglibatan koko. kalau mereka jumpa aku senang saja, aku akan kata  `padan muka kamu`...memang nampak kejam, tapi itulah hakikatnya.kadang orang yang pentingkan diri sendiri patut dilayan macamtu supaya mereka sedar hakikat hidup ini saling berkaitan.ada sebab adalah akibat.pengajaran untuk mereka, jangan pentingkan diri sendiri.

apa yang menyeronokkan pada hari ini ialah dapat kurasakan aura kegembiraan dengan banyaknya tersebar dalam kalangan kami, warga Starp .aku rasa banyak faktor saling berkaitan tapi pada aku yang paling menonjol ialah dasar pentadbir yang kali ini begitu `sporting` dan terbuka. tiada sekatan untuk anak-anak berekspresi menunjukkan kegembiraan di padang. para guru juga begitu sporting untuk diajak memeriahkan majlis.
 En.Nasir:PK KOKO.  kelakar orangnya.jadi kami pun tak lah tension...

aku harap hubungan begini berkekalan. apabila guru tidak tertekan, pelajar juga jadi seronok. keseronokan dalam belajar pada aku lebih berkesan daripada ketakutan.tapi tengok keadaan juga, ada pelajar yang perlu kata manis dan pujian sebagai ransangan tapi ada juga perlu rotan dan ditangan-tangankan untuk pengajaran...
apapun, kita layan gambar lah dulu..
 cayalah .....Puan. Pengetua yang sporting menggerakkan seluruh guru untuk bersamanya memberi semangat kepada pelajar warm up sebelum berlari...(pengetua yang bertudung merah jambu)

sebahagian pelajar sedang warm up

wajah ceria anak-anak memberi semangat kepada guru yg berlimbo rock..


cikgu Azrul dengan gayanya..


sebenarnya banyak lagi nak tunjukkan gambar, tapi aku tak boleh sabar nak menunggu upload malam ni ntah kenapa lambat sangat. satu gambar dekat 5 minit, nak pengsan aku menunggu. aku tamatkan entri di sini sajalah ye. kalau nak tengok gambar lain, pergi FB aku, cari yang tajuknya Februari 12,2011

Jijah:best agaknya jadi cikgu kan Ta.
Ita:ha ah lah. kenapa dulu tak jadi cikgu.
Hajar:kalau semua jadi cikgu sapa nak jadi arkitek?
Hanafi:ha ah. sapa nak jadi teknisyen kilang.
suzen:ha ah. sapa nak masak nasi untuk keluarga bahagia.
aku:suma orang ada takdirnya. ita,ko ingat tak sapa yang racun aku mohon jadi cikgu dulu?kau kan...siap ambil borang kat jb lagi. last-last engkau ke lain, aku ke lain...
inot: ala kak janot tu, saja nak menunjuk la tu gambo dia....

Selasa, 8 Februari 2011

dholan-dholan nggolek pangan (jalan-jalan cari makan)

hari sabtu lepas hubby ajak aku jalan-jalan. aku tak berapa gemar jalan-jalan. penat. tapi kalau`shopping`, suka.Oleh kerana Allah kata kalau taat suami nanti dapat masuk syurga, aku gagahkan juga hati untuk ikut hubby jalan-jalan.ada hajat nak masuk syurga.


`nak pergi mana Mel?`
`em...Mandela....nak makan udang galah macam ita.`
lalu hubby pun menggoogle cari Mandela tu di mana. aku nak telefon Ita, masalahnya nombor ita sudah hilang. mesti Ita kata duit juta-juta buat apa, beli telefon baru je. heh...

jadi 11.30 pagi yang bertuah itu aku dan hubby pun menggagau mencari yang namanya Mandela itu. 2 jam kau, baru sampai. patutlah anak ita kata makan dalam kebun, rupanya jauh sangat.Orang bunian agaknya yang buat kedai ni..

memang bukan rezeki aku.

sebelah papan tanda mandela tu, ada papan tanda tulis waktu operasi 4.00 hingga 10.00 malam..
Ya Allah, laparnya. masa tu dah pukul 1.30 petang rasanya,aku pulak mula la rasa nak meradang aje. lain kali letak la sign board kat luar hutan banat tu, tulis waktu operasi. Kan dah menyusahkan orang. Segala lawak hubby aku tak layan. Geraaammm. datang jauh-jauh lapar je yang dapat.

lepas tu hubby slow talk dengan aku. dia kata jangan la marah, tadi sapa yang ajak datang Nelson Mandela nih. aku geram lagi. tambah lapar pulak. lepas tu aku pun cuba menyejukkan diri .entah apa-apa, meradang tak tentu hala. nasib dapat suami cool.

Hubby ajak makan kat kukup. sepanjang hayat aku, ni lah sekali aku ke Kukup. Lah, ramainya orang. Dah tu  tak de parking. lepastu aku tengok macam tak ada kedai makan yang meyakinkan dekat jeti tu...aduh, lapar sangat ni. dah pukul 2.00 petang belum makan nasi.


akhirnya aku ajak hubby makan kat Pontian aje lah.Kemudian kami tergelak...datang jauh-jauh, masuk hutan banat, sampai penghujung benua asia tapi tak tahu lagi Allah takdirkan rezeki aku di mana,dan siapa makcik pemilik warung yang dapat rezeki duit kami hari ni.

Allah hu Rabbi...perancangan allah hanya Dia yang tahu. takdirnya aku makan kat warong tepi pantai Pontian saja. mengembalikan nostalgia masa aku bercinta dulu. selalu pergi tepi laut.makan mi goreng 2 pinggan dengan air sirap. tak sampai 7 ringgit pun.ekonominya..paling kelakar masa tu aku masih kerja kilang. hubby belajar di kajisawat jentera marin kat IKM. lepas naik bas benut, naik bas pontian sama-sama. lepas tu makan mi goreng. lepas tu balik benut semula. lepas tu naik bas pontian semula. haha. macam orang gila.pakcik driver dan konduktor bas tu kata kami ni gila agaknya.

cinta memang gila.

inilah gerai makan yang Allah dah tetapkan rezeki aku dan makcik kedai.jejaka bertopi nike tu abang hensem aku.yang gila-gila bercinta naik bas ulang alik 4 kali dari benut ke pontian dulu.


nasi dan lauk kepala ikan asam pedas. masa nasi masih ada tak sempat ambil gambar. lapar sangat.


kemudian makan cendol mamak pulak.kat situ-situ aje.



ditambah dengan otak-otak dan sata ikan.ini makan ke mentekedarah.



ada tahu bakar lagi. hanafi akan kata ini mbadol namanya...
sampai sini dah surrender. tak larat. otak-otak tu pun tadi ambik feel saja. makan satu dan sata pun satu, kongsi dengan hubby.



inilah rupa sata yang kami makan. boleh  tahan juga.


pemandangan tepi laut pontian.dulu tak berturap, sekarang sepanjang pantai tu sedang diturap mozek.




pemandangan sekitar warung tepi pantai. pokok besar itu, masih di situ sama macam dulu-dulu.



setelah menempuh perjalanan yang panjang, berehatlah badan dan jiwa. aku solat di masjid Pontian.



ada nostalgia di masjid ini. tahun 1994/95 aku balik kampung dari Tanjong Malim, Perak.naik bas sampai pontian,pukul 4 pagi lebih kurang.masa tu belajar di IPSI. aku rasa aku ni cukup berdikari. nak telefon mak ayah aku pun, kampung tak ada telefon. dah sampai tu, aku terus sahur dekat kedai mamak. maklum, bulan puasa. lepas tu aku tak tau nak tuju mana. aku nekad saja nak tumpang tidur kat mesjid. aku tak terfikir apa dah. penat dan mengantuk buat aku dah tak takut. aku susur sepanjang pantai dari bas stand. masa tu kalau ada Nyi Roro Kidul menjelma pun tak tahu dah nak lari mana.Ah, puasa-puasa mana ada hantu. aku terus saja ke masjid. alahai, berkunci pulak le... terpaksa tunggu orang nak solat subuh baru boleh masuk. aku tumpang lelapkan mata dekat koridor.



bila pintu buka dah dekat pukul 6 pagi, aku terus tuju tempat solat wanita.sempatlah aku lelapkan mata masa nak pagi tu. kemudian ada sorang pakcik datang dan tanya aku macam-macam. dia takut aku nak rompak benda dalam masjid ke apa. muka aku ni nampak mencurigakan ke? bila dia puas hati ,pakcik tu blah dari situ dan aku pun dah tak selera nak tidur. aku pun bersiap nak balik rumah. azabnya pengalaman...

antara salah satu tiang inilah dulu aku bersandar melepas lelah. rupanya hingga kini tetap tak berubah.


pemandangan atas masjid



jendela masjid dalam teknik bingkai.best kan. macam profesional aje yang ambil gambar ni.heh..


.
pintu depan masjid





tak salah aku yang nampak bangunan lebih sikit tu lah beranda aku tumpang tidur sampai pagi masa tahun aku balik sorang-sorang tu.
.
seorang lelaki misteri sedang tunggu isterinya yang comel dan manja.



dan perjalanan pulang merakam lagi beberapa peristiwa.kami lalu jalan Pekan Nenas, tertanya-tanya mana rumah Ita.ntah, aku pun tak tahu.cadangnya nak singgah Jusco, makan malam dekat Secret Receipe.

pintu gerbang ke JB


emmm...pergi western pulak dah...


kek yang best sangat.
Di Secret yang aku rasa paling tak boleh lawan ialah kek nya. tak manis sangat,rasa cukup...cuma tax aje yang tak boleh tahan.



ini kek hubby saya

yang kuning ni kek saya

ayam yang dalamnya pelik ni hubby punya juga


yogurt dan ice lemon tea


abang hensem ini tak berdaya nak menghabiskan ordernya. tu dah kena paksa dah tu.senget-senget sambil sengeh-sengeh nak posisikan makanan supaya bergerak dengan tertib masuk ke perut.



akhirnya kerana tak mahu bersahabat dengan syaitoonnnn yang suka membazir, aku suruh adik cun yang jaga order tapau segala benda makanan yang tak habis. akuuuu jugak yang makan  malam-malam bila lapar...



Sekian lah entri aku tentang menikmati hidup dengan jalan-jalan tanpa arah tujuan. terima kasih atas segala nikmatMu Ya Allah...

Jijah:jana dah buat 5-6 baris satu perenggan. bagus. alert.
Rita:tu lah, lain kali tanya dulu kalau nak jalan jauh. kan dah tak dapat makan kat Mandela (ita sambil cekak pinggang dan tangan sebelah kanan macam nak tunjal kepala orang)
Hanafi:Mandela tu aku rasa Nelson Mandela yg asaskan
Hajar:Hie, semua tak betul. sebenarnya aku punya sedara yang bukak mandela tu..

Ahad, 6 Februari 2011

JIRAN DARI SYURGA

entri sempena CNY, kepanasan Interlok dan caca merba pilihan raya Tenang.

aku terharu kerana Allah kurniakan aku jiran-jiran yang sangat baik.tadi dapat buah limau dan kacang goreng dari kakak berbangsa cina  depan rumah tu.(sori, tak ingat namanya...bertuah kan aku ni sebagai jiran).dia hantar buah tu melalui anak lelakinya yang comel. tak salah aku namanya Jia ho. aku tanya nama tapi sengih-sengih sebab tak faham agaknya. emak, abang dan kakaknya di depan rumah (pintu pagar)menghantar dengan senyuman, (masa tu lah mereka cakap nama budak ni). cukuplah manisnya senyuman dan keikhlasan memberi itu buat menyubur persaudaraan sesama jiran.

 limau dan kacang ,lahir dari persaudaraan sesama jiran. kakak depan rumah dan Kee ,jiran sebelah rumah aku yang baik hati bagi kami hari ini.Alhamdulillah, terima kasih.

kakak ni ibu yang sangat baik kukira. sudah 6 tahun kami berjiran, aku perhatikan dia bukanlah kaki bertandang suka bergosip. rutinnya sebagai suri rumah selalunya siapkan urusan rumah tangga, hantar  dan sambut anak-anaknya sekolah hingga pintu van di tutup, tekun meneman anaknya belajar dan ulangkaji setiap hari di ruang tamu itu.sedar tak sedar anak daranya dah sekolah menengah dan rutin hariannya tak pernah berubah. tak pernah rasanya dia sesaja keluar bershopping walau ioi mall tu dekat tak sampai 5 minit dari rumah kami.selalunya suaminya yang beli barang-barang dapur.suaminya juga tak banyak cakap tapi tak lokek dengan senyuman.
rumah berbumbung dan kayu coklat itulah rumah jiranku yang baik ini.tokong kecil di sebelah kanan pagar adalah milik kee, jiranku yang baik juga.



kee jiran aku berkongsi dinding sebelah kanan rumah.
dia pun jiran yang peramah, happy go lucky dan baik juga. tak pernah terlupa nak bagi ole-ole hari raya bila tiba tahun baru. tadi pun dia bagi juga (ingat lupa, dah lama dah raya.selalu raya pertama dah bagi. hehe )
kee juga tak pernah lupa ucap selamat hari raya lewat sms bila kita beraidilfitri. hanya aku dan hubby kerap terlupa ucap happy CNY padanya. kami pernah sama-sama kongsi cat untuk cat pagar rumah. percuma aje dia bagi aku. rumput karpet kat laman rumah aku pun datang dari rumah kee. aku terharu betul beberapa tahun lepas, kee kata kat hubby  `you tak payah beli rumput carpet, tunggu saja rumput ni sampai u punya rumah..`` mana aku tak terharu, saat itu aku teringat kes ahli agama terkenal negara kita yang saman-menyaman di mahkamah hanya sebab rumput mutiara!aduhai...

(aku rasa Kee sedih sebab rumput carpet kat rumah aku tewas dikalahkan lalang.hoho...tak menghargai langsung.pemalas nih)
pintu grill hitam di sebalik pokok pisang tu rumah kee, jiran aku .

eh, tiba-tiba ter`interframe `pula rumah aku sendiri. sederhana saja kan, syukur Ya Allah..er, sebelah kiri yang cat hijau tu rumah kak Ani dan abang toyib.patriotik gitu,bendera merdeka sengaja tak diturunkan..hehe

 auntie belakang rumah aku orang india. anak seorang, sekarang dah tak kerja.baik juga, masa deepavali haritu dia bagi setalam kuih-muih dan kari......

sebelah kiri rumah aku pula ialah keluarga kak Ani dan abang toyib , juga sangat baik.cuma Kak Ani sibuk sikit sebab mengusahakan kantin. subuh pergi malam baru balik, tapi dia juga peramah. 
alah, aku ni pula nak melebih-lebih. aku pun bukan peramah sangat. balik kerja terus memerap saja. kalau tak sidai kain tak keluar. kak ani kadang confuse aku ada di rumah ke tidak..tapi aku tak lah sombong, cuma tak pandai sangat bersosial...


terima kasih Allah, baiknya Engkau padaku. Kau lengkapkan aku dengan 3 syarat hidup tenang di dunia ini seperti yang disabdakan RasulMu...lebih kurang maksudnya begini...
`kebahagiaan hidup manusia di dunia ini  terpenuh dengan 3 perkara:
1)tempat tinggal yang selesa
2)jiran yang baik
3)kenderaan yang baik.`

walau ada jiran yang agak tak bertimbang rasa seperti buang sampah ikut suka hati mak ayah dia, atau bela anjing yang suka melolong tak kira masa, tapi itu hanya seorang dua. kenapa aku nak fokus ke situ sedangkan aku ada jiran terdekat yang baik?

terima kasih Allah, tenteram hidup aku di sini kerana berjiran bagai di syurga.
kamu?dapat jiran dari syurga atau dari neraka?

.............................................................................................................................................
aku tak faham kenapa harus wujud sikap membenci dan prasangka dalam kalangan kita. Melayu curiga kesetiaan warga cina,Cina prasangka dengan melayu, India rasa takut terpinggir dan tertinggal oleh rakan cina dan melayunya.

lalu jadilah perhubungan kita ini bagai api dalam sekam.semua bersikap defensif dan tak mahu menjernihkan fikiran. hidup hanya bertunjang retorik  politik yang rapuh tapi hati mudah tersentuh dengan sedikit sahaja perselisihan pendapat.

aku bukan idealistik.jauh sekali ahli politik. tapi aku ingin mengajak kamu semua berfikir, atas asas apa manusia ini dijadikan oleh Allah.
Allah jadikan kita berlainan bangsa dan warna kulit serta rupa supaya kita saling berkenal-kenal dan berkasih sayang....

tak boleh ke kita berkasih sayang antara sesama kerana dia manusia,bukan warna kulit dan bangsanya. kalau ketulusan itu jadi batu asas setiap perhubungan akan adakah masalah sekarang ni?tanya hati kita,setulusnya. 
 
eh, dah jadi entri lain pula. isu ni aku sambung di entri lain ye.

akhir kata, sayangilah jiran sebagaimana kita sayang keluarga kita. esok lusa, kalau kita kesusahan, adik beradik dan saudara mara jauh, jiranlah tempat pertama kita mengharap ihsan...


ita:jana ajar sivik la jah
jijah:tak la, tatarakyat.
hanafi:apa gaduh-gaduh, apa yang penting, kerjaaa samaaa..(wonderpet)

Murahnya Nyawa Rakyat Johor.

 entri semasa emosi tak menentu , sempena kebangkitan rakyat tunisia dan mesir.sebagai peringatan kepada penguasa dan pembaca blog ku yang mahu berfikir.
aku menulis tentang `rakyat negeri Johor` kerana aku orang johor.
aku rasa sangat teruk dengan harga apa saja yang naik mencanak-canak sekarang ini. tambah lagi harga rumah. rasa terkejut sangat aku. rumah teres setingkat rata-rata dah RM140k ke atas. tu pun 20` x 70`.tahun 2004 aku beli rumah teres setingkat ini yang ukurannya 20`x 70` baru RM84k.maknanya peningkatan harga sekarang setinggi RM90k!


maka kebanyakan rakyat marhaen yang kerja biasa-biasa atau pendapatan kecil jangan harap dapat beli rumah teres. menyewalah sampai mati. dah lah sewa Rm400 dan ke atas sebulan.
yang ada kemampuan sedikit akan beli rumah flat/pangsa.
masalahnya, rumah pangsa ni dah lah sempit, kadang pemaju pun buat sebarangan saja. duduk 10 tahun dah nak roboh.


aku tak tahu berapa harga nyawa mereka di mata sang penguasa.
adakah hati luhur rakyat yang sangat berterima kasih dengan janji manis saja boleh dijadikan sandaran yang kuasa mereka tak tercabarkan sehingga kiamat.
sungguh menyedihkan dan membuat aku rasa nak berteriak.
lihatlah dengan mata hati.mentang-mentang marhaen itu miskin, jangan kamu abaikan nasib mereka.
wahai pemimpin, takutlah doa orang teraniaya, sesungguhnya doa insan terzalim olehmu itu tiada hijab!

............................

bacalah kisah salah satu daripada berpuluh yang lainnya.
murahnya nyawa rakyat johor.terima kasih penguasa. harapkah kekuasaanmu sampai kiamat!
................................................................................
Kotor..jijik..busuk dan membahayakan...itulah keadaan Rumah Pangsa Kos Rendah di Taman Jaya, Skudai, Johor Bahru.
Kami terpaksa meredah hujan lebat semalam untuk sampai ke tempat itu dan tinjauan kami mendapati hanya 3 buah keluarga sahaja yang mendiami Blok 4 Rumah Pangsa Taman Jaya. Selebihnya, 61 buah keluarga telah mengosongkan rumah mereka kerana bimbang akan keselamatan mereka.



Lebih memeranjatkan kami, terdapat individu-individu yang tidak diketahui kewarganegaraan mereka mengambil kesempatan menggunakan rumah-rumah yang tidak didiami itu untuk menternak ayam dan memanggang daging babi.
Apabila ditanya mengenai keadaan rumah pangsa itu, ahli jawatankuasa penghuni rumah pangsa tersebut, En Rozy Ahmad, 53, memberitahu bahawa hanya mereka yang tidak mampu menyewa rumah di kawasan itu masih tinggal di rumah pangsa tersebut memandangkan sewa rumah di kawasan itu adalah dalam sekitar RM600 sebulan.

Seorang lagi penghuni rumah pangsa itu, Pn Tabiah Ahmad Jalil, 51, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama 4 orang anaknya yang masih bersekolah, meluahkan keperitan yang dialaminya disebabkan oleh masalah pembentungan air najis yang tidak betul dan keselamatan anak-anaknya.


Salah seorang seorang pemilik rumah pangsa, En Baskhara Rao Ramasamy menjelaskan bahawa masalah keretakan yang serius mula dialami sejak tahun 2005. Menyedari keadaan ini, penghuni-penghuni mula berusaha untuk mendapatkan penjelasan daripada pemaju perumahan dan kerajaan negeri. Tetapi segala usaha mereka sia-sia kerana keretakan dialami menjadi amat serius sehinggakan struktur tetulang sementara perlu didirikan di salah sebuah rumah bertujuan untuk mengelakkan rumah pangsa itu runtuh dan ranap. Justeru itu, kebanyakkan penghuni mengosongkan rumah pangsa mereka dan terpaksa menyewa rumah di sekitar kawasan itu.

Rata-rata, kesemua penghuni dan pemilik rumah pangsa Taman Jaya, Skudai inginkan kerajaan negeri memberikan kata putus secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah mereka. Selagi itu, masyarakat di sini akan terus hidup dalam keadaan kotor, jijik, busuk dan membahayakan. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian segera, kita mungkin akan menyaksikan satu lagi insiden "Highland Tower" berulang di negara ini.
Video dan laporan : Saminathan Munisamy Citizen Journalist Malaysia

 mana wakil rakyat?
nak tunggu semua orang mati baru bertindak.lepastu dia salahkan dia,dia salahkan dia.last-last rakyat juga yg salah. kenapa beli rumah tu.habis, banyak sangat ke duit nak beli istana macam encik mb dan wakil rakyat duduk?hhhaaaaa?

Sabtu, 5 Februari 2011

Bila Benci Menjadi Dendam

2.35 pagi.sabtu.

Sunatullah telah berlaku. bila kezaliman sudah berada di puncak, maka amarah pun meledak. jangan main-main dengan kuasa rakyat.
yang paling mengesankan aku, kata-kata yang tertulis pada pemidang,kain rentang atau apa saja dari para demonstran menunjukkan kebencian yang amat sangat kepada sang penguasa.juga gambaran pendirian serta ketetapan hati.syabas rakyat Mesir. halau saja penjahat itu.


It is better to die for something than to live for nothing
 akak yang cool



wajah penguasa yang kini maruahnya di longkang amarah dan benci rakyat sendiri


wanita di sebalik kejatuhan suami.



terbaikkk.guru seni mereka sangat bagus.


halau saja penjarah itu.



apa saja mediumnya, lawan tetap lawan...
mereka yang tertindas
turun sekarang, turunnnn


fitrah, kau tersiksa, kau pasti bangkit


go to `resaikel bin` 


muka takut anak beranak..rasakan kau..


go mesir goooo....



aku cuma terfikir satu perkara..
tak takut kah dengan azab Allah makan duit rakyat bilion-billion...?
(agak-agak anda, apa contoh terdekat kita ye?ada ke tak ada?)

 perhatian:
jangan malas fikir,nanti jadi tunggul.

Jumaat, 4 Februari 2011

JAWAPAN TUAN GURU NIK AZIZ KEPADA TUN MAHATHIR

 Aku postkan jawapan Tok Guru untuk kita menilai apa sebenarnya yang patut kita nilai.seimbangkanlah pembacaan kita agar dapat buat keputusan yang bijak dalam mencari setiap jawapan kepada setiap persoalan..




Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz






Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama.

Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.

Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)
Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Selasa, 1 Februari 2011

sajak marhaen marah


 sayunya hatiku membaca puisimu,
kemarahan ini menjadi dendam...

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati, sekali janji, sekali nafi; 
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini? 
Lalu pemimpin angkuh berkata …Aku apa peduli, kalaupun Shakespear turun ke bumi! 
Jangan berikan undi, pada mereka yang menghina bahasa sendiri.
Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu, berlidah dua. 


– Datuk A. Samad Said

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com