Khamis, 14 Julai 2011

aku menulis untuk kau tahu, bukan untuk apa kau mahu

sehari dua ini aku agak vokal dalam bersikap. aku menulis, aku kopi pes, aku baca, aku mengulas, aku beri komen, semuanya didorong oleh satu perasaan. aku benci kezaliman.


kawan,
kita hidup dalam era langit terbuka, tiada sempadan,globalisasi dan macam-macam istilah yang diguna untuk merujuk kepada `mencari maklumat tanpa had dengan sangat mudah`.
justeru kenapa kau membutakan mata hatimu untuk mengimbangi segala berita dan cerita yang masuk ke otakmu.

kalau kau sudah ada akses yang banyak untuk membaca maklumat dari pihak kerajaan iaitu melalui tv1,2,3,NTV 7,8, astro awani, B.Harian, Kosmo, Metro,Utusan dan lain-lainnya, mengapa kau tak mahu menghargai akalmu dengan mencari sumber yang satu lagicontohnya media alternatif yang propembangkang seperti harakah, Malaysiakini, warta keadilan dan macam-macam laman sesawang lain.. kenapa kau tak mahu membaca pandangan dari pihak oposisi yang sangat penting dalam mengimbangi sesebuah kerajaan demokrasi.kau perlu terima hakikat kerajaan yang baik dalam sistem demokrasi perlu pembangkang yang kuat untuk `chek and balance`.pandangan asal apa kerajaan buat pembangkang kata salah, apa pembangkang cakap semua kerajaan kata tak betul tu perlu kau imbang dengan pengetahuan luas dari kedua-dua sisi,baru kau cerdik.

aku membenci beberapa dasar amerika yang zalim dan mahu menang sendiri, yang perasan dialah  yang terbaik memerintah dunia. tapi dari satu sudut, aku sangat ingin melihat Malaysia mengamalkan keadilan yang sama dalam sistem pemilihan pemimpin macam mereka. kawan, kau pernah tengok tak macamana kempen pilihanraya di amerika.

mereka membenarkan SEMUA parti bertanding untuk menyampaikan gagasan atau propaganda masing-masing untuk memenangi hati rakyat. mereka BENARKAN SEMUA parti mengiklankan, berkempen, melobi dan memenangi sokongan dengan RUANGAN SAMA di televisyen, radio, akhbar dan sebagainya. mereka memberi peluang CALON PRESIDEN BERDEBAT satu lawan satu, dan rakyat buat pilihan gagasan mana yang terbaik untuk mereka, secara LIVE!begitu juga di negara jiran kita, Indonesia, pilihanraya sangat meriah dan mengasyikkan. semuanya punya hak yang sama untuk bercakap. temberang atau apa, yang penting mereka berhak bersuara.adil kan begitu.

padang permainan yang rata,peluang yang saksama diberi kepada SEMUA tidak kira kumpulan republikan atau demokrat.

satu soalan aku yang perlu kau jawab dalam hati dengan jujur, pernahkah kau melihat senario itu berlaku di Malaysia?pernahkah? jangan bagitahu aku. kau beritahu nuranimu sendiri.apabila media melaporkan secara tidak seimbang, satu pihak saja betul dan pihak yang menentangnya sentiasa salah,kenapa kau hairan kalau semakin lama semakin ramai orang meluat untuk tonton berita?

kawan, ini kerana fitrah hati..tidak suka kepada ketidak adilan.peluang tidak pernah wujud untuk si tertuduh membela diri, kalau otak kita waras, tak bolehkah kita terfikir betapa tak betulnya keadaan itu?pihak yang punya kuasa memegang media canang-canagkan kebaikan sendiri sehingga setinggi langit ke tujuh, manakala musuh politik diberi imej terburuk  kumpulan manusia abad ini..

aku menulis ini bukan kerana aku bencikan BN atau aku penyokong PR. nama parti itu tak penting, kau namakanlah apa saja. parti BOLA kah, parti GULI kah, aku tak peduli semua itu. tak ada masalah pun bagi aku apa nama parti itu, BN , PR, UMNO, PAS, DAP dan lainnya. yang mahu kita tentang itu kezaliman yang diamalkannya.
'takdirnya esok lusa PR memerintah dan melakukan kezaliman, kau fikir aku akan menyokongnya kah? kau sungguh kejam padaku kalau kau fikir aku sedungu itu.

kawan, aku tak pandai berdebat.lagi lagi hal politik sebab ia sangat menakutkan aku. aku masih rasa taboo untuk bicara tentang politik secara berdebat kerana selalu aku lihat kesudahannya persahabatan menjadi renggang hanya kerana ideologi tak sama.tapi aku ingin mengongsikan pendapat aku, dan apa aku rasa betul dalam blog aku ini kerana inilah ruang paling sesuai untuk aku mengajak kau berfikir bersamaku.

kawan, apa aku tulis dan fikir tak semestinya betul, dan kalau kau tak sependapat dengan aku tak semestinya engkau salah.tapi itulah gunanya kita menambah ilmu dan berfikir.kalau aku salah kau betulkan. kalau kau salah mari kita sama-sama cari apa yang benar.

kawan.

aku tak mahu jadi ahli politik. tapi tak bermakna aku memisahkan diri aku dari politik. itu tak mungkin, kerana Allah suruh kita amalkan agamanya dalam semua aspek hatta berpolitik.aku belajar agama tak tinggi, tak sampai darjah khas pun tapi aku fikir inti pelajaran kita selama bersekolah agama itu cukup mudah difahami. kesimpulannya agama ini meliputi semua kehidupan.

kalau kau kata kau malas nak peningkan kepala dengan politik dan tak mahu memilih mana-mana parti untuk menjadi kerajaan kau, aku rasa kau silap dan sungguh tak bertanggungjawab. aku tak kata demokrasi ini satu sistem terbaik, tapi kerana negara kita terlibat dalam demokrasi dan masih terpaksa melaluinya, sangat bodoh rasanya kalau kita tak terlibat langsung. 

kau pernah dengar kisah burung pipit yang bawa air dengan paruhnya yang kecil demi bantu padamkan api yang membakar nabi Ibrahim? memang tak logik burung sekecil itu nak tolong padamkan api yang besar. tapi ada Tuhan tanya besar atau kecilnya usaha burung tu? yang Allah lihat adalah usahanya,adakah dia buat sesuatu atau tidak. bukan besar atau kecil usahanya.kau faham tak apa aku nak sampaikan? 

dalam negara demokrasi, undi sangat penting. jangan kau malas  mengundi kerana undi kau penentu siapa atau kumpulan mana yang kau nak pilih menjadi ketua kau dalam melayari hidup ini.kalau kau memilih pemimpin yang terang-terang penzina, perasuah, penipu,merompak duit negara dan macam-macam kejahatan lagi,sah-sah kau akan turut berdosa. kalau kau memilih orang yang baik, yang takut kepada Tuhannya, yang amanah, sah-sah lah kau dapat kebaikannya.matematik ini sangat mudah.


kawan,
menang atau kalah bukan persoalan. tapi adakah kau dah tunaikan tanggungjawab kau kepada agama untuk hidup dalam lingkaran `habluminannas`. dan tanggungjawab itu terpatri dalam usaha memilih pimpinan. 

kawan,kau adalah pembayar cukai. makan KFC, belanja di mana-mana pusat beli belah, kedai runcit malahan isi minyak kereta motor kau, semua kau bayar untuk kerajaan yang namanya `gov. tax`.tengok resit bayaran kalau kau tak percaya.

" Sumbangan sebenar rakyat yang sah disisi perlembagaan sebagai rakyat malaysia adalah memenuhi kehendak dan tuntutan perlembagaan termasuklah membayar cukai dan cukai yang dikumpulkan itu pula diguna untuk melaksanakan dasar-dasar untuk rakyat " - rujukan

Apakah rakyat tidak ada hak untuk minta dibetulkan apa-apa dasar dan penjelasan tentang apa, berapa dan untuk apa dibelanjakan kesemua hasil negara itu ? Sepatutnya kalau pemerintah boleh tanya rakyat, apa jasa rakyat untuk negara, rakyat juga berhak untuk tanya pemerintah, apa yg pemerintah buat untuk rakyat..kita bukan hidup dalam zaman feudal.



Belanja untuk bikin Fesbuk Kementerian RM1.8 juta. Kejadah apa tu ? anak kau darjah 5 pun boleh buka fesbuk macam buka tv.  Bil air rumah PM di Putrajaya sampai RM32 ribu sebulan, orang ker mandi, rumah yang mandi ?mana penyata kewangan petronas, itu rakyat punya rakyat patut tahu, tapi yang tahu cuma PM seorang, tak pernah nak bagi detail apa dan ke mana duit petronas pergi.bila rakyat tanya, kena jawablah. jangan biarkan hidup ni diselubungi misteri..



Kepadamu kawan , maaf kalau tulisan aku  agak mengganggu..tapi ini suara hati aku yang jugak rakyat malaysia yg sah seperti yg termaktub dalam bahagian 3 perkara 14 perlembagaan persekutuan.

2 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

aku setuju. walau aku tak selantang ko tp aku juga mencari maklumat melalui sumber lain. aku pernah duduk dlm itu parti walaupun cuma dlm cawangan. tp aku juga terlibat dgn org dlm bahagian. Apa yg aku perhatikan dan menyebabkan aku muak dan kasihan ialah: jika kita dlm itu parti bermain secara baik, pihak satu lagi akan main kotor juga. Akhirnya aku memisahkan diri krn maksud org muda spt aku utk berbakti pada agama dan bangsa aku tak kesampaian. Aku akan guna saluran lain. Aku mahu bantu bangsa aku maju dlm pendidikan. Aku mahu anak-anak di dididik memahami apa itu yg dinamakan semangat cintakan negara.tapi bukan semangat cintakan parti.

Comels berkata...

ya. jijah telah bersuara. bravo sama jijah. sudah ku bilang, aku menulis untuk mendorong diri dan kawan-kawan juga mencari dan mencari. jangan jadi bebal dengan satu kepercayaan sampai kiamat.kecuali kepercayaan kepada agama, yang lain-lain itu masih boleh dibahaskan.yang penting jah, percayalah, sekecil apapun usaha kita kalau namanya untuk kebaikan, nescaya Allah balas juga.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com