Ahad, 25 Ogos 2013

HOSPITAL,MIA DATANG!

Ini cerita 3 hari lepas. dugaan betul buat mami. masa tu bapak out station. kereta mami pulak rosak. sehari sebelum tu, mami jalan kaki dari bengkel  kat Jati tu sampai rumah. ya Tuhan, letih betul mami rasa.

esoknya, mami minta tolong maklong datang ambik adik kat nurseri. maklong tidurlah semalaman kat rumah mami. malam tu, tengah hepi-hepi gitu, tiba-tiba adik terjeluak muntah yang sangat banyak. mami cool lagi,ingat muntah biasa. habis baju adik,tilam n baju mami semua berlemus dengan muntah. mami tak risau sebab adik senyum-senyum lagi. bila adik nak tidur,macam biasa mami bagi lagi susu. adik minum juga. tapi macam ada loya-loya gitu. adik minum je . tengah minum tu, menyembur lagi semua susu yang adik minum. tapi adik tak nangis juga. mami dah mula risau.

tengah malam, adik nangis nak susu. mami buat macam biasa.  mami pangku dan tinggikan sikit kepala adik dalam pelukan mami. tak sempat habis sebotol, adik muntah terjeluak. membuak-buak apa yang adik minum. adik dah mula lembik. semua tak boleh masuk. habis bantal,tilam,selimut,baju kita berdua dengan muntah. tapi adik tabah betul. adik tak nangis. terus tidur sampai subuh tu.

mami terfikir-fikir macamana nak buat. tak sampai hati rasanya nak hantar adik pergi nurseri.. adik begitu tak sihat. pagi dah 6 .15 pagi. mami letih sangat sebab penat jalan kaki semalam tak hilang lagi,adik pulak tak sihat, kereta mami rosak, bapak jauh, bubur adik tak masak lagi. maklong dah siap-siap nak pergi sekolah, mami fikir -fikir mana sempat dia nak hantar adik, nak hantar mami,nanti dia lambat sampai sekolah dia. lagipun  adik sakit,mami tak kuat untuk meninggalkan adik dalam jagaan orang.  

cuti MC mami pun dah habis kuota, last-last mami terpaksa call boss mami minta CRK. Alhamdulillah, dapat juga sebab mami tak pernah ambil kecuali baru sekali masa mak anjang kawin bulan 4 haritu. jadi mami jaga adik siang tu. mula-mula adik berak,najis adik sangat busuk. lain macam baunya, menyengat sangat. perut adik pun kembung je. nasib baik pomen kereta telefon kata kereta mami dah baik sejak tersadai 2 hari. terbang juga 500. hai lah pijo, continental sangat ,spare part takde,mahal pulak tu... sabar je lah.  nasiblah masa tu mak anjang tumpang tidur rumah kita sebab pak anjang kerja kat KL. jadi mak anjang tolong hantar mami ambik kereta. 

lepas tu mami bawa adik berurut kat Mak Wan. mak Wan kata urat adik bersimpul-simpul, sebab tu badan tak selesa dan kembung. adik jerit-jerit sakit. sepanjang hari ni, mami takut nak bagi adik minum susu, mami kasi adik makan bubur dan minum air zam-zam saja. adik makan banyak sangat,lapar agaknya.

balik berurut, adik tidur lena sangat.  letih agaknya. tapi lepastu adik berak-berak,seingat mami sampai malam tu 4 kali. najis adik sangat cair dan busuk, dah la adik muntah,tak minum susu dan berak-berak..adikbetul-betul lembik.  mami kalau boleh tak mau bagitau bapak, susah dia nak balik jauh-jauh, tapi mami risau dan sorang-sorang,jadi mami bagitau aje lah. tiba-tiba bapak kata petang tu juga bapak balik rumah nak tengok adik.

bapak nampak adik tengok muka adik dah pucat sangat. bapak ajak mami hantar adik ke klinik Jamiah,tempat adik selalu check up.Dr kata adik dah kurang air sangat,terus kasi surat untuk pergi bahagian kecemasan kat hospital kulai. tengah-tengah doktor cakap tu adik berak menyembur lagi. nasib baik mami dan bapak bertindak pantas bawa adik lari ke toilet, haha, kelakar pulak rasanya. waktu dah maghrib,letih,belum solat..baju mami habis kena najis adik. mami dan bapak singgah kedai beli nasi ayam dulu,kami lapar sangat belum sempat makan..

 mami macam runsing sikit sebab mami tak suka duduk hospital. mami berdoa sangat adik tak ditahan di wad. sebelum pergi, mami sempat tulis minit mesyuarat untuk esoknya. kalau takde minit tu, tak mesyuarat le gamaknya unit perpustakaan tempat mami kerja tu. hehe. nasib baik rumah kita dekat dengan rumah cikgu marhaini, mami minta tolong dia bagi Pn.Ganga. mami rasa dah betul sangat la tulis minit tu. bila dah naik sekolah semula semalam, nak tergelak tengok kesilapan yang mami buat. adake patut untung  surat khabar yang sepatutnya mami tulis 750 jadi 750,000. hui,kayanya! lepas tu, meeting mula pukul 12.30, tamat pulak mami catat 12.15.  hai lah...inilah akibatnya buat kerja last minit,dah terhantuk baru terngadah.moralnya, mami dah serik menangguhkan kerja!

 dalam hampir 10 malam gitu kita pun pergi hospital. adik ngantuk, tapi apa nak buat. kita terpaksa pergi. banyak cerita menarik kat hospital ni.  ada pengajaran penting untuk mami dan macik  Shamira  yang jadi nurse kat sabah tu.

bagi je surat doktor kat kaunter,terus masuk bilik menunggu wad kecemasan. tak cemas sangat juga sebab adik boleh senyum-senyum manis kat semua orang.   misi kat kaunter baik, lembut je. lepas tu adik dipanggil untuk pergi Bilik A. pemeriksaan awal. mami suka sangat dengan misi yg kat bilik ni. mesra,lemah lembut, sangat happy. nyata dia gembira dan menggembirakan orang.walau dia pakai mask, dari suara dan matanya mami tahu dia tersenyum. dia suruh adik diri atas penimbang. adik tak mahu. dia suruh mami diri dengan adik. lepas tu timbang mami pulak. berat kita berdua tolak berat mami. wah,adik dah 10 kilo.mami pulak turun 7 kilo! yes,yes,cuma lemak degil kat perut ni tak nak turun. mami pun fed-up. lepas tu misi tadi check telinga adik. beres. adik, tak demam.

lepas tu kita masuk bilik 2. pembantu perubatan tu pun baik. lembut je. lelaki. muda. dah cek adik, dia suruh masuk bilik satu lagi sebab dia tak berani nak bagi ubat sebab adik kecik sangat,bawah setahun. dia suruh jumpa doktor, bos dia. ok, kita pun masuk. dalam tu macam-macam pesakit dan penyakit adik tengok kan, nyatalah nikmat terbaik ialah nikmat sihat kan dik. berdiri lah kita depan misi yang ambik fail.

moncong aje muka dia. sedikit senyuman pun tak de. mami taulah mungkin dia penat, mami pun penat juga,mami pun selalu berurusan dengan pelanggan juga. prinsip mami, kalau tak boleh senyum,jangan kerja yang memerlukan kita berhubung dengan manusia!dah la kita letih,sakit,tension,lama tunggu, bukan nak dilayan macam ratu pun. kita cuma nak senyuman!,senyuman.! untuk macik mira, ingatlah, walau sepenat manapun, senyum pada pesakit sebab 50% kesembuhan mereka sebenarnya datang dari layanan yang mesra dan baik. betullah kata orang jahat atau baiknya guru dan misi atau doktor ni, orang ingat sampai mati!

lepas tu dia suruh kita tunggu kat luar kejap. adik dah ngantuk.meliuk-liuk buat aksi akrobatik. dekat 2 jam tunggu nih. lepas tu dia panggil kita masuk balik. doktor bertugas tu serius betul. tak pandang langsung muka kita kan dik. lepas tu dia cakap `ok, dia tak kena tb, paru-paru semua ok`. mami confius, tb?apa hal pulak adik kena tb. mami diam lagi. lepas tu dia tanya, dah timbang ke baru-baru ni. mami cakap la baru tadi misi kat luar timbang adik,10 kilo. `ha,dia kata bukan 14 kilo?` 

lepas tu baru dia pandang muka kita. lepas tu doktor tu tengok nama pesakit kat fail tu. Mohamat Rahmat! huh, sungguh tak berhati-hati doktor tu buat kerja. nasib baik berat adik dengan si mohamat tu beza 4 kilo, kalau tak adik  yg cirit birit akan dapat ubat sakit tb!  ingat ni macik mira, jangan ambik mudah yang setiap pesakit depan kita tu adalah orang yang sama dalam fail, mesti pastikan dulu namanya!

dah le gitu, bukan nak kata sorry ke, apa ke, misi moncong tu suruh mami tunggu luar dulu, dan panggil si mohamad rahmat tu duduk depan dia.dengan doktor,dengan misi, mami berbulu betul. kalau salah diagnos,., salah kasi ubat, adik makan ubat yang jadi racun,jadi apa-apa, sapa nak tanggung?susah sangat ke nak angkat kepala, tengok pesakit,jantina lelaki ke perempuan dan bandingkan dengan nama dalam fail?

sekali lagi mami bukan demand, tapi sebagai profesional,buat la kerja dengan profesional dan hati-hati,paling penting,senyum.dah tahu muka tu masam macam kak limah, duduk kerja kat kaunter (ini misi kaunter dalam,bukan kaunter depan tu tau.yg depan tu ok je.).huh.ingat tu macik mira, senyuman ikhlas seorang misi adalah healing power untuk pesakit.  sampai hari ni mami terbayang-bayang sosok tubuh misi bilik A, yang ceria dan baik hati.

mujur lepas tu doktor sebelahnya yang bertugas panggil nama adik. doktor perempuan. pregnant. baik. lembut. dia cek nadi adik pakai stetoskop, adik buat main-main stetoskop tu. dia tak marah pun. lepas tu adik capai air botol dia. dia tak marah pun. sejuk sikit hati mami ni. dia cek lidah adik. masih lembab. dan adik masih  nak minum air. jadi doktor kata tak perlu masuk wad. minum saja air garam doktor bagi,esok kalau tak baik juga, kena masuk wad lah.. mami lega, biarlah adik mami jaga kat rumah saja.

esoknya mami cuti lagi. habis dah cuti mami untuk 2 bulan ni nak, semoga Allah pelihara kita dan tak jadi apa-apa lagi. adik nampak sikit ok,lembik-lembik pun masih boleh main-main,tapi jalan terhoyong hayang ,tapi makan banyak juga..mami tak risau sangat la sebab adik nak minum air zam-zam dengan banyaknya.

cerita adik panjang lagi,belum bab tukar-tukar susu. mami sambung besok, dah larut malam,esok mami kerja...



5 comments:

Unknown berkata...

adik sakit muntah2?teruk tu..badan lemah sbb bnyk bendalir keluar dari bdn.risau sgt kat kt adik.harap2 maksu n paksu boleh laluinya dgn tabah ye.kita selalu doakan kesejahteraan adik damia maisarah..semoga adik sihat cepat!kata nak sambut bufday yg setahun. mestilah kena sihat n hepi2 :)

Unknown berkata...

Kak ira pon menyirap dgn nurse yg x reti nk senyum. Kerek giler nes kat wad melur hosptl pontian, mase tu obo masok wad sbb denggi. K.ira pon complen la... Biar org atasan tegur dye.. Klu muke masam2 org tgk pon benci.. So far k.ira masih disenangi semua pesakit.. Hehehe

Unknown berkata...

Kak ira pon menyirap dgn nurse yg x reti nk senyum. Kerek giler nes kat wad melur hosptl pontian, mase tu obo masok wad sbb denggi. K.ira pon complen la... Biar org atasan tegur dye.. Klu muke masam2 org tgk pon benci.. So far k.ira masih disenangi semua pesakit.. Hehehe

Comels berkata...

ha ah. tapi adik dah semakin stabil sekarang nih. nanti mami apdet cerita susu pulak.
kak ira, jangan moncong-moncong mengadap client. menyampah orang tengok. hahah. kut ye pun komen sekali udah le. komen banyak kali sampai 2x.huhu.

siti azizah Sang Pencinta berkata...

oiii jana.. rupanya dah banyak yg ko tulis.. aku pulak yg tak terbaca..

membaca tulisannmu .. ingat aku pengalaman membesarkan firman dulu.. begitula..saban bulan demam dan demam.. sampai setiap kali dia demam aku minta dipindahkan demam dan berak-beraknya kpd diri aku..

mungkin ini sebab dia tak menyusu badan kot..
alhamdulillah makin besar .. makin kurang demamnya..
apapun bersabarlahh.. bidadarimu anugerah Allah paling besar..spt diriku anakku hadiah paling besar dlm hidupku selepas nyawaku..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com