UKUR BAJU ORANG,JANGAN DI BADAN
SENDIRI...
Ini entri yang sudah terpendam begitu
lama untuk dinukilkan.sudah 23 /11/13,baru ini aku boleh bersantai menulis
tatkala aku rasa macam orang bodoh kerana tak ada apa nak dibuat di rumah ibu
mentuaku yang baik hati ini.Jam menghampiri 12 malam,mia tergolek golek tidur
kepenatan.Dari awal sampai tengah hari tadi hingga sekarang dia tidur ,barulah
berhenti dari berlari lari dan bermain.maklum,rumah atuk besar,boleh lari suka
-suka hati dia.
Tak sempat menggodek internet,menaip pun
guna tab hubby,terkial kial aku rasa.maklum,aku ni klasik sikit.suka dengan
sesuatu yang klise,kalau nak menaip guna keyboard laptop atau komputer gemuk.maaf ye
kawan,kalau dalam cerita ini nanti kau rasa nadaku ada yang menjengkelkan dan
agak sarkastik,mungkin juga sedikit sombong.tapi itu semua ada kaitannya dengan
tajuk,`tolong jangan cuba cuba ukur bajumu di badan orang lain.`
Oh,sebelum aku balik kampung,semalam
sempat jenguk fb,ada permintaan dari sahabat yang jauh di blok lain ,tapi dekat
di hati ini,tanty namanya .menyuruh aku menulis.
.jadi,tanty,mari aku berbicara
denganmu malam ini.andai ada kesalahan ejaan atau perkataan kau pejam saja
mata,aku sungguh kekok menulis atas skrin begini,tapi ini saja masa yang aku
ada.siang hari sibuk menggentel mia.di rumah sendiri, aku akan keletihan kerana
berkemas yang tak habis-habis sebab haritu baru tambah dapur sekangkang kera padahal dah duduk rumah tu dekat 10 tahun!
Syukur alhamdulillah,walau lewat dapat
juga luaskan sikit dapur tu tanty,taklah asyik berlaga punggung dengan mia
sebab dapur yang sangat luas sebelum ni.
Tanty,
Kau ingat peristiwa haritu? Dan kau tahu
kan prinsip aku.aku suka kesederhanaan,dan apa yang dipinta itu bukan
kesederhanaan.takrif imej yang baik rupanya begitu berbeza antara seorang
dengan seorang yang lain kan tanty.kau ingat tak lagi masa aku rasa macam nak cubit cubit tangan
kau bila kau kata kau minat dengan penampilan 2 orang wanita
vvip?tuuutttt...namanya.orang jawa bilang kalau teruk sangat benda tu supaya
tak terjadi pada kita,sebut `amit amit jabang bayi ojo kaget`.ni,aku tolong
sebutkan untuk kau.`amit amit,tanty,`.banyak lagi muslimah solehah yang bertubuh comel
macam kita ni untuk dicontohi tanty,janganlah ikut macam idola kau tu.
Tanty sahabatku yang baik.,
Apabila kita menilai orang melalui
pakaian mahal atau telefon bimbit tercanggih,aku rasa persepsi kita kurang
tepat.betul,kita perlu berpakaian kemas dan sopan serta bersih,tapi perlukah
setiap tahun bertukar batik atau baju korporat.baju tahun lepas pun baru
pakai 3 kali rasanya.memang warnanya tak cantik,dah kena paksa,terpaksalah beli juga.tu
pun aku buat degil,aku kongsi dengan siti hajar.kain beli lain.genius tak
aku?tapi Lim lagi bagus,dia boleh jual batik tu dekat sedara mara dia.sekurang
kurangnya aku pakai lah juga.kau percaya tak tanty, itulah baju termahal yang aku
pernah ada.setiap kali memandangnya,perasaan aku berbaur.ada rasa sedih,kesal
dan menzalimi.
Tanty,
Aku tak peduli dan tak pernah kisah
berapa juta ringgit pun orang nak beli baju,gajet,laptop atau telefon.aku tak
terkesan,tak cemburu walau kadang keinginan itu ada.ya biarlah orang dengan
hobinya,kesukaannya.mungkin kesenangannya berbaju mahal,telefon canggih,ya
biarlah.aku turut gembira atas kegembiraan mereka,asalkan mereka menikmati
kegembiraan atas titik peluh mereka.
Tapi aku cukup terusik bila orang
memaksa aku atau orang lain untuk mengikut gaya hidup mereka.perkataan MEMAKSA
itu,betul kan untuk aku pakaikan dalam situasi kita.bagiku,aku tak perlukan itu
semua.aku tak perlu bergantung kepada baju mahal untuk rasa cantik.aku tak
perlu kepada telefon canggih untuk rasa hebat dan tak ketinggalan zaman.aku
merdeka dengan tidak mengikut arus.aku tak terkilan kalau aku tertinggal trend
tudung atau corak kain terbaru.bagi aku,asalkan bersih,kemas dan wangi,apa
salahnya pakai 3 kali seminggu baju atau tudung yang sama? Maka itu sebabnya
aku pastikan akan guna downy sebagai pengharum pakaian.teringat haritu,ada
sorang budak cium tangan aku lama lama sebab nak cium bau baju aku yang wangi
dengan downy!
Tanty,
Kau percaya tak bila aku keluarkan
telefon tatkala berdering bunyi kucing comel ( suka hati aku la),budak tengok dan senyum-
senyum.apa taknya,telefon aku budak panggil torchlight,boleh buat lampu waktu
malam,boleh baling anjing sampai pengsan.tak ada kamera,tak ada
internet,twitter dan wassap.tu pun masa beli, hubby aku yang paksa suruh beli
torchlihgt ni,kalau ikut aku nak aje aku beli yang lebih murah.
Buat apa aku nak beli yang mahal,yang
boleh ambik gambar,yang boleh wasap?aku tak perlu itu semua.aku gunakan telefon
untuk berhubung (bercakap[),mesej dan jam loceng.itu saja fungsi yang aku perlu.jadi aku
tak nampak keperluan untuk beli yang canggih canggih.beli yang zaman batu
macamni lebih baik sebab 5 hari sekali baru cas.mia pun malas nak usik telefon
aku sebab tak ada gambar dia dalam tu!
Tidak bermakna aku tak punya itu aku
ketinggalan zaman.kepentingan gajet bagi semua orang adalah
berbeza.sebahagiannya untuk bermewah dan bermegah,sebahagiannya untuk buat duit
dan cari maklumat. yang penting,aku bukan kategori pertama.
Ni kalau aku bagitahu kau,jangan kata
aku bermegah megah ye tanty,cuma nak bagi jernih,betapa aku tak jumud walau aku
tak ada wassap.uh,eja wassap pun ikut bunyi,bukan ikut nama.peduli lah.
Tanty,
Kat rumah aku ada 5 benda yang boleh
akses internet.komputer pc ada 2,satu hubby aku,satu aku punya.tab ada
satu,laptop ada satu,ipad ada satu,!internet kalau kami ada kat rumah memang 20
jam on,dalam erti kata sebenarnya.sebab tu aku boleh akses internet dengan
mudah,boleh online fb bila bila masa,sementelah minat aku membaca,aku banyak
mencari ilmu melalui ruang yang ada.keperluan internet aku tak boleh yang 30
atau 40 hengget sebulan,jadi aku ambil yang 144 hengget agar aku dan hubby
boleh melayari maklumat dengan lajunya.itupun kadang kami menyumpah juga,ada
aje masa akses terputus putus,teruk tm net kena maki,bayar nak cepat,servis lembab
macam siput vavi dia tak cerita pulak.padan muka dia,kami kan pelanggan,suka
hati la nak marah.heh
Apa pointnya aku dalam menceritakan
gajet-gajet yang ada tu..?membazir?tidak.penggunaannya sangat optimum,maksimum.
Untuk menegaskan betapa tak perlunya aku
beli telefon canggih tanty! Kalau aku nak ambil gambar,aku ada dah kamera yang
pixelnya lebih baik dari yang ada dalam tab atau ipad atau telefon.lebih puas
hati aku menggunakannya.
Itu bab gajet,bab baju pulak macam yang
aku kata tadi aku sangat sederhana.aku bukan hamba trend terkini.aku tak teruja
pun tengok fesyen tudung yang mahal- mahal tapi kadang aku tengok macam sama je
yang harga 20 hengget kat tesco tu.kadang ada rasa lucu bila melihat perhiasan
yang sarat,hilang cantik timbul kasihan.
Dalam banyak hal,aku berprinsip yang
diambil dari istilah seni` LESS IS MORE`.kau faham tak,kenapa begitu? Sebabnya
apabila berlebihan lazimnya kita akan binasa.sebab itu walau aku artist yang banyak menghasilkan
artwork,rumah aku kosong,tak gantung pun artwork yang ada. Kalau nak pun,aku
tengah pertimbangkan untuk gantung khat sinni, tulisan kaligrafi arab dan
china yang aku ada buat.
Tanty, (oh,rindunya nak berbual secara 4 mata dengan kau macam dulu)
kenapa kita perlu paksakan sesuatu
kepada orang lain untuk kepentingan kita?gembirakah kita dengan sebuah kepura-
puraan yang disuguhkan demi menggembirakan hati kita walhal orang berat hati
melakukannya?bukankah yang penting,keikhlasan hati memberi dan menerima.
Aku begitu tersentuh bila bab gaji
disebut.betullah,gaji dah besar.tapi 4 ribu yang orang dapat,diagihkan untuk
kaum keluarga yang memerlukan,tak sama dengan 4 ribu yang orang lain pula
gunakan untuk diri sendiri.mana lebih mulia tanty,memberi atau berhabis untuk
sendiri. Takkan orang nak cerita ke mana duit dihabiskan.mungkin ada
keluarganya yang sakit teruk,ibu tunggal,anak yatim,orang tua yang sangat
uzur,hutang yang perlu dilangsaikan...dan ditambah pula kos sara hidup yang
begitu membebankan,
itulah kau,undilah lagi,tahniah,terima kasih!(tak faham lagi?aku pukul tangan kau yang montel tu.belah kanan ke kiri yang pangkah masa mengundi tu hari?)
Memang dapat bonus setengah bulan gaji akhir
tahun ni,tapi yang anak ramai,anak saudara ramai,apa cerita?aku terdengar hari tu ada
kawan kita mengeluh anak 2 dah 2 ribu kos masa buka sekolah,cuba kau
fikir,betapa susahnya orang yang kerja gaji tak sampai 700?
Mana lagi penting,kalau kau ada saudara
terdekat yang begini,kau tak rasa berdosa pakai baju mahal sedangkan mereka tak
dibantu dengan gajimu?kau tak rasa zalim ke?(dalam keadaan peruntukan baju mahal itu sama pentingnya untuk peruntukan orang yang memerlukan)
Oh tanty,
Ada sebabnya kehidupan kita
dikelilingi insan yang kesusahan. supaya kita ini sudi berkongsi dan
insaf,nikmat Allah itu untuk dibagi bukan makan sendiri. jangan kita padan
padankan muka mereka yang susah sebab di depan mataku ini bukti nyata mereka
berhempas pulas untuk hidup sehingga tidak tahu apa lagi yang perlu
dijimatkan.masih lagi penguasa angkuh mahu kita berjimat sedang mereka berfoya
foya,sungguh kurang ajar dan menjengkelkan.
Wah,bukan main marahnya aku bila
bicara tentang kehidupan ini tanty.kerana aku tak mahu angkuh seperti penguasa yang tidak kasihkan rakyat jelata
aku tak sampai hati beli baju mahal berkali kali...biarlah mereka bersoal jawab
di depan Yang Maha Adil tentang apa yang mereka lakukan di dunia,aku begitu
rindu kedatangan al mahdi almuntazar yang akan memenuhkan bumi ini dengan
keadilan dan kedamaian,sehingga serigala akan menjaga kawanan kambing!
Errr,kau fahamkah perenggan akhir
itu,sudah bercampur tentang kisah kezaliman dan keadilan penguasa pula.apa-
apalah,tanty,banyak lagi mahu ku tulis. Tapi aku jengkel sungguh,banyak benar
kesilapan ejaan,satu kerja nak mengedit.sebab itu aku suka taip atas
keyboard,bukan atas skrin!
Jumpa lagi. Ada 20 hari lebih untuk
jumpa semula.itupun kalau ada umur.semoga umur yang berbaki dapat dimanfaatkan.
(aku dah edit petang ni,24/11/2013 menggunakan keyboard dan pc.jauh bezanya. macam dah zero typing error kan..)
3 comments:
Org yg x melalui apa yg kita lalui x akan faham apa yg kita rasa. Mereka bercakap dan membuat keputusan berdasarkan falsafah yg dipegang dan liku kehidupan yg mereka lalui. Kebanyakan org yg dah diatas akan lupa masa dia dibawah
so,kau macamana?belilah juga akhirnya,kan. macam aku!
Ikut je le...tp klu x cntk siap...
Catat Ulasan