Memaparkan catatan dengan label kaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kaya. Papar semua catatan

Ahad, 24 November 2013

UKUR BAJU ORANG,JANGAN DI BADAN SENDIRI...



UKUR BAJU ORANG,JANGAN DI BADAN SENDIRI...

Ini entri yang sudah terpendam begitu lama untuk dinukilkan.sudah 23 /11/13,baru ini aku boleh bersantai menulis tatkala aku rasa macam orang bodoh kerana tak ada apa nak dibuat di rumah ibu mentuaku yang baik hati ini.Jam menghampiri 12 malam,mia tergolek golek tidur kepenatan.Dari awal sampai tengah hari tadi hingga sekarang dia tidur ,barulah berhenti dari berlari lari dan bermain.maklum,rumah atuk besar,boleh lari suka -suka hati dia.


Tak sempat menggodek internet,menaip pun guna tab hubby,terkial kial aku rasa.maklum,aku ni klasik sikit.suka dengan sesuatu yang klise,kalau nak menaip guna keyboard laptop atau komputer gemuk.maaf ye kawan,kalau dalam cerita ini nanti kau rasa nadaku ada yang menjengkelkan dan agak sarkastik,mungkin juga sedikit sombong.tapi itu semua ada kaitannya dengan tajuk,`tolong jangan cuba cuba ukur bajumu di badan orang lain.`


Oh,sebelum aku balik kampung,semalam sempat jenguk fb,ada permintaan dari sahabat yang jauh di blok lain ,tapi dekat di hati ini,tanty namanya .menyuruh aku menulis.

.jadi,tanty,mari aku berbicara denganmu malam ini.andai ada kesalahan ejaan atau perkataan kau pejam saja mata,aku sungguh kekok menulis atas skrin begini,tapi ini saja masa yang aku ada.siang hari sibuk menggentel mia.di rumah sendiri, aku akan keletihan kerana berkemas yang tak habis-habis sebab haritu baru tambah dapur sekangkang kera  padahal dah duduk rumah tu dekat 10 tahun!

Syukur alhamdulillah,walau lewat dapat juga luaskan sikit dapur tu tanty,taklah asyik berlaga punggung dengan mia sebab dapur yang sangat luas sebelum ni.


Tanty,
Kau ingat peristiwa haritu? Dan kau tahu kan prinsip aku.aku suka kesederhanaan,dan apa yang dipinta itu bukan kesederhanaan.takrif imej yang baik rupanya begitu berbeza antara seorang dengan seorang yang lain kan tanty.kau ingat tak lagi  masa aku rasa macam nak cubit cubit tangan kau bila kau kata kau minat dengan penampilan 2 orang wanita vvip?tuuutttt...namanya.orang jawa bilang kalau teruk sangat benda tu supaya tak terjadi pada kita,sebut `amit amit jabang bayi ojo kaget`.ni,aku tolong sebutkan untuk kau.`amit amit,tanty,`.banyak lagi muslimah solehah yang bertubuh comel macam kita ni untuk dicontohi tanty,janganlah ikut macam idola kau tu.


Tanty sahabatku yang baik.,

Apabila kita menilai orang melalui pakaian mahal atau telefon bimbit tercanggih,aku rasa persepsi kita kurang tepat.betul,kita perlu berpakaian kemas dan sopan serta bersih,tapi perlukah setiap tahun bertukar batik atau baju korporat.baju tahun lepas pun baru pakai 3 kali rasanya.memang warnanya tak cantik,dah kena paksa,terpaksalah beli  juga.tu pun aku buat degil,aku kongsi dengan siti hajar.kain beli lain.genius tak aku?tapi Lim lagi bagus,dia boleh jual batik tu dekat sedara mara dia.sekurang kurangnya aku pakai lah juga.kau percaya tak tanty, itulah baju termahal yang aku pernah ada.setiap kali memandangnya,perasaan aku berbaur.ada rasa sedih,kesal dan menzalimi.

Tanty,

Aku tak peduli dan tak pernah kisah berapa juta ringgit pun orang nak beli baju,gajet,laptop atau telefon.aku tak terkesan,tak cemburu walau kadang keinginan itu ada.ya biarlah orang dengan hobinya,kesukaannya.mungkin kesenangannya berbaju mahal,telefon canggih,ya biarlah.aku turut gembira atas kegembiraan mereka,asalkan mereka menikmati kegembiraan atas titik peluh mereka.


Tapi aku cukup terusik bila orang memaksa aku atau orang lain untuk mengikut gaya hidup mereka.perkataan MEMAKSA itu,betul kan untuk aku pakaikan dalam situasi kita.bagiku,aku tak perlukan itu semua.aku tak perlu bergantung kepada baju mahal untuk rasa cantik.aku tak perlu kepada telefon canggih untuk rasa hebat dan tak ketinggalan zaman.aku merdeka dengan tidak mengikut arus.aku tak terkilan kalau aku tertinggal trend tudung atau corak kain terbaru.bagi aku,asalkan bersih,kemas dan wangi,apa salahnya pakai 3 kali seminggu baju atau tudung yang sama? Maka itu sebabnya aku pastikan akan guna downy sebagai pengharum pakaian.teringat haritu,ada sorang budak cium tangan aku lama lama sebab nak cium bau baju aku yang wangi dengan downy!

Tanty,

Kau percaya tak bila aku keluarkan telefon tatkala berdering bunyi kucing comel ( suka hati aku la),budak tengok dan senyum- senyum.apa taknya,telefon aku budak panggil torchlight,boleh buat lampu waktu malam,boleh baling anjing sampai pengsan.tak ada kamera,tak ada internet,twitter dan wassap.tu pun masa beli, hubby aku yang paksa suruh beli torchlihgt ni,kalau ikut aku nak aje aku beli yang lebih murah.

Buat apa aku nak beli yang mahal,yang boleh ambik gambar,yang boleh wasap?aku tak perlu itu semua.aku gunakan telefon untuk berhubung (bercakap[),mesej dan jam loceng.itu saja fungsi yang aku perlu.jadi aku tak nampak keperluan untuk beli yang canggih canggih.beli yang zaman batu macamni lebih baik sebab 5 hari sekali baru cas.mia pun malas nak usik telefon aku sebab tak ada gambar dia dalam tu!

Tidak bermakna aku tak punya itu aku ketinggalan zaman.kepentingan gajet bagi semua orang adalah berbeza.sebahagiannya untuk bermewah dan bermegah,sebahagiannya untuk buat duit dan cari maklumat.  yang penting,aku bukan kategori pertama.


Ni kalau aku bagitahu kau,jangan kata aku bermegah megah ye tanty,cuma nak bagi jernih,betapa aku tak jumud walau aku tak ada wassap.uh,eja wassap pun ikut bunyi,bukan ikut nama.peduli lah.


Tanty,


Kat rumah aku ada 5 benda yang boleh akses internet.komputer pc ada 2,satu hubby aku,satu aku punya.tab ada satu,laptop ada satu,ipad ada satu,!internet kalau kami ada kat rumah memang 20 jam on,dalam erti kata sebenarnya.sebab tu aku boleh akses internet dengan mudah,boleh online fb bila bila masa,sementelah minat aku membaca,aku banyak mencari ilmu melalui ruang yang ada.keperluan internet aku tak boleh yang 30 atau 40 hengget sebulan,jadi aku ambil yang 144 hengget agar aku dan hubby boleh melayari maklumat dengan lajunya.itupun kadang kami menyumpah juga,ada aje masa akses terputus putus,teruk tm net kena maki,bayar nak cepat,servis lembab macam siput vavi dia tak cerita pulak.padan muka dia,kami kan pelanggan,suka hati la nak marah.heh

Apa pointnya  aku dalam menceritakan gajet-gajet  yang ada tu..?membazir?tidak.penggunaannya sangat optimum,maksimum.

Untuk menegaskan betapa tak perlunya aku beli telefon canggih tanty! Kalau aku nak ambil gambar,aku ada dah kamera yang pixelnya lebih baik dari yang ada dalam tab atau ipad atau telefon.lebih puas hati aku menggunakannya.

Itu bab gajet,bab baju pulak macam yang aku kata tadi aku sangat sederhana.aku bukan hamba trend terkini.aku tak teruja pun tengok fesyen tudung yang mahal- mahal tapi kadang aku tengok macam sama je yang harga 20 hengget kat tesco tu.kadang ada rasa lucu bila melihat perhiasan yang sarat,hilang cantik timbul kasihan.

Dalam banyak hal,aku berprinsip yang diambil dari istilah seni` LESS IS MORE`.kau faham tak,kenapa begitu? Sebabnya apabila berlebihan lazimnya kita akan binasa.sebab itu walau aku artist yang banyak menghasilkan artwork,rumah aku kosong,tak gantung pun artwork yang ada. Kalau nak pun,aku tengah pertimbangkan untuk gantung khat sinni, tulisan kaligrafi arab dan china yang aku ada buat.

Tanty, (oh,rindunya nak berbual secara 4 mata dengan kau macam dulu)

kenapa kita perlu paksakan sesuatu kepada orang lain untuk kepentingan kita?gembirakah kita dengan sebuah kepura- puraan yang disuguhkan demi menggembirakan hati kita walhal orang berat hati melakukannya?bukankah yang penting,keikhlasan hati memberi dan menerima.


Aku begitu tersentuh bila bab gaji disebut.betullah,gaji dah besar.tapi 4 ribu yang orang dapat,diagihkan untuk kaum keluarga yang memerlukan,tak sama dengan 4 ribu yang orang lain pula gunakan untuk diri sendiri.mana lebih mulia tanty,memberi atau berhabis untuk sendiri. Takkan orang nak cerita ke mana duit dihabiskan.mungkin ada keluarganya yang sakit teruk,ibu tunggal,anak yatim,orang tua yang sangat uzur,hutang yang perlu dilangsaikan...dan ditambah pula kos sara hidup yang begitu membebankan,

itulah kau,undilah lagi,tahniah,terima kasih!(tak faham lagi?aku pukul tangan kau yang montel tu.belah kanan ke kiri yang pangkah masa mengundi tu hari?)

Memang dapat bonus setengah bulan gaji akhir tahun ni,tapi yang anak ramai,anak saudara ramai,apa cerita?aku terdengar hari tu ada kawan kita mengeluh anak 2 dah 2 ribu kos masa buka sekolah,cuba kau fikir,betapa susahnya orang yang kerja gaji tak sampai 700?

Mana lagi penting,kalau kau ada saudara terdekat yang begini,kau tak rasa berdosa pakai baju mahal sedangkan mereka tak dibantu dengan gajimu?kau tak rasa zalim ke?(dalam keadaan peruntukan baju mahal itu sama pentingnya untuk peruntukan orang yang memerlukan)


Oh tanty,

Ada sebabnya kehidupan kita dikelilingi insan yang kesusahan. supaya kita ini sudi berkongsi dan insaf,nikmat Allah itu untuk dibagi bukan makan sendiri. jangan kita padan padankan muka mereka yang susah sebab di depan mataku ini bukti nyata mereka berhempas pulas untuk hidup sehingga tidak tahu apa lagi yang perlu dijimatkan.masih lagi penguasa angkuh mahu kita berjimat sedang mereka berfoya foya,sungguh kurang ajar dan menjengkelkan.

Wah,bukan main marahnya aku bila bicara tentang kehidupan ini tanty.kerana aku tak mahu angkuh seperti penguasa yang tidak kasihkan rakyat jelata  aku tak sampai hati beli baju mahal berkali kali...biarlah mereka bersoal jawab di depan Yang Maha Adil tentang apa yang mereka lakukan di dunia,aku begitu rindu kedatangan al mahdi almuntazar yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kedamaian,sehingga serigala akan menjaga kawanan kambing!

Errr,kau fahamkah perenggan akhir itu,sudah bercampur tentang kisah kezaliman dan keadilan penguasa pula.apa- apalah,tanty,banyak lagi mahu ku tulis. Tapi aku jengkel sungguh,banyak benar kesilapan ejaan,satu kerja nak mengedit.sebab itu aku suka taip atas keyboard,bukan atas skrin!

Jumpa lagi. Ada 20 hari lebih untuk jumpa semula.itupun kalau ada umur.semoga umur yang berbaki dapat dimanfaatkan.

(aku dah edit petang ni,24/11/2013 menggunakan keyboard dan pc.jauh bezanya. macam dah zero typing error kan..)

Jumaat, 27 Januari 2012

PENATNYA MENGEJAR DUNIA

18/1/11
selasa   (11.12 mlm)
ini entri setahun lepas,cuma baru tergerak untuk aku publish hari ini. (27/1/2012)

penat.
sungguh penat.
apalah  yang aku kejarkan sangat dengan dunia ni. semakin kuat aku kejar, semakin jauh ia menghindar. seolah-olah mempermainkan aku yang dah tak berdaya nak berlari.
ada kala aku rasa sangat terasing dalam dunia yang riuh ini. ketika itu aku tersedar betapa bodohnya aku kerana tidak mengadu pada yang betul-betul sudi mendengar. hanya Dia. sebenarnya Kau berikan aku segala jerih payah ini supaya aku kembali bercakap-cakap dengan Mu ya Tuhanku.cumanya kerana nafsu yang beraja melilit kemalasan di fikiranku, tubuh dan segalanya berkaitan aku.

kadang aku terfikir, apa sudahnya aku kalau terus begini?tiba-tiba kalau Kau memanggilku, adakah aku layak untuk Kau pandang?
siapa tahu bila aku akan pergi.tapi yang pasti aku tetap akan pergi.


untuk anda semua yang membaca tulisanku, baik di ruang FB atau blog ini, aku memohon keampunan andai ada yang mengguris perasaan. semuanya tidak kusengajakan. dalam denai kenangan yang tersusur itu, kadang banyak ranjaunya. tak semua kenangan yang indah dan lucu bagi aku adalah indah dan lucu bagi kamu juga. ampun maaf sekali lagi.sungguh tidak adil meletakkan pandanganku sama seperti pandanganmu.kita berkongsi tawa andai kenangan itu sama rasanya bagi kita.tapi mungkin saja kenangan gembira merupakan duka buat mu .maafkanlah...............

kalau-kalau ada antara tulisanku yang melekakan dan lagha. tinggalkanlah yang buruk. ambillah yang baik jika ada. yang buruk-buruk itu semuanya atas kezalimanku sendiri pada diri ini. dan yang baik itu puncanya hanya dari Dia.

agak menggentarkan jiwa juga ketika aku menulis ini terbayang-bayang aku akan dijemput pulang. Tuhan, aku masih terlalu banyak tanggungjawab yang belum selesai dengan dunia ini ya Tuhan. izinkanlah aku menyelesaikannya. izinkan aku menyelesaikan tanggungjawab aku dengan manusia dan sesama mahklukMu .permudahkanlah urusanku Tuhan. Kau maha mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersimpan.


dan pada malam ini yang agak melankolik bagi aku, sesungguh hati aku ingin menyatakan aku ampunkan dan aku halalkan segala apa yang telah diperbuat kepadaku, oleh anda semua sama ada sengaja atau tidak.
untuk sahabat-sahabatku, peminat dan pembaca setia blog ku, anak-anak muridku.guru-guruku,pemimpin-pemimpinku.ketua-ketua jabatanku,jiran-jiranku, dan sebenarnya paling utama suamiku serta ahli keluarga, mertua dan ipar duai dan sesiapa saja yang pernah aku berdosa sama ada aku sengaja atau tidak, ampunkanlah...ampunkanlah segala salah silapku..

andainya ini rasa sayu yang patut aku kongsi,katakanlah esok lusa aku akan pergi, terimalah penulisan ini sebagai tanda minta maaf dan kekesalan atas segala keterlanjuranku pada kalian semua.
kematian datang tanpa pamitan. tak dapat ditangguh sesaat, tak dapat juga mahu dipercepat.

mati itu pasti cuma tak tahu bila dan di mana..
Maha suci Engkau Ya Allah yang merahsiakan kematian tentang bila hadirnya.
ibarat kelapa, tak semestinya yang tua saja gugur, kadang putik juga sering dulu mencecah tanah. begitulah perumpamaan hidup ini.bukan kesakitan bertahun terlantar itu yang menjadi petanda dijemput pulang lebih awal. boleh saja ketika segar bugar begini  tiba-tiba kaku tak bernyawa lagi.

aku tidak mahu beralas kata,apa yang ada kurasa aku curahkan. empangan mutiara pembasuh lukaku ini seiring tumpah setiap aku menaip bait-bait kata. entahlah..kenapalah dengan aku pada malam ini..

mati itu pasti cuma tak tahu bila dan di mana.

sebelum aku menyesal di daerah yang tak berguna sebarang kekesalan, biarlah aku menangis kali ini.sekurang-kurangnya bila kau membuka kembali tulisan ini dan andai waktu itu aku telah pergi, anggaplah ini satu permohonan maaf dariku.baik siapa saja aku ini padamu. aku adalah isteri,anak, adik,murid,teman, guru, pekerja dan rakyat kepada kamu yang sedang membaca ini. seandainya semasa hidupku memberi kegembiraan kepadamu, terimalah sebagai hadiah.andainya aku memberi kesedihan kepada hidupmu, ampunkanlah segala salah.

aku terkenang akan anak-anak muridku.
kamu semua cikgu sayangi. tak ada bezanya kamu melayu, cina india, asli...semua cikgu sayang. bangsa dan agama bukan masalah besar kepada cikgu,Allah jadikan kita semua berbeza supaya kita saling berkenal dan berkasih sayang.halalkanlah segala kelewatan cikgu masuk kelas sama ada sengaja atau tidak, janganlah berkecil hati kalau cikgu rotan, cubit dan marah kerana itu tanda cikgu kasih dan endah.
kadang cikgu terlepas kata, marah yang tak terhingga.betul, kamu penyebabnya tapi cikgu juga patut minta maaf sebab sepatutnya cikgu lebih sabar dengan kerenah kamu.sebab ajaran Nabi Muhammad S.a.w tidak pernah marah kecuali berkaitan tidak patuh hidup beragama saja. sebenarnya kamu semua Allah berikan kepada cikgu untuk menguji kesabaran, adakah cikgu berjaya mengawal perasaan atau sebaliknya. dan ternyata kadangkala cikgu kalah.maafkanlah, kerana cikgu juga manusia seperti kamu.ambillah segala pengajaran saya yang baik, tinggallah segala pengajaran yang salah..teruskan hidup kamu sebagai manusia bermaruah, berakal dan berfikir secara benar.

dunia ini banyak tipu daya,jangan tergoda.tiada yang lebih membahagiakan saya selain kamu semua menjadi manusia berjaya, berakhlak dan hidup mulia dengan keberanian mencari yang benar.ingatlah, zaman dunia hampir kiamat ini kebenaran dilihat sebagai salah tetapi salah dilihat sebagai benar.
pencinta kebenaran sangat sedikit tetapi pencinta kebatilan sangat banyak. saya berdoa kamu semua tergolong dalam kalangan yang sedikit itu...

untuk teman-teman sepermainan, sepersekolahan dan seperjuangan yang sama-sama bekerja yang tak mungkin tercatatkan namanya, ampun maaf kupohonkan andai ada silap salahku sepanjang jalan kenangan ini. persahabatan itu indah.tapi kesibukan membuat kita terpisah. aku maklum andai kalian terlupakan aku. tak mengapa, aku bukan orang penting pun yang perlu diingati setiap masa.sementelahan pula aku juga sering terlupa akan dirimu.kita ada hal sendiri-sendiri.dan tabiat `malas` berhubung aku ini menyebabkan kerenggangan semakin parah.tapi sesungguhnya kehadiran kalian dalam relung hati ini sangat istimewa biarpun kadang ada salah faham dan selisih kata. anggap saja itu warna warni kehidupan, aku maafkan dengan senang hati andai kalian bersalah kepadaku,harapnya kita saling menghalalkan apa juga keterlanjuran kata dan perbuatan.

harapnya kalau ada umur kita yang tersisa ini, kita perbaharui niat kita bekerja. kerana Allah jua. langkah kaki keluar pagi-pagi itu hanya kerana Allah. kerana Allah perintahkan kita cari rezeki yang halal. para suami mencari nafkah, para isteri membantu meringankan masalah. kerana itu aku mengingatkan kamu, dan terlebihnya mengingatkan aku sendiri, agar pilihlah pekerjaan yang diredhai. andai makan gaji,ikutlah caranya. andai berniaga, ikut aturannya. sesungguhnya Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Allah sudah isytihar perang kepada pemberi dan pemakan riba.takutlah wahai sahabat-sahabatku...aku juga terperangkap dengan urusan riba.hai lah diri,rumah, kereta, hutang..semua konvensional...pening kepala. inilah padahnya tak mahu ikut aturan . dah terbelit semakin parah rasanya. nak keluar macam belum nampak jalannya...

ya Allah, berikan kesempatan aku membersih diri sebelum Kau jemput aku. aku malu Ya Allah.
kadang aku agak kasar kepada yang ajak aku ikut MLM. ampun maaf kawan-kawanku, sedarlah, sistem itu zalim. dan kezaliman tidak ada tempat di sisiNya. cuba jernihkan pandangan dan hati..cuba semak pelan pemasaran syarikat yang anda sertai..ada tidak bentuk rangkaian segitiga piramid itu. bila ada, itulah dia punca kekalutan...cuba fikir betul-betul, benarkah sistem itu bertahan atau `crash` di tengah jalan?betapa teraniaya sahabat-sahabat lain yang berada di bawah itu sedangkan orang atas dan kita yang di atas ini bersenang lenang dengan duit sumbangan downline.bagaimana kalau orang yang di bawah itu terdiri dari pelajar IPT, yang menggunakan duit PTPTN yang sepatutnya biaya dia belajar. bagaimana dengan orang yang bergolok gadai semata-mata `ingin mengubah kehidupan` tetapi nasibnya tak baik sebab sistem anda sudah hampir `crash` dan mereka mangsa...pandanglah dengan mata hati.

tapi andai itu tak kau temui, aku berlepas tangan. kau lebih bijak dari aku. aku tak suka perdebatan. buatlah apa yang kau rasa baik tapi doaku sentiasa mengiringi untuk kau kembali..kembali kepada fitrah sebagai manusia yang ada hati dan perasaan.

Ya Allah.janganlah sesaatpun Kau lepaskan diriku kepada aku sendiri.
Hasbunallah wanikmalwakil...

Isnin, 7 Disember 2009

aku cuba menikmati hidup secara maksima

aku dan hubby selalunya akan dapat sesuatu dengan `belasah` je. gamble kata orang jawa.mengidamkan sesuatu, berangan bertahun-tahun, sampai akhirnya detik tiba lantakle duit ada sikit je, ambik juga barang tu. dari beli rumah, kereta sampai ke tv lcd samsung yang patutnya gambar cantik tapi tak berapa cantik kerana mutu penyiaran yang belum tinggi.(hm, ada je point nak salahkan orang, kalau dah benci,... heh heh)

hampir semua macamtu. entahlah. hidup aku ni rancang-rancang sangat tak jadi pun. tapi bila rileks, pasrah dan redha aje nanti peluang pun datang. kadang kelakar pun ada. nasib baik la aku n hubby bukan jenis manusia yang skema sangat. lebih kurang aje la dengan semua yang berlaku. kecuali aku, ada sikit fussy kalau hak aku sebagai pelanggan dikesampingkan.abang, hmmm. redho aje semua yang datang. malas nak bertekak katanya. sebab tu Allah jodohkan aku dengan dia. sorang cool. sorang ada mulut sikit. kalau tak asyik teraniaya aje la agaknya selama jadi pelanggan. dah, hubby tu baik sangat tak reti nak komplen.

nak cerita sikit, hari tu lepas gaji aku ajak hubby pegi jcard sale kat tmn u. tobat aku tak pegi dah. tak kuasa aku bersesak-sesak macam tu. nasib baik la aku ada hajat besar yang dah tersimpan sekian lama. nak beli beg sembonia dan kasut camel!


ni la beg yang aku gilakan sangat.


pergh. puas memilikinya.macam sombong je rasa dapat pakai brand ori.


kasut baru camel aku. aku belanja hubby beli kasut larry. sebagai balasan hubby kena belikan aku peugeot 308. adil kan. haha.


tengok wayang. 2012 dan cristmas carol.



habiskan duit makan kat tempat mahal. dah lama sangat tak buat gini. heh heh.


kusyuk betul hubby dengan model vaio kecik idamannya.


asal ada spagetti aku order. maklumla orang itali.


hubby lebih continental dari aku. makanan barat segala ni dia la yang ajar. dulu aku pantang makan benda camni. macam muak aje. sekaang pantang jumpa. muahaha.


tak membazir kan. lapar sangat.


jus ni tengok harganya seram aku. tapi tak pe la. dah 3 tahun tak pergi kenny rogers. merasa kaya sikit. he he.

alamak, banyak lagi nak cerita tapi aku tengah pening ada kucing betina yang liar belakang rumah aku sudah buat onar. adake patut masuk bilik belakang siap bawa anak dia lagi letak atas comfoter. tak bleh jadi. nak pasang perangkap, nak letak kat pasar. aku tak larat la nak jaga. jaga olat pun aku dah letih.
nanti la aku sambung balik ye. bai.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com