DALAM HATI ADA TAMAN
Ya, begitulah kawan. Sejengkel-jengkel hati seorang guru
setahun ini, tiba saatnya bila mereka nak berhadapan dengan peperiksaan besar
dalam hidup mereka seperti SPM ini, maka secara semula jadinya menjadi redalah
kemarahan, letih, resah,bosan dan rajuk kita setahun itu. Itulah keajaiban
perasaan yang dikurniai Allah untuk pendidik agaknya, kalau tidak, macam
manalah anak-anak ini nak melangkah dengan berkah Tuhan.
Kalau diingatkan penderitaan setahun itu ya ampun, tak mampu
dilafazkan dengan kata-kata. Hanya pendidik,yang selalu mengajar kelas `hujung`
yang tahu betapa geloranya hati menahan rasa. Sampai kadang-kadang bersumpah,
contohnya seperti `huh! Sungguh we, akak tak sanggup menahan walau sehari lagi
untuk ke sana! Menjengkelkan! Si A begini, si B
begitu, si C aduhai! Sakit hati,sakit otak,sakit mental, semua terpaksa
ditelan kerana seminggu, saban hari tetap ada jadual kemesraan itu diaturkan
untuk sebuah pertemuan.
Entahlah kawan, kalau kau tidak bekerjaya sebagai guru, sukar
untuk kujelaskan rasa apakah ini. Kau boleh jadi putus urat saraf menghadapi
kerenah anak-anak remaja yang latar hidupnya macam-macam. Ada yang kurang kasih
sayang, dahaga perhatian, degil semacam, sombong tak tentu hala, pemarah, panas
baran, terlalu penyendiri, di alam nirwana, gedik nak berpacaran…kau harus
hadapinya dengan gigih,setiap hari, berpuluh-puluh orang, serentak! Bila kau
mampu kawal kelas, kau adalah hero.aku, dah umur begini, agak letih nak
berbasa-basi. Psikologi dah buat, tumbuklogi dah penat,setahun masih buat tak
tahu, apa yang aku nak buat lagi. Sudahnya titipkan doa saja dalam solat dan
tiup-tiup sedikit kepalanya dengan surah pilihan agar tawar kenakalan melampau
itu.
Semalam masa aku dihabiskan dengan bersembang bersama sharul and the gang. Letih dah nak
mengajar,aku reda ajelah apa yang didapat setahun ni.lagi tinggal sehari dua saja nak SPM dah. Sekurang-kurangnya
perkataan `dasawarsa` dan `pada realitinya` dihafal juga sebagai awal bicara
karangan,Berjaya dah tu kan.begitu banyak cerita mereka,
kenangan 5 tahun
menjadi watak antagonis yang melelahkan
cikgu dan pentadbir buat kami ketawa besar. Sharul bilang, `cikgu, andai masa
boleh diputar, saya nak balik semula sekolah dari darjah 1!`. Aku pula bilang,
`sharul, kalau masa boleh diputar –putar, saya nak putar ke depan agar tak
jumpa kamu!` hahaha. `huh, sampai hati cikgu!`
CIKGU LIM, CIKGU TEO DAN CIKGU FARIDAH
sharul cerita, masa menengah rendah hampir saban hari kena kejar dengan cikgu Lim. asyik memonteng,masuk lambat,rehat hilang sampai hypermarket, hisap rokok..entah apa senarai lagi kenakalan mereka. Gembol kata, lubang mana yang mereka tak lolos, pagar mana yang mereka tak lompat.semua kawasan menyeludup keluar ada dalam poket mereka. satu hari,cikgu Lim geram sangat sampai semuanya nak kena rotan. cikgu lim kejar mereka yang entah buat onar apa pada waktu tu. cikgu Lim sampai penat mengejar, mereka pula penat berlari. `dah lah bulan puasa tau cikgu!` akhirnya kenalah cekup. cikgu lim tak sampai hati nak rotan, diberinya pilihan budak-budak tu nak rotan hari tu juga ke, tunggu lepas raya. mereka kata lepas raya. sampai ke sudah, sampai mereka dah tingkatan 5, cikgu lim tak rotan-rotan pun. terlupa agaknya!
sedang rancak bercerita, tiba-tiba cikgu Lim datang ke kelas. semua terdiam. tiba-tiba dia kata`ada tak pelajar yang masuk kem akademik tempoh hari,dia nak bagi gambarnya. semua geleng kepala. bila beredar, aku pun kata, hah, suspen lah tu, ingatkan cikgu lim nak rotan kamu kan, kut lah teringat balik hutang tingkatan 1 dulu!.kami semua tergelak.
sharul kata, cikgu Lim tak dapat kejar mereka, tapi cikgu Teo jangan buat main!lari punya laju, kalah mereka semua. kisahnya, masa mereka tingkatan 1, kelas sebelah peralihan, entah dari gila yang nombor berapa datang,mereka semua main mercun! tengah-tengah sunyi sepi tu, bolehnya diambil botol,masukkan mercun dan bakar hujung kelas. masa tu cikgu Teo ada kat sebelah, apa lagi, kena kejarlah semuanya. memang tak seorang pun selamat sebab cikgu Teo kuat lari. laju macam angin, katanya.
tentang cikgu Faridah pula, si hakimi lah yang paling kelakar. nazarul report ada budak buat gambar cikgu faridah kat tandas lelaki, lepas tu tulis lucah. (cikgu Faridah garang ya ampun,budak memang takut kat dia) lepastu, spot chek dijalankan, masing-masing tak mengaku. tiba ke hakimi, kena gertak dengan cikgu faridah,kalau mengaku,gantung, kalau tak mengaku, tapi didapati bersalah, terus buang sekolah. si kimi ni penakut kata sharul,dia tak buat tapi entah kenapa takut sangat dengan perkataan `buang sekolah` tu, jadi dia pun mengaku.tak pasal-pasal kena gantung seminggu!
`habis tu, kimi buat ke tidak?`
tak la cikgu, tapi penakut tak tentu pasal ngaku je la walau bukan dia yang buat.
habis, kau berani sangat la ye sharul?
kalau saya tak salah, saya berani je la cikgu, sumpah pegang Quran pun saya tak kisah kalau saya tak salah!`
`heleh kau ni,cakap je lebih`
`betul cikgu, haritu ada kes apa ntah, cikgu kamal kata saya yang buat. saya tak ngaku, cikgu kamal kata kalau betul tak cakap bohong, sumpah pegang Quran. saya setuju je sebab masa tu memang saya tak salah. saya tunggu...`
`dah tu, apa jadi?`
tak jadi apa-apa sebab cikgu Kamal cari Quran tak jumpa-jumpa!
si Gembol mencelah,dia tak lupa kes kena kejar dengan cikgu kamal. masa tu mereka nak ponteng kelas, lalu padang. tiba-tiba cik kamal jerit,berhenti,!jangan lari! apa lagi, makin berlarilah mereka menuju ke tangga munsyi. gembol paling belakang, maklum ketika tu badan dia agak comel(sampai sekarang pun).. gembol berkejar-kejaran dengan cikgu kamal. bila dia toleh belakang, dia rasa kesian tengok cikgu kamal lari sambil pegang lutut! dalam hatinya nak tolong cikgu ke,nak lari. kesian tengok cikgu sakit kaki,gout. tapi memandangkan kawan-kawan semua dah jauh, dia ambil keputusan lari juga. mereka sembunyi di tokong cina besar sebelah Mydin. bila nampak cikgu kamal, mereka lambai-lambai cikgu kamal. cikgu pula, tak larat nak kejar, lambai balik kat mereka!
hah...lucu sungguh cerita budak-budak ni. tapi cikgu kamal dapat cam satu beg merah yang dipakai oleh daus. esoknya, semuanya dapat ditangkap gara-gara beg daus. semua kena beratur depan pejabat menadah muka sambil kena maki. padan muka, cari pasal lagi. kemudian semua kena gantung seminggu. kebetulan lepas tu cuti sekolah pula seminggu. jadinya `kami menikmati cuti dua minggu yang seronok,cikgu'!
banyak lagi kenangan mereka, tapi tak larat nak menulisnya.nyata,dah besar ni, matang juga la perangai. sedar juga la yang dulu mereka memang nakal sangat. apapun, mereka begitu sayangkan semua cikgu,terutama cikgu kamal!
bak kata sharul,`cikgu,buruk-buruk kami ni, nanti kalau cikgu punya tayar kereta pancit, kitaorang ni lah yang berlumba-lumba tolong cikgu betulkan. daus bawak tayar spare pakai motor dia, saya tolong bukak tayar, budak-budak lain ni tolong tengok! cikgu nak harap budak-budak pandai tu, jangan harap sangatlah cikgu!
er...betul ke?
2 comments:
Assalamualaikum cikgu. Saya Aliyah ex 5T3 2016.cikgu ingat saya lagi?cikgu,saya rindu cikgu. terima kasih kerana mendidik saya. terima kasih juga selalu beri saya nasihat bila saya sedih tentang keluarga.sampai bila-bila saya akan kenang itu cikgu.saya sayang cikgu....
Assalamualaikum cikgu. Saya Aliyah ex 5T3 2016.cikgu ingat saya lagi?cikgu,saya rindu cikgu. terima kasih kerana mendidik saya. terima kasih juga selalu beri saya nasihat bila saya sedih tentang keluarga.sampai bila-bila saya akan kenang itu cikgu.saya sayang cikgu....
Catat Ulasan