Memaparkan catatan dengan label anak kucing comel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak kucing comel. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Julai 2012

Obis dan legasi-aku jadi moyang!

ini Obis. pangkat cucu aku. neneknya yang mula-mula datang sini dulu. sebenarnya obis masih muda belia. tapi dia kena rap dengan jantan kaberet mana entah,mengandung. nasib aje Sekolah Harapan tu jauh kat melaka,kalau tak dah aku hantar ke sana. memalukan sungguh!

bila anaknya keluar, tidak syak lagi yang obis ni mesti diganggu oleh atuk atau moyangnya sendiri. kau tengoklah bulunya tu kawan, kuning oren. ada seekor saja jantan dominan yang kuning. lain semua belang-belang. masuk 3 ekor yang kecil-kecil ni, kucing satu patern di rumah aku ada 15 ekor.

asal usul nama obis ni, masa kecilnya dia kelihatan sangat montel. ada 2 beradik, ekor obis kontot,seekor lagi ekor panjang. sebab 2 beradik aku namakan obesiti. satu obes, satu siti. panggil obes tak manja sngat, jadi sebutannya dilembutkan jadi obis.

sekarang baby yang kecil-kecil ni kena panggil aku moyang.sebab mereka generasi ketiga. masa obis nak beranak 2 minggu lepas, mujur pagi tu hari ahad. dah bising di belakang rumah.kebetulan pula obis memang jenis peramah,melengking-lengking bunyinya macam kena siksa. aku pula yang siksa rasanya mendengar dia terjerit-jerit. buka saja pintu dapur,obis menerkam terjun sebab grill besi tu penghadangnya tinggi. punggungnya dah nampak kaki baby. terus saja dia nak menyorok di almari dapur gas yang terbuka pintunya tu. ewah, banyak cantik!

terus masukkan wad, kotak ni dah standby lama dah.aku letak depan rumah, lepas saja dapat ancaman dari 2 ekor kucing gatal (walaupun kucing tu kacak-spesis parsi kepunyaan Mohsin) obis tak senang duduk.

semalam dah kena sepak dengan aku, sesuka hati nak bawa anak dia masuk stor. ada patut baby tu diletak di celah-celah komputer yang hubby tak siapkan repair, masuk dalam wayar,pcb dan sebagainya. sebagai moyang yang tegas aku tak bagi muka langsung. kena tampar mukanya. lepastu obis ketakutan, duduk diam-diam dalam kotak.


seperti biasa,bila malam menjelma keinsafan mula menerjah tangkai hati. aku usap muka obis, shake hand dan kata `obis, auntie minta ampun sebab sepak kau. kau jangan bawa anak masuk rumah, bukan pandai kau nak urus berak kencing dia,itu yang buat auntie meradang!  


seperti mengerti apa ku katakan, obis macam ampunkan aku aje, sebab nampak muka dia sangat manis. mungkin tersenyum...

Isnin, 11 Julai 2011

maryamah karpov dah beranak

hari ni, 11.7.2011 (isnin), aku balik dari kerja, maryamah dan mengiau-ngiau menyambut aku. semalam, aku ketuk kepala maryamah (mary) sebab masuk gerobok dapur gas aku nak buat tempat beranak. manalah aku tak meradang, aku dah sediakan hotel untuk dia kat depan rumah aku.habis baju lama hubby aku kerjakan buat tilam mary.aku dah agak mary nak beranak sangat dah tu.mary terjun dari grill pintu dapur sebab takut kena ketuk lagi. aku berleter kat dia, aku bagitahu pergi la chek-in kat hotel dia.

mary sangat happy kerana sudah beranak. aku dah ternampak tubuh kecil mungil merayap-rayap dalam kotak sebelah motor melalui jendela kereta.aku tengok sekejap, anak mary ada 4 ekor. comel, rasa nak gigit.

kemudian aku bagi makan mary. sangat lapar, habis satu mangkuk. kemudian makan lagi. dan lagi dan lagi. maklum ,tenaga habis.
kemudian aku mengadap komputer sampai tegang urat leher.mary asyik panggil aku suruh tengok anak dia. penat aku dengar, aku layankan juga.
sikin kata jangan pegang baby kucing, nanti mak dia tak mahu kat dia sebab bau manusia. mati kucing tu mak dia tak bagi susu. tapi mary macam paksa aku pegang anak-anak dia. dia bunyi-bunyi sambil buat muka.lepas tu aku angkat anak mary. aku cium 2 ekor. comel. baru mary diam. dia sudah oke kerana aku sayangkan anak dia juga.

esok pagi nak bagi mary makan di luar. hubby tak tahu pun mary dah beranak. akupun malas bagi tahu, nanti hubby bising.
mary, nanti kalau kawan uncle sudah pulangkan kamera, auntie ambil gambar mary dan baby oke.kata orang jangan ambil gambar anak kucing. nanti mati. karut. habistu kalau kita tak pernah ambil gambar dia, tak mati-mati la kucing tu sampai kiamat. dah la. jangan percaya benda syirik.hehe.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com