Memaparkan catatan dengan label pengalaman hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman hidup. Papar semua catatan

Sabtu, 7 April 2012

anggur neraka tu,makcik....

ingin ku katakan begitu padanya,tapi bagaimana ?. oh,imanku tak kuat lagi. berani berkata dalam hati saja.

tadi,hubby ajak jalan-jalan ke jusco Tmn U dengan nawaitu yang begitu mulia iaitu nak makan mahal sikit sebab dah penat kerja macam nak mati.aku pun sangatlah gembira sebab pahala besar kalau menggembirakan hati suami!

sampai sana kami pun makan kat tempat yang adunannya menjadi rahsia itu.rahsialah sangat,harap jangan ada yang haram dan syubhah,sudahlah.

lepas tu kami ke tempat wajib pergi.MPH.sebab keinginan memiliki DSLR canon yang menggebu-gebu, sekarang kami beria-ia mengumpul majalah tentang fotografi.dah macam banyak dah tahunya istilah-istilah fotografi tapi tanpa praktikal pun,mengarut juga rasanya.Tuhan,sampaikanlah hasratku ini...
yang nak diceritakan,tentang anggur itulah. ku tinggalkan hubby sebentar,ke tandas memenuhi tuntutan alam. lepas tu,aku merayau sekejap ke bahagian roti,buah-buahan dan sayur. masa aku leka tengok anggur merah dan hijau yang sangat cantik dan mengghairahkan, tiba-tiba ada seorang perempuan setengah baya datang ke situ. ke tempat anggur merah itulah. gayanya macam berminat sangat,macam aku,menimbang-nimbang untuk beli dalam 4-5 ringgit. saja, nak rasa sikit.hubby bukan makan pun kalau beli banyak.

tiba-tiba makcik tu ambik satu biji anggur merah. dia lap-lap guna jari. terus dia bawa lari (jalan cepat-cepat) ke tempat agak terlindung. ya Tuhan, mahu diapakan dengan sebiji anggur tu?   aku cuba bersangka baik,tapi takkanlah mahu beli sebiji,dan nak timbang sebiji?  aku pejamkan mata, aku tak sanggup tengok apa yang berlaku. nyatanya beliau pergi kepada keluarganya,ada sepasang suami isteri dan anak kecil anggaran 3 tahun  mungkin cucunya sedang mendongak dan menjengketkan badannya kerana makcik itu menghulur tangan lalu.....

aku sedih,selalu aku terserempak situasi begini kalau aku di pasaraya dalam keadaan aku tak berdaya menegurnya.mencuri makanan dengan alasan `merasa` sedangkan nyata-nyata ada notis  `dilarang mencuba`.paling sedih, membiarkan anak-anak kecil mereka buka tutup makanan ringan sesuka hati,masuk ke mulut macam mak abah dia punya. paling memalukan, mak abahnya atau neneknya sendiri suapkan makanan curi itu di mulut mereka!

tak pernah sekolah kah?ambil tanpa izin tu lebih teruk bila kamu tak sangka bahawa perbuatan itu mencuri namanya. walau dalam skala kecil,curi tetap curi. dan Allah dah beri kita ingat, daging yang tumbuh dari makanan haram,api nerakalah jawabnya.

kerana kau suka baca blog aku ini kawan, ingin aku ingatkan, janganlah sesuka hati merasa makanan tanpa izin atau pengetahuan penjualnya. haram,berdosa.tahukah kau, saidina umar pernah korek mulut anaknya sampai muntah sebab budak itu terambil sebiji kurma baitulmal. bapa syeikh abdul kadir jailani sanggup menghambakan diri bertahun-tahun bagi menebus kesalahannya memakan epal hanyut di sungai kepada tuan punya ladang itu. tapi,itu gambaran orang soleh. orang takut dosa. kalaupun kita kurang soleh, takutlah akan dosa. neraka tu panas kawan. malaikat pun tak buta.malunya kita di masyar nanti kalau perlakuan kita mencuri itu ditayangkan semula untuk tontonan umum.arghhh. mana nak letak muka?

mungkin mereka yang lakukannya rasa tak salah, tak berdosa. itulah, suruh sekolah tak nak. kan dah bodoh. ubahlah kejahilan itu dengan mencari ilmu. malas dengar kuliah ustaz,baca aje la buku.kan boleh. jangan harap saja umur kita bertambah, tapi ilmu takat tu juga, yang dah 30 tahun kita tinggalkan di bangku sekolah dulu. mulia manusia  kerana ilmunya.

masa perjalanan balik, aku terlupa nak kongsi dengan hubby. selalunya, apa saja cerita akan kami kongsi sama-sama. puncanya, hubby begitu marah dengan cerita penyangak skala besar, syaitan-syaitan lynas! mengamuk betul dia.sampai lupa aku nak cerita kes penyangak skala kecil tadi.
ya lah sayang, marah pun tak guna, tahun ni, pergi mengundi!

Rabu, 18 Januari 2012

berbezanya pemikiran kita

pandangan kita seringkali bergantung kepada apa yang kita lalui, apa yang kita baca, siapa di sekeliling kita dan bagaimana kita melihat sesuatu. betul kan?

aku tak faham banyak perkara tentang  pandangan manusia berkaitan mahal atau murah. semuanya subjektif. bagi orang kaya, makan sekali di tempat eksklusif berharga Rm200-300 itu tidak apa-apa. tapi bagi orang miskin atau yang banyak komitmen, itu satu pembaziran maha hebat untuk hidupnya.

untuk orang yang banyak komitmen seperti aku, baju yang aku sanggup pakai dalam anggaran 50-60 sepasang. itupun rasa mahal. aku rasa menzalimi hak ibu bapa, kakak-kakak aku yang ibu tunggal atau anak-anak yatim yang susah kalau aku sanggup berbelanja lebih dari itu untuk sehelai baju.

dan apabila aku terpaksa (dipaksa?) membeli dengan harga yang mahal 5 kali ganda dari apa yang aku mampu dan perlu, bukankah itu satu kezaliman?

aku tidak menyalahkan atau cemburu kepada orang lain kalau mereka mampu dan suka berbelanja besar dan mewah untuk apa saja keperluan sendiri. itu hak mereka. itu rezki mereka.nikmatilah sementara Allah kurniakan kepada kita.tetapi bila sesuatu keputusan melibatkan duit, yang melibatkan semua orang, perlu pertimbangan yang wajar, patut padan dalam harga.

aku tidak nampak apa rasionalnya aku memakai baju yang sepasang harganya boleh menyara hidup seorang ibu tunggal anak 3 selama 12 hari.yang baju itupun akan kupakai pada waktu-waktu tertentu sahaja selama setahun dua, kemudian tak akan digunakan ke majlis kenduri kendara atau hari raya. setahun berselang, tukar lagi..dan lagi ,dan lagi...
Tuhan, penatnya aku dengan dunia ini.
kasihanilah aku.

betul, gaji memang besar. tapi ke mana gaji itu yang berbeza-beza. ada orang, gaji 3 ribu tapi semua miliknya. suka hatilah nak beli apa, nak buat apa. tapi perlu ingat, ada orang, dengan gaji yang sama sangat banyak tanggungjawab yang perlu dia langsaikan sampai kadang-kadang tak ada yang berbaki untuknya.

kita tak tahu kehidupan orang,dan orang juga tak akan mudah-mudah memberitahu apa berlaku dalam kehidupannya.

jadi kita tak boleh menganggap apa yang kita alami sama macam orang lain juga.
sebagai manusia yang rasional dan bijak, kita perlu buat sesuatu yang sederhana. tidak menyusahkan, tidak membebankan.

hidup aku prinsipnya mudah. mengalami macam-macam peristiwa sampai titik terendah yang buat aku betul-betul lemah, dengan bantuan Allah kekuatan itu muncul sedikit demi sedikit, aku sudah ditarbiah secara tak langsung. HIDUP INI BUKAN UNTUK DIRI SENDIRI. ADA HAK ORANG LAIN YANG PERLU DILUNASI.KEYAKINAN  DAN JATI DIRI TIDAK BERSANDAR KEPADA BETAPA BESARNYA RUMAH, CANTIKNYA KERETA,ATAU MAHALNYA SUTERA. TAPI KEYAKINAN ITU DATANGNYA DARI HATI.


Tuhan.
Kau memerhatikan segalanya. bantulah aku.permudahkanlah...

Rabu, 15 Jun 2011

Memoir Aku Seorang Cikgu (Part 6)

15  jun 2011. (rabu).3.12 petang

pelbagai pengalaman pahit manis dapat aku kutip sepanjang berkhidmat di sekolah ini.mendapat kejutan, persekitaran baru, kawan baru, gaya hidup baru...semua baru.

kerana muka aku nampak garang, aku dilantik jadi guru disiplin dan guru pengawas. salah satu tugas daripada 490 tugas lain seorang guru pasca 90-an. masa tu aku masih muda, orang muda cergas je.umur 23 tahun adalah umur yang sangat hijau aku rasa dalam menempa pengalaman.

aku tak tahu aku ni garang sangat ke. tapi tahun lepas ada seorang bekas murid aku (umur dah 20-an) jumpa balik dalam FB kata kat aku,`salam cikgu, seorang cikgu yang garang  masa saya sekolah dulu`...

entahlah, tapi masa tu aku mengajar budak menengah rendah yang umur sekitar 13-15 tahun. masa ni budak sangatlah aktif. adrenalin melebih-lebih. jadi aku kena garang. kalau tidak yang terjal nanti pijak kepala pulak.dengan garangnya aku ni lah banyak sungguh peristiwa yang tak dapat aku lupakan berlaku.

aku memang pantang tengok budak kecik bersolek pergi sekolah. paling geram yang cukur bulu kening, kemudian cover dengan celak. kalau buang celak tu nanti licin je muka tak ada bulu langsung macam ikan keli. kerana aku cikgu disiplin, aku berani aje bertindak ikut apa yang aku fikir logik. contohnya kalau dah degil sangat bagi warning banyak kali tak mahu dengar, aku panggil budak tu ramai-ramai kemudian aku celakkan pakai permanent marker dan suruh berdiri depan bilik guru.

ada yang serik, ada yang tidak..tu belum baju senteng, tudung singkat, kain macam nak ke sawah...
pelajar cina kalau kelas-kelas hujung tu, datang sekolah untuk tidur aje. kalau bangun tidur pun nanti bergaduh atau ponteng. ada seorang tu aku ingat lagi tingkatan 2F, memang penidur tegar. kawan-kawannya bagitahu tak payah marah-marah sebab buat sakit mulut saja. setiap malam budak tu pergi disko sampai 3 pagi. memang la mengantuk..



sekali peristiwa aku nak masuk kelas aku terpempan depan pintu. ada ke patut ada anak siapa entah tulis guna marker pen besar-besar kat pintu  `CIKGU DAN ANJING DI LARANG MASUK`.agak kurang ajar budak tu. masalahnya sapa nak mengaku. budak pagi kata budak petang, budak petang kata budak pagi.last-last aku rasa budak tu hidup dia mesti tak tenteram sebab kena sumpah dengan cikgu setiap kali mereka terbaca tulisan tu. yang pasti tu mesti kerja budak melayu.

kalau kita dah lama dalam perkhidmatan kita akan pakar dalam bidang kita. aku rasa salah satu kepakaran guru ialah tengok tulisan dah tahu pelajar itu bangsa apa.dari segi bentuk huruf dan lenggok bahasa memang boleh teka. aku ada seorang kawan guru namanya kak Ita. (arwah) meninggal kena sakit darah tinggi di usia 30-an. satu ketika, kak ita sangat tension dan menangis berhari-hari kerana ada budak tulis nama dia dengan sesuatu yang tidak baik. aku tak ingat apa, tapi gaya-gaya mencarut lah.

kalau aku nak buat macam kak ita aku rasa aku boleh jadi gila. dekat bengkel seni tu, macam-macam benda budak tulis tentang aku, kalau dapat budaknya aku lempangkan aje. kurang ajar sangat kan. satu ketika, ada budak cina perempuan yang sangat anti dengan aku sebab dia sangat banyak kali kena marah kerana sikapnya yang menjengkelkan telah mencarutkan nama aku di meja bengkel. aku dapat tangkap dia sebab aku akan chek setiap kali budak nak keluar dari bengkel setiap meja kerusi. aku lempang dia sebab kurang ajar sangat.

esoknya dia datang bawa parent dan adik beradiknya. aku dipanggil ke bilik penyelia petang.aku tak kisah, aku cakap je la apa yang benar nanti. belum sempat aku kata apa apa, abang budak tu jerit nama aku..`Puan Jana?`...kemudian dia bebelkan adik dia dalam bahasa cina.entah apa pun aku tak faham. kemudian dia terangkan kepada mak dia siapa aku. kemudian budak perempuan tu kena marah family dia semula. hahaha. korang tau kenapa? sebab abang budak tu ialah bekas ketua pengawas di bawah seliaan aku masa dia sekolah sesi petang...jadi dia tahu apa aku buat bukan nak menganiaya adik dia, cuma nak bagi pengajaran. kes berakhir dengan macamtu saja.

KALAU AKU TAK NAK, KAU NAK BUAT APA?

peristiwa ni berlaku pada kawan baik aku, Ina (inot). masa tu Inot baru posting. masih takut-takut. dia datang pada aku menangis-nangis. aku tanya kenapa. dia story, ada sorang budak tingkatan 2 tu biadap dengan dia.Inot suruh budak tu pungut sampah kat meja dia sendiri. tengok inot lemah lembut gitu, naik tocang le budak tu. lagi dia angkat kaki dia atas meja macam along dalam wayang sambil cakap  `kalau aku tak buat , KAU nak buat apa`? apa perasaan korang kalau anak kau panggil `engkau` kat kau?menyirap kan?inot tenung dia, lagi dia jegil mata kat inot.

aku tanya Inot, `kau buat apa not?`...`saya nak buat apa kak, saya tengok je la. nak dipukul badan besar...`..ooo, tu yang lepas tu tak tahan dan menangis mengadu kat aku..hehehe....kalau aku yang kena memang aku rotan je.hm, anak siapa lah tu...korang bayangkan, budak umur 14 tahun boleh cakap macamtu dengan cikgu dia. entah macamana dia cakap dengan emak bapa dia kat rumah. sah-sah anak derhaka ni.

rasanya sekarang budak tu dah kahwin, umur agak aku dah 24-25 gitu. aku berdoa semoga dia tak mewariskan kejahatan kepada generasi dia.kalau tak habis disumpah seluruh keturunan dek cikgu-cikgu...

MAGEN

aku ingat sorang budak nama magen.nakal nauzubillah.asyik kena rotan dengan penyelia petang. tapi budak-budak ni cerdik. nanti mereka masukkan buku buat alas punggung. kalau kena sebat tak sakit. tapi Cik Rahmat lagi cerdik. dia pakar dalam membezakan bunyi punggung beralas buku atau tak. kalau dia pukul bunyi kelepek..kelepek semacam je, dia suruh budak bukak seluar. haha. kalau kantoi ada buku, mati budak tu kena sebat double sebab menipu. takut betul budak-budak dengan cikgu rahmat. nampak dia lalu terus mencicit lari.

si Magen ni punya nakal sampai mak dia datang sekolah jumpa kami dan cakap, `cikgu, saya mahu kasi berhenti ini budak, baaanyak kasi susah sama saya, balik kampung, jaga lembu lagi bagus!!`...kemudian Magen pun berhenti. tapi tak balik kampung pun. lepas berhenti tu rajin pulak datang sekolah. terpekik terlolong kacau kawannya dalam kelas.ronda-ronda dengan baju cap tengkorak dia tu tawaf sekeliling sekolah. satu hari dia buat perangai hero tamilnya tu. dia cakap-cakap sekuat hati dan jerit-jerit. menceroboh sekolah segerombolan dengan budak-budak tak bersekolah. Magen tak perasankan aku yang perhatikan dia dari tingkat atas. aku tengok aje, apa lagi yang dia nak buat.

masa tu jauh lagi dari tempat aku berdiri. sambil dia berjalan, dikerumuni hero tamil lain, bangga bercerita ntah apa benda mereka buat bising. bila dah dekat betul-betul kat blok bawah tempat aku berdiri tu aku jerit kuat-kuat nama dia. `Magennnnn!!!`. terperanjat beruk dia dan kawan-kawannya. dia tak pasti siapa yang sergah dia tapi dek terperanjat tu mereka bertempiaran lari tak cukup tanah.ada yang lari ke depan, ke belakang, terjatuh pun ada. terperanjat punya pasal. aku rasa kelakar sangat, budak-budak dalam kelas pun pakat jenguk ke bawah dan gelak ramai-ramai. hm, aku ingat berani sangat.hehe... lepas tu tak pernah jumpa magen lagi.

CANTIK TAPI TAK CERDIK

peristiwa berlaku dalam kelas 2H kalau tak salah aku tahun-tahun 98 gitu.aku sangat letih kalau tengok budak-budak ni tak faham-faham , tak boleh ke buat rutin bersihkan kelas tanpa perlu disuruh. suka betul bergelumang dengan sampah. jijik tekak aku tengok kotor betul kelas dengan sampah sarap dan habuk serta kerusi meja tunggang langgang. budak perempuan hampir separuh kelas tu. muka masing-masing putih melepak bertempek bedak, kening cukur, kuku runcing, baju licin berseterika.pendek kata menangis lah Tiz Ziqyah tu kalau tengok. tapi kat bawah kaki tu kalau pijak boleh tergelincir la rasanya sebab dengan kotor dan basahnya plastik bekas air minuman.bersepah-sepah.

konon nak guna cara psikologi kali ni. aku diam aje. aku duduk dan tengokkan muka semua. memang la diam.tapi tak seorang pun bergerak ambil penyapu ke, pungut sampah ke. jadi idea aku ialah kaedah `kapimpinan melalui teladan`. aku dengan tenangnya ambil penyapu. sapu bahagian depan. kejap algi aku harap ada la sorang dua budak perempuan yang ambil sapu tu dari aku. eh, dah bersih depan ni tak ada sapa pun gerak. aku sabar lagi.

aku gerak ke meja murid pulak. aku sapu kat tepi-tepi anak dara semua tu. saja je aku uji , aku kata `tolong alihkan kerusi, saya nak sapu tempat kamu ni...`...kalau korang kat tempat budak tu, sanggup tak kau biar cikgu kau sapukan tempat kau?fikir tak betapa kau merendahkan martabat cikgu kau bila kau buat begitu? aku yakin kalau korang yg jadi budak-budak   tu mesti ambil penyapu dan menangis-nangis minta maaf kerana buat cikgu macam tu kan. sebab korang baik dan berakal.

tapi, korang tahu apa budak-budak tu buat?bila aku suruh angkat kerusi sebab aku nak bersihkan tempat dia, bukan kata nak minta maaf dan ambil penyapu tu untuk sapu sendiri... lagi diaorang angkat kerusi SURUH AKU SAPU!

aku tak tahu nak marah atau menangis. bebal sangat kah fikiran, tak tahu bezakan cikgu atau tukang kebun. tak tahu bezakan cikgu betul nak sapu atau perli sikap mereka...aku rasa sedih sangat.

TAPI, tiba-tiba ada seorang BUDAK LELAKI CINA datang padaku dan kata `cikgu, biar saya sapu!` . kemudia dia pandang budak-budak perempuan melayu tu dan kata `lu orang tak ada otak ka suruh cikgu sapu lu punya tempat !  haiiiyyaaa...`

kelas pun jadi senyap. aku bersyukur kerana ada lagi manusia yang tak buta hati. yang penting dia menyelamatkan maruah aku sebagai guru yg nak main psikologi tapi tak berjaya.
bila aku terkenang kembali peristiwa ini aku berdoa pada Allah supaya budak lelaki cina itu mendapat kebaikan dalam hidupnya . sekurang-kurangnya dapat isteri yang baik dan RAJIN MENYAPU RUMAH.dan semoga budak-budak perempuan itu berubahlah jadi baik. agar tidaklah jadi suri rumah PEMALAS. harap muka saja cantik, tapi fikiran tak cerdik, buat apa.

Selasa, 14 Jun 2011

Memoir Aku Seorang Cikgu (5)

14 jun 2011
selasa (5.09 petang)

berpuluh hari kutinggalkan diari maya ini, rindu sungguh nak menulis. kucuri masa yang tersisa ini.nak ku sambung memoir hidupku yang telah ditakdir, ambillah yang baik, tinggallah yang buruk.

selepas habis pengajian, aku menganggur di kampung.bosan tak ada duit, aku mula cari kerja. sementara nak dapat panggilan bertugas tu, tak sanggup aku nak menghabiskan beras mak aku aje.akhirnya dapatlah aku kerja di senai.operator pengeluaran juga.aku low profil je, tak ada la aku menghebahkan kepada jemaah kilang tu aku ni cikgu.lagipun kerja pun tak tentu lagi dapat kat mana dan bila...

pergi subuh buta, balik malam buta. sentiasa tak nampak matahari. lama-lama aku yang buta. aku tak seronok kerja tempat ni walau orangnya baik-baik. tak kerasan orang kata.tambah menakutkan aku ialah driver van kilang aku tu bawa van macam bawa bugatti veyron yang boleh lari 100km 2-3 saat. setiap kali selekoh tajam aku mengucap banyak-banyak dan pejam mata. ngeri aku. takut nanti mak aku menangisi orang tersayang. hehe...

oleh yang demikian, aku pun berhenti kerja dari kilang tu. aku ikut makcik aku, cik mon. aku naik bas kilang dari parit madirono.jadi aku mula kerja di VS, senai. low profil juga.  cuma , aku tak suka kerja sini sebab kilangnya management serupa komunis. dekat line aku tu ramai budak Aceh yang masih kukuh pegangan agamanya. jadi kalau tak warak pun, solat sentiasa dijaga. time waktu sembahyang, masing-masing nak sembahyang. memang la gilir-gilir. tapi dah tandas pun sikit, surau kecil, memang agak makan masa la. lama-lama supervisor dan leader merungut. asyik sembahyang aje line jadi kalut sikit. aku dah mula bengang.


dalam hati aku apalah sangat nak kecoh. kalau operator solat, kau ganti je la sekejap. sampai satu tahap, aku bengang betul ada sorang supervisor.ke atau leader tu umumkan, ada satu line khas untuk orang sembahyang je. wth?yang beratus-ratus muslim tu tak sembahyang ?tak payah sembahyang? tak boleh sembahyang? aku rasa pihak pengurusan muslim gagal memberi pemahaman kepada pengurusan kilang betapa solat itu wajib bagi muslim. apa hal kau nak kejar sangat dunia ni sedang tuan punya dunia nak jumpa kau 5 minit pun kau berkira?

aku menyampah betul dengan orang-orang bodoh sombong macam tu. akhirnya aku berhenti. protes. protes kat sapa entah. bodoh pun ya juga. mana taknya, gaji tak dapat lagi dah ponteng suka-suka hati.3 hari aku tak datang. makcik aku datang rumah pujuk aku. aku kata tak heran la dengan gaji seciput tu nak sembahyang pun susah sangat. . makcik aku pujuk aku datang kerja beberapa hari sebab sayang dah jadi pecacai dekat sebulan tak dapat gaji. lagi dia kata aku boleh sembahyang bila-bila masa dan berapa lama aku suka.

jadi aku pun pergi lagi kerja. sampai sana, betul makcik aku kata. takde sapa yang berani merungut atau buat muka kalau aku nak sembahyang. hehe. rupanya makcik aku sudah bagitau agaknya masa aku ponteng  tu  kat leader bahawa aku ni bukan budak lepas spm yang boleh diperkotak katikkan.aku ni sebenarnya cikgu.

pengalaman yang betul-betul mengajar aku bahawa ilmu itu memuliakan pemiliknya. dengan ilmu, kita akan dipandang mulia. persepsi orang akan berubah.merenung sedalamnya, bukan gelaran `cikgu` itu yang membuat orang menghormati pendirian aku, tapi ilmu yang memartabatkan hidup aku itulah penyebabnya. korang semua, lengkapkanlah diri dengan ilmu. tak semestinya korang suri rumah, pekerja kilang, penjual nasi lemak atau siapa sahaja tak boleh tambah ilmu. banyaklah membaca. itulah kuncinya.(tapi pilihlah bacaan yang baik.setakat kau baca MANGGA  atau URTV baik tak payah)

janganlah kita dipandang bodoh dan tin kosong bila orang dengar kita bercakap. jangan sampai orang kata kat kita `engkau ni nampak cerdik bila diam.`.bisa tau...kecuali kau telinga kuali.

ada orang tanya aku boleh ke kita cerdik kalau sekarang ni kerja kita cuma operator pengeluaran? jawabnya BOLEH. dengan syarat rajin la membaca, cari ilmu dunia akhirat. seorang operator pengeluaran yang RAJIN MEMBACA 1000 kali lebih bijak dan baik daripada seorang cikgu yang MALAS MEMBACA, berhenti membaca lepas habis belajar sebab dia rasa dia dah cerdik sangat.

kecerdikan itu tidak selamanya bergantung kepada status anda kini, tapi APA yang anda buat untuk diri anda sekarang inilah yang menentukannya..

akhirnya bila aku  dah dapat gaji, aku berhenti. kak lin dah dapat tawaran mengajar di Benut. alah, bestnya hidup. kat kampung je. rezeki kak Lin .aku yang berdebar. tak tahu ke mana aku nak dihantar. bila telefon, confirm aku dapat sekolah menengah dekat Senai!

 pekan senai yang banyak memberi nostalgia dalam hidupku.terima kasih pengalaman.

aku dah pening, masa nak lapor diri aku tak de sesiapa. nak bawa mak bapa aku pun lagi menyusahkan mereka, dah lah buta huruf, tak ada kenderaan , nak menemankan aku pulak. jadi aku cakap kat mak aku okey aje. aku cari sendiri.

berbekalkan beg berisi 3 helai baju, sebuah seterika dan duit mak beri RM100 aku redah aje. aku tumpang bas kilang aku tu dulu, sampai Kulai aku diturunkan di perhentian bas Kulai. sungguh aku tak tahu sekolah tu kat mana. aku naik teksi, kena caj RM12. aku bayar saja, dah tak  tahu tempat jangan banyak songeh lah kan. mahal pun mahallah.aku lapor diri sorang-sorang pagi buta tu. tapi disuruh mengajar sesi petang. pening kepala aku tak tau nak lepak mana sementara tunggu petang.(bila dah agak lama, baru aku tau tambang kalau naik bas dari bas stand ke sekolah tu RM 1 je...alahai...)

mujur ada kakak-kakak sesi pagi yang sudi tumpangkan sekejap rumah mereka.aku pun tumpang la. adat menumpang, serba tak kena.tengah hari tu, aku pergi sekali lagi. aku sudah kena cultural shock budak pekan. maklum, selama ni ruang lingkup hidup aku Sekolah Betak dan Benut aje.Dari pintu pagar sekolah tu aku dah nampak van polis parking. ada siap polis bawa gari.budak india, melayu cina, punya ramai sampai terpaksa beratur saja berbondong-bondong diiring ke balai. aku dah seram sejuk dah. tak pernah seumur hidup aku ni nampak polis terpaksa dibawa masuk sekolah sebab kes gaduh.aku membayangkan kejutan demi kejutan yang bakal berlaku.

sampai pejabat, aku lega kerana dipertemukan dengan 4 orang kawan yang sama posting rupanya. ada sorang namanya kak Rahmah, orang sebelah kampung aku. nyaris dulu nak jadi kakak ipar aku sebab adik dia suka ngurat aku. hehe. tapi aku tak mo. aku setia dengan cinta hati aku. aku sangat lapar, dari pagi tak jamah sebarang makanan, sampai ke malam tu baru aku dapat makan kat kedai. tidur la kami satu malam kat rumah kakak-kakak tu. tapi aku, nani dan kak mah pakat-pakat nak cari rumah lain sebab tak selesa..

esoknya nani bagitahu ada khabar gembira. ada seorang murid dia kata ada rumah kedai bapa dia depan sekolah, seberang jalan, kosong. RM400 sebulan. kami tak banyak cerita setuju aje, bukan senang nak cari rumah sewa.

kebetulan selang esoknya hari sabtu-ahad, jadi kami balik kampung sekejap bawa apa yang patut dan gotong royong basuh sendiri rumah tu sebab lama tak berpenghuni. kami tinggal tingkat atas. rupanya susah betul nak tidur sebab malam panas sangat, nak beli kipas tak de duit.betul-betul tepi jalan buat aku terfikir orang bandar ni hidupnya sungguh meletihkan. entah apa yang dikejar. sampai pukul 2-3 pagi jalanraya kat senai tu masih sibuk dengan kenderaan, berhenti sekejap aje. bila aku terjaga pukul 5 pagi kenderaan sudah banyak macam hari siang. hmmm...penatnya hidup di bandar..

setiap kali balik mengajar, kami sentiasa berbual tentang apa yang berlaku kat sekolah, hari-hari tanpa jemu.macam-macam peristiwa.aku terpaksa mengajar Kemahiran Hidup.pengkhususan aku BM dan Seni. pening kepala aku. mana aku tahu?budak kena buat projek litar lampu dan projek rak kaset daripada kayu. yang litar letrik tu lagi la aku tak faham. ada tak ada pun, pernah lah tengok lampu led, katod, anod tu masa kerja kilang dulu. ish. problem betul.akhirnya aku minta tolong cikgu Yazid, seorang cikgu lelaki lembut tapi baik hati. dia ajar aku buat rak kaset, jadi bolehlah aku ajar pulak budak-budak ni. dalam bengkel. nak pengsan aku mengawal budak yang main gergaji macam lawan pedang. takut betul aku kalau budak luka.

sungguh siksa aku mengajar kemahiran hidup tu. mujur tak lama. selang beberapa bulan, aku mengajar BM dan ABM. kelas aku peralihan. peralihan yang paling last. huh, tension ada, kelakar pun ada.

Rabu, 6 April 2011

Memoir aku seorang cikgu (4)

satu yang tak boleh tahan bila balik Tg Malim dari kampung ialah setelah berhempas pulas bersesak di Puduraya, kita terpaksa sambung bas KL -Tanjung Malim. tak jauh, 1 -2 jam dah sampai. masalahnya masa beli tiket kat kaunter dia suruh kita pergi platform 12. tiba-tiba nanti bas tu sampai dekat platform 21. berlari-lari la penumpang ni berkejar. berebut-rebut naik. aku tak suka hidup tak bertamadun macamtu, tapi terpaksa kerana nombor tiket tempat duduk kau tiada erti.

inilah cik c, teman sepraktikum aku.dia banyak mengajarkan aku beberapa nilai hidup.
tapi aku tau dia pun tak tahu mana satukah nilai hidup itu sebab aku tak pernah ungkapkannya. hanya setelah 15 tahun ini. terima kasih cik c. aku simpan dalam hati segala kenangan indah bersamamu..

suka-suka hati aje orang nak duduk tempat kau. nak marah, semua orang buat macamtu. jadi terpaksalah kau duduk tempat orang pulak. sepanjang jalan tu aku rasa sangat bersalah. tapi Puduraya tu banyak mengajar aku erti hidup . macam-macam orang aku jumpa.paling tak boleh lupa masa aku nak pergi praktikum ke teluk intan dengan cik c. aku sampai KL pukul 3 pagi. zaman tu tak ada telefon bimbit. kalau ada pun tak mampu nak beli. aku bergantung kepada nombor telefon rumah cik c yang dia bekalkan. cik c pesan kalau dah sampai ,telefon, nanti dia ambil. cik c duduk cheras. dah lah masa tu bas tak singgah pudu, kami semua turun kat mana ke entah dan aku ikut aje orang menapak ke pudu.

aku sampai sana, aku telefon cik c. tak dapat. 2-3 kali aku cuba. tukar sikit-sikit nombornya. tak dapat juga. salah ke rumah orang pulak. nasib baik tak kena maki hamun ganggu orang tidur 3-4 pagi tu. alahai, aku dah panik ni. dah la baju punya berat,letih dari kampung tak hilang, telefon dia aku tak dapat. aku nak menangis dah ni. nak ku tuju Teluk Intan sorang-sorang bukan aku tahu. cik c yang survey dulu dengan abang ad dan bali. aku pun tak ada nombor budak lelaki dua orang tu.

rasa nak menangis sangat dah. alahai, macamana aku nak buat. bingung sekejap. bukan boleh pun aku ke maktab semula, semua orang dah nak pergi tempat praktikum masing-masing. aku tenangkan hati, aku lepak kat surau sebab dah nak subuh.lepas solat, aku turun ke kaunter tiket macam orang tak ada hala tuju. aku tawakal saja pada Allah. tak tahu nak buat apa dah. aku tak ada telefon, rumah mak aku tak ada telefon, telefon rumah cik c pun salah...masa aku berlegar-legar tu aku ternampak sosok tubuh seorang yang aku rasa kenal dari belakang. aku jerit   ...`kak syikin!!!` dia berpaling dan macam drama swasta dia pun jerit nama aku `anaaa`...aku sangat lega. aku lari-lari peluk dia. aku becok bercerita penderitaan aku selama 4-5 jam tersadai kat pudu. dia pun tension sebab aku tak telefon-telefon. rupanya nombor dia memang salah.

pengajaran sungguh.lepas peristiwa itu sampai sekarang kalau hal berkaitan nombor telefon aku akan tanya 2 kali atau lebih supaya betul. (ita akan kata,eleh, tu pun lupa juga. asyik hilang aje nombor  telefon aku kan..sambil cekak pinggangnya yang kurus itu...hehe)

inilah aku dan kawan lelaki yang turut sama praktikum. abang ad dan yang muka separuh tu hambali. baju kuning tudung putih tu mak jemah, tuan rumah aku yang sangat baik hati. rindu pulak dengan mak jemah..

kami pun bertolak ke Teluk Intan. sampai sana disambut oleh PakMukhlas,tuan rumah tempat kami nak tinggal nanti.mereka sangat baik hati,aku sungguh terharu. mak zaimah sangat pembersih orangnya. rumahnya, lamannya,segalanya sangat bersih,naik segan aku dibuatnya.kami duduk tingkat atas, mak jemah tidur di tingkat bawah. tingkat atas sangat panas, maklumlah dekat sangat dengan atap zink dan tak berkipas tu. mak jemah kata dia pun tak sanggup naik atas kalau tengah hari, nak terbakar rasanya.tapi aku dan cik c takde pilihan, itulah tempat paling selamat untuk kami buka tudung.

abang ad dan bali duduk rumah depan, rumah arwah mak makjemah.kalau makan diaorang datang la rumah kami tinggal tu.bila malam belajar kami buat lesson plan, nanti bali akan buat suara hantu lah, burung hantu lah...walhal dia tu penakut. pernah dia terlompat lari dekat abang ad sebab terperanjat kan apa ntah.

tingkat atas tempat kami tinggal tu pun angker. mak jemah ada cakap juga, tapi kami nak tidur mana lagi.
satu pagi, cik c bagitau aku,`ana, kenapa kak syikin panggil-panggil ana tak bangun, teruk tau kak syikin kena`. ah sudah, aku ni dah lah penakut. aku tanya kenapa?`malam tadi kat pintu bilik tu, betul-betul atas kepala kita ada mahkluk berdiri, tengokkan kita aje. ` aku rasa macam nak melompat masa tu juga, tapi aku pura-pura berani.nasib baik kami tak diapa-apakan. malam-malam berikutnya aku takut sangat tapi kerana tak ada pilihan aku gagahkan juga.lepas pada tu, sumpah aku tak naik tingkat atas kalau cik c tak naik.

aku berposing manja di rumah mak jemah.kat tingkat yang ada tingkap tu la ruang atas tempat kami lepak-lepak.

inilah SK Sri Baru, Kg.Sri Baru, Teluk Intan.bergambar dengan makcik kantin, di belakang kantin . Mural tu aku dan cik c siapkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
JELUN

di sekolah ini aku mencatat sejarah . aku mencatat pengalaman. aku belajar dari banyak kesilapan.tapi yang membuat aku terhukum hingga kini ialah kezalimanku ke atas seorang manusia bernama JELUN.

yang dipangkuanku itulah jelun,pada hari hari terakhir aku di sekolah itu. jika pada waktu itu umur jelun 8 tahun, sekarang ini sudah tentu 23. dah besar anak-anakku ini.muslimin itu juga ada ceritanya.

jelun darjah dua. jelun anak istimewa. dia hidup dengan dunia sendiri. memandangkan tiada kelas pendidikan khas, jelun duduk saja di kelas biasa.masalahnya dia tidak boleh diajar dengan kaedah biasa. jelun ikut kata hatinya sendiri. kadang aku terpaksa mengejarnya, tangkap dan kendong dia supaya dapat duduk diam. tak sampai 3 minit nanti dia berlari-lari keliling kelas. kadang-kadang ketawa kuat-kuat. kadang-kadang bercakap sorang-sorang. kadang-kadang tidur.hingus sentias meleleh,sampai masuk ke mulut,sampai naik hijau warnanya. dia peduli apa, dia kesat aje kat tangan.kadang kat lengan baju. kadang biar kering sendiri. hu Allah, sabar je lah.

aku kasihan, tapi aku tak pakar menguruskan budak istimewa.kalau melayannya, apa nak jadi dengan 30 orang lainnya. mereka perlu belajar. tapi kadang jelun agak mengganggu.kadang nak marah juga.

masalahnya pensyarah penyelia nak datang. nak tengok kami mengajar.suatu hari, En. Mat Akhir pensyarah aku hubungi dan kata nak datang beberapa hari lagi. sebagai pelajar, aku kena fikir yang terbaik.jauh dari tanjung Malim ke Teluk Intan, tak kan aku nak buat En. Mat Akhir kecewa. aku buat sungguh-sungguh.Ya, akhirnya pada 4/3/1996,pukul 9-45 hingga 10.45 pagi, aku berjaya. aku dapat A dan ulasan positif. memang itu yang aku kejarkan sangat.kononnya, alang-alang buat biar terbaik.hmm,baiklah sangat...


tapi Ya Tuhan, aku berlaku tidak adil kepada Jelun. aku tak mahu dia ada dalam kelas, nanti pasti kelas aku terganggu seperti biasa. jelun bukan kira ada orang ke, siapa ke, dia suka hati aje nak buat apa. tergamak aku, atas kepentingan aku sendiri, yang nak mengejar `A`, meminta cikgu Damanhuri untuk tolong bagitahu keluarga Jelun supaya budak ini tak payah hadir ketika aku diselia. oh, di manakah belas kasihanku. apa rasa mak ayahnya. apa rasa jelun, walau dia tak pandai berinteraksi dengan sempurna. kenapa dia tidak dialu-alukan hari itu...masa aku nak khabarkan kemahuanku pada cikgu Daman tu pun sebenarnya aku malu tapi rasa anak muda yang tak berfikir panjang, mengejar markah tinggi lebih menguasai.

memang kelas aku sempurna tanpa jelun, tapi kini aku rasa amat malu padanya. aku amat malu dan rasa tidak berhak menerima `A` dengan cara begitu. sepatutnya kubiar saja Jelun datang, buatlah apa dia nak buat. tak perlu aku hipokrit menunjukkan aku boleh kawal kelas, sedang hakikatnya...jelun, kalaulah dapat cikgu undur masa, cikgu akan benarkan jelun duduk dalam kelas.cikgu akan biarkan jelun berlari-lari keliling kelas macam biasa. cikgu akan diamkan saja kalau jelun nak menjerit-jerit menyuarakan ekspresimu.kalau kamu nak tidur, tidurlah. kalau kamu nak jerit,jeritlah. maafkan cikgu jelun, sungguh-sungguh cikgu minta maaf. kekuranganmu membuat cikgu yang rasa sangat hina,kerana tidak mahu menerima kewujudanmu sebagai insan istimewa. jelun, cikgu rasa terhukum...kalaulah cikgu boleh jumpa kamu lagi..

setiap kali aku tatap gambar jelun kat atas tu, aku rasa hiba, sayu, malu.semuanya berbaur. seumurku tak kan lupa kesilapan ini. aku tak akan menghukum orang lagi.jelun, namamu terpahat di hati ini. kau tidak berdosa, dan tak kan pernah berdosa. maafkanlah cikgu jelun.sekurang-kurangnya kekurangan kau itu menjaminmu dengan syurga, sedang cikgu ini yang sempurna banyak soal jawabnya.jelun, ...

(aku tak boleh teruskan..aku rasa sayu sangat. Tuhan, izinkan aku ke Teluk intan sekali lagi. ingin ku ziarah mak jemah sekeluarga dan jelun, apa khabarnya...).
..........................................................................................................................................

ita:zalimnya ko na...
jijah:ha ah. apsal ko ni
hajar:tak baik tau jane
suzen:kau ni, apa buat anak orang gitu..
mus:jana, kau ni kenapa. 
napi.he eleh
aku:waaaaa...jangan la marah. kan aku dah ngaku salah....nanti ada rezki aku nak pergi teluk intan, cari mak jemah dan jelun. th dah kawin budak ni..waaaaa

Selasa, 5 April 2011

memoir aku seorang cikgu (2)

5/4/2011.selasa. 5.24 petang.

inilah rupa aku yang macam sangat riang kerana sudah hidup bebas,berdikari. gambar diambil waktu nak pergi Puduraya nak beli mesin taip OLIVETTI. harga RM250-300 kut. baru 2-3 minggu kut belajar di IPSI..ketika ini.(ambil gambar depan bangunan IBU KANDUNG, bangunan induk IPSI.


khabar gembira aku dapat masuk maktab dikongsi juga oleh kak idah. antara kakak- kakak aku yang 5 orang tu, dia yang berjawatan dalam kerajaan jadi misi. (sebab tu dia paksa mira anak sedara aku jadi misi, walau entah ira tu minat ke tidak. sekarang kak idah dah jadi apa ke nama, patron, ke apa ntah. dah tak buat kerja misi, menyelia aje budak misi buat kerja.)
 aku ingat lagi, balik kerja naik beskal terus pergi klinik  Pt Ismail (rumah kuartes kakitangan ) dan berlonggoklah kami di sana.

maka pada malam sebelum pendaftaran ,aku ,mak, bapak, kak idah, abang lan,kak lin (sedara abang lan yang dapat masuk maktab sama dengan aku), kak roha dan abang ju (ex-husband dia) pendek kata satu kampung lah bertolak ke Tanjung Malim, Perak.naik van abang lan. aku teruja sungguh bila sampai KL, lenguh leher aku sebab mendongak aje tengok bangunan yang bergemerlapan dengan neon indah  dan lampu lip-lap. oh, cantiknya KL.jakun betul rasanya, maklumlah selama ini paling grand pun aku tengok lampu bangunan kat Spg. Renggam aje, sungguh kampung hidup aku kan.

lupa nak cakap, sebelum pergi mak bagi aku buku bank ASB.mak kata pandai-pandai lah kau, buat belanja.aku buka, duit dalam tu ada RM2000 lebih. aku tak terkata, air mata aku nak menitik.tapi kerana ego tinggi aku kesat mata aku cepat-cepat. konon masuk habuk. mak pagi petang siang malam banting tulang, kekang selera.  makan ala kadar.  lepas noreh ke kebun sawit, kalau tak pun tanam pisang atau cili...mak tumpahkan.airmata, keringat dan darah untuk aku....oh mak...tak terbalas jasamu......mak...orang rindu kat mak...jumaat ni orang balik tengok mak ye....

aku nak peluk mak dan cakap terima kasih, macam dalam drama melayu kat tv tu...tapi aku diajar untuk menyembunyikan perasaan. jadi aku tak peluk mak, aku cakap terima kasih je. huh,...aku teringin cium-cium pipi mak, peluk-peluk mak, mak sayang kat aku. tapi mak garang dan tak berinteraksi sangat dengan aku. maka kerana aku remaja keadaan itu buat aku jadi renggang dengan mak...mak...kalaulah mak pandai baca, mesti mak tahu betapa sayangnya orang kat mak. cuma orang tak pandai nak cakap kat mak....mak...orang rinduuu   sangat kat mak....

sebenarnya sebelum mak bagi buku bank tu aku blur sangat. aku bukan ada duit sangat. ada seratus dua tu je la. mana cukup. tapi aku pasrah je. ada ke tak de ke lantak le situ. aku pergi je.rupanya mak sudah ada perancangan untuk aku...aku mesti buat blog istimewa untuk mak, Pn. Supurah Bt Tahir. nanti aku coretkan segala tentang mak. mak, i love u mak....

adui, mesti korang dah sebek-sebek muka nak menagis kan. sebenarnya banyak sedihnya hidup aku ni...gelak je kau nampak. masa aku nangis kau tak tengok.masa dulu, dulu aku kata tau, dulu... hidup aku berantakan. mak ayah aku tak berapa harmonis. ada saja yang jadi bahan perbalahan. hari-hari ada je gaduh. aku ingat kalau budak sekarang mesti lari dari rumah dah. tapi dulu nak lari ke mana?setakat rumah suzen tu sepelaung aje. rumah ita, jijah pun tak jauh mana. daripada aku buat kerja bodoh lari yang tak berapa jauh macamtu baik aku lari ke kebun sawit je. kau tau jane, kat kebun sawit belakang rumah cik Yang tu kan kebun mak aku. bila aku tension, aku lari pergi sana. tepi sungai tu ada pokok pinang dan sawit yang rendang. lepas aku pastikan tak ada orang aku akan nangis tersedu-sedu. sampai aku bermonolog (cakap sorang-sorang). kadang aku rasa aku pelakon drama swasta pulak.

merambu-rambu air mata aku keluar...beratus-ratus ayat luahan perasaan aku ucapkan, sorang-sorang...sampai hati aku puas. sampai aku tak sedih lagi. jiwa aku kacau sungguh.kadang masa tengah sedih macamtu hati aku terlintas agar terbukaklah mata aku ni nampak kampung bunian ke, alam apa-apa ke. biar aku pergi sana. biar mak ayah aku cari aku. sebab aku dengar kampung bunian cantik. hidup aman damai. orang baik-baik. tapi satu je aku tak sanggup. orang kata kalau makan mi sebenarnya makan cacing. eiuu..tu yang aku geli tu...bila ingat macam tu, cepat -cepat aku tarik balik niat aku. nasib baik Allah tak kabulkan permintaan aku untuk ke kampung bunian.

eh, apa aku merepek ni...tapi  sebenarnya kaitan cerita aku ini ialah tentang perasaan. dalam macam-macam perasaan tu, sebenarnya aku terlalu gembira. inilah peluang untuk aku lari dari `neraka` rumah aku yang sangat kacau.walaupun begitu, aku tak salahkan orang tua aku. mereka sangat letih dengan hidup. miskin buat kita bagai nak gila. miskin buat kita kerja mati-mati tapi hasil tak seberapa. miskin sangat memualkan, jengkel, benci, geram...semua jadi satu. mak sangat letih bekerja dan tak juga nampak senang.jadi mungkin itulah sebab mak jadi bengis masa tu...aku tak salahkan mak. tapi ketika itu aku remaja yang tak suka kekacauan.

peluang tinggal di maktab buat aku sangat gembira. aku boleh berdikari. aku dapat atur hidup sendiri. aku tak perlu dengar mak ayah aku berselisih faham. aku tak perlu kecil hati kalau mak marah-marah aku..ya, hidupku bebas. sebebas burung di angkasa. cuma tu lah, aku jauh dari cinta hati aku...tapi kesimpulannya aku sangat bersyukur kerana aku ada sebab untuk keluar dari rumah tempat aku dibesarkan. dan keluarnya aku itu tidak memberi sebab yang patut dibimbangkan oleh mak. aku keluar mencari ilmu.

makanya selesai urusan pendaftaran, aku sangat gembira . sepatutnya orang berduka nak pisah dari keluarga. aku terbalik pulak..masih ku ingat kak idah bawakan baldi dan gayung bawa dari rumah. punya naifnya, aku rasa tak penting benda tu. maklum, seumur hidup tak pernah masuk asrama.budak tak berapa cerdik lah katakan. bukan macam suzane, lepas form 3 je masuk kelas sains kat benut...

rupa-rupanya baldi,gayung dan sejadah yang kak idah bagi tu la paling berguna. tak perlu lagi aku ke pekan beli benda-benda asas tu...aku didaftarkan dalam blog H4. Blok Ahmad Bakhtiar.aku suka pemandangan kat sini. depan blok ni ada rumah lama, dekat la kut seratus tahun. rumah R.O winstead ke O.T Dussek ke.tak ingat sangat. yang penting, rumah lama pegawai inggeris.sekitarnya adalah taman astakona (nama taman ni pun tak ingat sama ada kebetulan atau aku salah sebut atau memang sama dengan nama lagu yang popular masa tu, taman astakona.) ada cerita best tentang rumah lama tu...nanti aku cerita..

................................................
ita:ala, habis ke? cerita la...cerita la..
jijah.entahnya. tengah sedap baca berhenti pulak. sambung cepat  dol.
suzen. ha ah. aku nak tau juga apa jadi hidup kau kat maktab.
napi. aku nak buat air kopi jap.
hajar.:aku silent reader.
aku:dah tu?aku tak payah makan, mandi, masak, kemas rumah...buat blog je la kerja aku?sabar boleh tak, sabar.
mustapa:huh.

Isnin, 4 April 2011

Memoir aku seorang cikgu (1)

4/4/2011  (isnin) 5.23 petang.

sebenarnya banyak sungguh memori yang aku simpan dalam perjalanan hidup aku ini. banyak yang pahit, banyak juga yang manis. aku ingin bukukannya, projek menulis itu sudah ada. sementelah pula sudah berikrar dengan Tuan Hj Shapiai untuk menulis, tapi aku takut aku tak menulis langsung nanti.

hari ini aku buat keputusan untuk coretkannya dalam blog, menjadi tatapan kepada yang sudi. ambil yang baik, buang yang tak baik. aku akan sedayanya menulis dengan jujur agar kau dekat dengan kisahku.kalau ada keinginan yang kuat dan masa yang cukup (alasan) aku akan buat buku juga satu hari nanti.itu azam aku.

 antara saat terindah dalam hidupku. yang gedik sekali tu aku lah.
ita yg tonjang, sidi, ani,mona dan shila.

biarlah aku mulakan selepas aku habis Tingkatan 6. masa tu tahun 1993. aku sebenarnya kabur dengan masa depan sendiri. aku takut sangat nak berimpian. aku tak berani ke bandar . aku tak pasti aku nak jadi apa.aku rasa tercabar juga dengan kawan-kawan aku yang dah mula mengorak langkah. sebenarnya keputusan STPM aku tak teruk sangat. dapat 5P walau tak kuat sangat. tapi sebagai peperiksaan yang diakui antara 5 yang tersusah di dunia sebenarnya sijil itu boleh jadi tiket untuk aku melanjutkan pelajaran ke mana-mana.

masalahnya aku tak ada duit.aku kesian kat mak. rasa nak kerja aje, tak susah mak nak sekolahkan aku. kakak aku semua dah berkeluarga. lagipun mereka perempuan semua, bukan tanggungjawab nak menyara aku. mak ayah aku pun bukan orang senang. makanan ruji kami sayur pucuk paku, pucuk ubi dan ikan kering. dari kecik sampai besar. sampai naik darah tinggi. hahaha. tapi nak buat macamana. aku redha. ada sesuatu yang Allah aturkan untuk aku barangkali.

begitu teruk kemiskinan menekan hidup aku sehingga aku menjadi sangat rendah diri.aku rasa aku punya banyak kebolehan. tapi aku sangat malu berekspresi. korang bayangkan, masa aku jadi wakil bahas atau pidato, tak pernah sekalipun aku latih depan cermin atau baca kuat-kuat.aku hafalkan semasa aku sedang kutip buah sawit, sedang sorong buah sawit dalam kereta sorong, atau ketika sedang pungut getah buku. tu pun dalam hati.mak aku pun tak tahu aku jadi wakil sekolah.

bila menang pulak, aku gembira ketika pengumuman dan bersama kawan sepasukan je.. bila sampai rumah,kalau aku tunjuk hadiah kat mak, mak macam  tak ada ekspresi langsung. mungkin mak bangga, tapi jenis orang dulu tak suka tunjukkan perasaan barangkali.atau mak letih sebab terlalu penat kerja nak kasi aku makan nasi. entahlah. tapi banyak keadaan sekitar yang akhirnya membentuk aku sebagai manusia yang menyembunyikan kemahuannya.

perkara yang terlintas di kepala aku ialah kerja. aku pun takut nak mohon jadi kerani ke, qc ke...aku lebih rela jadi operator pengeluaran.banyak sungguh kilang aku kerja, semuanya gaji sangat rendah. sebulan kerja sampai malam pun tak cecah gaji RM400.pernah kena lantik jadi ast. leader masa kerja dengan ita kat simpang renggam. tapi aku tak suka kerja tu. aku tak suka menyuruh orang. satu hari aku tolong ita buat qc, habis makin rosak aku rasa pcb tu aku kerjakan.

kat kampung aku rasa sunyi. kawan baik aku imah dah merantau ke JB. aku nak ikut aku macam tak sampai hati nak cakap kat mak. suzane pulak dah kawin, duduk singapura. anim dan linda aku segan pulak nak bertandang kat rumah mereka, sebab macam diaorang ni gadis melayu terakhir gitu. baik, bela adik-adik yang kecil-kecil. huh...sooo lonelyyy...

tak lama tu mona dah kerja bank, sheila dah masuk maktab, eton dah jadi wartawan,sally dah kerja kat jb , jijah dah ke jb dan masa tu ita kerja kat mana ke entah. aku sorang-sorang tak tahu arah tuju.

akhirnya aku kerja naik basikal aje kat Pt. Betak.kilang kecil, namanya `Kwang Huei` gaji sehari RM7. dapatlah 200 lebih sebulan.

 inilah rupa aku masa kerja kilang ni.

masa tu tengah hangat bercinta dengan hubby. walaupun gaji kecik, boleh je jumpa kat pontian naik bas macam orang gila 4 kali ulang alik ke benut. ala, makan mi goreng dengan air sirap je.lepas jumpa hubby aku balik rumah ,hubby balik ikm. .sambil tu aku belajar komputer kat benut.masa kerja makan tak beli, mak bekalkan nasi goreng specialnya setiap hari,(oh, rindunya kat pn sapurah yang garang tapi baik hati tu...mak, orang rindu masakan mak...)

.cukup ayu aku ketika itu sebab lemak degil tidak terkumpul kerana kayuh beskal dekat 18 km sehari.ketika ini minat membaca aku sangat tinggi. aku berangan kalau kawin dengan hubby nanti aku jadi wanita cantik yang terbaik untuknya. jadi aku akan beli majalah jelita dan wanita setiap kali dapat gaji. ita dengan jijah mesti ingat kedai apek kat pt betak tu. masa tu dia la sorang monopoli bisnes jual majalah. tengok pun tak boleh, kalau kita pandang- pandang majalah tu nanti dia terus sua kat tangan kita dan cakap `mau beli ka`..

hehe. menyampah betul kan. tapi terpaksa beli juga. nak beli kat mana lagi?

bagusnya keinginan aku untuk memperbaiki diri menerusi pembacaan sangat berguna menaikkan self esteem aku.sebab duit pada aku sangat berharga, setiap majalah yang aku beli aku baca dan amati dari kulit ke kulit. isinya dari rencana sampai sekecil-kecil iklan aku teliti sampai puas. cerita-cerita wanita berkarier dan berkarisma begitu mengujakan aku. sampai sekarang aku masih ingat  satu cover majalah yang modelnya ialah isteri pereka fesyen terkenal, Benard Chandran.aku suka baca kisah cinta mereka, macam fairy tale. aku bandingkan pulak kisah cinta aku dan hubby..eh, best juga apa, hati sangat berbunga-bunga. harum je kehidupan macam downy.kalau kau pernah jumpa cinta, kau tau rasa yang aku maksudkan.

suatu hari, shila singgah kilang tempat aku kerja.aku sangat rasa kecil, shila bakal cikgu tak lama lagi sedangkan aku minah kilang yang bergaji tak sampai RM300 sebulan.macam biasa, dia beri aku provokasi dan nasihat untuk berubah.`lu kan dapat 5P beb, STP...ngapa la lu tak mohon U?`

aku diam saja. aku fikir dalam-dalam. shila hidupnya lebih bermasalah dari aku ketika itu, tapi dia mampu mengatasinya. aku jadi kuat, aku kata dalam hati kalau shila boleh kenapa aku tak...lepas tu aku minta tolong hubby belikan borang maktab . hubby kata dah puas dia dan mak dia (mak aku juga la sekarang nih..) cari satu BP semua pejabat pos dah habis. aku dah sedih. aku nak jadi cikgu. walau ketika itu tak ada alasan yang kukuh sangat kenapa aku nak jadi cikgu, tapi aku nak pergi juga.

aku ajak ita pergi jb ambil borang kat pejabat pos besar. ita, kau ingat tak?kami isi borang tu. beria-ia betul aku. harapan 50 - 50. sebab aku tak fikir keputusan aku dalam SPM dan STP tu kuat sangat.tawakal aje lah..

tak lama kemudian,aku dapat panggilan ujian bertulis. ita pun dapat. soalannya mainkan minda kita, bukan nak tahu pengetahuan kita sangat. alhamdulillah, aku berjaya melepasinya.tak lama kemudian dapat temuduga lisan pula. masa peringkat ni ita tak dapat. tak tahulah dia sedih tak, tapi kalau melihat di mana ita sekarang mesti kau bersyukur dengan takdir tu kan ta...kau lebih baik dari jadi cikgu. rezki kau lain dari aku.

yang tak boleh tahan dalam temuduga lisan ni aku di soal tentang isu `payung emas`. kalau wanita benarkan suami kawin lain nanti kat akhirat dapat payung emas dalam syurga. apa pendapat anda. aku kata perlu apa bicara tentang payung emas di syurga sedang di dunia hidup kita umpama neraka .andai keluarga porak peranda  jika suami tak pandai mengemudi status beristeri dua. aku tak ingat apa yang panel kata lepas itu , tapi aku rasa mereka saja nak test kematangan berfikir calon.tentang review buku pula mujur aku ada baca buku novel kak ct. tajuknya `badai semalam` kalau tak salah. kisah kecekalan wanita yang berhadapan masalah tapi tetap kuat demi membina masa depannya sendiri. sungguh kebetulan...kalaulah aku malas membaca entah apa aku nak jawab.

selang beberapa lama kemudian, aku dapat tawaran maktab. UPSI, Tg,. Malim.aku berat hati nak tinggal kekasih hati (cewah) tapi emak nampak sangat gembira. aku gembira untuk emak. kemudian terfikir masa depan sendiri. hubby sedih nak lepaskan awek dia yang cun ni pergi jauh-jauh, takut kalah dengan godaan kat sana. tapi demi masa depan relakan saja.
 inilah IPSI tempat aku memperkasa hidup dengan pengalaman demi pengalaman. gambar ni beli dari pak cik Aris, penghuni misteri IPSI yang gemar memotret foto hampir apa saja peristiwa.nanti dia jual, main lambak saja atas meja.dengar cerita kamera dia Tun Ghafar Baba yang hadiahkan..

panjangnya cerita aku. belum cerita kat maktab lagi ni...... kalau korang nak cerita ni disambung angkat tangan...kalau banyak undian aku sambung...

---------------------------------------------
ita:leceh la engkau ni. sambung la dol.
jijah:ha ah, sambung tau. tak sabar nak tahu kisah kau kat sana...
suzane:cerita la, nak tau juga kisah kau sejak aku tinggalkan kampung.
apek:balik kampung lubuk sipat, jane, sambung lah cepat....
hajar:aku silent reader je ni.



Isnin, 14 Februari 2011

penanda buku dan aku-kisah terselamat dari kelaparan

isnin.7.34 mlm.

apa yang aku catatkan ini untuk aku mengenang kembali kisah lalu yang menjadi salah satu pengalaman paling berharga dalam hidup.jihad melawan kelaparan dengan tidak meminta-minta.

entahlah aku memang malu nak meminta-minta. sungguhpun aku miskin, mak tak pernah ajar aku meminta-minta dari orang. mak adalah contoh terbaik dalam hidup aku tentang contoh seorang wanita yang membanting tulang empat kerat demi jihad menahan lapar. tak pernah sekali aku ingat mak ajar aku minta dari orang sesuap nasi walau sangat lapar. dulu aku miskin,tak mampu nak makan sedap-sedap. paling best pun lauk `gereh` dengan kicap.tapi aku bangga, semua tu datang dari kerja keras orang tua aku.tak makan pun tak pernah minta kat orang.

di situlah aku belajar erti harga diri dan maruah.kalau nak sesuatu, berusahalah. sungguh perut tak berisi, meminta-minta jangan sekali.semoga cerita aku ini memberi inspirasi kepada kau yang membacanya, terutama anak-anak murid aku yang bertebaran di luar sana. ucapanku untuk mereka,`saya tak ada duit nak beri kamu, tapi saya bagi kamu inspirasi untuk cari duit demi meneruskan hidup`.

kisah bermula dengan latar masa aku menyambung pengajian di UiTM Shah Alam, kampus INTEC, seksyen 17.tahun 2004-2007.
pintu masuk kampus.kalau duduk celah lampu dan pandang depan, dongak sikit akan nampak rumah aku.flat tingkat 5.betul-betul depan kampus.adalah 10-20 langkah dah sampai.(gambar ni aku cilok dari adik intec.kat internet.


library baru. masa aku masih belajar  sedang dalam pembinaan. aku memang kaki buku. aku sedang membayangkan keseronokan larut dalam lautan buku di sini. bila dapat datang lagi...
sebahagian bilik kuliah yang menyimpan nostalgia



 ini gambar rumah aku. tingkat 3 pintu kuning pernah duduk sekejap.kemudian pindah sampai habis belajar duduk tingkat 5.atas sekali.atas bumbung biru. sebulan RM600.(gambar ihsan Jue)antara rumah dan kampus terpisah dengan jalan kecil tu saja.

masa aku belajar di sini adalah paling memeritkan. aku dah pernah cerita tapi aku akan ulang lagi beberapa cerita sebab kalau tak ulang nanti cerita ni jadi tak best.memeritkan dalam erti kata kemuncak keperitan hidup setakat aku berumah tangga selama 13 tahun ini. macamanpun, aku tak lah pamerkan sangat perasaan dan kesusahan aku. orang-orang tertentu saja. Kak Sal, Jue, Iris ,Kak eli dan beberapa orang saja yang perasankannya.aku tak fikir bagus untuk menceritakan kepada semua orang sebab tak semua yang berhadapan dengan masaalah.

.

tengoklah wajah aku. happy dan comel  aje kan. di samping karya aku (belum siap sepenuhnya)  semester akhir. `macrobarium Rosenbeergi` tajuknya.painting keladi tu Martin punya.


mana ada muka sedih. manis aje senyuman aku kan. masa ni sedang siapkan folio untuk Food art.Dalam studio yang aku suka sangat.kecil, tapi sejuk bangat sebab ada 4 aircond yang nyaman. sampai petang pun tak kisah kalau dalam studio ni.


gambar studio semasa kami sedang siapkan artwork. kak sal, martin dan uning.

aku betul-betul menerima dugaan Allah yang maha hebat ketika aku di sini. lebih spesifik lagi dugaan berkaitan kewangan, yang betul-betul buat aku suami isteri hampir gila. mana tak gila,hubby aku kena buang kerja sedangkan hutang banyak nak settle setiap bulan. masa tu kilang tutup dan pindah penang. aku pulak mana ada gaji lebih. gaji separuh, potong hutang bank dan rumah baki tinggal RM 18 sebulan.!
 percayalah cakap aku. inilah gaji aku sepanjang belajar 3 tahun. nak makan apa 18 ringgit sebulan?


aku hanya mengharapkan PTPTN yang dapat 2500 satu semester  (3-4 bulan).itulah duit nak bayar sewa rumah, makan, tambang balik, barang artwork dan segala bagai.mana nak cukup beb. nak kerja, aku takut aku tak mampu sebab assignment tak menentu. kadang sampai pagi tak tidur terus pegi kuliah nak siapkan assingment punya pasal.lagi aku nak kerja?aku ni dah la ada high blood presure tak pasal-pasal terbongkang nanti menyusahkan orang pulak.

hubby masa tu macam-macam kerja dia cari, tak dapat dan kemudian macam-macam benda dia jual. akhirnya jual cakoi tepi jalan. dapatlah untung 20-30 rm sehari.tu mana cukup nak bayar hutang bank dan kereta..nak rolling modal lagi..awal-awal tu teruk juga, kereta aku sampai kena tarik, sedih betul.baru je tak sampai setahun waja tu. dah 3 bulan sangkut, nak buat macamana. rumah aku nak kena lelong, orang bank cari hubby sampai masuk rumah...hih, macam-macam.aku nak minta duit hubby pun tak sanggup sebab dia makan pun ala kadar. kadang bila telefon dia kata makan cakoi dia jual tu aje..atau yang grand skit dia beli nasi giant harga Rm1.90.

tengah-tengah meniaga tu MDK pulak suruh stop sebab tak de lesen. kalau tak gerai nak kena rampas. sampai tahap tu hubby dah tak mampu menanggung, dia menangis, menumpahkan air mata lelakinya. aku pulak terpaksa coolkan dia sedang aku pun menangis-nangis dalam hati.nasiblah hbp aku tak buat gila.masih boleh tahan lagi. kami tak mengadu dengan sesiapa pun. sorang pun ahli keluarga aku tak tahu kesukaran aku. sengaja aku tak bagitahu, aku tak mahu menyusahkan mereka. mak dah lah tak sihat,kakak aku pun bukan orang senang.

banyak ketika dompet aku seposen pun tak ada. tapi aku tawakkal saja. adalah rezki aku. kadang kak sal belanja, kadang kak nisa jalan-jalan balik belanja. kadang aku makan lauk bilis dengan kicap aje dengan Iris. nak buat macamana, tak berduit.aku tak kisah asal aku tak mati kelaparan sudahlah. inilah dugaan aku dalam jihad meningkatkan diri mengejar ilmu pengetahuan.

mak ai, panjangnya intro. belum masuk cerita penanda buku ni.
kadang aku cari income dengan ambil upah melukis artwork untuk kawan-kawan. kak nisah dan kak step selalu upah aku. sekeping aku ambil Rm3 je. dapat lah buat beli nasi dekat kantin intec yang murah.kadang kak eli bagi upah yang banyak untuk aku lukis dalam folio b.arab dia.


satu ketika, aku sungguh lapar dan seposen pun tak ada dalam poket. nak minta atau pinjam kawan aku malu.
PTPTN tak dapat lagi.aku mengadu dengan Allah aje lah. sesungguhnya Allah maha baik, tak pernah Dia biarkan aku kelaparan walau aku dalam kesusahan.

kebetulan Prof. Syukor kata nak adakan pameran apa ntah. jadi fakulti aku pun terlibat juga. aku perah otak macamana nak cari duit supaya aku tak mati kebuluran. Allah beri aku idea, buat book mark @ penanda buku.aku ajak Jue buat book mark. jue ok je. jue tak lah desperado macam aku tapi jue buat juga nak beri moral support kat aku. sepanjang petang aku kumpulkan reja kertas, mounting board,daun kering dan apa-apa aje lah untuk buat penanda buku. aku longgokkan depan aku, aku doa pada Allah, tolonglah hambaNya yang kelaparan ini.

akhirnya siaplah berpuluh-puluh penanda buku dari daun kering dan reja mounting yang dah tak diguna lagi.tak tidur aku semalaman tu, lelap-lelap ayam saja.
 design menggunakan daun pokok dalam kampus.daun tukar jadi duit. sungguh ajaib kan.

design kertas mounting board, tak payah beli, reja-reja art work aje aku ambil.nasib tak buang..kutip dari kawan-kawan serumah. jue, iris, kak step,kak eli, kak nisa. terima kasih kawan-kawan..

pada hari pameran tu, aku dah tak malu dah. aku jerit-jerit kat adik-adik INTEC (budak yang belajar untuk persiapan ke oversea) untuk datang beli bookmark aku. aku kata, daun tu kenangan semasa kat Intec ni, tak dapat kat mana dah. aku kutip daun tu tepi kafetaria intec dan jadikannya kenangan berupa book mark. dengan sedikit kreativiti dan provokasi, banyak juga terjual. aku gembira, Allah mendengar keluhanku. poket vest aku tak boleh zip, penuh dengan duit.

budak sekolah pun datang, aku jual murah-murah aje, Rm1 sekeping.petang tu aku kira dapatlah RM90! Ya Tuhan, kegembiraan yang tak dapat aku bayangkan. dari seposen pun tak ada aku ada Rm90 dengan titik peluh aku sendiri. rasa sayang nak belanja, tapi kena belanjakan juga nanti aku mati kelaparan pulak.

esoknya sambung lagi dan aku mampu bayar zakat perniagaan kepada kelas aku sebanyak RM14. maknanya aku punya pendapatan Rm 140 secara kasarnya.
aku puas. usaha aku berbaloi. dalam 1 hari setengah aku berniaga dapat 140 sangatlah besar ertinya untuk aku.aku terharu mengenang baiknya Allah padaku...

bila aku dah mengajar semula,ada masa (terutama waktu hari terbuka) aku jual bookmark dengan 3 tujuan. mengenang kembali keperitan lalu untuk aku insaf.mengasah kreativiti aku agar tak tumpul.dan akhirnya memberi motivasi dan inspirasi kepada pelangganku yang terdiri daripada guru, pelajar juga ibu bapa yang sudi ke gerai aku melalui bait indah kata-kata yang tertera. paling istimewa, apa yang mereka miliki memang tak ada duanya di dunia ini, kerana semuanya asli , handmade,  (buatan tangan).

design terkini.dah ada identiti.comels art.
dalam bentuk lebih ilustrasi


atau yang lebih simple

aku bangga menyatakan hasil yang aku dapat dengan jualan bookmark ini kalau aku kira dan kumpulkan sudah dapat lebih Rm1000!kadang aku ada permintaan dari kak midah dari budak sekolahnya yang nak bookmark untuk hadiah kawan-kawan mereka yang nak berpisah selepas SPM nanti. terima kasih kepada kak midah yang banyak membantu aku dalam bisnes ini. (tahun ni tak mahu tempah ke?hehe)


aku masa jual karya kreatif aku.fatin dan irma tolong berniaga.masa ni aku di STARP, 4 jam jual dapat Rm 100.ok lah sangat kan.tapi tak tidur malam aku menyiapkannya. tapi puas hati sangat.
kucing kat belakang tu tajuknya `This Is My Territory`. bukan untuk dijual. harga tertinggi setakat ni Rm350. ada nostalgia di dalamnya.



inilah kafeteria murah dalam Intec tempat aku selalu beli makanan dalam budget. tu semua geng kelas aku, semua dah berkeluarga kecuali seorang.depan kafe ni lah ada pokok besar tempat aku kutip daun kering di bawahnya untuk jadi duit.


akhirnya, untuk kamu semua yang membaca, bukan aku seorang yang berdepan dengan kesukaran dalam hidup. meniti perjalanan sebelum sampai perhentian seterusnya pasti melelahkan. kita diuji dengan apa yang mampu kita tangani. ujian untuk engkau tak sama dengan ujian untuk aku. musibah untukmu mungkin pergolakan rumahtangga, anak yang kurang sejahtera, sakit fizikal yang susah sembuhnya dan aku pula krisis kewangan yang hampir membuat aku naik gila.

tapi percayalah, Allah sudah berpesan dalam surah 'ash-sharh` إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ..فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرً ا       

bermakna..setiap selepas kesusahan ada kesenangan dan setiap kesusahan ada kesenangannya...


mengapa Allah ulangi Firmannya berkenaan susah dan senang itu?...sebanyak 2 kali?sebab Dia tahu, manusia akan kalah bila mendepani ujian. ayat itu merupakan penguat semangat untuk kita mengharungi hidup ini. Allah yang berikan kesusahan Dia jugalah yang berikan kesenangan. memang bercakap sangat mudah berbanding mengalami.tapi aku bercakap sebagai orang yang pernah melalui dan belum pulih sepenuhnya dari trauma dugaan itu.

mujur ada rakan yang sudi membantu. bukan saja dengan wang ringgit tapi dengan moral support juga.terima kasih rakan itu. kau tahu aku bercakap tentang kamu.semoga hidup kau dilimpahi rahmat sampai kiamat.aku tak lupa seumur hidupku. keluarga aku juga akhirnya tahu dan biarlah tahu kerana aku dah melepasinya.

kepada anak-anak didikku, jangan merungut banyak sangat ketika berdepan ujian. hidup kamu masih hijau.ujian datang untuk mematangkan kamu.semakin kaya pengalaman semakin baik kamu menjadi.
untuk kawan-kawanku yang dilanda dugaan walau apapun caranya. sama ada kau tanggung sendiri atau sudi berkongsi ingatlah, Tuhan tidak pernah memberatkan kita dengan ujian yang tak mampu kita pikul. sesuai dengan kekuatan kita, disitulah ujian datang bertimpa-timpa. tapi berpeganglah dengan kekuatan surah Alam Nasrah, fahamkan maknanya (sebab tu kalau baca Quran mesti tengok tafsir baru dapat feel sebenar.)

ujian datang dan pergi sampai kita mati. dalam kubur lagi besar ujiannya. mampukah kita?
soalan untuk aku dan kau fikirkannya.

akhirnya, aku bersyukur dengan segala yang aku tempuhi. semakin matang aku rasakan diri ini. semakin besar empati dan simpati melihat insan lain. aku tak mampu menyumbang harta, terimalah sumbanganku dalam kata-kata. Janganlah larut sangat dalam kesedihan, mengadulah kepada yang tak pernah jemu mendengarkan...Dialah Tuhan.


.................................................................................................................
Hanafi:aku pun ada masalah
ita:aku pun
jijah:aku pun
hajar:aku pun. semua orang ada.
suzen:aku pun
aku:masalah tanda kita hidup.supaya kita kuat. supaya kita berbeza dari kita sebelumnya.
orang: entri serius la kali ni.......

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com