Memaparkan catatan dengan label raya 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya 2009. Papar semua catatan

Isnin, 5 Oktober 2009

rumah terbuka raya 2009 yang ceria

alhamdulillah, gembira sangat ahad lepas masa aku buat rumah terbuka. emm...sebenarnya aku tak suka guna istilah rumah terbuka sebab macamlah hari lain orang tak boleh datang pula, tapi dah istilah tu digunakan untuk merujuk kepada `jemput orang ramai-ramai kerana kita masak sedap-sedap,` aku sebut juga la rumah terbuka. ramai yang datang, diluar jangkaan aku. asalnya aku jemput bebudak 5p1, 5T1, 3ka2 dan 3 B serta kawan-kawan duduk kat merbuk ni macam kak mar, yati, kak lela dan kak midah. apahal pun , seronoklah sebab ramai giler. aku kongsi gambar dulu la, cerita lain post okeh!







erniatika,ecah,dilla,seri,wawa.grup awal sampai rumahku



baik ada syukria (3B)tolong apa yang patut pagi tu, kalau tak pengsan aku.

kak lela dan awan


seri dan dila


makan dengan kusyuknya


makan dengan jayanya


akmal, asyraf, mira


kak lela begitu tekun. mira sopan je.


l\kak ani sebelah rumah.comel aina dengan nurin


odah,tika, syafika dengan sapa ek, aku lupa la nama dia.. he he


aku,hubby,yuli n yati


liong zi lin,shaggy,hui yin,zhuang li,hui min, aku dan ang yeng kui
datang juga korang ni. best, best.


makan malu-malu.


kak mahani and famili


soto yang wawa makan round kedua katanya.sedap banget.


wawa malu malu round dua.


kesian abang din lalu pintu belakang masa datang tadi. kak ida segan ramai bebudak. lepastu kak ida nyorok dalam bilik. aku kata bebudak ni melepak lama kat rumah aku, nak tunggu mereka balik lepas asar pun belum tentu. aku paksa kak ida keluar dan makan.


gambar la pulak


fahmy, adham jasman, jiman. jambul panjang macam elvis presley.
tak larat aku nak marah. telinga memasing dah kalis.
 
ecah,kama,pikacu,upa


amin,abangnya akmal,bedot


begurau terlampau


adham J,syaikh saripudin,sapantah lupa nama tak aja (baju putih) dan kamil


depan rumahku yang indah dan mendamaikan


kasut,kasut, sepasang singgit!


antara lauk yang tinggal.yang lain dah selesai


sambil tengok internet adham nak tengok muka dia dalam blog aku.


mereka datang dengan helmet


aku, upa,citah,alia (penidur profesional) dan erm,,sapa nama?


adam n fahmi teruja tengok tong yang ada tulis ~keris power`
aku kan ketua rumah sekan keris, tong ni buat bebudak rumah keris minum tempoh hari.
jangan memain, kami menang 5 tahun berturut-turut1sebab tu nama `keris yang power`!


karpet, aku dan amin bergambar ala pelakon pondok buruk


bergambar depan rumah jiran aku. salah posing la korang ni.


hah ni baru betul depan rumah aku.


aku dan hubby posing kepenatan. dah petang tinggal kama, pika, ecah, bedot dan syukria


ni la main power aku. tahun depan nurul datang tolong lagi tau.


bedot makan kali ke -3


bedot dan ecah menggayakan gelang kristalnya. sakan betul korang ye.

tu la serba sedikit gambar raya kat rumah aku, ahad 4.10.2009.cerita esok lusa aku tulis. penat la.. baiii

Selasa, 29 September 2009

cerita raya 1(2009)



aku rasa sangat seronok tahun ni. semua adik beradik berkumpul, 7 orang semuanya. anak buah aku je dah 20 orang lebih, riuh rendah jadinya. mesti mak ayah aku rasa gembira, anak-anak dia semua terkumpul. kak long dah jadi tuan rumah le sebab dia paling sulung. aku malas nak masak-masak dah sekarang ni. anak sedara aku pun dah besar-besar mak orang. tak kuasa aku nak ke dapur lagi.dulu masa mereka kecik-kecik, kak long pulak duduk jauh tak balik raya, aku le operator pengeluaran kat dapur bertahun-tahun. mak pulak kalau orang datang mesti dipaksa makan nasi. aku le yang masak. kalau dari subuh tu tak mandi alamat sampai dekat asar le baru sempat.  tapi ok juga aku kat ceruk dapur aje sebab aku ni pemalu sikit. tak biasa aku nak bercakap-cakap sangat dengan orang.

kenduri-kendara pun lepak juga. macam nak mati aku rasa kena panggang dek api kayu. hisss.. malas la aku. tapi itulah keunikan budaya jawa yang mak aku bawa. dia terapkan pada anak-anak tetamu mesti layan baik. siap makan sekali. sampai semua adik beradik aku terbawa-bawa budaya ni. kalau beraya belah sedara mak memang pecah la perut asyik suruh makan aje. bokde juminah mesti buat macam tu. tapi sekarang cikmon dah tak buat lagi. setiap kali raya aku rasa lega kerana terpaksa makan kuih aje kat rumah cikmon.

kalau tidur malam raya tu dah bersepah-sepah aku tengok. kat kg aku tak pe la aku pun berpesta pora tido kat ruang tamu tu. kalau kat belah mak mertua, hubby akan pasangkan khemah untuk aku yang manja ni kat tengah rumah. ala apa nak heran, abang man, abang abu semua buat macam tu. ye la, tak kan aku nak tidur pakai tudung pulak. pengsan juga karang. dalam khemah tu siap ada kipas lagi. sebab tu bonet kereta aku penuh bila balik kampung. kipas angin, khemah, baju, laptop, buku... penuh!

cuma tak berkesempatan jumpa kawan lama satu sekolah. jijah, ita, sally, ani, shila...eton, mona.. hai. sapa-sapa lagi la. seronoknya kalau dapat jumpa kan. aku frust betul tiap kali raya aje aku mesti kena tanda kertas periksa. dah masuk 3 tahun macam tyu le polanya. nak buat macamana, dah jadual macam tu kan...
sebab tu aku tak boleh lepak lama-lama kat kampung. koma nanti naik cuti orang nak markah. bebudak ni pun demand bukan main lagi. semalam aku tengok ramai juga geng yang tak siap tanda. sharon, onah.. kelam kabut pagi tu. aku relex aje sebab dah pulun 17 jam non stop. berhenti mandi, makan dan sembahyang aje. emm. datang tamu pun boleh tahan ramai. layan... tetamu bawa rezki kan.

malam yang aku nak siapkan kerja tu kak noli n kak ani jiran aku yang baik ni datang segerombolan. tengahari tu lagi kelakar. ada 2 budak merak datang, haus betul. aku rasa nak masuk 5 cawan sorang mereka minum. dah tu makan kuih beria-ia betul. kesian, mesti lapar tapi aku pun tak masak apa sangat sebab sibuk. aku tanya keluar rumah pukul berapa? dia kata 12 tghari. sampai rumah aku 2.30 dan aku adalah tuan rumah pertama yang mereka jumpa.

patut pun haus sangat.. kesian bebudak ni. okey lah. jumpa di lain entri. babai..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com