Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan

Khamis, 26 Jun 2014

Aku,Cuti dan Transformers

 



khamis yang indah. 1.00 pagi. nasib baik tangan ni tergerak nak kunci alarm untuk meneruskan kehidupan dengan bekerja esok hari kerana Allah taala.kemudian tertengok mesej. huh,nak tergelak aku membayangkan betapa bodoh dan lucunya aku besok pagi parking kereta sorang-sorang,bangga sebab datang sorang-sorang, marah cik zainuri kerana tak buka ofis sebab aku tak sabar nak punc-card dan nak berlagak dengan semua orang betapa bestnya laluan hari tu lancar aje,tak ada jem bagai kat Bandar putra tu.
terima kasih untuk kawan-kawan yang baik. syikin mesej `kak,esok cuti`. si zizi pun sama cuma ada tambahan `jangan akak punc card pulak pagi-pagi sorang-sorang`. mula-mula blur tanya syikin ngapa cuti. maklum, primitif sangat. wassap takde. hehe. syikin cakap JDT menang bola. tengok fb. dah malam buta mana la tengok fb kin.

zizi sempat nak eksyen, kalau tau cuti awal-awal nak tengok transformers kat ioi pukul 12.oo tengah malam. tak payah le zi. kang sakit hati terserempak budak starp dengan awek duduk sebelah kau.whoaaa.tau je cuti kok aku makin bersemangat nak buat blog. aku dah janji nak buat blog dengan zizi nak ucap terima kasih sebab bagitau aku esok cuti. terima kasih zizi dan syikin,kerana menyelamatkan ahkak daripada insiden terlajak rajin esok hari.
sudah lama sungguh tak buat apa-apa entri. berkarat dah otak ni.banyak aje yang nak diceritakan tapi kesempatan selalu je jadi kesempitan. alasan kan.biasalah. 
maknanya orang johor seronok kemain la. cuti 4 hari. esok aku akan hantar anak dara kecik tu ke taska. dia nampak gembira bila balik tadi. dah lama tak hantar sekolah, 2 -3 minggu la juga. demam,tak sampai hati tengok dia terbatuk-batuk.rasanya esok takkan la teacher nurseri tu cuti jugak ye. bukan apa, aku banyak urusan nak diselesaikan.salah satunya ialah nak suruh hubby buat i-think. alah,bukan susah. klik-klik aje. cuma sangat membosankan. lepas tu nak suruh hubby key in markah nilam kat tarantula i-nilam. eleh, nanti aku belanja la hubby tengok TRANsFORMERS  ! esok hari pertama apa. kira ok lah tu. aku boleh la lipat kain ke, tidur kat sofa ke, makan nasi lemak ke,..adil la kan...
aku bukanlah peminat filem tegar. waima LFS tu tak sampai 5 minit dari rumah aku,bukan semua cerita aku layan. terutama cerita melayu. uhuks. maaf la ye zi. marah kau. tapi kalau transformers ni aku layan je. kecuali adegan romen-romen (pelik orang putih ni, tak faham kenapa mesti ada adegan  tu),aku teruja tengok transformers. kerana teknologinya.futuristik,artistik,kreatif,inovatif, pengkarya yang mampu menjana kelebihan seni yang dianugerahkan tuhan buat aku kagum sangat.mula-mula dulu aku tak suka bila hubby ajak tengok transformers 1. ingatkan cerita mesin-mesin tak best. rupanya best.sebab dimasukkan unsur kemanusiaan dalam teknologi. dan ada orang mengaitkan kecanggihan teknologi sebegitu tak mustahil dimiliki amerika. alah, kalau betul pun nak risau apa, Allah lagi kuat.

walaupun aku suka tengok wayang,tidak sesekali aku bawa mia waima dia besar nanti. kecuali tengok animasi. paling aku tunggu `Kungfu Panda`.bila tah nak keluar. cerita ni aku tak risau kalau ajak mia tengok. takde adegan cium-cium. best aje. kartun frozen pun ada cium-cium kan. tah nak jadi apa la filem sekarang ni. hatta kat astro tu pun ada je adegan macam tu. yang selamat suruh mia tengok oasis, nat geo dengan rancangan masak-masak aje.hahaha.



Ahad, 2 Mei 2010

Filem IP MAN 2 :tak perlu seks sebagai pelaris

catatan ditulis pada 11.54 malam, 1hb mei 2010 (sabtu malam ahad)

sebenarnya aku baru balik dari tengok wayang. cerita yang sangat baik dari banyak segi, bagi aku dari segi martial arts dan moral valuenya.cerita cina. IP MAN 2.sinambungan dari cerita IP MAN.heronya Donnie Yen.
bukan sebab heronya.tapi, sebab kekuatan pengisian filem itu.nampak cantik dari segi lakon layar, pengarahan, angle kamera, tema,jalan cerita dan nilai murni.semuanya lah.sungguh aku beri 5 bintang filem ini.sementelah sekarang ini bersaing dengan Iron Man 2. cerita Hollywood.tapi ini jauh meninggalkan cerita hollywood. terserlah jati diri masyarakat timur didalamnya.budaya menyayangi segala yang dimiliki bangsa sendiri.menegakkan hak dan maruah bangsa dan budaya menjadi kekuatannya.

 `abang nak cari filem ni, nak tengok banyak kali.`.
`yelah, best sangat cerita ni`...aku mengapi-apikan hubby

aku akan suruh anak-anak murid aku terutamanya pelajar bangsa cina tengok cerita ni.menyedarkan mereka betapa pentingnya menghormati orang tua, sekalipun berlainan bangsa dan agama. selain aku tak bimbang tentang adegan yang bukan-bukan, aku nak mereka dapat didikan moral yang sangat baik dari filem ini.lebih nakal budak itu, lebih kuat aku nak dia pergi. kadangkala cakap atau teguran tak berkesan. mungkin cerita dari filem boleh menyedarkan. walaupun mungkin tak banyak, tapi aku harap ada.
kisah sebenar seorang guru seni mempertahankan diri wing chun bernama Yip Mun yang banyak berjasa memberi ilmu kepada ramai penuntutnya di merata dunia.yang paling menarik, dialah guru seni bela diri kepada bintang ternama Bruce Lee!

gambar sebenar seorang lelaki sebenar. Yip Mun.
bukan yang muda, tapi yang kurus dan tua itu!

Ini menyedarkan aku, dan  juga anda semua pembaca blog aku yang setia, sehebat manapun seseorang, hebat lagi gurunya.,yang mengajarnya secara sedar atau tidak bagaimana berperilaku yang perlu sebagai manusia.

nak cerita banyak pun aku tak pandai sangat nak menulis. tapi moral yang aku dapat dari cerita ini ialah, tak perlu tunjuk kekuatan walau kita sebenarnya kuat.hormati orang lain walau berbeza agama, bangsa dan budaya. tiada sesiapa di dunia ini boleh mengaku dia hebat.ada yg lebih hebat dari kita. setiap masa.

paling menarik, pada babak terakhir ketika dia menumpaskan juara tinju kelas dunia, dia mengucapkan sesuatu yang sangat indah.patut menjadi pegangan kita sebagai manusia
`manusia banyak berbeza dari segi pangkat dan darjat,tapi semuanya punyai maruah yang sama yang patut dihormati.kemenangan kungfu mengalahkan tinju bukan menunjukkan siapa yang lebih kuat dan hebat, tapi  menyedarkan bahawa semua orang punya maruah untuk mendapat hormat...`
begitulah lebih kurangnya.
filem melangkau batas agama, budaya, bahasa dan bangsa.
yang pentingnya,mata aku tak sakit kalau-kalau ada adegan seks yang memualkan. macam sesetengah cerita melayu. menyampah aku.cerita hollywood dah memang tentu.tapi kadang cerita melayu lebih melampau.lebih orang putih dari orang putih.

bila keluar panggung tadi, aku baru semacam tersedar yang aku dan hubby mungkin satu-satunya pasangan melayu yang tonton Ip Man tadi.haha. tak apa. bukan dosa pun tengok cerita bangsa lain.

apa?aku berlagak tak mau tengok cerita melayu?  oh, bukan berlagak. janganlah menghukum aku.cuma aku belum rasa berbaloi menghabiskan duit aku menonton filem yang entah apa-apa pengisiannya. produser filem tempatan patut buat filem yg baik sebagai contoh.kalau memang bermutu, tak perlu adegan bodoh tu, berlumba-lumba orang menonton filem anda.
buktinya?
aku dan hubby adalah pasangan bertuah terakhir yg dapat tempat duduk di panggung tadi.semua sold out!itupun tempat depan sekali. mana-mana bilik pun sama. 8.15 malam, 9.30 malam, 11.30 malam..semua habis. itupun terpaksa tengok di panggung apa ke nama dia, kat U Mall, taman U.(pertama kali sejak sekian lama baru aku tahu kewujudan U Mall ini..hehe..)nak online tiket semua tempat, huh, jangan harap. semua habis.

nanti korang kata pada aku..`kalau dah bagus sangat, buat la filem sendiri. nak kutuk aje filem melayu. macamana filem tempatan nak maju?`
maka aku akan jawab, penggiat filem melayu tak boleh marah, aku sebagai penonton berhak meminta dengan tingginya mutu filem yang nak disajikan kepada minda kita.kita membayar untuk menonton dengan harapan di samping berhibur,kita jadi bijak. bukan jadi lagi bodoh dan lembab. aku rasa terhina bila menonton filem yang buat lawak bodoh, memaksa aku untuk ketawa. contohnya sifu dan tongga. aku rasa nak marah bila orang ketawa terpaksa.bukankah itu satu pembodohan intelektual?

satu lagi filem yang dapat kutipan lebih 7 juta baru ni. Adnan Sempit. aku tak tengok wayang. aku suruh hubby download untuk aku. nak tengok juga apa yang orang kata lain dari yang lain.
pergh. aku menyumpah dalam hati. tapi terkeluar juga depan hubby. apa perlu adegan perempuan separuh bogel dikelilingi oleh lelaki jalang?nak tunjuk itu kehidupan mat rempit?
entahlah. yang pentingnya aku tambah menyampah nak tengok filem melayu.
aku fikir, pengarah filem kita perlu banyak belajar dari filem-filem iran, atau yang paling baru, IP Man. tak perlu seks sebagai pelaris.
bukan semuanya, tapi kebanyakannya.
buat yang terbaik, maka hasilnya anda akan dapat pulangan terbaik.

Ahad, 4 April 2010

jalan-jalan cari keceriaan

hari ini ahad, 4/4/2010. hari yang berbaki untuk dihabiskan bersama hubby menikmati keceriaan hidup waktu cuti. semalam dah dekat seharian kat sekolah. mesyuarat sampai dekat pukul satu petang. aku dengan derhakanya cabut ketika 12.30 lagi. mujur aku duduk belakang, tak nampak sangat kurang ajar. heh. otak aku tak boleh terima dah. nak balik kampung, rindu dengan emak. tapi tanggungjawab rumahtangga tak terlaksana. rumah belum kemas, baju belum basuh, dapur belum kemas..wargh... mak, sori, orang rasa orang nak balik minggu depan ye. rindu kat segalanya di kampung...

tadi pergi jaya jusco tebrau tengok wayang. clash of titans. minggu lepas cerita paling aku suka, how to train your dragon. minggu sebelumnya tengok alice and wonderland. sebelumnya lagi tengok solomon kane.. puh. tengok wayang aje kerjanya aku dan hubby. tapi satu pun tak de cerita melayu. he he.. sori. susah la nak tengok cerita melayu. kenapa   ntah...

emmm. bosannya. rasa tak cukup cuti ni... tak pe la. nak buat macamana. kerja makan gaji macam tu la. apapun , aku nak prepare untuk kerja esok. kuasai emosi, jangan emosi kuasai aku... baiii

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com