Jumaat, 29 Jun 2012

Bujang n Co

inilah bujang,kesayangan aku.
sebenarnya tadi aku dah menghabiskan masa hampir 2 jam buat entry tentang sukan sekolah hari ni. siap gambar-gambar yang vogue. tapi entah kenapa aku tertekan keyboard atau butang mana ke entah, entry aku tinggal tajuk saja. sepanjang-panjang karangan yang hebat telah hilang. arghhh...sungguh tertekan fikiran aku ni.heiii..nak karang lagi,penat tadi belum hilang. nantilah.

buat sementara ni biar aku mengubat luka dengan menulis tentang bujang, penawar dukaku ini.entah  kemana  bujang sorang ni harini. tak nampak muka. selalunya pantang dengar kereta aku, melompat-lompat kegembiraan. ewah,iye aje melompat kegembiraan. tak adalah macamtu sekali. cuma kalau dia tidur,cepat-cepat menggeliat dan bangun,duduk depan pintu sambil senyum-senyum lapar. bila aku turun dari kereta,dia akan tanya, baru balik ye auntie? aku jawab,tak,baru nak pergi ni ha.... lepas tu aku buka mangga pintu,dia dah sampai sliding kaca,muat-muat badan dia. buka saja pintu sliding,menonong terus ke dapur,cari biskut dia.

kalau tak ada.nanti dia bersuara dengan penuh kesayuan`.harini tak ada makan-makan ke auntie?` dia akan tanya banyak kali,sampai guling-guling atas langsir.aku tak tahan dengar dia berceramah tentang kepentingan memberi makan haiwan kesayangan baginda nabi (SAW) jadi aku tuangkan 2 bekas biskut. lepastu aku buka pintu dapur,beberapa ekor saudara maranya datang makan juga. ewah,macam kenduri ye.

ini yang sempat aku ambil gambarnya.lagi 3 ekor dah keluar,dah kenyang. yang duduk ekor kontot tu mueeza,yang tengah makan tu tak ingat namanya. tijah ke,tipah ke. kalau semua ada, korang mungkin tergelak sebab warnanya semua kuning,serupa!tengoklah mangkuk tu,dah kosong kan.

ini mueeza, makcik si bujang ni le.hubby kata kat dia `eh,kau ni, bunting lagi? ` lepas tu aku tambah ,`bang,bukan dia aje bunting, tipah dengan obis pun bunting juga!` hubby kata..`huh`! ......aku kata   `ha,ha,ha...`
kala aku berkarya, bujang sering menemani aku. kemudian dia duduk sebelah karya tu dan bagi komen membina.tapi aku tak peduli sebab bujang tak sekolah sampai UiTM.hahaha.

yang meleser-leser kat bujang tu ialah obis.obis ni kecik lagi,tapi haritu sudah kena rap dengan jantan kabaret mana entah.akibatnya,dia bunting.terboyot-boyot bawa perut.obis suka menyusu dengan bujang,aku pun pelik. bujang kan jantan. mana ada susu.tapi bujang tak marah pulak. redha aje aku tengok. agaknya dia kesian obis kurang kasih sayang. mak obis ialah mueeza kalau tak salah aku.tpi mueeza tu beranak rapat sangat,jadi anak-anak yang dah besar sikit dia tak peduli. bujang ni sepupu obis kut.his,entah,complicated sungguh relationship mereka. mujur tak perlu fb.

nak diikutkan, aku tak perlu bagi makan semua kucing ni. belakang rumah aku tu, dah berlubang-lubang tanah dikorek dek tikus. aku rasa dah jadi lompang rumah kami ni. ish, takut juga. haritu,2 minggu aku tak beli biskut kucing. aku cakap,makan tikus kat belakang rumah. beratus ekor dalam lubang tu. tapi akibatnya bujang and  company jadi kurus kering kerana tak makan. tikus?seekor pun tak dimakannya. ada la masuk ni aku jumpa  3 ekor yang mati tapi tak ada cacat celanya. tak bersentuh pun. geli agaknya. tikus kan pengotor. takut kena kencing tikus ke?

apa-apa pun,aku bersyukur kerana mereka sudi menumpang makan dirumahku ini. teringat kata ulama ke,hadis ke yang menyatakan,kalau haiwan pun tak sudi nak makan dari tempat kita,itu tandanya rezeki tak berkat. mudah-mudahan Allah berkati rezki kami sekeluarga, dengan ditandai kesudian bujang n co datang makan di rumah aku!



2 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

uhukss.. ada pengganti olat ya

Comels berkata...

alah,diaorang (?) ni semua silih berganti...dah tak berapa sedih kalau hilang sebab saje je aku jarakkan sikit connection tu. nanti melankolik sangat...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com