Memaparkan catatan dengan label kucing comel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kucing comel. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Jun 2012

Bujang n Co

inilah bujang,kesayangan aku.
sebenarnya tadi aku dah menghabiskan masa hampir 2 jam buat entry tentang sukan sekolah hari ni. siap gambar-gambar yang vogue. tapi entah kenapa aku tertekan keyboard atau butang mana ke entah, entry aku tinggal tajuk saja. sepanjang-panjang karangan yang hebat telah hilang. arghhh...sungguh tertekan fikiran aku ni.heiii..nak karang lagi,penat tadi belum hilang. nantilah.

buat sementara ni biar aku mengubat luka dengan menulis tentang bujang, penawar dukaku ini.entah  kemana  bujang sorang ni harini. tak nampak muka. selalunya pantang dengar kereta aku, melompat-lompat kegembiraan. ewah,iye aje melompat kegembiraan. tak adalah macamtu sekali. cuma kalau dia tidur,cepat-cepat menggeliat dan bangun,duduk depan pintu sambil senyum-senyum lapar. bila aku turun dari kereta,dia akan tanya, baru balik ye auntie? aku jawab,tak,baru nak pergi ni ha.... lepas tu aku buka mangga pintu,dia dah sampai sliding kaca,muat-muat badan dia. buka saja pintu sliding,menonong terus ke dapur,cari biskut dia.

kalau tak ada.nanti dia bersuara dengan penuh kesayuan`.harini tak ada makan-makan ke auntie?` dia akan tanya banyak kali,sampai guling-guling atas langsir.aku tak tahan dengar dia berceramah tentang kepentingan memberi makan haiwan kesayangan baginda nabi (SAW) jadi aku tuangkan 2 bekas biskut. lepastu aku buka pintu dapur,beberapa ekor saudara maranya datang makan juga. ewah,macam kenduri ye.

ini yang sempat aku ambil gambarnya.lagi 3 ekor dah keluar,dah kenyang. yang duduk ekor kontot tu mueeza,yang tengah makan tu tak ingat namanya. tijah ke,tipah ke. kalau semua ada, korang mungkin tergelak sebab warnanya semua kuning,serupa!tengoklah mangkuk tu,dah kosong kan.

ini mueeza, makcik si bujang ni le.hubby kata kat dia `eh,kau ni, bunting lagi? ` lepas tu aku tambah ,`bang,bukan dia aje bunting, tipah dengan obis pun bunting juga!` hubby kata..`huh`! ......aku kata   `ha,ha,ha...`
kala aku berkarya, bujang sering menemani aku. kemudian dia duduk sebelah karya tu dan bagi komen membina.tapi aku tak peduli sebab bujang tak sekolah sampai UiTM.hahaha.

yang meleser-leser kat bujang tu ialah obis.obis ni kecik lagi,tapi haritu sudah kena rap dengan jantan kabaret mana entah.akibatnya,dia bunting.terboyot-boyot bawa perut.obis suka menyusu dengan bujang,aku pun pelik. bujang kan jantan. mana ada susu.tapi bujang tak marah pulak. redha aje aku tengok. agaknya dia kesian obis kurang kasih sayang. mak obis ialah mueeza kalau tak salah aku.tpi mueeza tu beranak rapat sangat,jadi anak-anak yang dah besar sikit dia tak peduli. bujang ni sepupu obis kut.his,entah,complicated sungguh relationship mereka. mujur tak perlu fb.

nak diikutkan, aku tak perlu bagi makan semua kucing ni. belakang rumah aku tu, dah berlubang-lubang tanah dikorek dek tikus. aku rasa dah jadi lompang rumah kami ni. ish, takut juga. haritu,2 minggu aku tak beli biskut kucing. aku cakap,makan tikus kat belakang rumah. beratus ekor dalam lubang tu. tapi akibatnya bujang and  company jadi kurus kering kerana tak makan. tikus?seekor pun tak dimakannya. ada la masuk ni aku jumpa  3 ekor yang mati tapi tak ada cacat celanya. tak bersentuh pun. geli agaknya. tikus kan pengotor. takut kena kencing tikus ke?

apa-apa pun,aku bersyukur kerana mereka sudi menumpang makan dirumahku ini. teringat kata ulama ke,hadis ke yang menyatakan,kalau haiwan pun tak sudi nak makan dari tempat kita,itu tandanya rezeki tak berkat. mudah-mudahan Allah berkati rezki kami sekeluarga, dengan ditandai kesudian bujang n co datang makan di rumah aku!



Isnin, 7 Disember 2009

terpaksa buang olat betul-betul.

minggu lepas, aku tak nak ingat harinya aku terpaksa buat keputusan yang menyentak hati nuraniku. aku terpaksa letak olat kat tempat lain kerana memikirkan banyak faktor. tapi faktor terpenting aku ialah menjaga hati jiran.


gambar olat terakhir sebelum sayonara..kakinya bengkak satu tu, terhencut-hencut jalan. tapi bila dah baik baru aku lepaskan olat. aksi manja lepas kenyang makan smartheart.

kalau kencing kat umah aku boleh tahan lagi tapi pagi tu aku ternampak setompok kek warna kuning, banyak pulak tu kat taman depan rumah kak ani. aku suspen aje. nampak olat, aku tengok punggung dia. macam tak de kesan je. aku rasa kucing jantan lain sebab aku dah pesan dengan olat jangan berak kat kawasan rumah jiran.
tapi aku terpaksa buat keputusan. kadang-kadang aku nampak olat membaja kat kebun sayur mini auntie depan rumah aku tu, kadang aku nampak dia nak buat aksi memerut kat rumput karpet kee sebelah rumah. pening kepala aku. hati jiran wajib dijaga. kalaupun satu ketika bukan olat yang buat, tapi dah orang tau olat makan kat rumah aku, malas la jadi gaduh pulak nanti.

malam tu lepas maghrib dengan hati yang berat aku bagitau hubby kena letak olat tempat lain. hubby tersenyum tak yakin dengan apa yang dia dengar. `betul ke?, tak sedih?... aku kata memang sedih tapi dosa menyakiti hati jiran. biarlah aku yang merana asal jiran aku bahgia. oh, baiknya aku sebagai jiran. heh heh.

lepas je olat makan maghrib tu, aku dukung olat, bobok dia, cakap kat dia auntie terpaksa hantar olat tempat lain. olat berak merata-rata nanti orang marah. nanti kat tempat baru buat perangai elok-elok tau.
olat pejam mata . aku cium-cium olat buat kali terakhir. aku tak tau la olat faham ke tidak.
lepastu aku masukkan olat dalam sangkar kecik. dia relek je. aku bagitahu hubby aku tak sanggup nak buat seterusnya, biar hubby buat. lepastu hubby bawa olat masuk kereta, dalam perjalanan ke tempat baru olat macam tau. dia punya bunyi sayu sangat. aku macam syahdu betul. hubby kata aku kena tabahkan hati.   sampai kedai titah, kami letak olat kat belakang kedai. tu pun hubby yang buat. aku tak sanggup. aku pejam mata. bila hubby dah start kereta , aku tanya olat buat apa? hubby kata olat tercangak-cangak nak kenal pasti tempat baru. aku tanya hubby, orang jual ikan tu agaknya baik tak bang, bolehtak dia bagi olat ikan sekor kalau olat minta?  hubby kata selalunya orang kedai tak kedekut nak bagi kucing makan. hubby pun sedih jugak tapi terpaksa.

setiap pagiku kini sunyi tak de olat mintak makan. tak de sapa nak gesel kepala kat kaki aku. tak de sapa nak mengiaw bising kalau lapar. aku sayu je kalau nampak makanan olat bawah singki. dah seminggu ni baru aku ada kekuatan nak menulis tentangnya. jaga diri baik-baik ye lat. kita jumpa di syurga. aku elakkan diri dari pergi ke Titah seminggu dua ni. takut olat nampak . atau lebih tepat aku takut nampak olat.silap-silap aku bawa olat balik.

itulah hebatnya kasih sayang kan..

Rabu, 22 Ogos 2007

obses


aku obses pada makhluk Allah yang satu ni. tak tau ngape. tapi jumpa je kat mana-mana suma buat aku jatuh sayang tak kirala comot ke, garang ke.. rasa macam nak gigit-gigit je. lagi la kalau cute dan kelip-kelip mata sambil kepala disengetkan ke kiri atau kanan sikit... saje je nak kena cium sekor-sekor.

ada sekor mak kucing warna putih datang umah aku sejak aku belum abis study 7 -8 bulan lepas(final year). suka sangat datang kesian plak aku. kasi le makan. takut la plak orang marah sebab umah aku ni teres je karang dah kenyang makan nanti `ber` kat umah jiran plak.

tapi aku sangka baik je la sambil cakap kat dia, `cing, aku tak bela ko, ada rezki aku beri le ko makan. kut tak kau cari le kat mana-mana. dia selamba je ntah faham tah tidak. hmmm. aku ni waras ke aa. hilang kisah dia, bila aku balik Shah Alam, bila cuti je hubby kata macam tau-tau je kucing tu datang semula ke umah aku. minta wishkas la tu. Rupanya dia dah bunting, aku suspek kucing jantan yang selalu datang macam samseng kat depan umah aku yang bertanggungjawab. . satu hari tu hujan punya lebat aku terdengar kat dapur suara `ngiaw-ngiaw` kucing baby punya sediy. buka pintu mak aii... ada ke dia (mak kucing ) bawak anak-anak kecik dia duduk tengah hujan berlindung bawah pokok bunga .. mestila basah. sempat gak le aku berleter kat dia, kau ni beranak je pandai, sewa la umah ke, kondo ke... kan dah basah. sambil tu aku capai le kotak untuk letak kat tepi peti pusaka mak aku, buat kondo dia duduk.

sejak itu jadila tu port tak rasmi dia. hubby kata dia nak letak kucing-kucing tu kat pasar (masuk mak dan abang dia 2 ekor da 8 ekor maa) kalau da besar .aku senyum jer. aku tau dia tak tergamak punya . . hubby aku ni kemanusiaan dia tinggi sangat. aritu ada tikus masuk umah, konon dah tangkap nak bunuh, tapi tak sampai hati. last2 tengah malam buta kitaorang buang kat hutan tepi jalan jauh dari rumah. sempat pulak dia pesan kat tikus tu, jangan datang umah kita orang lagi tau, pesan ngan kekawan... aku nak tergelak ingat kisah ni tapi berkesan tuuu. dah dekat setahun juga la kut peristiwa tu tak penah lagi umah kitaorang diserang tikus.

berbalik pada citer kucing tadi. on -off la dia datang kadang pegi mana-mana ntah bawa anakdia tapi selalunya kat umah aku le melepek. comelnya, gebunya, makin sayang kat baby2 tu tapi tak manjakan sangat takut sentimentel.
aku dah risau jer tengok dia berak kat belakang. tapi macam tau pulak dia sebab aku cakap tolong la berak kat padang ke, mana kebun ke... kalau berak kat belakang umah ni tak mau bagi makan lagi... sampai sekarang aku tengok clear jer. suka tengok they all makan macam selera beno n takde masalah. paling they all suka ialah tulang ayam rebus.mak mentua aku sporting . dia selalu bekalkan tulang ayam lebih buat sate. kekadang saje je mak simpan dalam esbox untuk kitaorang amik. timakaseh mak. mak memang besss.

sekarang ni tinggal 3 ekor je. yang 2 da mati sakit. aku bekenan kat sekor ni. olat namanya sebab bulu banyak coklat. dia punya manja... masa demam tak mau makan, pantang buka pintu dapur terus dia meluru ke dalam. lepas tu buat-buat lemah, baring kat alas kaki sambil mata pejam sikit-sikit. minta simpati la tu. bila aku angkat je buat macam baby demam.. mata kuyu, bunyi serak-serak... hmmm. politik betul.

macamanapun itulah penyeri hidup yang Allah ciptakan. at least teman meluah rasa. terapi jugak tu sebab binatang ni menyayangi konfirm ikhlas punya. lebih-lebih pun mintak makan je. aku rasa ramai juga anda diluar sana yang kongsi obsesi macam aku. seronok kan hidup ni..

lepas ni aku ingat olat dapat adik le gamaknya. aritu aku nampak mak dia buat date ngan jantan mana ntah. tak pe la kalau they all nak tumpang blakang umah aku. ada rezki aku bagi la. tak de cari le kat tempat lain. tapi syaratnya jangan `ber` kat umah aku atau jiran-jiran. pandai-pandai le ko suma nak idup. ala, padang kat belakang tu je sikit punya luas pe. buang kat situ je. nanti kan jadi baja biologi. nasible sapa terpijak semasa proses nak jadi baja tu. ha ha.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com