Jumaat, 29 Jun 2012

IBU MERTUAKU........

Entri ini kutujukan khas untuk mak dan bapak ,mertua yang aku kasihi,satu-satunya mertua di dunia ini.
terima kasih emak, kerana menjadi mertua yang terbaik untuk saya,yang terbaik untuk semua anak menantu emak. walaupun emak tak tahu saya menulis sesuatu  di sini, biarkan orang semua tahu, betapa baiknya emak. bertuahnya saya memiliki emak dan bapak, selain ada emak dan bapak sendiri.

gambar ni gambar raya 2010, yang bertudung hitam,yang manis wajahnya tu mak,Pn Hajah Hasnah dan bapak  Hj Ahmad berbaju coklat,segak masa mudanya. yang pakai `kepiah` berbaju biru tu tentulah anak bertuah mak dan bapak,yang jadi suami aku yang bertuah ni.

mak,bertuahnya saya dapat mak yang macamni. terima kasih mak, kerana menjadi mertua yang baik dan tak cerewet. kerana menjadi mertua yang penyayang. kerana mak melepaskan sepenuhnya anak mak untuk diuruskan oleh saya, orang yang disayangi olehnya. walaupun saya (kami) ada kekurangan, tidak pernah sekali-kali emak mengungkit kekurangan itu,tidak pernah. mak sentiasa menjaga tutur kata waima dengan anak menantu sendiri.

kalau mak nak marah pun,mak marah sorang-sorang,itupun ketika mak sakit,ketika `sakit` ujian Allah untuk meningkatkan kesabaran mak didunia, meninggikan darjat mak di syurga. (kalau mak marah pun,mungkin mak pendam dalam hati, atau mak ngadu dengan suraya ke,tapi tak apalah, itu normal,pokoknya mak tak pernah menyinggung hati kami,)
terima kasih mak, selama mak merelakan saya hidup dengan anak mak mak tak pernah mencampuri urusan rumahtangga kami. di saat kadang saya merasa begitu belas melihat orang lain,rakan-rakan saya yang siksa hidupnya kerana punya mertua yang begitu menyiksa, baik dari perbuatan dan tutur kata.

saya sangat beruntung mak, malangnya saya ni tak sedar diuntung,jarang sangat dapat balik jenguk mak. sibuk sangat kononnya. stress selalu,sabtu ahad selalu guna untuk duduk rehat di rumah saja,melegakan tekanan.itupun mak tak kecil hati, malah mak bekali saya dengan tanam-tanaman emak kat tepi-tepi rumah tu. setiap kali abang balik kampung, singgah rumah mak kalau out station ke Batu Pahat (semestinya sorang-sorang,tanpa saya),mak gagahkan diri ke belakang rumah petik limau,buah belimbing buluh, pucuk-pucuk daun serta ulam-ulaman. oh mak.....sungguh baiknya emak,bersusah payah untuk saya. malangnya saya ni malu nak luahkan `saya sayang mak sangat`, sama macam susahnya saya nak lafazkan kepada mak saya sendiri.  mak,maafkan saya mak,saya tak mahu terlambat menyatakannya, tapi saya sungguh sayang dengan mak..aduhai ego,kenapa kau tebal sangat macam iceberg...

ini bunga kantan,belimbing buluh dan limau kasturi ,mak petik tadi masa abang singgah rumah mak. suma untuk saya.terima kasih mak. nescaya saya awet muda.haha

ini pulak pucuk tenggek burung,bila kawin dengan anak mak baru saya tahu benda ni ulam yang sangat baik untuk kejelitaan. mak cik eda,rajin makan benda-benda ni. awet muda dia.

mak,kawan-kawan saya hairan bila saya cerita anak mak balik sorang-sorang kerumah mak, saya pulak balik sorang-sorang ke rumah mak saya. orang kata gaduh ke? oh,tak mak, terima kasih kerana mendidik semua anak lelaki emak dengan sebaik-baik didikan,sampai mereka menjadi lelaki yang penyayang kepada keluarga mereka.itu saya percaya,melihat kebahagiaan biras-biras saya,saya rasa itu tak perlu dipertikaikan lagi.mak,kami terpaksa buat begitu kerana jadual kerja kami ni tak sama. kalau saya cuti,abang kerja, kalau abang kerja saya cuti. jadi kalau abang balik sorang-sorang, maknanya saya kena kerja hari sabtu. kalau saya balik sendiri ke kampung saya, maknanya abang kerja. dah bertahun macamni, harap mak tak kecil hati dengan kami yang pelik ni,kami sayang mak dua-dua, sayang sangat,ampunkanlah kami mak, tambah-tambah lagi anak mak, abang nizam tu. redhailah hidupnya mak, syurganya terletak di bawah kaki mak, saya faham itu.

janganlah mak kecil hati pada kami,atau pada abang nizam walau apapun kesilapan kami,sama ada sengaja atau tidak. mak,ampunkanlah kami,agar mudah kami mencari kehidupan yang bersih dan tak menyakitkan,yang sesuai dengan jiwa dan cita-cita.
mak selalu ulang,kalau boleh mak tak suka anak mak berniaga sebab pengalaman mak berniaga tu banyak yang menyakitkan dari yang menggembirakan. tapi nak buat macamana mak, darah seorang peniaga mengalir likat diturunkan dari mak dan bapak,anak mak yang seorang ini sangat kuat azamnya untuk kerja sendiri, dia tak selesa berada di zon selesa.   kami perlu restu dan redha mak, sangat-sangat perlu.jadi harap mak sudi doakan kami, saya sangat menghargainya.

maafkan kami mak,belum dapat memberi mak kesenangan buat masa ni. tapi percayalah mak, kami akan berusaha untuk itu,untuk kesenangan hidup mak,bapak dan mak ayah saya serta keluarga kita seluruhnya. mak, rasa rindu ini begitu menggebu-gebu, esok saya nak balik jumpa mak dan mak saya sekali di kampung, saya sangat rindu. tapi maaflah mak,kerinduan dan sayang ini tak terucap dek kata-kata.
mak, andai keresahan ini disebabkan kecil hati mak atas lamanya kami tak jenguk mak  di kampung,ampunkanlah kami mak...

InsyaAllah,esok kita jumpa ye mak, semoga Allah selamatkan perjalanan kami.

2 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

betul tu jana aku pun bertuah punya mak mentua dua lagi tau heheheh .. cuma yang sedihnya mrk telah pergi ke pemilik diri mrk.

Comels berkata...

takpelah jah,sekurang-kurangnya kau pernah ada,lagi teruk orang yang tak pernah ada,atau pernah ada tapi serupa takde. terimakasih rajin komen kat sini. kau memang die hard fan,hahaha

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com