Khamis, 5 Julai 2012

THE GREAT DEBATERS- bila pee em nak debat nih?

  hari ini baru berkesempatan nonton filem hebat ini,setelah hubby memuat turunnya hampir 4 jam.entah kenapa lembab benar line internet ni. nak kena tukar agaknya wimax ni.   malamni,tatkala ramai nak melihat `nenek` dan `atuk` menyanyi di pentas kilauan emas final,baiklah aku dan hubby menajamkan minda dengan tengok filem yang menjanjikan kecerdikan fikiran macamni.  diterbitkan oleh Oprah, diarahkan serta dilakonkan oleh Denzel Washington, memang mati-mati aku akan cuba mencari kebijaksanaan dalam filem mereka.

lazimnya Denzel tak pernah mengecewakan aku dalam apapun genre filem yang dia lakonkan ,walhal aku agak skeptikal kalau menilai. menilai dari sudut pandang aku, bukan sudut pandang orang yang belajar kritikan filem dan seni. aku hanya berbekalkan `rasa` dan `nilai` yang aku dapat,tapi rasanya memadai dengan tahap orang biasa seperti aku.

kisah benar,bagaimana seorang guru membangkitkan semangat anak muridnya supaya menjadi pendebat yang hebat.mereka semua negro, dan hidup dalam suasana perkauman yang sangat menyedihkan,maklumlah pada zaman 1930-an dasar aparteid (penyisihan bangsa kulit hitam-afrika) begitu kuat di Amerika. tapi dengan kekuatan jiwa, kebijaksanaan dan keberanian berkata benar, akhirnya mereka menjulang kemenangan ketika kemuncak perlawanan bertanding melawan pasukan Universiti Havard, (kulit putih)disaksi dan didengar seluruh Amerika.

tajuk debat ialah  tentang mana lebih mampu mengawal manusia,undang-undang atau moral. lebih kuranglah macamtu. pendebat havard tu cuma cakap ikut buku, tapi pendebat kulit hitam dari kolej orang negro ni, bercakap dari hati, betapa undang-undang tak berbuat apa-apa kepada kejahatan moral. dia beri contoh, dalam perjalanannya nak ke havard, mereka terjumpa insiden orang kulit hitam dibunuh,digantung dan dibakar hidup-hidup oleh segerombolan kulit putih yang jahat.

dalam kisah sebenarnya,pada umur 21 tahun pendebat yg ketika itu baru berusia 14 tahun dah jadi orang yang berjaya menubuhkan sebuah persatuan untuk kemanusiaan,seorang rakannya jadi menteri dan seorang lagi jadi peguam. kolej mereka menjuarai pertandingan debat 10 tahun berturut!

aku tertarik kata-kata semangat yang mereka hafalkan,tanamkan dalam hati. `siapa yang menjadi hakim sebenar?  ---Tuhan.----  mengapa ? kerana Dia yang menentukan kalah menang kita. -----jadi,bagaimana untuk menang? ...bercakap benar,dan dari hati......`..memang sungguh mengesankan. kebanyakan orang tak bercakap dari hati. sebab tu mesej tak jelas.

cuba perhatikan,kalau ada vvip yang berucap atas pentas kalau ada apa-apa majlis,sungguh bosan kan. korang tahu sebab apa?sebab dia cuma baca teks ucapan,yang disediakan oleh orang lain!

debat,bukan mudah. bukan calang-calang orang boleh masuk. setakat pandai auta tak ada fakta, memang boleh diketawakan orang. ia memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk mencari maklumat,dan menyampaikannya dengan hati,baru masuk ke hati.juga perlu orang yang berani bercakap. itu pun penting juga. pandai intonasi,pandai main psikologi...

memang betul debat bukan budaya kita, ia budaya barat. tapi salahkah kalau budaya barat yang baik itu digunakan?ke takut, nak debat tak berani sebab memang banyak sangat autanya?takut terbongkar rahsia,betapa banyak jahatnya?  budaya hedonisme,melalak-lalak dari budak kecik sampai orang tua ada aje penganjurnya,ada aje pesertanya, budaya kita ke tu?bergedik-gedik atas pentas, tergila-gila artis k-pop,budaya kita ke tu?kalau remaja tu aku boleh terima, darah muda, ini pemimpin,bergedik sama atas pentas dengan k-pop artis yang tak cukup kain. budaya kita ke tu?

ke, asyik makan roti canai kosong je.kesian, roti telur kedai mamak tak laku!

*aku menunggu saat yang hebat, debat ketua kerajaan dengan ketua pembangkang. siapa yang sama menunggu?

2 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

cerita ni dah lama kan? ada satu lagi terbitan oprah.. tp tak ingat judulnya. dan si pelakon utama memang wahhhh.. kelass tersendiri.. antara pelakon kegemaran aku.. kat msia ada satu dua..zahiril .. ermm bront.. ermmm ermmm ..ada dua 3 org.. yg pempuan pulak dah melalut sgt.. terlebih emosi sampai tak terkawal.. tp itu pandangan aku la yg tak pandai sgt pasal filem

Comels berkata...

aku pun tak pandai nak ngulas filem macam orang belajo filem. tapi mcm yg aku cakap.aku ulas ikut kaca mata aku. aku memaksa diri menyintai filem melayu, tapi setiap kali nonton,aku rasa sakit.pelakonnya mungkin bagus-macam kata engkau.bront tu ok. kalau perempuan,bagi aku yg terer menghayati watak ialah erra ,nasha.mak temah. fauziah nawi. MALANGNYA,skrip filem kita membosankan. mereka terpaksa ikut skrip. yg penting kan content. semua lemah. kadang ada lafaz yg bagus,tapi tak berjiwa. entahlah jah...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com