Ahad, 22 Julai 2012

Kan Elok Kalau Pisang Berbuah 2 Kali!

ini pisang lemak manis depan rumah,hari ini boleh jadi pencuci mulut,dah masak.
aku suka peribahasa melayu,banyak ungkapan yang indah dan makna tersirat di sebaliknya.  agak sukar mengajar peribahasa terutama kepada pelajar bukan melayu sebab lazimnya peribahasa menggunakan unsur alam atau haiwan bagi menggambarkan sesuatu. contohnya `itik pulang petang`-merujuk kepada orang yang lenggoknya cantik kalau berjalan.macam itik, comel aje. atau satu lagi `seperti kaduk naik junjung`.maksudnya lebih kurang orang yang tak hebat,tapi melebih-lebih pula. cuba tengok pokok kaduk,kalau dah menjalar ke atas kayu, macam terover-over gitu.  

tapi ada satu yang aku tak berapa setuju. contohnya berkaitan pisang ini lah. ada peribahasa berbunyi jangan sampai `pisang berbuah 2 kali`. maksudnya perkara tak baik, jangan sampai berulang lagi..tapi, dalam alam realiti,bukankah pisang berbuah 2 kali pada pokok yang sama itu sangat menguntungkan? tak payah setiap kali berbuah asyik nak tebang saja, tunggu buah kali ke dua baru tebang.kaya cepatlah agaknya penanam pisang ye.

aku tanam 2 jenis pokok pisang. yang satu, lemak manis. yang satu lagi, tak tau apa nama dia. tapi pisang ni tak boleh digoreng, kena makan macamtu aje. hubby kata, pisang yang besar ni mahal. aku tak percaya.




tapi semalam masa di TJ mart aku sesaja tanya awek cun yang jual pisang tu, pisang yang besar macam aku punya dalam gambar tu sekilo berapa?  awek tu kata RM3.60 !
aku terus cakap dengan hubby, jom jadi petani!kaya kita nanti...apa tak kaya, korang tahu berapa berat pisang yang besar tu? 
    
30 kilo lebih!kalau jual setandan ,senang-senang dekat RM100 boleh dapat..jom,jadi petani..

ni masa hubby baru tebang. seminggu sebelum puasa 2012. takut tak tua sangat, tapi belasah aje lah, malas nak mengerjakan masa puasa-puasa nanti. kami ni ultra rajin..alang-alang hubby nak membersihkan rumah tu, tebang aje la..
ini pula pisang lemak manis depan rumah. memang dah cukup tua, molek aje masaknya lepas ditebang. dapat la bagi kak ani semalam buat buka.nak bagi izan,tak ada kat rumah. nak bagi jiran lain, malu...
lawa juga la laman aku ni dah di`siang`

subur tanah belakang rumah tu, ada lagi jantung pisang besar ni keluar. 4-5 bulan nanti masaklah kalau ada rezeki.

 
ini bukan kubur ya tuan-tuan, ini lubang tikus yang dah bermaharajalela kat bawah tanah rumah kami. janganlah roboh pula rumah kami yang cantik ni, nauzubillah,. hubby dah kambus pun dibuat lagi lubang ni. sapa ada idea nak bunuh tikus secara beramai-ramai,dengan berkesan.. tolong bagitahu.  ha? kucing? tak payah le. berbelas-belas ekor kucing kat belakang rumah tu, tak seekor tikus pun dimakannya!



ni ha buktinya,melepek aje kat dalam rumah, mengalahkan orang puasa. padhal aku sahur, dia sahur, pagi tadi,makan, tengahari ulang lagi, petang ,masuk lagi cari biskut. macam letih sangat!melampau. akhirnya kena jerkah dengan hubby sebab nak buat projek dengan obis,depan mata hubby,dalam rumah. sungguh memalukan,kan bulan puasa. lagipun hubby marah,nanti kencing merata -rata untuk `mark` territory dia.


2 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

alhamdulillah.. rajin juga ko laki bini menanam yek.. kat umah yg aku sewa ni pun tanahnya subur.. kat belakang tu ada pokok pisang juga tp pisang nipah.. rasanya minggu depan dah boleh ditebang dan buat kerepek kot .. hehehe

Comels berkata...

ah,aku je yang nanam. sesaja. tang nebang suruh sahrol,tak larat aku.bukan rajin sangat pun jah,kat belakang tu saja tanam nak elak sakit mata sebab jiran belakang tu buang sampah sesuka hati, sakit hati,nak tegur,takut..sudahnya aku tanam pisang biar mata aku tak nampak.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com