Alhamdulillah, hari ini hari kedua ramadhan yang syahdu.yang begitu memberi erti kerana 2 hari aku dapat melepak sepuasnya bersama yang tersayang.
semalam ke TJ mart, nak cari ikan terubuk .nak beli terubuk bakar di bazar aku rasa macam tak berbaloi-baloi harganya. tapi aku faham, kita membayar penat lelah orang yang memasak tu sama. jadi kalau dah malas masak, tak payah le banyak songel, jana!
aku bukan kategori isteri mithali yang terlalu rajin memasak,tapi kerana keinsafan ramadhan (haha) dan memang automatik setiap kali ramadhan aku akan memasak di rumah, maka aku rasa seronok nak masak ikan terubuk bakar ni.ajaibnya rasa, sekejap aje memasak bulan puasa ni. kadang aku bermula pukul 6.15 petang.lauk yang simple,ada nasi, ikan atau ayam dan sayur,dah cukup. amboi,pandai pula kami bersederhana dalam makanan waktu puasa-puasa ni..
sebenarnya, semuanya bermula tengah hari semalam. hubby suruh aku tengok muka dia. dia buat muka macam `ngecer`,telan air liur, nak makan sesuatu. dia membayangkan sesuatu yang sangat digemarinya. dia kata` mel, cuba teka abang tengah berangan nak makan apa?`
aku dah masak perangai hubby. aku terus jawab sambil senyum senget `eleh., senang sangat, terubuk bakar kan?`
hubby meledak ketawa. ketawa yang sangat lucu. dia rasa suprise. lepas tu dia tanya `macamana tahu ni? kok tahu apa yang abang fikirkan!` aku kata` abang, usahkan abang nak makan apa, abang mimpi jumpa sapa pun kadang ayang boleh tahu, jangan nak nipu-nipu...`.hahahaha.
itulah namanya keserasian agaknya. aku tahu sangat abang suka apa,macam dia tahu sangat kalau aku merajuk!
hari yang menggembirakan ini, aku nak kongsi resipi terubuk bakar yang enak dan menakjubkan ini. sesiapa yang nak menggembirakan suami,anak atau keluarga dengan masakan, cubalah, semoga hubungan cinta bertambah erat.
inilah antara bahannya.ikan terubuk (ish,bini sapa la belah perut ikan tu senget-senget,tak boleh jadi doktor),sambal ikan bakar,daun pisang tanam sendiri,bendi dan alumunium foil.
ini cara nak buat sambal ikan bakar ala-ala aku.yang kuning tu aku dah blender bumbunya sampai lumat. antaranya kunyit hidup,bawang besar, bawang putih, serai,halia dan daun limau purut.sampai lumat betul-betul ye puan-puan ,kalau tak nanti serat serai tu macam bulu kucing pulak atas masakan kalian..
tumis sampai pecah minyak atau naik baunya. Ya ampun, puasa-puasa ni masak yang baunya sedap-sedap,hubby dah 3 kali keluar masuk dapur untuk menyiasat apa aku masak!
barulah masukkan lada kering yang dikisar bersama belacan kampung,asam jawa, udang kering,gula,garam dan perasa kalau suka.tumis sampai pecah minyak,sampai masak.
bila sambal dah masak, letakkan ikan dalam balutan daun pisang.nak campur sayur apa-apa pun boleh,tak nak campur pun boleh. aku cuba letak bendi.sebab daun pisang ni pokoknya tanam sendiri di depan dan belakang rumah, aku guna banyak-banyak untuk menaikkan aroma harum daun tersebut. kalau kalian terpaksa beli di pasar, sikit-sikit sudah, tak payah membazir.nak lagi sedap, balut dengan daun kunyit.
balut dengan alumunium foil,rapat-rapat agar aroma tak terkeluar. lepastu, biar cepat masak.letak atas gas,guna kuali leper atau apa-apa saja lah. sesiapa yang ultra kaya tu, bakar dalam periuk tefal pun ok juga.
sebab dapur aku ni mega besar, mega alatannya, mega segala-galanya, inilah yang aku ada. alhamdulillah, pada orang yang tak ada apa langsung nak guna buat memasak kan. anak lesung tu konon-konon sebagai menetapkan lagi kedudukan tutup periuk zaman renaissance aku tu supaya tak berganjak dan kepanasan api/wap dalam pembakaran itu sempurna..
insyaAllah, kalau ada rezeki, 7.19 nanti kami akan berbuka dengan terubuk bakar penuh cinta. anda,bagaimana?
2 comments:
alahai ngences aku dibuatnya.. baru hari ini terfikir nak buat.. oh ya.. udang kering tu wajib ke letak?
alah,aku sesaja je bubuh sebab ada kat esbox. takde tak payah le. dah bagi belacan. tapi semalam masa aku masak sahrol mabuk, bau belacan kuat sangat. abis pintu depan belakang kena bukak biar udara keluar. sebenarnya belasah je jah,kalau dah jadi sedap aje.
Catat Ulasan