Assalamualaikum,anak mami sayang,
sengaja mami tulis surat ni untuk adik,supaya bila adik dah besar, adik dah pandai baca.atau masa tu mami tak ada lagi di dunia ini, adik belek-beleklah blog mami,bacalah semua cerita dan pesanan mami elok-elok nak ye. hanya Allah yang tahu betapa dalamnya kasih sayang mami pada adik.bapak pun sama.
adik dah berumur 10 bulan 9 hari masa surat ni ditulis. adik sedang lena dalam buaian. sebenarnya banyak mami nak tanda kertas exam anak murid mami,tapi tak ada mood lah sayang. lagipun mami sakit pinggang,adik nak dukung aje banyak-banyak harini.manja betul..macamanalah agaknya teacher jaga adik kat nurseri ye.adik dah berat sekarang ni.entah-entah dah 10 kilo tak dik. mujur adik tidur cepat,tak banyak karenah.kalau adik tidur lambat macam anak kawan mami tu,pukul 1 pagi baru tidur,tentu mami pengsan,kan. mami tengok mata kawan mami tu dah bengkak macam panda.hihi.
adik sayang,
terima kasih kerana jadi anak yang baik dalam hidup mami dan bapak. mami bukan muda sangat lagi,lepastu mami ada beberapa sakit kategori kronik,mami pun tak tahu bila-bila masa saja kalau Allah nak panggil mami,mami harus pergi. tapi ingatlah sayang, ingatlah selalu pesan mami masa mami dodoikan adik,mami bilang jadilah anak yang solehah, baik,cerdik,rajin belajar,hormat orang lain,lemah lembut,berbudi bahasa.rajin baca Quran..elok-elok jaga diri nak ye,Allah akan jaga adik kalau adik jaga Dia dihati adik. yang penting,adik tolonglah sedekah doa dan selawat banyak-banyak untuk roh mami,agar mami tak derita di sana. adik tolong jaga bapak,kalau bapak masih ada,ingat-ingatkan bapak selalu supaya selalu ingat Allah,semoga adik dan bapak akan dirahmati.
adik,anak mami sayang,
jangan takut bicara tentang kematian kerana itu tanda kita ini manusia yang cerdik, nabi S.A.W pesan,orang cerdik ialah orang yang selalu ingat mati. ingat mati tak perlu ditakutkan,apa yang bakal kita bawa itu yang patut kita risaukan. cukup atau tidak bekal kita di sana.
adik,anak mami yang baik.
maka itu,mami tak akan ajar adik bermewah-mewah sangat. hidup ini bukan untuk seronok semata-mata sayang,rezeki yang Allah bagi bukan untuk kita seorang. mungkin ada bahagian untuk kucing yang lapar dan kawan-kawan adik yang menderita kebuluran di Syria, Palestin dan Mynmar,serta mana-mana belahan dunia ini. ingatlah anakku, tak payahlah fikir kecil besar sumbangan kita,yang penting kita buat sesuatu untuk bantu kehidupan mahkluk lain,semoga Allah yang menilainya.
anakku Damia sayang,
ketika surat ini ditulis,dunia sedang menyaksikan kekejaman manusia yang gila kuasa,membakar,menyembelih dan menyiksa kawanp-kawanmu sebaya di Syria terutamanya. mami nak adik peka dengan isu semasa nak, jangan jadi buta hati semata-mata kita tak mengalaminya.kerana itu anakku, jangan membazir-bazir makanan, besederhanalah dengan yang ada,kerana di sana kawan-kawan adik makan roti berkulat dengan air saja,setiap hari. ada pula yang tak makan berhari-hari,sehingga mati. hati mami pedih dan sakit melihat ini semua anakku,tapi sayang, jadilah wanita yang tabah dan berani. pertahankanlah maruahmua,akidahmu,kebenaranmu dan segala kebaikan walau kau dilihat asing dan pelik ketika itu. ingatlah anakku,di zaman hampir kiamat ini, kebenaran dan kebaikan memang dilihat aneh.kejahatan akan dilihat sebagai benar. semua yang berlaku ketika ini memberi mami keyakinan, jalan kebenaran memang sukar tapi itulah yang perlu kita tempuh. ingatlah anakku,tanamkan azam dihatimu yang hidup ini mesti mulia,mati kita mesti syahid.
anakku Maisarah yang baik,
mami bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan adik hadir dalam hidup kami. adik bawa sinar kebahagiaan,adik dikasihi semua yang melihatmu,adik disambut dengan tangan terbuka oleh seluruh keluarga. Ya Tuhan,betapa baiknya Engkau menghulur cinta ke serata alam,untuk anakku Maisarah ini. maka itu maisarah sayang, selalu sebut Alhamdulillah atas segala cintaNya padamu anakku sayang...betapa adik akan bahgia kerana besarmu dalam pelukan cinta manusia-manusia yang dekat denganmu.
adik ingat tak,setiap kali balik kampung,adik akan disambut macam diva,belum turun kereta dah berlari-lari dayang dayang nak peluk adik.abang zeha,kak intan,kak zati,kak ila,kak siti...makuda.maklong, atuk...mujur embah tu tak boleh jalan,kalau tak tentu embah dulu yang sampai depan pintu peluk adik.
bila kita nak balik malam-malam ke rumah kita, semua orang berbaris depan rumah atuk,semua lambai-lambai adik,kalau siti nurhaliza nampak mesti dia cemburu sebab adik diraikan sebegitu rupa... sama juga kalau kita balik ke rumah atuk Yong Peng, atuk akan cium-cium adik, atuk akan dodoi adik dari lagu miftahul jannah sampai semua salawat yang ada yang atuk hafal. kadang adik tak tidur-tidur juga,saja nak dengar atuk nyanyi agaknya. akak jira suka sangat main dengan adik,dia panggil nama adik ~mia sarah`,kan. makcik suraya pun sayang adik,cik cam sayang adik, mama ina dan ayah khalid je susah nak kita jumpa,nanti raya kita jenguk-jenguk mereka ya sayang. adik mesti ucap banyak-banyak terima kasih pada mereka.
adik dah bangun,menguit-nguit dalam buaian. ok,ada masa nanti mami sambung lagi nak ye..
1 comments:
sob...sob... auntie yang sebab baca surat mami ni...
semoga mia terus jadi ank syurga buat mami dan bapak..
auntie doakan yang terbaik buat Mia...
Catat Ulasan