Memaparkan catatan dengan label anak soleh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak soleh. Papar semua catatan

Khamis, 7 Disember 2017

ADIK TAK NAK BESAR

7/12/2017.1.05 petang.
adik,catatan ini untuk adik belek satu hari nanti,andai adik dah besar.
haritu,mak kata tahun depan,adik dah 6 tahun.adik diam. muka adik sebek.adik kata sambil nak nangis..
`mak,adik tak nak besar...`

`kenapa?`
`kalau adik besar,nanti mak tua,mak mati,sapa nak jaga adik?` adik nak pindah,tak nak duduk rumah ni lagi.huuhuuhuu...`
`kenapa,ni kan rumah adik?`
`nanti adik sedih,adik nak duduk dengan sapa.mak tak de. apak pun takde. biar adik pergi,adik tak nak sedih..`

mak pun tak tahu nak kata apa. ini adalah satu kejadian yang membuktikan bahawa sel otak adik dah berhubung. kita tengok national geographic. ada dokumentari tentang ikan salmon. dari mula dia hidup,suka-suka dan menjadi tua, akhirnya mati. terdampar di tepi tepi sungai. meleleh air mata adik. 

adik tanya,`kenapa ikan tu mati mak?`
`sebab ikan tu dah tua dik. setiap yang bernyawa mesti mati.Allah aje yang tak mati sebab Allah tu Tuhan kita. Allah je yang kuat.`

sejak itu adik mampu mengaitkan bahawa tua itu bakal disusuli kematian. dan setiap kali teringat hal itu adik akan sedih sebab takut mak mati dulu. Allahu. mak pun takut mati nak. takut sakitnya sakarat.takut siksa kubur. takut hari pengadilan.takut neraka.banyak yang mak takutkan. apa yang mak harapkan,kita semua mati setelah Allah benar benar redha dan sayang pada kita.

untuk pujuk adik,mak kata
`dik,kalau mak mati,adik doa lah pada Allah,mak masuk syurga.nanti mak ,adik,apak semua duduk dalam syurga. kat syurga best,semua apa yang adik nak,adik minta saja kat Allah. nanti Allah bagi`.

mukanya berubah ceria. ajaib benar seorang anak.emosi mudah terkendali.
`ye ke mak?kita boleh mintak apa aje,semua Allah bagi.? `
`yeee sayang.Allah baik.adik nak minta apa?
`permainan!!!`

anakku memang belum besar lagi...

Khamis, 16 Oktober 2014

mia-rindu,serindu - rindunya


7/7/2014
3.49 petang.
adik, masa mak tulis blog ni mak belum ambik adik dari sekolah. mak nak masak kejap dan terus mandi,kejap lagi kita jalan-jalan ke ioi nak tak.kesian adik, asyik ajak jalan aje. tadi bapak kata masa hantar adik ke sekolah, bila bapak pusing-pusing adik suka,ketawa-ketawa, tapi bila bapak masuk ke jalan nak pergi sekolah, adik ambik teddy bear, tutup muka, tak nak tengok jalan tu. 

bila bapak hantar adik ke teacher adik nangis sedih. kesian anak mak, adik tabah lah nak ye, lagi  3 hari mak cuti,kita boleh duduk sama-sama kat rumah,kita jalan-jalan insyaallah.

mak rasa rindu sangat dengan adik, kalau adik balik aje, nanti mak peluk-peluk adik, mak cium-cium adik sampai adik lari.tapi adik suka sangat bila sampai rumah. padahal, adik selalu tersasul panggil mak dengan bapak `teacher,teacher`..

adik sangat comel bila adik sebut perkataan yang ada huruf `L`. contohnya `jalan`,bilon, bola, tolon,.....
paling kelakar, masa mak nak beli barang dapur kat mydeen, adik sedih bila kami usik nak hantar adik ke sekolah. adik tahu jalan nak ke sekolah naik bukit, kalau nak jalan-jalan hala ke bawah. bapak saja pandu jalan ke bukit,bapak cakap nak hantar adik sekolah, adik jerit, taknak!taknak! bapaaaaak, tolooonnn!

kami ketawakan adik,sangat lucu cara adik melafazkan ungkapan tu. adik baru nak pandai cakap, sweet sangat bila dengar adik cakap. kadang adik cakap satu apa pun mak tak faham apa, tapi mak eyakan aje sebab tak mahu adik patah jiwa.

adik belahan jiwa mak,

bila sampai mydeen,adik bosan bapak lama sangat berbual dengan kawan dia, adik duduk troli, muka tangkup kat palang buat-buat tidur. lepastu bila beratur lama sangat adik dah bosan, mak turunkan adik, mulalah adik jalan-jalan macam mandur, tangan dua-dua silang kat belakang, adik check barang-barang, adik belek-belek febreeze, adik betul-betul macam supervisor!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bila duduk rumah, kalau dengar azan, adik suruh semua diam.adik kata `syihhh`,letak telunjuk kat mulut. lepastu, bila nampak bapak atau mak nak solat, adik cari sejadah dan ambil tudung polkadot mak, adik nak solat sama-sama. adik pandai takbiratul ihram dan terus sujud, tapi mak takut masa sujud tu adik tergolek sebab adik tak bengkokkan kaki!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
16/10/2014
entri di atas dah 3 bulan mak peram,malam ni berkesempatan nak update dan banyak perkara terutama kepetahan adik semakin bertambah!
adik tidur cuma pakai lampin saja.baju dan seluar adik buka,konon-konon adik demam sambil pegang-pegang badan sendiri. sambil melentik-lentik kat badan mak yang macam bantal buat adik ni,tiba-tiba adik cakap "mia lapo,mia lapo!"

aduhai lah anak, petang tadi dah makan mihun sup, masa mak makan nasi adik makan juga,malam ni adik kata "lapo" lagi?
mak terus pergi dapur, ambil 3 epal hijau, mak buat jus,campur sikit saja gula. dalam kegelapan ruang tamu sebab kalau lampu terang sampai ke pagi lah gamaknya adik tak tidur, kita menghirup jus epal dalam mug putih yang berat tu. 

adik kata, 'em,macam...macam (masam) tapi adik minum juga. kita senyum sama-sama kerana dapat isi perut kita yang lapar dengan epal yang segar,alhamdulillah kan dik. lepas tu adik baring, layan blues dan mak tepuk-tepuk badan adik, adik kata 'tipi,tipi..tipi..' adik tak suka kena tepuk malam ni. mak biarkan adik tertidur sendiri dan mak ambil kesempatan untuk menulis di sini. lain kali mak tulis lagi dik ye, untuk kenangan adik bila mak dah tak ada lagi di dunia ni,semoga melalui coretan emak dapat adik rasakan betapa cintanya emak pada adik seorang.

sayang daripada emak..
emak........11.04 malam


Ahad, 14 Julai 2013

warkah buat bidadari mami( Part 1)


Assalamualaikum,anak mami sayang,
sengaja mami tulis surat ni untuk adik,supaya bila adik dah besar, adik dah pandai baca.atau masa tu mami tak ada lagi di dunia ini, adik belek-beleklah blog mami,bacalah semua cerita dan pesanan mami elok-elok nak ye. hanya Allah yang tahu betapa dalamnya kasih sayang mami pada adik.bapak pun sama.

adik dah berumur 10 bulan 9 hari masa surat ni ditulis. adik sedang lena dalam buaian. sebenarnya banyak mami nak tanda kertas exam anak murid mami,tapi tak ada mood lah sayang. lagipun mami sakit pinggang,adik nak dukung aje banyak-banyak harini.manja betul..macamanalah agaknya teacher jaga adik kat nurseri ye.adik dah berat sekarang ni.entah-entah dah 10 kilo tak dik.  mujur adik tidur cepat,tak banyak karenah.kalau adik tidur lambat macam anak kawan mami tu,pukul 1 pagi baru tidur,tentu mami pengsan,kan. mami tengok mata kawan mami tu dah bengkak macam panda.hihi.

adik sayang,
terima kasih kerana jadi anak yang baik dalam hidup mami dan bapak. mami bukan muda sangat lagi,lepastu mami ada beberapa sakit kategori kronik,mami pun tak tahu bila-bila masa saja kalau Allah nak panggil mami,mami harus pergi. tapi ingatlah sayang, ingatlah selalu pesan mami masa mami dodoikan adik,mami bilang jadilah anak yang solehah, baik,cerdik,rajin belajar,hormat orang lain,lemah lembut,berbudi bahasa.rajin baca Quran..elok-elok jaga diri nak ye,Allah akan jaga adik kalau adik jaga Dia dihati adik.  yang penting,adik tolonglah sedekah doa dan selawat banyak-banyak untuk roh mami,agar mami tak derita di sana. adik tolong jaga bapak,kalau bapak masih ada,ingat-ingatkan bapak selalu supaya selalu ingat Allah,semoga adik dan bapak akan dirahmati.

adik,anak mami sayang,
jangan takut bicara tentang kematian kerana itu tanda kita ini manusia yang cerdik, nabi S.A.W pesan,orang cerdik ialah orang yang selalu ingat mati. ingat mati tak perlu ditakutkan,apa yang bakal kita bawa itu yang patut kita risaukan. cukup atau tidak bekal kita di sana.

adik,anak mami yang baik.
maka itu,mami tak akan ajar adik bermewah-mewah sangat. hidup ini bukan untuk seronok semata-mata sayang,rezeki yang Allah bagi bukan untuk kita seorang. mungkin ada bahagian untuk kucing yang lapar dan kawan-kawan adik yang menderita kebuluran di Syria, Palestin dan Mynmar,serta mana-mana belahan dunia ini. ingatlah anakku, tak payahlah fikir kecil besar sumbangan kita,yang penting kita buat sesuatu untuk bantu kehidupan mahkluk lain,semoga Allah yang menilainya.

anakku Damia sayang,
ketika surat ini ditulis,dunia sedang menyaksikan kekejaman manusia yang gila kuasa,membakar,menyembelih dan menyiksa kawanp-kawanmu sebaya di Syria terutamanya. mami nak adik peka dengan isu semasa nak, jangan jadi buta hati semata-mata kita tak mengalaminya.kerana itu anakku, jangan membazir-bazir makanan, besederhanalah dengan yang ada,kerana di sana kawan-kawan adik makan roti berkulat dengan air saja,setiap hari. ada pula yang tak makan berhari-hari,sehingga mati. hati mami pedih dan sakit melihat ini semua anakku,tapi sayang, jadilah wanita yang tabah dan berani. pertahankanlah maruahmua,akidahmu,kebenaranmu dan segala kebaikan walau kau dilihat asing dan pelik ketika itu. ingatlah anakku,di zaman hampir kiamat ini, kebenaran dan kebaikan memang dilihat aneh.kejahatan akan dilihat sebagai benar.  semua yang berlaku ketika ini memberi mami keyakinan, jalan kebenaran memang sukar tapi itulah yang perlu kita tempuh.  ingatlah anakku,tanamkan azam dihatimu yang hidup ini mesti mulia,mati kita mesti syahid.

anakku Maisarah yang baik,

mami bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan adik hadir dalam hidup kami. adik bawa sinar kebahagiaan,adik dikasihi semua yang melihatmu,adik disambut dengan tangan terbuka oleh seluruh keluarga. Ya Tuhan,betapa baiknya Engkau menghulur cinta ke serata alam,untuk anakku Maisarah ini. maka itu maisarah sayang, selalu sebut Alhamdulillah atas segala cintaNya padamu anakku sayang...betapa adik akan bahgia kerana besarmu dalam pelukan cinta manusia-manusia yang dekat denganmu.

adik ingat tak,setiap kali balik kampung,adik akan disambut macam diva,belum turun kereta dah berlari-lari dayang dayang nak peluk adik.abang zeha,kak intan,kak zati,kak ila,kak siti...makuda.maklong, atuk...mujur embah tu tak boleh jalan,kalau tak tentu embah dulu yang sampai depan pintu peluk adik.

bila kita nak balik malam-malam ke rumah kita, semua orang berbaris depan rumah atuk,semua lambai-lambai adik,kalau siti nurhaliza nampak mesti dia cemburu sebab adik diraikan sebegitu rupa...  sama juga kalau kita balik ke rumah atuk Yong Peng, atuk akan cium-cium adik, atuk akan dodoi adik dari lagu miftahul jannah sampai semua salawat yang ada yang atuk hafal. kadang adik tak tidur-tidur juga,saja nak dengar atuk nyanyi agaknya. akak jira suka sangat main dengan adik,dia panggil nama adik ~mia sarah`,kan. makcik suraya pun sayang adik,cik cam sayang adik, mama ina dan ayah khalid je susah nak kita jumpa,nanti raya kita jenguk-jenguk mereka ya sayang. adik mesti ucap banyak-banyak terima kasih pada mereka.

adik dah bangun,menguit-nguit dalam buaian. ok,ada masa nanti mami sambung lagi nak ye..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com