Rabu, 2 Julai 2014

Mia-`teddy bear,teddy bear,where are you?`

2/7/2014.
4.10 petang.

tiba-tiba sangat ingin mencatat sesuatu,untuk kenangan terindah adik ketika membesar nanti.
tadi balik kerja mak singgah giant kejap.beli barang dapur untuk buka puasa. teddy bear besar tu dah lama mak nak suprise kat adik,tapi selalu aje mak tunda-tundakan. masa mak kira belanja tadi,jumlahnya RM50.90.teddy bear tu seakan melambai-lambai mak.kat sebelah je cashier tu. 

mak tanya dia, kalau belanja rm50 ke atas satu resit boleh beli bear tu harga 49.90 kan. harga asal 100.dia kata ha ah, mak pun malas nak fikir-fikir lagi,mak beli je la.

adik tau tak, kegembiraan mak ialah bila tengok adik gembira.mak dapat bayangkan, balik sekolah nanti mesti adik teruja dan jerit-jerit terus peluk teddy bear ni! sekarang ni, sambil masak untuk buka, mak tulislah entry ni,kejap lagi mak nak ambik adik. tadi masa hantar adik ke sekolah,bapak cerita muka adik monyok je. adik cakap `taknak! taknak! bila bapak nak hantar adik....
-----------------------------------------------------------------
adik suka anak patung,tapi yang paling adik suka ialah patung teddy bear. adik suka mainan/game yang berasaskan bear, adik suka tengok lagu teddy bear, adik dah hafal lagu `teddy bear where are you`. cuma belum jelas sangat lah biji butirnya. adik akan nyanyi ediber,ediber,we a u? sambil lenggok-lenggok macam teddy tu buat. kalau tidur malam,adik akan peluk teddy lembik warisan dari mak. masa tu mak belajar kat UiTm,7 tahun lepas. sekarang teddy lembik tu adik punya!

 ini teddy bear koleksi adik punya. paling besar tu, mak belikan adik tadi. tengah tu,ketiak dia koyak,mak belum jahit jadi mak simpan dulu. kalau tak habis lah bulu dalam badan bear tu keluar-keluar. kat sebelah yg nampak kepala aje tu lah teddy lembik pesaka dari mak. haha.

tapi adik ialah anak mak yang cukup manis. macam-macam adik buat yang menghiburkan hati mak. malam tadi ,adik tak nak peluk bear lembik,tapi adik tutup badan adik dengan bantal besar masa tidur. mak takut adik sesak nafas je. kalau mak ambik, adik ngamuk. jadi mak biarkan adik lena betul-betul baru mak angkat bantal tu.lemas pulak karang adik nanti.. (adik ada bawah bantal tu,bayangkan, manalah mak tak risau)

-------------------------------------------------------------------
rupanya apa yang mak fikir tak sama macam adik fikir.mak fikir adik suka,rupanya adik TAKUT!
bear tu besar sangat,2x ganda adik. mula-mula mak suruh adik main tidur-tidur atas bear tu,adik turutkan juga la tak mau mak kecik hati. lepastu adik terus peluk mak,adik cakap taknak! taknak!
adik kata adik TAKUT!

ini posing sekejap untuk ambil hati mak je kan dik. lepastu adik lari ikut mak.adik lebih sayang bear kat tangan adik tu.


 
 adik buat-buat tak nampak aje bear yg besar dan berdiri sopan tu. adik lebih rela main bear yg tangannya koyak yang belum sempat mak nak jahit.`koyak pun koyak lah,janji tak seram` itu agaknya kata adik dalam hati.

akhirnya,pukul 5.30 petang tu adik bukak puasa.tu adik tengah cakap `sedap,sedap`.cuba la cakap alhamdulillah nak,banyak kali mak ajar.ish..adik makan sendiri,lauk kegemaran adik. sup .


gigih betul adik makan.sopan pula tu. anak sapa lah ni.berkenan betul nak buat menantu...dah pandai demand.mula-mula mak kasi bubur nasi. adik kata tak nak. adik cakap nak nasi. jadi,adik makan nasi lauk sup.sempoi je juadah buka mak.sama je dengan adik.alhamdulillah,kat somalia tu dik, sahur pun tak ada, buka pun tak ada apa nak dimakan. bersyukurlah dengan rezki apa adanya nak ye. mak pun bukan rajin sangat nak ke bazar. semalam je kita pegi. tu pun tobat dah rasanya, tak kuasa mak nak bersesak-sesak macam tu. 

ni lah rezeki adik harini. mak masak dengan penuh kasih sayang tau dik. nampak je cuma nasi,daging,sup dan kentang,tapi yang adik tak nampak ialah cinta mak dalam nasi tu.

semoga hidup kita kekal bahagia sampai syurga kan dik. inshaAllah...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com