Memaparkan catatan dengan label mia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mia. Papar semua catatan

Khamis, 16 Oktober 2014

mia-rindu,serindu - rindunya


7/7/2014
3.49 petang.
adik, masa mak tulis blog ni mak belum ambik adik dari sekolah. mak nak masak kejap dan terus mandi,kejap lagi kita jalan-jalan ke ioi nak tak.kesian adik, asyik ajak jalan aje. tadi bapak kata masa hantar adik ke sekolah, bila bapak pusing-pusing adik suka,ketawa-ketawa, tapi bila bapak masuk ke jalan nak pergi sekolah, adik ambik teddy bear, tutup muka, tak nak tengok jalan tu. 

bila bapak hantar adik ke teacher adik nangis sedih. kesian anak mak, adik tabah lah nak ye, lagi  3 hari mak cuti,kita boleh duduk sama-sama kat rumah,kita jalan-jalan insyaallah.

mak rasa rindu sangat dengan adik, kalau adik balik aje, nanti mak peluk-peluk adik, mak cium-cium adik sampai adik lari.tapi adik suka sangat bila sampai rumah. padahal, adik selalu tersasul panggil mak dengan bapak `teacher,teacher`..

adik sangat comel bila adik sebut perkataan yang ada huruf `L`. contohnya `jalan`,bilon, bola, tolon,.....
paling kelakar, masa mak nak beli barang dapur kat mydeen, adik sedih bila kami usik nak hantar adik ke sekolah. adik tahu jalan nak ke sekolah naik bukit, kalau nak jalan-jalan hala ke bawah. bapak saja pandu jalan ke bukit,bapak cakap nak hantar adik sekolah, adik jerit, taknak!taknak! bapaaaaak, tolooonnn!

kami ketawakan adik,sangat lucu cara adik melafazkan ungkapan tu. adik baru nak pandai cakap, sweet sangat bila dengar adik cakap. kadang adik cakap satu apa pun mak tak faham apa, tapi mak eyakan aje sebab tak mahu adik patah jiwa.

adik belahan jiwa mak,

bila sampai mydeen,adik bosan bapak lama sangat berbual dengan kawan dia, adik duduk troli, muka tangkup kat palang buat-buat tidur. lepastu bila beratur lama sangat adik dah bosan, mak turunkan adik, mulalah adik jalan-jalan macam mandur, tangan dua-dua silang kat belakang, adik check barang-barang, adik belek-belek febreeze, adik betul-betul macam supervisor!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

bila duduk rumah, kalau dengar azan, adik suruh semua diam.adik kata `syihhh`,letak telunjuk kat mulut. lepastu, bila nampak bapak atau mak nak solat, adik cari sejadah dan ambil tudung polkadot mak, adik nak solat sama-sama. adik pandai takbiratul ihram dan terus sujud, tapi mak takut masa sujud tu adik tergolek sebab adik tak bengkokkan kaki!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
16/10/2014
entri di atas dah 3 bulan mak peram,malam ni berkesempatan nak update dan banyak perkara terutama kepetahan adik semakin bertambah!
adik tidur cuma pakai lampin saja.baju dan seluar adik buka,konon-konon adik demam sambil pegang-pegang badan sendiri. sambil melentik-lentik kat badan mak yang macam bantal buat adik ni,tiba-tiba adik cakap "mia lapo,mia lapo!"

aduhai lah anak, petang tadi dah makan mihun sup, masa mak makan nasi adik makan juga,malam ni adik kata "lapo" lagi?
mak terus pergi dapur, ambil 3 epal hijau, mak buat jus,campur sikit saja gula. dalam kegelapan ruang tamu sebab kalau lampu terang sampai ke pagi lah gamaknya adik tak tidur, kita menghirup jus epal dalam mug putih yang berat tu. 

adik kata, 'em,macam...macam (masam) tapi adik minum juga. kita senyum sama-sama kerana dapat isi perut kita yang lapar dengan epal yang segar,alhamdulillah kan dik. lepas tu adik baring, layan blues dan mak tepuk-tepuk badan adik, adik kata 'tipi,tipi..tipi..' adik tak suka kena tepuk malam ni. mak biarkan adik tertidur sendiri dan mak ambil kesempatan untuk menulis di sini. lain kali mak tulis lagi dik ye, untuk kenangan adik bila mak dah tak ada lagi di dunia ni,semoga melalui coretan emak dapat adik rasakan betapa cintanya emak pada adik seorang.

sayang daripada emak..
emak........11.04 malam


Rabu, 2 Julai 2014

Mia-`teddy bear,teddy bear,where are you?`

2/7/2014.
4.10 petang.

tiba-tiba sangat ingin mencatat sesuatu,untuk kenangan terindah adik ketika membesar nanti.
tadi balik kerja mak singgah giant kejap.beli barang dapur untuk buka puasa. teddy bear besar tu dah lama mak nak suprise kat adik,tapi selalu aje mak tunda-tundakan. masa mak kira belanja tadi,jumlahnya RM50.90.teddy bear tu seakan melambai-lambai mak.kat sebelah je cashier tu. 

mak tanya dia, kalau belanja rm50 ke atas satu resit boleh beli bear tu harga 49.90 kan. harga asal 100.dia kata ha ah, mak pun malas nak fikir-fikir lagi,mak beli je la.

adik tau tak, kegembiraan mak ialah bila tengok adik gembira.mak dapat bayangkan, balik sekolah nanti mesti adik teruja dan jerit-jerit terus peluk teddy bear ni! sekarang ni, sambil masak untuk buka, mak tulislah entry ni,kejap lagi mak nak ambik adik. tadi masa hantar adik ke sekolah,bapak cerita muka adik monyok je. adik cakap `taknak! taknak! bila bapak nak hantar adik....
-----------------------------------------------------------------
adik suka anak patung,tapi yang paling adik suka ialah patung teddy bear. adik suka mainan/game yang berasaskan bear, adik suka tengok lagu teddy bear, adik dah hafal lagu `teddy bear where are you`. cuma belum jelas sangat lah biji butirnya. adik akan nyanyi ediber,ediber,we a u? sambil lenggok-lenggok macam teddy tu buat. kalau tidur malam,adik akan peluk teddy lembik warisan dari mak. masa tu mak belajar kat UiTm,7 tahun lepas. sekarang teddy lembik tu adik punya!

 ini teddy bear koleksi adik punya. paling besar tu, mak belikan adik tadi. tengah tu,ketiak dia koyak,mak belum jahit jadi mak simpan dulu. kalau tak habis lah bulu dalam badan bear tu keluar-keluar. kat sebelah yg nampak kepala aje tu lah teddy lembik pesaka dari mak. haha.

tapi adik ialah anak mak yang cukup manis. macam-macam adik buat yang menghiburkan hati mak. malam tadi ,adik tak nak peluk bear lembik,tapi adik tutup badan adik dengan bantal besar masa tidur. mak takut adik sesak nafas je. kalau mak ambik, adik ngamuk. jadi mak biarkan adik lena betul-betul baru mak angkat bantal tu.lemas pulak karang adik nanti.. (adik ada bawah bantal tu,bayangkan, manalah mak tak risau)

-------------------------------------------------------------------
rupanya apa yang mak fikir tak sama macam adik fikir.mak fikir adik suka,rupanya adik TAKUT!
bear tu besar sangat,2x ganda adik. mula-mula mak suruh adik main tidur-tidur atas bear tu,adik turutkan juga la tak mau mak kecik hati. lepastu adik terus peluk mak,adik cakap taknak! taknak!
adik kata adik TAKUT!

ini posing sekejap untuk ambil hati mak je kan dik. lepastu adik lari ikut mak.adik lebih sayang bear kat tangan adik tu.


 
 adik buat-buat tak nampak aje bear yg besar dan berdiri sopan tu. adik lebih rela main bear yg tangannya koyak yang belum sempat mak nak jahit.`koyak pun koyak lah,janji tak seram` itu agaknya kata adik dalam hati.

akhirnya,pukul 5.30 petang tu adik bukak puasa.tu adik tengah cakap `sedap,sedap`.cuba la cakap alhamdulillah nak,banyak kali mak ajar.ish..adik makan sendiri,lauk kegemaran adik. sup .


gigih betul adik makan.sopan pula tu. anak sapa lah ni.berkenan betul nak buat menantu...dah pandai demand.mula-mula mak kasi bubur nasi. adik kata tak nak. adik cakap nak nasi. jadi,adik makan nasi lauk sup.sempoi je juadah buka mak.sama je dengan adik.alhamdulillah,kat somalia tu dik, sahur pun tak ada, buka pun tak ada apa nak dimakan. bersyukurlah dengan rezki apa adanya nak ye. mak pun bukan rajin sangat nak ke bazar. semalam je kita pegi. tu pun tobat dah rasanya, tak kuasa mak nak bersesak-sesak macam tu. 

ni lah rezeki adik harini. mak masak dengan penuh kasih sayang tau dik. nampak je cuma nasi,daging,sup dan kentang,tapi yang adik tak nampak ialah cinta mak dalam nasi tu.

semoga hidup kita kekal bahagia sampai syurga kan dik. inshaAllah...

Sabtu, 22 Mac 2014

mia,tantrum dan cici senget

macamlah mami ni tak sibuk sekarang. teringin sangat menulis tentang adik. mm,tengoklah setakat mana mata mami tak ngantuk,tangan mami tak letih.
--------------------------------------------------------------
 22/3/2014.1.32 pagi.

entri terbiar sejak beberapa hari lalu.
malam ni ada kekuatan untuk menulis semula,sebuah memori indah untuk adik kenang bila adik besar nanti.
 adik, sekarang ni tantrum adik semakin menjadi-jadi. lebih-lebih lagi kalau adik nak kena hantar ke sekolah, bergulung-gulung kat leher bapak,meraung-raung macam kena siksa.  adik,adik manja sangat ye? amboi,bila mami tanya teacher,elok je bapak hilang dari pandangan, adik pun senyap dan main-main je dengan kawan-kawan.

adik janganlah menangis selalu,belas hati kami nak hantar adik,tapi kalau tak hantar,macamana kami nak kerja,nak cari duit sekolahkan adik,nak belikan cici adik,nak beli pampers dan susu adik?adik nanti bosan duduk rumah sorang-sorang...

tapi mami rasa sedih,sebab kawan mami,makcik yati yang antar anak saudara dia kat sekolah adik tu cerita,teacher bagitau dia adik akan menerpa pintu setiap kali dengar kereta berhenti. adik ingat bapak n mami datang ambik adik. adik akan hampa kalau tu bukan kami. hadui,pilunya hati mami mendengarnya.

patutlah kalau petang mami ambik adik,adik akan terjerit-jerit sambil terlompat-lompat kesukaan. adik jerit kuat-kuat sampai satu taman boleh dengar,teacher terpaksa tutup gril sebab tak nak adik meluru ke depan sebelum mami sampai. bahaya!

adik,sejak adik ada cici senget ni bukan main adik berkepit dengan dia ye. wah,cici yang lama adik main lempar-lempar aje. tak baik tau dik,kesian cici gegerl tu, masa adik mula-mula tukar sekolah,seminggu dua tu cici tu la yang temankan adik kalau adik sedih,sekarang nak pandang pun tak mau. kalau adik tak mau,kita sedekah je lah kat orang lain yang memerlukan. boleh?

ada sapa-sapa nak tahu kenapa toys adik nama cici?sebabnya ialah,semua benda yang kiut,kecil dan tahap `baby` adik akan datang dekat,cium dan pegang sambil kata `cicciiiiii....`.  semua lah dia panggil cici. penyayang betul adik ni. tapi mami sedikit bimbang,adik cepat betul menyerap semua perkara,sampai yang tak baik pun adik serap juga.

terus apply pulak tu. tadi kita tengok rancangan tanah kubur kat oasis, ada makcik didie alias tu berlakon jadi orang jahat,jerit-jerit,pukul-pukul pembantu rumah dia. adik pun apa lagi,jerit-jerit dan pukul mami macam makcik didie. astaghfirullah,adik,tak baik buat macamtu. yang ending cerita, makcik didi tu mati kena siksa, pembantu rumah tu doakan dia, tak pulak adik tiru,eh..adik,adik...
inilah cici gegerl adik yang sedih sebab adik tak sayang dah

adik ingat tak macamana adik dapat cici baru. masa tu kita jalan-jalan kat jusco depan rumah kita. lepas tu bapak ajak adik tengok anak patung kat hot market. mami kata tak payah, nanti adik angkut apa pulak nak bawa balik.

bapak degil,nak bawak jugak. adik masa nampak anak patung, terus lari laju-laju kat situ. ada banyak sangat anak patung. adik terus pergi kat rak. ada 2 warna cici. satu,yang krim ni. satu lagi yang warna coklat. adik terus sambar yang warna krim,peluk kuat-kuat. adik kata `cici,cici`.

bapak kejar adik,adik lari laju-laju sambil bawak cici. auntie depan kedai hot market tu sampai gelak-gelak tengok adik.adik lari jauh-jauh. bapak kata nak tukar cici,cici yang adik pegang tu senget, telinganya macam tenggelam,kepalanya macam tak center.tapi adik peluk cici tu kuat-kuat. adik takut bapak sebenarnya nak pulangkan cici tu ke kaunter. adik tak peduli pujuk rayu bapak. nasib baik cici yang adik pilih tu seploh ringgit aje. kalau seribu?mana la mami nak cekau duit nak..

masa nak bayar cici pun adik tak kasi bapak. terpaksa kakak kaunter tu ambik cici lain yang sama untuk scan harga. bila adik dah pasti kita jauh dari kaunter,baru adik tak peluk cici sangat. tapi adik sangat sayang pada cici senget tu, mami nak pinjam pun adik tak kasi!



inilah cici senget buah hati adik ni. mami cakap tak caya,nak sangat. mm,memang ternyata adik sayang sangat. tidur malam mesti ada dia, kalau mami ambik pelan-pelan pun adik tahu,nanti adik nangis.









inilah buktinya adik tidur mesti bawa cici senget ni.sayang betul adik kat dia.nanti kalau adik cium cici,adik sampai bunyi `muah!muah!

















tengok,kat bawah tu 2 cici adik sebelum ni,tergolek macamtu aje.dulu, 2 cici tu lah yang adik sayangkan sangat,kan. adik tau tak, tak baik tau buat macam tu,peribahasa kata, `sudah dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi`.

apapun,mami harap adik sayang cici ni sampai lunyai.tak payah ganti yang baru cepat-cepat. belajarlah setia,nak...

Sabtu, 10 November 2012

Damia Maisarah. (part 2)

malam dah menjelang  1 pagi. bapak kena pergi kerja,servis di hospital swasta malam-malam begini.bapak,semoga Allah beri bapak pahala dan kekuatan kerana tabah cari rezeki halal buat mia,mami dan semua orang dalam hidup bapak. amin..masuk malam ni, umur mia dah 66 hari..
   ini gambar mia petang tadi,sedang gembira mandi dalam besen hijau muda.mia tak pernah nangis masa mandi,mami bilang mia budak cerdik.

 lepas mandi,mia dibungkus dalam tuala pixie dixie supaya mia tak sejuk.masa ni pun mia tak nangis.


 taraaaa....ini mia selepas dicantikkan,pakai losyen,yuyi,vicks,lukano dan kasturi syifa`.mia nampak ohsome,kan..

 ini yogurt mangga yang mami buat mandikan mia. hmmmm..harumnya,macam nak makan pulak..


mia sedu. mami letak benang hujung lampin popok kat dahi mia, petua orang agar sedu cepat berhenti. kalau bapak yang letak,lagi kelakar,bapak akan simpul-simpul benang tu jadi nombor satu la, huruf mim la,huruf s la...semalam bapak buat jadi huruf mim.  (tapi sedu mia tak berenti juga!)

mia suka detik-detik mandi. mia selalu mandi 2 kali. pagi dan petang. kalau ikut nenek, mia mandi petang-petang sangat. kalau ikut mami, 4.30 petang dah start mandi sebab badan mia dah lekit. masa mandi kipas suma kena tutup, nanti mia kesejukan kata mami.mami pulak la berpeluh-peluh.kesian mami kan. tapi mami bilang,mami tak kisah tu semua sebab mami sayangkan mia. hm...mia pun sayyyang kat mami.

mami akan buka  ustaz ngaji rukyah atau surah al baqarah masa mia mandi sampai lah surah tu habis. mami bilang supaya rumah kami bersih dari segala unsur yang jahat,kotor dan tak baik. juga agar mia tak diganggu mahkluk Allah yang jahat. pernah sekali tu mami lupa nak perdengarkan bacaan al quran masa mia mandi petang-petang. tiba-tiba mia melalak keras, takut. mami teringat rutin yang selalu mami buat tapi kali tu terlupa. cepat-cepat mami dengarkan bacaan rukyah. mia berhenti nangis. terima kasih Allah,sebab lindungkan mia dari kejahatan mahklukMu.sejak tu mami selalu beringat.

kat rumah, mami jarang sangat tengok tv. tengok pun kadang-kadang aje. tapi dah lebih 40 hari mami tak buka tv. entahlah. mami bilang,malas nak tengok tv. lagipun tv tu ada dekat mia baring,kat depan ni. mami tak suka kalau tv mempengaruhi hidup mia seawal ini. walaupun kalau mia tak ada pun bukan  saluran hiburan yang mami buka,tapi entah,mami bilang lebih baik mami tengok mia dan ajar mia baca buku.lagi bagus. sebab,mami bilang dekat bapak,mami ada baca satu artikel tentang kajian profesor orang putih,betapa anak-anak kalau mahu ia cerdik, jangan dedahkan dengan tv hingga usia 2 tahun. sebaliknya, banyakkan komunikasi dengan mereka. buktinya, anak yang selalu diajak berbual pandai meniru mimik muka seawal yang mungkin,tapi tidak tv.

mami belikan mia banyak buku. mami bilang,suruh mia selalu baca buku,supaya mia jadi orang berilmu. Allah suruh kita jadi orang rajin tuntut ilmu kan... bapak rajin ajak mia baca buku. mia pun sangat seronok kalau bapak ajar. nanti mia tiru apa bapak baca. lepas tu mami dan bapak akan gelak dan tepuk tangan sebab mereka bilang mia cerdik. tapi mia baca buku dengan bahasa mia sendiri!
 ni bapak sedang ajar mia baca buku. cerita tentang rama-rama,singa dan ulat merah. semua mahkluk ciptaan Allah. mia paling suka cerita ulat merah dengan nabi Daud. ulat merah tu bilang pada nabi Daud dia hari-hari zikir sebut nama Allah beribu-ribu kali siang malam. nabi Daud rasa insaf kerana mengatakan ulat merah tu tak ada gunanya diciptakan. mia nak zikir selalu,bila dah pandai nanti,sebab mia malu kat ulat merah. 


 bapak ajak mia sembang-sembang. mia suka layan bapak sembang. bapak baik. sepenat  manapun lepas bapak balik kerja, bapak akan sembang dengan mia. selalu mia tertunggu-tunggu bapak balik kerja!bapak best. mia sayyyaaang bapak!

 bapak pandai main gitar. masa ni bapak nyanyi lagu qatrunada `Allah cinta agung`. selalu bapak lupa lirik,mami yang tolong sambung. lagu qatrunada best sangat. baru mia tahu, cinta agung mia nombor 1 ialah Allah. kemudian nabi,baru mami,bapak dan semuanya!
 kalau mami sibuk sangat, bapak tolong jaga mia. kasi mia susu,dodoi mia, ajak mia jalan dan suma-suma lah.
hari tu mami macam nak gila menanda kertas BM anak murid mami. ramai, 80 orang,2 kertas,beratus-ratus helai. kesian mami,nak buat macamana..dah kerja.sepanjang hari bapak yang tolong jaga mia. tapi sekarang tak lagi. mami bilang,cuti ni mami nak habiskan masa dengan mia..yay!esok mami dah mula cuti.seronoknya hidup mia.


ok, mia nak tidur dulu. esok sambung lagi eh...bai...mia saaayyyang semua. muah,muah...

Jumaat, 9 November 2012

Damia Maisarah:Catatan hidup sepanjang 65 hari...(part 1)

salam semua pembaca blog mami Mia yang dikasihi. sebab mami dah lama tak update blog,mia nak update.tumpang blog mami. mia kecik lagi. mia belum pandai sangat IT. nanti mia dah besar sikit, mia minta bapak ajarkan mia. masa tu, mia ada blog sendiri. mia akan cerita kisah hidup mia.

Alhamdulillah, dengan cintaNya, Mia lahir ke dunia pada 5/09/2012. hari ni, umur mia dah 65 hari. mia syukur sangat kerana Allah begitu kasihkan mia. lahir saja mia ke dunia, semua orang di sekeliling mia terus menyintai dan mengasihi mia. terima kasih ya Allah, atas kasih sayangMu yang Kau limpahkan kepada mahklukMu lantas tercurah kepada Mia. mia sangat gembira meniti hari-hari mendatang kerana dikasihi semua orang. apa lagi  yang diperlukan oleh manusia dalam hidup ini selain kasih dan cinta?

mia ,mami kata tak banyak kerenah. cuma menangis bila nak susu, nak manja, punggung mia basah atau kembung perut. selain tu mia cuma tidur agar badan mia kuat dan cepat besar. masa lepas mandi, selain minyak yuyi dan vikcs, mami akan oleskan kasturi syifa` di ubun-ubun dan belakang telinga mia. mami bilang sebagai ikhtiar pergantungan kita kepada Allah supaya terlindung dari kejahatan jin,manusia serta fitnah dunia.

masa mia mula-mula hadir dalam hidup mami dan bapak, mami dan bapak kelam kabut, tak cukup tidur sampai mami mc dua hari!mami bilang mata mami macam panda,ada gelung hitam. tapi lama-lama mami dengan bapak dah biasa, mia pun semakin selesa hidup di dunia yang penuh fitnah ini. moga-moga Allah lindungkan mia dari kejahatan dunia ni,sampai mia dewasa,sampai mia dijemput kembali oleh Allah.

mia suka sangat. kawan-kawan mami semua baik, semua gembira dengan kehadiran mia dalam hidup mami. kawan-kawan mami datang rumah,peluk cium mia sampai mia penat. terima kasih mami syikin,mami onah,mami mila,mami yati dan mami wawa. kesudian mami semua datang,sempurnakan mencukur rambut mia sampai botak,sayangi mia seadanya begitu mengharukan. mami sampai nangis sebab terharu sangat.walaupun mami mia tak banyak sangat duduk sembang-sembang masa kerja,tapi mami -mami semua baik hati sangat.yang tak sempat datang pun semua ucap tahniah dan tumpang seronok atas kehadiran mia.






kegembiraan dalam menyambut khabar kehadiran mia ke dunia ni buat mia rasa begitu berharga.

masa datang rumah mia tu, mami syikin kata baik buang pokok birdnest depan rumah mami tu,orang tua kata tempat` cik pon` mandi. mami dengar terus rasa seram, petang tu juga mami buang pokok tu. sekarang ni depan rumah mami tinggal pokok pisang aje.tak bahaya kan mami syikin!

sejak mia lahir, rumah mami ramai sangat orang datang. mami sangat gembira sebab mami kata, kalau orang datang rumah kita bagus,nabi kata tetamu datang bawa rahmat, pulang mereka penghapusan dosa. mami sangat terharu...haritu ibu ani sebelah rumah pun datang dengan kak nurin, kak huda dan kak aina, pak toyib dan sapantah pakcik tu..siap bagi bantal n hadiah baju lagi. haha,mia suka sangat. masa tu juga terus pakai bantal tu.terima kasih ibu ani dan kakak-kakak yang baik, nanti mia dah besar sikit kita main-main sama-sama ye..
                                          inilah baju ibu ani belikan,kak nurin yang pilih katanya

                                         ini kasutnya,sekali dengan baju.lawa kan mia........



kawan-kawan mami yang lain pun ramai belikan mia baju. terima kasih mami liza dan mami tanty. cik an pun ada belikan baju mia. mak ngah, nek anjang...nenek,  mama.....haiii ramai laa. mia penat nak sebut semua. cuma ucapan terima kasih yang mia mampu ucapkan. baju cik an dan mami liza belum sempat mia nak posing. yang ada, kat bawah ni baju mami tanty belikan.macam biasa, mia rasa sangat ohsome...alhamdulillah,terima kasih ya Allah mengurniakan kecomelan kepada mia.(haha)



baju cekelat tu masa mami syikin belum potong rambut mia. baju tu pun mami tanty beli kecik sikit.baju pink yang dengan bapak tu mami tanty beli besar,tapi mia dah muat pakai...yeye,mia cepat besar.

sebenarnya, banyak legi cerita mia. ni belum separuh pun kisah hidup mia sepanjang 65 hari ni. tapi mia penat dah. nak minum susu.nak mandi dan tidur. mami kata kalau tak mandi nanti busuk. mia suka mandi. nanti mami akan bubuh air suam dalam besen mandi warna hijau muda. mia akan berenang-berenang dalam pegangan kukuh tangan mami,bersabunkan krim mandi yogurt berbau mangga..mmm,best tau....nanti mia tulis part 2 pulak ye...dah....

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com