Memaparkan catatan dengan label Allah penyayang.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Allah penyayang.. Papar semua catatan

Isnin, 12 November 2012

Damia Maisarah (Part 3)

sekarang ni pukul 4.30 pagi.hari ni umur mia 68 hari. mia nak cerita,2 hari lepas mia pergi cucuk kat klinik Jamiah.wah, tak sakit pun.mia tak nangis sikit pun. tapi doktor bilang, mungkin suntikan kali ni buat mia demam sikit kesan tindakbalas suntikan tu. kata doktor,kalau demam banyak,kasi mia makan ubat demam yang doktor bagi.berat mia dah 5.7 kilo. tinggi mia dah 59 cm.

ala,tak manja la panggil nama mia. kita guna nama `adik` nak. manja sikit rasanya.  gambar ni mami ambil semalam.adik sedang senyum-senyum. mami bilang muka adik macam bidadari kecil,tambah-tambah kalau adik senyum,mami rasa sangat tenang dan sayang kat adik. sekarang ni badan adik ta sedap, malam tadi mami kata adik demam sikit.hari ni adik macam meragam,sikit-sikit nak nangis.  semalam adik rasa lonely sangat sebab bapak balik kampung,ziarah nenek dengan atuk.adik tak ikut sebab mami bilang tak pe lah, baru lepas cucuk,badan adik tak selesa. tinggal mami dengan si bujang aje temankan adik.jadi adik macam sayu je hati..sikit-sikit adik nangis,merengek. muka adik sebek aje. dah pukul 8 malam tu mami tak sampai hati tengok adik,mami terus call bapak.bapak kata `on the way`.   adik rasa rindu kat bapak sebab bapak rajin layan blues dengan adik..

tapi mami bilang adik kena sabar sikit. bapak anak lelaki,tanggungjawab bapak jenguk atuk dan nenek,gembirakan mereka setiap masa,tak pernah terputus walau bapak dah kawin dengan mami. mami lain,anak perempuan...adik gembira sebab bapak berusaha jadi anak soleh,mami bilang esok kalau mami dan bapak dah tua, adik selalulah jenguk mami dan bapak,macam bapak buat kat atuk dan nenek. mami pun suka bapak jadi anak soleh. insyaAllah, nanti adik besar adik tak lupa pesan mami tu.
ni gambar waktu adik tidur atas `car seat`.mami buat macam kerusi goyang,terbuai-buai adik dibuatnya. saja mami tak mahu belikan adik buai,mami kata tak mau adik demand, nak ke mana-mana susah,asyik nak buai aje. mami kata adik kena tabah dan berdikari sebab mami kerja.kalau adik cukup dengan apa yang ada,nanti urusan jadi mudah..ok, adik akan terima apa mami ajar.adik suka berdikari,macam mami.mami bilang,walaupun kita perempuan,tak payahlah semua benda nak harapkan suami atau orang lelaki.tak payah susahkan mereka dengan benda remeh temeh kerana mereka ada tanggungjawab yang banyak. sebab itu mami suruh adik belajar rajin-rajin kerana ilmu akan jaga kita sampai kita mati.ilmu akan buat kita berharga dan senang sebab itulah janji Allah kepada penuntut ilmu. ye lah mami, adik ingat semua tu.

sebenarnya adik tidur sebelah bapak. bapak akan dodoi adik bila adik terjaga sampai bapak tertidur pulak. kesian bapak,letih kerja berat hari-hari disamping mental torture dari urusan dengan customer yang renyah. tapi bapak simpan dalam hati.bila balik,bapak tunjuk muka happy dekat adik.Ya Allah, kesiankanlah bapak, kabulkanlah cita-cita bapak nak kerj sendiri ya Allah..adik kesian tengok bapak kerja pagi petang siang malam.kadang malam-malam buta bapak pergi kerja bila ada problem kat tempat client. Ya Allah, berilah kesabaran dan pahala yang besar kepada bapak atas pengorbanannya.

mami bilang,mami bersyukur sangat sebab bapak ringan tulang tolong mami uruskan adik. kalau mami dah lepak sangat bapak akan jaga adik,pujuk adik,tukar lampin adik,buatkan susu adik..semua-semua bapak buat.kadang bapak tolak adik guna stroller kedepan ke belakang rumah yang tak berapa besar tu,supaya adik diam dari merengek.

malam tadi adik meragam,kembung perut. tak berak,tak kentut sampai perut adik buncit dan keras. adik dah la demam,perut kembung pulak. apa lagi,adik mengamuk aje lah. mami pun dah mati akal nak pujuk adik. sapu minyak yuyi dah, minyak telon dah, urut badan adik dah,pujuk adik semua dah. merengek juga.lepas tu bapak buka internet,cari tips `menangani bayi kembung perut`. lepas tu bapak pergi peti ais,cari 3 biji lada hitam,bapak tumbuk pakai lesung sampai halus dan bubuh kat pusat adik. mami tergelak sebab takut berterabur lada hitam tu. bapak alas dengan tisu dan kepitkan dalam barut kuat-kuat. lepas tu adik meragam sampai 11.30 malam, mami lepak sangat,bapak pun lepak juga sebab dari petang tu adik buat perangai. last-last, mami letak adik dalam stroller, bawa adik tidur dalm bilik,buka aircond 24 darjah selsius sebab adik berpeluh-peluh. lepas tu mami tertidur kerana keletihan. adik pun tidur juga. sampai 4 pagi mami terjaga tengok adik tidur dengan lenanya. mami senang hati. mami periksa lampin adik masih tak berak.mami susah hati semula. dalam 4.30 adik terjaga,mami bagi susu dan adik tertidur semula. 

mami sapu minyak telon kat betis,kaki dan perut adik. semoga Allah  mengasihani adik, sembuhkanlah sakit adik ni ya Allah...
gambar ni mami ambil sebelum adik terjaga,pukul 4 lebih pagi tadi. adik tidur dalam kerusi tolak!




Ahad, 21 Mac 2010

kita minta apa yang kita mahu, Allah beri apa yang kita perlu!

sebenarnya kata-kata itu aku petik daripada entri saifulislam, terima kasih kerana kekal dengan bahasa yang indah-indah dalam menulis.


sebenarnya mataku tak mahu terpejam. imsomnia ke aku ni. parahlah kalau begini gayanya sampai esok. masalahnya aku akan pening kepala kalau tak cukup tidur. lagi sekarang hubby belum sampai rumah. out station sampai kl, dari subuh tadi ni dah dekat nak subuh semula masih di mana suamiku. ya Allah, selamatkan perjalanannya.
aku merayau-rayau dalam facebook. hmm ramai juga kawan lama yang dapat ku jejak. `kawan` yang tak mahu terjumpa pun ada juga. oh, biarlah nostalgia itu berlalu. segalanya menjadi kenangan dan pengajaran .Ya tuhan, bila ku renung kembali perjalanan hidup ini, sebenarnya terlalu banyak mahuku. tapi Kau selalu menyantuni aku, memberikan aku apa yang aku perlu saja. tidak lebih dan tidak kurang. cuma aku yang masih kurang ajar, meminta yang macam-macam sedangkan permintaanMu agar aku mengingatiMu sering aku lalaikan. maafkanlah aku ya Allah. jangan Kau cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku.

hubby

anugerah Allah yang terbaik buatku. lelaki yang menyayangi aku seadanya, tak pernah menyakiti hatiku dengan tajamnya kata-kata, menyayangi aku dengan seluhurnya walau siapa aku dan bagaimana keadaanku sekarang. aku tak tahu andai aku berdegil dengan apa yang aku `mahu` melebihi kehendak Allah tentang apa yang aku `perlu`, mungkin aku tidak sebahagia sekarang. mungkin aku rasa rendah diri dengan kekurangan. mungkin aku menangis selalu kerana orang itu bukan hubby yang tak pernah sekalipun meninggi suara padaku. tak pernah mencari salahku. tak pernah menyusahkan aku dengan urusan rumahtangga yang aku tak sempat atau letih untuk membuatnya.
bersamamu aku cukup bahagia walau kita tak sekaya orang lain. walau kita tak ada yang orang lain ada, tapi mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga ini cukup mengharukan jiwaku. terima kasih ya Allah, mengurniakan aku suami sebegini, `dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)

keluarga

aku ada mak, ayah, kak long dan adik beradik yang sangat baik,menyokong aku ketika aku susah dan senang. memang perjalanan dalam keluarga jarang yang indah-indah, pergolakan sentiasa ada, gelora selalu melanda, pertengkaran memang biasa,tapi mana ada keluarga yang sempurna? sementelah mak mungkin terlalu garang kerana tekanan hidup kami waktu kami kecil, jadi ruang untuk gembira sangat terhad buat emak.ada beberapa memori indah dulu-dulu. pernah satu ketika mak belikan aku kek hari jadi, mak gantung dekat tali tengah rumah supaya tak dimakan semut. gembiranya aku.mak buatkan baju baru masa aku nak pergi forum remaja peringkat negeri di kota tinggi. mak ubatkan kaki aku yang berkudis masa aku tengah tidur dan aku buat-buat tidur.mak, aku sayang mak sangat walau tak tahu nak ucapkannya. paling mengharukan masa aku kata tak mau sambung belajar tingkatan 6, sambil asah pisau toreh mak menangis dan bagitahu jangan berhenti sekolah. mak tak mahu anak-anak dia mewarisi kejahilan dia sebab tak sekolah kerana zaman yang susah dulu.mak selalu jadi tempat rujukan kalau aku susah dalam kewangan sedangkan sepatutnya aku yang tolong emak. oh Tuhan, ampunkan aku...

kak long sangat penyayang walau kami dah besar panjang macamni. setiap kali aku balik, macam-macam kak long masak, buat dan layan kami macam menatang minyak yang penuh. kami dapat rasakannya. begitu juga semua adik beradikku yang lain. kami tak kaya, tapi sapa yang perlu lebih dari rasa bahagia berada dalam keluarga. aku renung kembali, alangkah beruntungnya aku!
dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)

mak mertua dan keluarga

aku sangat bertuah punya mak mertua dan ayah yang sangat baik. tak pernah cerewet dan mengungkit kekuranganku. tak membezakan anak-anak yang kaya atau yang belum kaya macam kami. walhal memang ada jurang yang amat jauh antara abang dan adik beradiknya dari segi pendapatan barangkali. tapi mak cool saja. mak tak pernah aku dengar sindir atau sakitkan hati kami menantunya. aku sangat bertuah kerana tak semua orang dapat mertua macam aku. bapak lagi cool. ipar duai aku juga baik, tak sibuk hal tepi kain orang. oh, bahgia hidupku.
dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)

dan terlalu banyak keberuntungan hidupku. tak mampu ku habiskan semua. jadi ada baiknya bila aku melayarkan tangan ke ruang facebook untuk mencari kawan-kawan lama. mengetahui kehidupan mereka dari sudut pandang yang mampu ku pandang. gembira dengan kegembiraan mereka. rezeki masing-masing. aku mendapat diriku kembali walau mungkin pertama kalinya aku hilang sekejap. kecenderungan membandingkan hidup kita dengan orang lain adalah baik sekiranya kita ini berfikir positif. cari kekuatan sendiri, Allah maha baik kerana memberi kita peluang untuk menyerlah mengikut potensi.

Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana Kau tak kabulkan semua yang aku mahu, tapi Kau beri apa yang aku perlu...Kau lebih tahu tentang aku dari diriku sendiri. terima kasih Ya Allah...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com