Ahad, 1 April 2012

The Intouchables:ini baru filem `educated`,Zizi!

malam ini aku nonton filem perancis.   tajuknya Intouchables.dan aku sangat tersentuh dengan filem ini. zizi,kalau nak jadi cikgu yang cerdik,tengok filem-filem yang macamni.(tak payahlah asyik-asyik dengan filem `tuuutt`` yang kau suka tu eh).

hubby begitu rajin mencari cerita-cerita yang menang award untuk di muat turun..buat tontonan masa nak berehat selepas penat otak menghadam tutorial dan aku pula menghilangkan stress bekerja.

tapi tak semestinya filem yang banyak menang award tu baik untuk budaya kita.macam haritu,aku dan hubby tertipu dengan rating dan award yang didapat oleh filem mat saleh yang bertajuk  `Bareback Mountain` kalau tak salah. rasa loya pula tekak bila dalam setengah jam gitu filem berjalan,baru kami tahu ia berkisah tentang cinta lelaki dengan lelaki.euiii...terus tak tengok dah.

dalam kecelaruan barat itu,banyak sebenarnya filem yang bermutu. selalunya filem bermutu adalah berdasarkan `true story`,adaptasi dari kisah sebenar yang memberi inspirasi.setakat ini,kalau nak cari filem yang baik,aku cadangkan The Blind Side, The Help dan yang ini .

kenapa aku kata cerita ini baik?sebab mesej yang nak disampaikan itu diolah dengan begitu mengesankan aku .aku boleh ketawa sampai susah nak berhenti dengan naifnya watak dan dialog spontan.kelucuan begini yang aku mahu,aku tak layan lawak bodoh yang paksa orang untuk ketawa. lagi lawak Three Stooges ,menyampah sungguh aku menengoknya. dalam masa yang sama,cerita ini buat aku berfikir dalam-dalam tentang kehidupan.di manapun kita berada,semuanya Allah beri peluang untuk mengembangkan potensi diri.

sinopsis yang aku tulis ini tak sebanding dengan cerita yang dilayar perak tu. tapi,untuk memberi  kau faham,aku cerita lah sikit. kisah berkisar mengenai persahabatan seorang pendatang Senegal,Driss dan seorang lelaki lumpuh yang tersangatlah kaya bernama Philippe.latar hidup mereka sangat berbeza macam langit dan bumi. driss miskin gelandangan sementara philipe kaya,siap ada rumah ala istana,kereta 4-5 buah,jet peribadi. sayangnya isterinya meninggal saat mereka kemalangan masa masih muda dulu.itulah juga penyebab dia lumpuh.

Philippe lumpuh seluruh badan,mujurlah dia kaya raya dan mengupah ramai pekerja untuk mengurus keperluannya. dia perlu seorang lelaki yang mampu  menguruskannya dari mandi,bersihkan diri hingga mengangkatnya ke kerusi roda untuk berjalan-jalan. dengan menjalankan temuduga,beliau cuba mencari yang layak.ramai yang hadir termasuk Driss.calon yang lain sangat berkelayakan kerana punya sijil berjela-jela sebagai pakar terapi dan sebagainya,tapi hanya Driss yang dilihat ada kekuatan fizikal dan karakternya sangat memberi keyakinan kepada Philippe untuk menggajikannya.

sebenarnya Driss tak beria pun nak kerja tu,cuma minta tandatangan atas borang yang menandakan dia ada memohon kerja supaya bantuan kebajikan tak dihentikan. dia orang susah,diambil sebagai anak angkat oleh makciknya,dari senegal dibawa ke perancis.bila makciknya mengandung adik-adik sepupunya,pakciknya meninggal dan hidupnya sangat kelam kabut kerana adik-beradik angkatnya sangat ramai dan ibunya bukan orang senang.

dia membesar sebagai orang yang  tak punya bimbingan yang cukup,ditahan dan dipenjara kerana mencuri  serta baru 6 bulan keluar dari penjara sewaktu minta kerja dengan philippe itu.
bila philipe beri peluang driss kerja,dia menerima kerana emaknya dah halaunya keluar dan driss sangat suka biliknya yang ada tab mandi sendiri! (di rumah emaknya dia mandi dalam tab kecil,kongsi dengan 5 adik beradik).masa temuduga tu,sempat lagi dia curi telur easter biru perhiasan,boleh nak kasi emaknya.emaknya tak mahu.

bermulalah episod kerjanya,mula-mula dia tak mahu menguruskan berak kencing Philippe tetapi lama kelamaan dia buat juga sebab kasihan.Philipe rasakan driss tak berjiwa,tapi rupanya satu malam dia sangat tersentuh ketika dia sesak nafas,driss tolong tenangkannya,lap dahinya dengan air dan bawanya jalan-jalan di kota sorong kerusi rodanya pukul 4 pagi!

akhirnya mereka berkawan baik,banyak yang driss belajar berkaitan hidup orang kaya. antaranya musik klasik,lukisan mahal dan opera. masa persembahan teater/opera tu, dihadiri orang-orang kaya,yang perlukan suasana senyap sunyi untuk penghayatan,driss boleh ketawa terbahak-bahak kerana tengok lelaki pakai kostum pokok dan cakap jerman.babak dia gelak tu buat aku dan hubby gelak sampai sakit perut sebab kami berkongsi rasa driss yang tak faham,apa ke benda lah orang kaya punya citarasa tengok teater bangsawan macamtu!  (jijah,kau suka teater kan...haha)

dalam babak itu, driss ada tanya kepada philipe `kau tahu kenapa kau bayar mahal untuk persembahan ini?`  philipe jawap, `sebab nilai seni yang sangat tinggi`.  `salah,sebenarnya mereka nak kaut sebanyak-banyak duit dari kau dan orang-orang kaya tu!`,kata driss membuatkan philipe terfikir kebenarannya.

driss macam tak percaya lukisan abstrak  coretan darah berharga 41,000 dibeli oleh philippe. tak puas hati,dia cuba melukis,sebab dia kata setakat lukisan macamtu,banyak dia boleh buat kat dinding masa dia jahat dulu.dan rupanya bakatnya sangat besar. lukisannya dijual secara diam-diam oleh philippe kepada kawannya  si kaya yang marahkan philipe memilih orang sebarangan untuk bekerja. philippe kata karya itu didapat dari pelukis baru dan si kaya itu membayar 11,000 untuknya!

moral dalam babak ni, aku jadi naik semangat nak melukis semula...kanvas,berus dan warna,nanti kita jumpa ya!!

bila dah berkawan baik,philipe kata tolong pulangkan telur easter yang driss curi.driss terperanjat sebab philipe sangat peka.philipe kata di ada 25 biji koleksi telur easter dan yang driss curi tu kenangan terindah dari mendiang isterinya.disitulah kenangan cinta mereka.driss terkedu dan cuba balik semula cari telur tu,tapi dah hilang.dia rasa sangat bersalah.

driss bantu philipe bina keyakinan diri untuk bertemu wanita idamannya.perempuan tu selalu berhubung dalam surat saja,driss yang suruh philippe telefon walaupun dia tak yakin cintanya diterima sebab dia lumpuh.last adegan,di tepi pantai driss tinggalkan philipe untuk jumpa kekasih dalam surat nya.sebelum beredar,driss pulangkan telur easter yang dia curi dulu. dia kata `maaf,aku ambil masa yang lama untuk pulangkan.tapi,aku tetap pulangkan.`

akhirnya,driss dapat ubah hidupnya,(dalam situasi sebenar driss sudah berjaya tubuhkan syarikat sendiri dan philipee berkahwin dengan wanita pilihannya.)philipe dapat keyakinan semula dan sungguh indah pengakhiran cerita ini.persahabatan mampu buat hidup kita lebih bermakna.

sahabat-shabatku,maafkan aku sekiranya tak selalu menghubungi,tapi kasihmu sentiasa mekar di lubuk hati.serius.

aku tertunggu-tunggu,dapatkah ku temu filem yang begitu baik garapannya,seperti ini,dalam filem melayu. aku bukan merendah-rendahkan pembuat filem,tapi aku mengajak kau semua kawan-kawanku,jadilah penonton yang menuntut citarasa tinggi dalam karya filem kita. kalau kita selamanya suka filem yang genrenya ringan,plotnya ringan,skripnya ringan,tidakkah kau rasa tersiksa semakin hari semakin `entah apa-apa` pengisian filem kita. bila minda nak cerdik?

untuk berlaku adil,minggu lepas aku dan hubby cuba tonton filem `hantu dalam botol kicap` sampai habis. hasilnya? aku sakit kepala 2 hari sebab rasa dibodohi!

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com